Written by Bella | March 10th, 2016

Selamat melahirkan puteri sulungnya Gia Quinn McKienzie pada pertengahan Januari lepas Lana Nodin akui merasa seronok apabila bergelar seorang ibu.

Melihat wajah bayinya dan menyentuh kulit lembut Gia membuatkan Lana melupakan segala masalah dan keletihan kerana tidak cukup rehat.

Menjadi ibu memang memenatkan. Tambahan pula saya perlu mengembara ke sana-sini mengikut suami hingga anak saya sendiri belum dapat diperkenalkan kepada teman terdekat. Saudara-mara sebelah keluarga saya pun belum bertemu dengannya. Saya sendiri tidak cukup rehat, tetapi pengalaman menjadi ibu cukup nikmat dan indah.

Melihatnya di depan mata sudah menenangkan saya. Menyentuh kulitnya yang lembut pula, yang bagaikan salji, seakan-akan menjadi terapi diri. Saya memang berasa seperti tidak mahu berenggang dengannya. Suami pun gembira bukan kepalang. Pulang saja dari kerja, memang anak yang dicarinya dulu, hingga saya pun diabaikannya.

Berita Lana sudah bersalin diketahui ramai dan menjadi viral selepas beberapa peminat bertemu dengan beliau ketika bercuti di Singapura baru-baru ini.

Lana selamat melahirkan Gia disebuah hospital swasta di Kuala Lumpur  dengan berat 4 kilogram.  Pasangan suami isteri ini merencana untuk memperkenalkan anak mereka kepada umum dalam sebuah majlis aqiqah yang akan diadakan nanti.

Sumber Berita : BH ONLINE

 

 

16 responses to Lana Nodin Akui Seronok Bergelar Ibu

  1. benci mulut puaka says:

    bella…pilihla gambar sopan2 boleh tak?
    saja nak suh peminat cakap lucah2..kutuk2?

    0

    0
    • Anonymous says:

      ok je gambar tu cuma elok pilih yg lagi ok, bnyk gambar dorg yg ok kan.
      nampak daud neh sayang sgt kat lana..hope bkekalan

      0

      0
  2. aku says:

    aku dh agak dh..bella confirm kluar cerita psl artis yg sama lg..adoiii..xbole ke kau letak dlm 1 entry je?? dh xde idea bebenor ke kau?? duhhh

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tolonglah jelak aku nak muntah..next pls..

    0

    0
  4. Pidah says:

    Dah dpt baby mestilah best. ape ke si nara ni dah xde modal.

    0

    0
  5. Mummy77 says:

    tahniah lana
    mummy77 tumpang gumbira diatas kelahiran puteri mu itu
    abaikan kata2 mereka yang busuk hati dan mulut2 longkang yang sememangnya penghuni neraka.
    Biarlah bersalin awal dari tarikh ke…lambat kerr… apa dorang susah?? yang penting anak dan mak selamat. Mereka tak tahu kelahiran dan kematian tu allah dah tetapkan.. jika dia kata cepat tak sampai 7 atau 8 bulan dan bersalin.. tapi tu la kalau 7 orang tua2 kata peluang untuk hidup tu ada tapi 8 bulan ‘atas pagar’ jadi kalau betulpun lana bersalin 8 bulan itu dah ketentuan allah… yang orang luar sebok2 pasal apa?? korang ke yang bagi lana tu makan??! Doakan yang terbaik buat lana & Daud semoga dapat membimbing anak2 mereka ke jalan syurga.. aminn

    0

    0
    • Anonymous says:

      mummy 77…dlm entry ni xde pun org ckp pasl umur kelahiran baby die..so, xyahlah nak buke cite skit2..nmpk mcm nak bg sokongan pd lana tapi…

      0

      0
  6. Anonymous says:

    baby berapa umur sudah ya………

    0

    0
  7. Saya says:

    Sebak saya tgk suami lana qamat anak nyer…di ig lana….

    0

    0
  8. Ani jasman says:

    Apa perasaan JOHAN ASAARI agknya???
    Ko ingat ko hebat JOHAN .., like PODAHHH!!!

    0

    0
  9. Anonymous says:

    bersalin normal ke bkn owh?? bsr tu 4kg.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    sekurang2 nya dia berjaya membentuk suami dia cara islam…walaupun kehidupan lana dulu agak sosial.

    Alhamdulillah, keep it up Lana :)

    0

    0
  11. kupu2 kecik says:

    ALHAMDULILLAH..tahniah lana.. jaga diri jaga baby jaga keluarga bebaik… saya doakan moga ALLAH berkati hidup lana sekeluarga… suka tgk muka bersih riaknya jernih.. ramai krew kata dia antara artis yg menjaga solat walaupun di tmpt shooting.. saya doakan lana jadi insan yg lebih tawado’

    0

    0