Written by serenity | November 9th, 2015

Semasa majlis resepsi perkahwinannya sebelum ini, Lana Nodin telah mengenakan busana yang ditaja oleh rakannya, pereka fesyen Altelia Amani. Busana itu, dipilih sendiri kainnya oleh Lana untuk hari istimewa dan bersejarahnya itu.

Justeru, lapor Harian Metro, Lana terkejut mendapati pakaian itu yang masih berada dalam simpanan perekanya digunakan oleh Ayda Jebat untuk penggambaran iklan  program Juara Perodi yang bakal disiarkan di Astro seperti gambar yang dimuat naik oleh Ayda di Instagram. Kata Lana:-
 photo 11930864_1673239109585582_295607474_n.jpg

Sebaik melihat sendiri gambar yang dimuat naik Ayda dalam laman sosial Instagramnya, saya tertanya-tanya bagaimana baju itu boleh dipakai Aida untuk menjalani penggambaran iklan.

Cuma saya hairan mengapa apabila peminat mengaitkan baju itu dengan majlis perkahwinan saya, dia terus memadam komen terbabit. Perkara itu juga membuatkan saya berasa kecil hati.

Kalau benar Ayda mahu menggayakan baju itu kerana menyukainya, seharusnya dia mengakui di laman sosial miliknya apabila orang mula bercakap dan menyatakan ia pakaian pengantin Lana Nodin.

Ada penulis komen di Instagram menganggap isu yang dibangkitkan oleh Lana ini remeh-temeh, tetapi Lana mempunyai sebab tersendiri untuk menyuarakan rasa kesalnya.

Saya tidak akan menjadikan perkara ini sebagai satu isu jika baju yang dipakai itu adalah biasa, sebaliknya pakaian itu digayakan pada hari bersejarah dalam hidup saya.
Saya menghubungi pereka fesyen baju itu, Aitelia Amani dan difahamkan Ayda memang berminat mahu mengayakan baju itu untuk menjalani penggambaran program itu.


Lana juga menjelaskan mengenai kekeliruan dalam kalangan orang ramai membabitkan kenyataan sponsor (tajaan) dan loan (pinjaman).

Sewaktu baju saya dihasilkan Aitelia Amani, mereka menyatakan persalinan pengantin kami ditaja. Kalau hendak diikutkan, maksudnya akan diberikan kepada saya dan suami selepas majlis selesai.

Bagaimanapun, mereka hanya meminjamkan kepada kami dan perlu dikembalikan selepas selesai majlis.

Begitupun, saya tetap berterima kasih dan sebagai pereka fesyen menghasilkan busana yang cantik di hari bersejarah kami, pastinya dia mahu pakaian mewah itu dipamerkan di butik pengantin miliknya untuk tatapan umum.

Kalau ada pun yang mahu memakainya, sudah tentu dia akan menghasilkan sekali lagi pakaian itu mengikut potongan sama tetapi dengan corak berbeza. Tetapi ia tidak berlaku sebaliknya diberikan untuk digayakan Ayda Jebat begitu saja.

Cara itu lebih baik dan pastinya Ayda berasakan dirinya lebih dihargai kerana pereka fesyen itu sanggup menghasilkan sesuatu yang sangat istimewa untuknya dan bukan memakai baju yang pernah dipakai oleh artis lain.

Setakat ini ada yang meminta Ayda memadam gambar tersebut dari Instagram untuk menjaga hati Lana, namun nampaknya hingga saat ini Ayda masih belum berbuat demikian. Gambar itu juga menimbulkan perbalahan antara peminat Ayda dengan Lana, malah suami Lana David Meckienzie turut masuk campur mempertahankan isterinya di ruangan komen gambar Ayda, bagaimanapun komen-komen mereka berdua telah dipadam.

Mungkin sepatutnya pihak yang hendak membuat tajaan menerangkan dari awal yang baju itu hanya dipinjamkan dan bukan ditaja. Bila disebut taja, bermakna baju itu sepatutnya diberikan kepada Lana selepas majlis berlangsung. Kami faham apa yang cuba disampaikan oleh Lana.

Disebabkan salah penggunaan istilah pakaian tersebut perlu dibeli oleh Lana sekiranya ingin memilikinya, lari dari istilah asal yang digunakan oleh Altelia iaitu tajaan. Apa pendapat anda?

Para peminat Koir Kebangsaan Malaysia…nantikan kemunculan mereka Disember ini!!!!

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Wednesday, 28 October 2015

74 responses to Lana Nodin Kecil Hati Pakaian Pengantinnya Dipakai Ayda Jebat Untuk Penggambaran Iklan

  1. Pekerja Gomen says:

    First!!!!

    0

    0
    • Cilipadi says:

      Nama pun baju sponsor! Lain kali kalau taknak org lain pakai, keluar duit sendiri masa tempah, habis majlis pergi dryclean, simpan baju tu dlm lemari, conform takde org lain akan pakai dah!

      0

      0
      • kakak lana says:

        nasib baik baju kawen aku tempah sendiri, xde sape boleh repeat pakai ekekeke

        0

        0
        • LanaNordinKecewa says:

          Move on Lana Gedik…find other sponsor…muahahahah….

          0

          0
        • Anonymous says:

          baju kawin aku x sampai 1000rm… ada dlm almari. tx share tau dgn org awak…haha

          0

          0
        • kak jah says:

          padan muka.. baju kawin ko org pakai tepi swimming pool je. nk sgt baju sponsor. mendpt la.
          huhuhu.

          0

          0
        • Anonymous says:

          Betullah..Tajaan bukan ke terus bagi je..Aku bkn minat kdua2nya tapi x suka hati busuk macam c ayda ni..Desperate sgt nak bajet hawt, mana dia kisah org lain, janji org puji dia dah..Yela..Orgnya susah nk dpt pujian, jadi kena lah kerja keras sikit…

          0

          0
        • Anonymous says:

          WOOIII BODOH2 SEMUA…AKU NYAMPAH KALAU BODOH TAPI BERCAKAP MACAM BAGUS..AT LEAST BIAR PADAN DENGAN BODOH TU..DAH BODOH LAGI NAK CAKAP LEBEY DAN SOMBONG…KORANG PAHAM MAKSUD TAJAAN???? TAU BEZA DENGAN PINJAM KAN? TAJAAN BERMAKNA ESKLUSIF DAN DIBERI..TAJAAN. ADA PAHAM.

          0

          0
      • joyah pot pet says:

        rumah dah siap, pahat masih berbunyi.
        mcm kereta sewa la, bukan milik you. ko bawak, yg bayar owner.

        0

        0
    • Anonymous says:

      bongok..cincin beratus ribu, baju kawin…sewa.

      0

      0
      • pink pink says:

        salah ke sewa baju pengantin?..bju pakai sekali je,cincin bli mahal pun pakai sampai bila2..hari 2 pun pakai

        0

        0
      • Godek says:

        Kena paham jgk kt sini,Lana yg mtk ditaja or pereka yg nak menaja.Klu dah bju kahwin ditaja,sepatutnya mmg jd milik Lana lah.Sbb sblm nie,byk jer artis ditaja bju kahwin tp artis lain takde la sibuk nak merembat baju kahwin buat shoot iklan tv.Spatutnya pereka tu buat la statement jgk..jgn diam & biar jer org bash pihak yg x slh.

        0

        0
    • Lara says:

      Kot yer pun.. jaga lah sikit hati ibu mengandung tu, I rasa Lana kecik hati sebab si gedik tu punya reaktion, bukan pasal dia pakai baju tu sangat pun. However, bila Lana pakai elok jer terletak, si gedik tu pakai meleret2 sapu lantai.. bajet hawt. I bukan fan Lana, tapi nyampah gila ah ngan si gedik kentot anak Jebat ni.

      0

      0
      • Xxyy says:

        Ntah… kesian la kat lana. Asalnya dia x kisah si gedixs tu pakai baju kahwin dia. Tp bila si gedixs tu delete komen berkaitan baju perkahwinan lana tu, ade la rasa sikit kecil hati. Sorry… x suka si gedixs ni.

        0

        0
    • bbycumil says:

      ibarat ko sewa kete..pastu ko sentap bile ko tgk org lain bwk kete yg ko sewa dulu..haih budak2 sgt la nak sentap hal camni hahahahaha

      0

      0
      • Anonymous says:

        Memang betul..si lanang bodoh..dia ni bengap gara2 dah main sampai ngadung pas tu pembawakan budak marah2 org …bukan kau punya pun .sukati sponsorlah..nak bagi sapa pakai..inikan namanya baju sponsor..kau tak klur duit bukan hak kau..orng utan pun berhak pakai..kau memang cheapskate dari dulu..pompan murahan..laki kau salah kwn dgn kau..

        0

        0
  2. minah jambu says:

    hehe..

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Alaaa… patut Lana dah faham possibility ttb baju tu bila baju tu diambil balik oleh penaja… dah tentu dia akan bagi org lain pakai kalau ada yg sanggup bayar atau artis2 lain yg kenan giler kat baju tu…
      Takkan Lana nak assume baju tu tergantung je kat kedai dia…
      Small matter je… kalau rasa baju tu ada sentimental value sangat, aku cadangkan ko beli je baju tu…
      Bape ramai manusia dalam dunia ni beli dan tempah baju kahwin sendiri… gantung je kat almari lepas kahwin… konfem hak ekslusif diri sendiri… takde sapa reuse.

      0

      0
  3. poyos la says:

    ala nok psl baju pon nk jd isu.. da name pn ditaja ikut suke penaja la nk bg sape pakai baju dia.. perasan diva sgt tau

    0

    0
  4. Anonymous says:

    x efek pun harga minyak.beli ja la baju tu if nak eksklusif sgt.
    P/s: bukan fan ayda or lana

    0

    0
  5. Joy Yah says:

    Nama pon baju sponsor, kalau designer tu nak bg dia dah lama dah bg kat dia..
    Biasa la baju sponsor, artis lain boleh sarung. Lain la baju ko seniri, hak ko, ko boleh simpan, ni baju SPONSOR. Kecoh la makcik ni. Hormon mengandung tgh tak betui ni.

    0

    0
  6. lara alana says:

    kau nak bising pasal baju kawen eksekelusif kau tu dipakai org lain, memang designer buat baju tu utk kau sorang pakai, pastu sangkut baju tu dalam almari sampai reput tak disentuh. apa susah kau beli la baju tu paling tidak pun nanti anak kau kawen boleh pakai.

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Mmg ler pakaian tu tajaan je dan bukan milik lana tp secara moralnya si ayda jebat ni bg la kredit sikit kat lana sbb itu pakaian pengantin lana bukannya memadam komen org yg kaitkan baju tu dgn lana. Pehal ayda nk delete? Kalau tak nk org tau baju tu 2nd hand dah penag retis len pakai, baik siang2 lg ko jgn pkai. Ni tak, siap padam lg komen org yg bertanya psl baju tu. Pe salahnye ckp je la. Itu yg aku tak phm. Cuba klau ko kt tempat lana, pasti ko pun rasa heran. Btw aku tgk baju tu lebih ok kat bdn lana sbb ukuran body dia kot.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Saya baru masuk ig ayda dan baca tiap2 komen yg ada dsitu. Saya rasa ada yg tak betul bila ada org yg mula menfitnah ayda yg konon komen lana dan org2 yg bertanya ttg baju tu. Sah2 semuanya masih tertera. Tiada yg d padam. Udah2 lah..hentikan perbuatan yg keji ni. Berdosa tau! Benda yg tak betul d ada2kan. Neraka lah tempatnya utk org yg membuat fitnah dan menganiayakan org tanpa usul periksa. Btw.. Ada 1000 lebih komen yg ada dsitu dan komen yg terakhir baru saja 54 min yg lalu. Fikir sebelum komen apa2 sbb yg byk bg komen tu bukan tahu cerita yg sebenar. Biar lana, designer dan ayda sendiri selesaikan.

      0

      0
    • Anonymous says:

      Totaly agree. ???

      0

      0
    • Anonymous says:

      ske aty dye la nak delete ke ap…
      dye nya IG ennnn….ske aty dye laa…
      ishhhh kicik nya hal…riuh sekampong
      huh!!
      #bukanfansesape

      0

      0
  8. norajew says:

    dah kata pun baju pinjam..faham2lah kak oii..even the material u yg pilih..bukan u dumb money for that..sapa2 pun boleh sewa that baju..kalau xnak jadi mcm ni..beli larr baju tu lana…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Kau nak exclusive sangat, patutnya kau beli je baju tu dulu. Ntah hape2 ntah kau ni Lana. Takkanlah designer tu nak pamerkan kat muzium pulak baju kau tu! You takde impact apa2 pun dlm industry.

    0

    0
  10. mawar says:

    aik pasal baju kawin pun nak bising…baju sponsor jer tu cik kak..lain x kalo x nak org lain pakai..beli sendiri laaaaa….duduk jer la diam2 kat US tu jaga kandungan

    0

    0
  11. sotong hitam says:

    alah…bukan boleh pakai baju tu sampai bile2, sikit haribulan lepas bersalin dh tak muat baju tu….perkare kecik dikecoh2kan…no big deal lah…aniwae ditaja tu banyak maknenye…antaranye ialah diadakan atau disediakan, tapi bukan diberi…

    0

    0
  12. Anonymous says:

    Ayda ngan Lana sama saiz yer…

    0

    0
  13. Kupu-kupu Emas says:

    Alahai…Sah2 baju sponsor..Suka hati org tu laa nk bg ko amik ke or nk bg org lain pakai…Lainlah klo ada agreement ckp ko dpt baju tu…Rilex..Pasal baju je xyah nk gado…Small matter laa..

    0

    0
  14. meluat says:

    Mm c ayda gedik

    0

    0
  15. Che Aina says:

    Baju sponsor ni, sesiapa boleh pakai dan tak perlu bagi kredit pada sesiapa kecuali pereka nya. Very small issue, mungkin sensitivity orang mengandung ..

    0

    0
  16. Nak komen jugak says:

    Baju je pon.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    ibu mengandung kdg2 emosi lain..
    yg fans ni pun x payah la lebih sudu dari kuah.
    sibuk nk jd nasi tambah.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    saya rasa sebenarnya awak semua yang x paham istilah sponsor dan pinjam..sekiranya designer mengatakan bahawa baju itu disponsor kepada lana maka baju itu sepatutnye menjadi milik lana sepenuhnye..kerana sponsor brmksud baju kahwin yg dipakai lana
    ditaja atau dibayar sepenuhnye oleh pihak penaja..sekiranye dipinjamkn maka bju itu hanya dipinjamkan kepada lana utk resepsi kahwin lana dan harus dipulangkan semula..jadi saya minta pahamkan dlu istilah sponsor dan pinjam sebelum anda mengutuk lana..die sendang mengandung dan memerlukan banyak ketenangan..saya harap anda faham situasi dia..and one more thing..kite prlu brilmu sebelum brkata..jgn menunjukkn kebodohan sndiri

    0

    0
    • lada says:

      kalau dah berilmu sangat and faham sangat pasal term sponsor and pinjam tu apesal tak saman je designer tu? fight for your right lah..

      0

      0
      • Anonymous says:

        Ko ni tak baca ke yang lana berterima kasih kat pereka baju dia tu sebab ‘sponsor’ baju yang mewah utk ari bersejarah dia. Sbg org yg berterima kasih, hal remeh temeh lana takde nye nak bawak masuk court nak saman bagai. Kat situ dah nampak sifat baik lana. Btw aku bukan peminat lana pon, tapi as a human being, kite kena bersangka baik la gak kt manusia lain. Korang tahu nak condemn lana je. Shame on u.

        0

        0
    • fiona says:

      Yup betul. kalau sponsor tu bermaksud pinjam, macam tu ape2 event yg dapat sponsor dorg kena bayar balik la kat si penaja tu eh? hadiah yg di sponsor pun kena bayar lah eh? ade org jugak xfaham maksud sponsor n pinjam. huhuhu

      0

      0
      • kelakau says:

        fiona… acu baca betul2 anon 3:39pm tu tulis…

        sponsor = taja, tak perlu bayar blk/pulang blk

        pinjam = perlu pulang blk

        0

        0
        • fiona says:

          awak, sy sokong ape non 3:39 tu cakap. cuba baca komen sy betul2. maksud sy kat sini, sponsor tu bermaksud bagi terus, contoh senang banyak company sponsor untuk sesebuah event n hadiah, kalau org yg cakap sponsor tu sama macam pinjam, xkan nak bayar balik apa yg disponsor. itu maksud saya. :)

          0

          0
      • minah jambu says:

        sponsor lana ni pon mengarot…kate sponsor tapi ambek balek baju kenape tk kasi terus aje baju tu pada lana !!! tu bukan sponsor nama Nye tu cuma kasi pinjam sekejap aje n bukan sponsor !!! sponsor ngan pinjam pon tk tau ke ape makna Nye ???? orang ape sponsor lana ni ? jangan2 orang ulu ulu babtu dia tk tau ape makne sponsor ape makne pinjam huh !!

        0

        0
    • lola says:

      Kan?

      Yang duk kutuk Lana tu mesti tak paham apa yang dia cuba sampaikan. Ntah2 baca pun tak habis, pastu kutuk..

      0

      0
  19. utk parodi? says:

    kalu pakai kat org len utk majlis kawin xpe gak ni wat parodi mmg menghina..ayda kodelete2 pehal..baju tu x elok kat ko pon…si pereka pun satu…sm mcm ko rendahkan hasill ciptaan ko sndiri..

    0

    0
  20. Civilian says:

    Kawan ku bah membuat baju kawin..tntu plang..

    0

    0
  21. miss kepah says:

    mcm kita jugak kawen, mak andam kasi pinjam baju, dia design khas untuk kita…kalo esok org lain nk pakai salunya mak andam akan ubah ckit2.kita bkn artis ni pun taknak baju kawen sama ngan org apatah lg artis..tp dalam kes lana ni, designer tu dh ckp nak taja, pastu tak jd taja, baju tu ambil balik..takpe lagi, lana pun mcm blh terima sbb dia ucap trima kasih kat designer tu, yg jd hal nya, esok ayda dtg butik, nak baju tu..patutnya designer dh tau tu bju rekaan khas untuk hari sanding lana, dia ubah lah ckit2, ni tak, bagi camtu je…saya rasa lana bukan marah ayda pakai baju tu, tapi pasal rekaan…baju tu kan pinjam je so dia takde hak nak halang org lain pakai, tp at least design tu dia ubah la ckit2…lagi pun dia yg datang kat lana nak taja dulu, bukan lana yg dtg kat dia mintak tajaan….

    0

    0
  22. senah says:

    Lana pakai lg npk cantik.salah pihak penajala.kata taja patutnya bg terusla..ada beza taja,sewa dan pinjam..yg si ayda ni xmalu ke pakai baju kawin artis lain..mcm dah xde bj lain.

    0

    0
  23. Fizi Bin Hakim says:

    kalau Lana ada kurap, mesti dah berjangkit kat ayda jebat. haha

    0

    0
  24. bapak kau says:

    Dunia ni kau sorang je ke yg duduk lana. kalo xnk org tiru or pkai lain kali bli sndri. xpayh nk poyo sgt. bodoh punya pmpuan.

    0

    0
  25. mak c kina says:

    aku faham mksd lana..dia xkisah baju tu di pamerkan kt butik pereka tu sbb mgkn ada org lain nk buat baju mcm tu..aku rse lana juga mgkn xkisah klu pereka tu guna bju lana tu utk join apa2 contest rekaan bju pengantin..atau show kt new york,paris,london ke..lg 1,ayda guna bju tu utk iklan je kot,bkn nye majlis gah yg sama level dgn tahap eksklusif bju tu…

    0

    0
  26. Anonymous says:

    alaaa…mhl sng tke bju tu??beli jela kalo kata bernilai sngt…ltk dlm muzium sendiri

    0

    0
  27. minah jambu says:

    helo lana..u tk payah nk marah2 atau kecik hati pada sponsr baju pengantin u tu biar kan aje lah yg penting lana orang pertama yg memperagakn baju tu masa hari perkahwinan lana..baju tu dh jadi baju 2ndhand jadi lupakn saja pasal baju tu..yg penting jaga kandungan u tu dengan baik jaga kesehatan diri dn anak yg di dlm kandungan…macheh..

    0

    0
  28. lynn says:

    Betul la kata Lana tu. Sponsor bermaksud bagi free. Contohnya mudahnya mcm kalau kita dapat tajaan penuh semasa belajar kat uni, so pihak yg taja tu akan bayarkan yuran, elaun sara hidup, dll. Tapi kalau kita dapat pinjaman pelajaran, habis belajar kene la bayar balik mcm ptptn tu…

    0

    0
  29. .. says:

    Tebal nye muka minah talam niii.. Tak malu ke pakai baju sponsor org lain. Sapu foundation kt muka habis sebotol.
    Takpe lana, org yg takde value je sanggup pakai baju terpakai haha

    Yg si sponsor ni pun satu hal. Kata nak bagi terus baju lepas selesai majlis tapi mcm buruk siku je.. Sponsor tak ikhlas namanyaaa

    0

    0
  30. cikgu english says:

    SPONSOR means – a person who vouches or is responsible for a person or thing.

    contoh;
    masa i belajar kat london dulu parents i sponsor.

    amelina ditaja untuk belajar medic.

    clear x mksud sponsor.

    LOAN

    i beli kereta on government loan.

    so sapa yg mencerca lana mcm2 tu tolong malu sikit. i am not even fans of them but pls stop bashing people sesuka hati.

    pihak2 yg selalu nya menaja dan ambil balik brg tajaan tu kira buruk siku ke tak

    0

    0
  31. lana hidung plastik says:

    Nsb baik ayda bt penggambaraan iklan baju tu klau dia buat mop lantai kt rumah diq bkn stakat trkilan ntah2 trberanqk trus si lana tu ??sengal siap sruh ayda p delete lgi pic tu. Ape hak dia??suka hati ayda la ig dia.. pstu siap kutuk2 lgi ayda xmatang sbb xdelet pic tu..tu baju kauuu ke?dah la suam2 kuku ada hati nk trkilan dgn artis top.. porah

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Aku rasa dalam kes ni, atelia tu yg bodoh. Kaki putar. Mula2 ckp nk taja,, hujung2 ckp hanya pinjamkan n perlu d kembalikan semula pulaaaakk. Bangang abadi.

    0

    0
    • Berkata Benar says:

      aku setuju. Itu yg aku nmpk. bkn mslh Lana mampu nk bli ke ape, standard la ms artis nk kawin jnji itu ini sbb nk sponsor n time ni ler nk marketing. alih2 last2 nk blk baju tu. mana bleh.
      si ayda plak mcm x de taste jer sb terang2 kot baju tu pernah dipakai time wedding palk tu. x malu ke nanti de org perasan n dipertikaikan. dah la utk iklan tv.

      0

      0
  33. ayda hang jebat says:

    hoi lana, ko sentap pehal? pembawakan eh? apa kata ko suh laki ko yg berduit tu beli je baju tu pastu gantong dlm plastik kat lemari ko…kalo nak ekslusif sangat. ko pon designer tu kasi pinjam je masa ko kawin, tolong jgn over hokay!

    0

    0
    • . says:

      Tapi lana pakai lebih cantik dan sesuai dari ayda. Ayda pakai nampak beno mcm baju pinjaman ala2 pelamin anganku musnah feat julripin hahahah

      0

      0
  34. Anonymous says:

    yang bersalahnya penaja tu. pergi cek dalam kamus lah maksud taja. heh

    0

    0
  35. kaki tabur says:

    baju tu sponsor tu kan…kalau nak beli la…kawin buat grand….baju tak boleh beli….

    0

    0
  36. Berkata Benar says:

    Pertamanya:
    Bila LANA nak kawin, ada yg nk sponsor krn standarlah dia artis n pihak sponsor time ni brlumba2 nk promote produk dorg. Marketing… So mmg hak xclusive la utk org yg disponsor. Mana tahu last minute kata sewa/pinjam. Kt cni org yg nk sponsor kena telus la ape niat dia masa kata nk taja atau pinjam ke.
    Keduanya:
    Si Ayda ni pun..nape taste rendah sgt smpai nk pakai baju artis lain yg pernah pkai? Mmg faham x slh/berdosa pn, tp kan baju ni terang2 dipakai artis lain di majlis besar. Pasti org rmai tahu n terang2 awak ulang pakai. Dah la utk ditontonkan semasa iklan. X malu ke anti org ckp, “Eh, mcm pernah tgk baju ni de artis pkai..yelah, si Lana pkai masa wedding die..” Lain la bju tu pernah di pakai di anugerah atau majlis2 tertutup/kecil yg mgkin la org x perasan sgt. Tgk Che Ta, pndai jg xclusive/branding sbgai artis.Satu lagi cara buat statemnt tu, jgn bongkak sgt.
    Yang last:
    Mmg slh fhm dan pihak yg sepatutnya tolong prjelaskan lebih details mengapa perkara ni trjadi.

    0

    0
  37. Anonymous says:

    Motif lana tu suruh ayda puji baju perkahwinan dia cantik sangat sampai ayda tertarik nak guna untuk iklan… heheh tapi ayda plak attitude … ADA AKU KESAH?

    0

    0