Written by AbangNara | February 11th, 2014

Ada apa dengan Lana Nordin sehingga namanya sering dikaitkan dengan para jejaka di luar sana? Yang peliknya, Lana sendiri tak tahu menahu bagaimana desas-desus dirinya menjadi punca keretakan hubungan antara Adira dan Shahrul boleh wujud. Senang cerita, Lana sendiri berada di dalam keadaan terpinga-pinga apabila membaca khabar angin ini.

lana nordin shahrul

Nasib baiklah Lana Nordin ini jenis orang tenang. Tak ada nak melatah apa-apa. Setakat dugaan sebegini apalah sangat berbanding dengan percintaan sekejapnya bersama Johan As’ari satu ketika dahulu. Kata Lana kepada Harian Metro:-

Demi Allah saya tak pernah amil tahu dan tak ada kena mengena. Mungkini kalau betul gosip itu, dia (Shahrul) ada hubungan dengan orang lain bernama Lana, bukan saya.

Atau mungkin juga orang kaitkan saya sebab tak nak nama saya hilang daripada publisiti. Asal duduk diam je orang usik.

lana nordin

Kalau anda sudah bercita-cita mahu mengorat Lana Nordin selepas membaca berita ini, silalah lupakan hasrat anda. Kini Lana Nordin sedang menjalin hubungan dengan seorang lelaki. Seperti bisaa, identiti lelaki itu tidak dimaklumkan. Namun yang pasti bukanlah Shahrul. Kata Lana:-

Kawan baru saya ini orang luar dan bukan doktor atau Shahrul seperti didakwa. Kami baru kenal sebulan. Namanya juga tak ada kaitan langsung dengan huruf S. Jauh sangat abjadnya tapi saya bersedia nak dedahkan dulu.

Bolehlah Adira menarik nafas lega membaca kata-kata Lana Nordin ini. Jangan risau Lana tak mengorat kekasih anda. Mungkin Adira dan Shahrul boleh cuba baiki hubungan yang dikatakan sudah retak itu. Mesti semua ini adalah salah faham belaka. Kepada Lana, tahniah kerana telah bertemu teman baru. Hati-hati bercinta, jangan dipermainkan seperti yang pernah anda lalui dulu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Lana Nordin Nafi Punca Keretakan Hubungan Adira & Shahrul

  1. as says:

    ais ! fitnah je la keja korang ni

    0

    0
  2. Bakal Isteri Jebat says:

    bukan lana ni nak pakai tudung ke ek?

    0

    0
  3. gegirl says:

    Only can wish the best for you.. but where your spirit yang kate nye nk berubah.. dah start nmpak you mula pakai singkat dan sendat2.. harap2 you berubah seperti yang digembar gemburkan sebelum ini..

    0

    0
  4. pah bedah yo says:

    ermm mcm dah xde citer sgt dah…

    0

    0
  5. ariana says:

    ayat abg nara kt FB mcm soalan cuci minda jerrrr kan….. sudah2 la tu lantak dia la nk jadi punca ke ape ke…. ada juga keinginan lana nk gi umrah tu, bersngka baik jelah…. mudah-mudahan tuhan bukakan hati dia untuk berubah…. yg dok mengata2 tu bkn dpt hape2 kannnnn……….lollll

    0

    0
  6. cik piNgu says:

    tgu dia bpakaian lebih sopan.

    0

    0
  7. nok gebuzzz says:

    hai cik lana…kalau nak berubah tu mmg byk la halangan nyer…mcm2 fitnah,kena tabah jer la..

    0

    0
  8. Bedah says:

    Jahhh.. pesal cite dh basi ni baru kuar.. lambat lah uols

    0

    0
  9. Blueberry says:

    toii..aku dh baca kt OB . Nara nie lambat update

    0

    0
  10. […] Lana Nordin Nafi Punca Keretakan Hubungan Adira & Shahrul […]

    0

    0
  11. zaia says:

    kalau adira tu tak payah nak tunggu ada org retakkan hubungan,ada takde pun dah memang sentiasa retak je la memanjang hubungan2 dia tu. kalau tak bersedia tak payah nak bercinta la. kalau dah dengan beberapa lelaki pun asyik retak je kejap2 retak, nampaknye adira tu la yang problem.

    0

    0
  12. aku says:

    hmmm entah la..benda camni nak kecoh..kalau aku.aku rasa bored la bila mlm 2013 dah habis ..no coment…aku suka tengok sepahtu ,nabil ,jambu n’ lain lain tuu..lana ni x buat muka seksi x boleh kerr.baju ketat macam x sabar nak dibalut ngan kain kapan jer

    0

    0
  13. guano says:

    Kesian kau Adira. Dah aku agak, tak lama punyalah hubungan kau dengan mamat ni (ataupun mamat2 yg lain). Alasan pertama, kau tu perasan lawa..asal kau ingat putih tu lawa ke? Buangkan pemikiran sempit kau tu. Yang kedua, kalau bercinta tak perlulah nak sampai bawa laki balik rumah, sondol2, tayang2 sakan sampai ke pasar ramadan pun nak peluk bagai..sampai dah takde value. Balik pada Zack je lah lepas ni dan lepas tu cari Hafiz balik untuk cover line. Hafiz tu asal boleh je.. sedih aku tgk Adira ni. Gelojoh naw dgn lelaki. Selama ni duduk gunung lama sgt..datang kl terus lupa diri. Balik jual sabun kat Sabah je lah Adira. Huhuhu..

    0

    0
  14. fizz says:

    Lana nodin ni tengah becinta dengan seorang polis di pulau pinang. Kerap jumpa dia sekarang di pulau pinang dengan teman baru dia tu. Dalam instagram dia pun ada dia upload dan tag polis tu. cuma berapa minggu ini beliau delete gambar dia dengan teman baru dia itu. Pernah komen di instagram dia pasal polis ini tapi dah delete. saya pernah masuk instagram teman baru dia ni sebelum di privacy kan. Ok juga le orang dia. Apapun hope lana betul2 berubah sebab dah nampak dia start pakai balik singkat2. Kontroversi asyik pasal cinta je,bukan pasal kerjaya. apapun harap yang terbaik.

    0

    0
  15. khalish says:

    ooo tedah…sian ku dgn ko….salu jak jd mangsa fitnah… ;(
    anyway…ku doakan ko agar tabah k…

    0

    0