Written by shahzeeq | April 28th, 2017

Semenjak kelazatan KFC Twister baharu baharu, keinginan Abang Nara untuk makan di KFC semakin membuak-buak. Tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dibuatnya. Walaupun amat sibuk dengan urusan kerja dan keluarga, akhirnya minggu lalu Abang Nara berjaya menjejakkan kaki ke KFC sekali lagi untuk memenuhi nafsu makan yang telah menguasai diri ini.

1

macam biasa bergaya sikit depan KFC. Terasa macam model pulak

Sepanjang perjalanan ke KFC Abang Nara terfikir-fikir nak order apa kali ini. Ikut rasa hati semua benda nak makan. Keliru juga dibuatnya. Namun segala kekeliruan diri ini terlerai dan terjawab apabila Abang Nara ternampak promosi terbaru KFC iaitu KFC Super Jimat Box.

2

KFC Super Jimat Box ini memang jimat sejimat-jimatnya. Bermula dari RM8.95, Abang Nara boleh memilih nak makan apa daripada 6 pilihan kotak hebat. Setiap kotak di dalamnya turut termasuk seketul ayam KFC, crispier fries dan minuman berkarbornat. Teringat hari tue ada ternampak iklan KFC Super Jimat Box kat televisyen.

Meleleh kan air liur? Ok jom kita tengok apa yang ditawarkan dalam 6 kotak Super Jimat Box ini;-

3

Rollex Box dengan Salsa Roller

4

Signature Box untuk penggemar Zinger Burger

5

Snacker Box untuk mereka yang gilakan Cheezy Wedges

6

Soup Box yang dilengkapi dengan Zinger Mushroom Soup dan Butterscotch Bun

7

Tender Box dengan 3 kepingan Crispy Tenders berserta sos Sour Cream & Onion

8

last but not least, Twister Box yang dimeriahkan dengan Cheezy Twister. Yummy

Fuh!!! Memang lazat-lazat dan best-best sungguh 6 pilihan Super Jimat Box KFC ini. Ikut hati ini, memang terasa nak order kesemuanya. Tapi orang kata ikut hati binasa, jadi Abang Nara order 3 je. Hehehe. (masih tamak haloba jugak sebenarnya)

9

amboi happy sangat muka nie dapat makan 3 KFC Super Jimat Box

https://kfc.com.my/promotions/super-jimat-box

Abang Nara telah pun membeli Twister Box sebab suka sangat dengan KFC Twister baharunya, lepas tue order Soup Box sebab tak pernah lagi cuba dan yang terakhir Abang Nara order Tenders Box sebab teringin nak rasa kerangupan Crispy Tenders dengan sos Sour Cream & Onion. Diingatkan sekali lagi setiap kotak ini turut termasuk seketul ayam KFC, crispier fries dan minuman berkarbornat. Confirm kenyang tak ingat punya.

10

muka tersenyum tak sabar nak merasai kelazatan KFC Super Jimat Box

Ok marilah kita melihat aksi Abang Nara mencuba ketiga-tiga KFC Super Jimat Box ini:-

11

yang nie tak perlu cerita banyak la, memang sedap amat Cheezy Twister nie

12

gambar tengah makan Crispy Tenders tidak sempat diambil sebab habis dalam sekelip mata. Rangup yang amat. Terpaksa ambil gambar makan ayam KFC

13

boleh tahan rasa Zinger Mushroom Soup nie, anak Abang Nara mesti suka

Selain daripada kesedapan dan kekenyangan yang pasti apabila memakan KFC Super Jimat Box ini, apa yang paling Abang Nara suka tentang promosi terbaru KFC ini ialah harganya. Memang jimat yang betul-betul jimat punya. Bermula daripada RM8.95 dah boleh dapat satu set makanan lengkap. Memang berbaloi-baloi sangat. Lagi best, anda boleh menang RM1500 apabila berkongsi gambar atau video menikmati KFC Super Jimat Box dengan cara yang paling kreatif menggunakan hastag #KFCSUPERJIMATBOX #SOWORTHIT di Instagram. Dah la dapat jimat duit, ada pulak peluang nak buat duit. Memang best!!!

14

Jadi tunggu apa lagi? Silalah ke KFC berdekatan, order Super Jimat Box, makan sampai kenyang dan jangan lupa sertai contest yang menawarkan wang tunai RM1,500 ini. Mana tahu ada rezeki korang kan? Selamat mencuba. Maklumat lanjut layari https://kfc.com.my/promotions/super-jimat-box

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

25 responses to Lapar? Tak Tahu Nak Makan Apa? Meh Cuba KFC Super Jimat Box Dengan 6 Pilihan

  1. Anonymous says:

    ayam ada hormon..baik makan ayam kampung…

    3

    1
    • Anonymous says:

      baru tadi makan kfc…bun dia manis sangat la.

      3

      0
    • Anonymous says:

      to be fair, sekali sekala boleh la kfc ni. ubah selera kan…
      suka ubi lenyek dia..

      5

      0
    • Mat Terengganu suka nasi ayam says:

      Ni mesti kena sponsor lah ni…
      Bang Nara cakap kat taukei kepci jgn kedekut sgt…. ayam seketul x cukup lah, 3 ketol ayam satu box baru cukup. Baru set jimat namanya. Ni seketul ayam makan pun x puas.. tambah ayam kena charge lebih… dah x jimat doh…tapi twister box tu sedap gak lah.

      3

      0
      • Mat Terengganu suka nasi ayam says:

        Kadang2 ayam grill kat Chicken Cottage lebih sedap dari ayam kepci tapi Chicken Cottage harga mahal skit lah dari kepci.

        2

        0
    • enot says:

      Melayu semakin hari semakin miskin, mampu makan kfc je. Pasai tu banyak ygobes gemuk, sakit darah tinggi, kencing manis , jantung lepas tu mati

      0

      0
  2. Anonymous says:

    macam terpaksa je bang

    1

    0
  3. boleh la.. says:

    boleh bgi half price x, semua “super jimat box tu”” lepas kul 8.30 pm.
    Lagi bbaloi, sbb ada stegh KFC tutup kul 11.00 pm..ayam dh sejuk yg goreng kul 9.00pm…

    ATAU

    2 minggu sekali 1/2 rege.

    2

    0
  4. akak akak sangat says:

    Mula dah si Nara ni…buat perangai promote diri sendiri lagi….

    2

    0
  5. entahlah says:

    eh annoying plak aku ngn muke abg nara ni… iklan je muke die
    hahahha

    8

    0
  6. wangbi says:

    kfc ni indah iklan je aritu beli twister sehelai sayur pun xde pastu ayam isi ayam kat dalam tu kering dan kakun tak moist langsung.yg paling sakit ati dah lunyai ..baik aku buat sendiri macam bole letak…setakat ayam dan sos n pastu wrap pun tak reti tolong lah jgn niaga

    5

    0
  7. eva says:

    bang nara, kenapa cermin mata tu makin tebal? br perasan td…

    3

    0
  8. Anonymous says:

    berapa power rabun abg tu. tebal nau cermin nya tu

    3

    0
  9. Eyeee says:

    bang nara, gigi kuning la..
    p la buat tooth whitening..duit byk kan..huhu

    4

    0
  10. Anonymous says:

    i suka A&W…tapi sayang promo x kencang. jadinya sendu padahal lebih sedap dr kfc dan mcd

    5

    0
    • Fidot says:

      So far aku mkn A&W lembap & x sedap. servis teruk camni thats why x kencang mcm fast food lain. Dorg kn ubah strategy…

      1

      2
      • Anonymous says:

        sebab pelanggan kureng. diaorang masak bila volume dan permintaan tinggi. mesti tinggu. tapi ayam dia lembut…root beer float..omg..sanggup drive ke pj demi nk makan..

        2

        0
      • Anonymous says:

        kfc pun bukan semua sedap. tengok branch la…

        1

        0
  11. ohyeah.. says:

    root beer A&W the best! tapi aku setuju service lambat sgt.

    3

    0
  12. mak aku says:

    Baru nak pegi KFC.tapi tgk model nie..rasa loyala pulak

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Now worries lepas ini macam macam iklan lain pulak dengan aktor yang sama. Klu aktor lain kureng ler duit. Kna share lar pulak. Berjela jela iklan. Paling boring ‘iklan degil’ keep popping up.

    0

    0
  14. Sabri Ali @ Nick says:

    Iklan Astro tanpa TV lagi bodoh, iklan terbodoh di dunia..

    5

    0
  15. Mia says:

    Maaf.. keluar topik sat.. nampak cermin mata abg nara makin tebal.. mata pun makin kecik.. abg nara x nak buat lasik eye surgery.. mmg lah x dpt hilang.terus rabun tu but at least dpt membantu sikit.. kuranglah ketebalan cermin mata.. jgn kecam saya.. beri pendpt je.. peace no war..

    0

    0

Leave a Comment

Optional