Written by AbangNara | November 25th, 2014

Susah juga sebenarnya menjadi pelawak. Buat lawak yang sensitif sikit pun dah teruk kena hentam. Bukan senang nak buat lawak yang memuaskan hati semua orang. Kalau nak difikirkan hati semua pihak, memang confirmlah lawak tak menjadi. Itulah yang terjadi kepada Nabil Ahmad apabila lawaknya mengenai tuala wanita di minggu kedua MLM2014 mendapat kritikan sesetengah pihak.

nabil ahmad

Secara jujur, rakyat Malaysia ini memang ‘oversensitive’ sedikit. Kadangkala benda mengarut pun boleh dijadikan isu yang besar. Nasib baik Nabil jenis buat tak peduli dengan apa yang diperkatakan. Kata Nabil menerusi Harian Metro:-

Lantaklah apa mereka nak cakap. Setakat yang pertikaikan pun dua atau tiga kerat saja. Orang lain okey saja. Kalau nak ambil semua orang cakap memang tak boleh hiduplah saya jadinya. Cuba fikir secara logik kalau produk tuala wanita itu benda yang betul-betul sensitif kenapa iklan mengenainya tidak dihentikan?

Saya hanya buat lawak daripada apa yang sedia ada dan perkara biasa dalam kehidupan kita. Tak ada apa sensitif atau pelik pun rasanya dengan jenaka itu. Jadi tak payahlah pihak tertentu nak besar-besarkan hal sebab majoriti yang lain okey dengan lawak itu.

nabil

Apabila pelawak luar negara buat lawak lagi sensitif, bersifat perkauman dan lucah tak ada pulak nak kecoh-kecoh. Bila si Nabil buat lawak yang kononnya sensitif habis terus kena hentam. Kesian Nabil. Tak apalah. Inilah dugaan menjadi pelawak di zaman sekarang. Apa pun, semoga Nabil akan terus menunjukkan prestasi mantap di MLM2014. Teruskan perjuanganmu.

P.S: DBKL tukar 8 nama jalan di Kuala Lumpur

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Lantaklah Apa Mereka Nak Cakap – Nabil Ahmad

  1. Mira says:

    Tak lawak mana pon ko nabil … Memalukan sgt ko ni wat lawak bnda2 mcm ni…

    0

    0
    • surat terbuka says:

      Wahai Encik Nara dan Puan Eina,

      Kalau lapar kebulur sangat, sila park kereta anda disection khas yg disediakan. Ini baru dinamakan kesedaran sivik dan manusia yg ada otak.
      Please check your moral….

      Aku yg ada pelajaran,
      Pembaca BN

      0

      0
      • Anakku Sazali says:

        Semua peserta maharaja lawak lawak2 biase je.

        Outdated macam barang2 kat JPO.

        Lawak original asli+updated adelah pak menteri2 kite..

        Undi lah menteri2 amno kita!!!

        0

        0
    • Tipah Kurma says:

      lawak lagi nabil kalau nak di compare kan dengan sepatuh dgn virus.. stereotype..
      hidup Jaloq!

      0

      0
  2. ina sapu sampah... says:

    pedulik hape aku!!

    0

    0
  3. lolsss says:

    bukan senang nak jadi stand up comedian. Nabil did a good job act. Haters je yg suka cari salah nabil. setakat lawak tuala wanita dia ckp sensitif. nonsense.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    laku lgker nabil nie..serius mmg x mnat tol klu dia pgacara main ckap jer x de sensitif lngsung..

    0

    0
  5. […] Lantaklah apa mereka nak cakap. Setakat yang pertikaikan pun dua atau tiga …read more […]

    0

    0
  6. kutu says:

    alah biasa la masyarakat skarang ni..
    ade je yg nak di kondem..macam la diri tu betul sangat..
    stakat isu tuala wanita..tak de hal pon..
    dalam paper tu iklan kondom ade..iklan gel pelincir pon ade..

    0

    0
  7. Aku says:

    KO TAK KLAKAR LA NABIL…..KO DGR AUDIENCE GELAK X GELAK KO DAH TAU KO KAT MANE KAN??? maybe sbb ko ni jenis poyo sgt bile ko dpt wat lawak yg menjadi..

    0

    0
  8. zikry haikal says:

    sy x kisah slagi sy boleh gelak je bile dgr lawak dy, sy ok.. ya Allah u-turn

    0

    0
  9. aku says:

    elehhhh.. poyo jerrr… bukan ke dulu ko ckp ko xnk masuk lg dah bila kena hentam psl kes luna maya tu?? kang bila dh drop kat bottom 3 mula la nk buat lawak sedih konon menyesal la apa laaa… blah laaaa ooiiii

    0

    0
  10. koko says:

    hari tu mmg tergelak gila2 la aku tgk lawak si nabil nie pasal tuala wanita tu. hahahaaa.. terbaek broooo.. yg lain2 tu x yah la nak hipokrit sgt. iklan tuala wanita dlm TV xde sape nk komplen plk.

    0

    0
    • Betul tu tuan..iklan tuala wanita kat tv dah bertahun..xde pulak org menyalak..siap tunjuk bontot lagi..tapi bile nabil wat lawak pasal ni, tau pulak nak kondem..nilah mentaliti sebahagian rakyat kite..nak tunjuk baik tapi debenarnya tak berapa baik..buang karen je

      0

      0
  11. jemah jantan says:

    LAWAK MURAHAN SURUH BAGI PENONTON KETAWAK..
    HAHAAHA MALAH AK TGK YG GELAK FANS NABIL JE.HAHA
    LAWAK YG KRIK..KRIK..KRIK..!

    0

    0
  12. arai says:

    lawak standup comedian ka, lawak apa saja asal tak singgung kira oklah tu. Kalau tak boleh terima teguran payahlah sikit! Istimewa sangatkah pelawak ni? Kalau sensitif sangat berhenti saja berlawak.

    0

    0
    • kayak bawah simen says:

      Kalau semua bends remeh temeh nk sensitif bukanlah lawak namanya.tu pembaca berita.kalau rasa diri tu close minded. Jangan tengok raja lawak. GI tengok bulletin utama.bulletin utama pun lawak hampeh punya berita tiap2 hair membohong he kejenye.

      0

      0
    • kayak bawah simen says:

      Kalau semua benda remeh temeh nk sensitif bukanlah lawak namanya.tu pembaca berita.kalau rasa diri tu close minded. Jangan tengok raja lawak. GI tengok bulletin utama.bulletin utama pun lawak hampeh punya berita tiap2 hari membohong je kejenye.

      0

      0
  13. Mirai Suenaga says:

    bagi aku ok jer. lawak lah juga. kalau sensitif, kenapa ada iklan pad kat tv? kan? sokong Nabil!

    0

    0
  14. postPARIDAHhilangkematakuygkero? says:

    la dah delete dah…baru je nak gelak2 baca komen2 kat sana…komen situ lg lawak dr lawak nabil…

    0

    0
  15. pooorah says:

    Lawak tu ok.. Bukan melampau pon.. Yg tak boleh terima tu yg melampau.. Bukan nabil melucahkn tuala wanita pon..

    0

    0
  16. baby says:

    Iklan kat tv tu bkn lawak…asal la nk bezakn iklan pad kat tv gan lawak bodo ttg pad yg si nabil ni buat?totally different….yg org x gemar ko siap buat gaya lagi “nk yskin nah guna pad ni”…aku jd taufik maybe ketawa la sbb dh kata kembar ko tp if aku jd fazura, mmg aku bg ko 2 bintang…fazura tu jaga muka ko je bil…cuba lagi…ko ni kreatif jd cari la benda kreatif lain buat lawak k…

    0

    0
  17. Kak Mala says:

    Jgn nak banding dgn pelawak luar negara…penonton sana berfikiran terbuka..kalau kat Mesia pilih lah topic yg berpatutan..don’t joke on other people’s expense..uncool…!

    0

    0
  18. love bie sukrit says:

    due b yg sy suke.. bie sukrit dgn bocey!!!!

    0

    0
  19. miss wanny says:

    A ah laaaa.. Lantak je apa yg org nk cakap pasal ko, nk pk watpe .. Ko kan msti masuk final, xundi pn xper.. Astro kannn, xyah nk serabut sgt.. Mcm ko xphm pmainan astro, yg penting.. Bape k pun, ko bolot sprang jerr.. Sure!

    #sbbtuakuxundi
    #akutgkjerperangaipoyokorang

    0

    0
  20. Maina says:

    Aku sempat tgk nabil mengacara konsert vaganza tu. Time penyanyi zainal apa ntah yg nyanyi lagu harapan tu… Partner ckp si zainal tu dah lama tak menyanyi and nabil kata yerr lerr sekarang dah takde job/show macam tu laa… Muluttt diaa

    0

    0
    • hanania says:

      hahahaha.. buat apa nak menipu..
      betullah no job. terus terang, aku pun dah lupa nama dia, kau pun dah lupa nama dia.. memang yang masuk vaganza apa nama tu orang2 kurang laku dan cuba nak promote diri diorang balik.

      0

      0
  21. anon says:

    Inilah jadinya bila pelawak yg kurang cerdik. X menjaga sensitivity org sekeliling. Bukan lah kita ni berfikiran sempit tapi kita jaga adab sopan. Kalau dah pelawak low class mcm ni pun nak di back up hmmmmm. …

    0

    0
    • 4 Mbps says:

      Kalo cmtu ko bgtau la kat company2 yg buat iklan tuala wanita d tv tu supaya jgn iklankan lagi benda tu. padahal nabil cuma ambik bahan dia dr iklan2 tu.

      0

      0
  22. bilakakjemahmenulis says:

    Kalau sensitif sgt apsal ada iklan tu kat tv? semua lapisan masyarakat tgk iklan tu. tak cukup kat tv, kat wayang pun ada. apa yg sensitif sgt?

    0

    0
  23. Melati says:

    ok lah tu Nabil…dari Sepahtu yg lawak sama jer…takder perubahan langsung Sepahtu???..ikut macam Johan…tak tonjol kan diri.sgt org pun suka…ni asyik2 Sepahtu jer pastu lawak yg tk der modal lama2 org pun benci.

    0

    0
  24. anon says:

    wlpn aku tak minat dgn kau & tak pernah tengok rancangan lawak2 ni……..pedulikan ape org kata nabil…. Kita takleh nak tutup mulut2 dia org ni. Buat bende yg elok ke tak elok ke, manusia akan tetap jugak bercakap & mengata. Kita mmg takleh nak puaskan hati semua org. All the best to you…

    0

    0
  25. Anonymous says:

    semua yg komen sakittt.hahahaha

    0

    0
  26. Anonymous says:

    ok laa tu nabil buat lawak psl tuala wanita xde laa lucah sgt drpd si parot tua zizan tuh..lawak celah kangkang..hahaha..

    0

    0
  27. Anonymous says:

    Nabil makin lama makin sedap, yummm to bad he’s married

    0

    0
  28. clone _nara says:

    koya je nara ni.. xde benda lain ke?

    0

    0