Written by AbangNara | January 8th, 2015

Nampaknya lamaran yang dilakukan oleh Hairul Azreen kepada kekasihnya, Hanis Zalikha telah mendapat liputan yang meluas. Pelbagai reaksi yang diterima. Malah kalau anda membaca suratkhabar 2,3 hari ini, kebanyakkan melahirkan rasa kurang senang terhadap gimik yang dilakukan. Terbaru, seorang pakar motivasi Ustaz Zulkefli Hamat melahirkan pendapat yang lamaran tersebut boleh memesongkan akidah serta bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu.

lamaran hairul azreen hanis zalikha

Selain itu, pakar motivasi itu juga berpendapat lamaran tersebut boleh menjatuhkan maruah Hanis Zalikha sekiranya hubungan mereka berdua terputus di tengah jalan. Kata Zulkefli Hamat:-

Lamaran adalah sama maksudnya dengan meminang atau khitbah yang mana ia sepatutnya dilakukan hanya dalam keluarga sahaja bagi mengelakkan perkara buruk berlaku.

Sekiranya hubungan tersebut putus sebelum diijabkabulkan ia akan mengaibkan dan memalukan wanita itu sendiri melainkan lamaran tersebut disusuli terus dengan majlis akad nikah.

Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.

Kalau dalam agama Islam… seseorang itu perlu melakukan solat hajat sebelum melamar dan bukan dengan tarian seperti dalam program itu.

Saya takut perkara ini akan disalah anggap oleh penganut agama lain yang beranggapan cara perkahwinan Islam sama dengan cara agama mereka.

Saya lihat ramai selebriti yang menjadikan lamaran seperti ini sebagai trend dan masyarakat pula menganggap ia sebagai sesuatu yang baik.

Namun begitu, ia seharusnya dilakukan dengan landasan dan cara yang betul agar menjadi contoh kepada masyarakat.

hairul

Fuh~~ Tak adalah pula Abang Nara terfikir yang lamaran sebegini boleh sampai ke tahap memesongkan akidah. Hebat sangat impaknya itu. Nampak gayanya Hairul Azreen dan Hanis Zalikha kena cepat-cepat bernikah untuk menutup mulut orang ramai. Apa pula pendapat anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Penyamaran haiwan yang amat menakjubkan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

104 responses to Lamaran Hairul Azreen Kepada Hanis Zalikha Boleh Pesongkan Akidah – Ustaz Zulkefli Hamat

  1. Anonymous says:

    Hahahah 1st gitew

    0

    0
    • my 26cent says:

      Tu pasal ada pepatah omputih berkata “Some things are better left unknown”..
      Sesetengah perkara tu simpan dalam kelambu sendiri cukup..
      Lebih manis kalau saat2 bermakna camtu dikongsi berdua je or cukuplah ade kenalan rapat and family..
      Tak semestinya propose in private tak sweet and tak semestinya propose in public ni sweet angattt bak kata bebudak sekarang.. (uweekk)
      You propose in public to get attention kan?
      Nahh! Memang dapat sangat lah “attention” korang tu CaptainKeknis..

      0

      0
      • Anonymous says:

        eleh ko ni mesti xde laki nak kan? kahkahkah pathetic.

        0

        0
        • Anonymous says:

          ni mesti anon tegar tu kan? tegar ke uolls.. hahah

          0

          0
        • Laki kepada my 26cent says:

          Aku laki dia!

          Dan aku x perlu propose dlm tv atau dkt public utk buktikan aku jujur ke, setia ke, sayang kat dia.. Doa cukup! Still bahagia je aku..

          0

          0
    • minah jambu tk suka hipokrit says:

      memang betol cakap ustaz kefli tu …sendiri sendiri sudah la ni tak sengaja nk tunjok 1malaysia yg Azreen ni konon suka n nk melamar Zalikha mengarot kan ! kalau ptus camana? maaaaaaaaaacam lah tkde orang tua mak bapak ! dh tk main mak bapak lagi ke untok datang meminang atau merisik ??????? dh tknk ikot adat lagi ????????? mentang2 la ada saluran Astro semua nk merisik sendiri sendiri huh ! kalau gitu kawin sendiri sendiri laaaaa jangan kasitau ngan mak bapak huh ! helo ustaz kefli ! minah jambu nk tompang tanye boleh ? minah jambu dulu ada hutang mak minah jambu 50rgit tapi minah jambu masa tu lom keja lagi jadi minah jambu lom bayar …skarang mak minah jambu dh meninggallllll boleh tk ustaz kasitau macmana nk buat? terima khaseh ustaz kefliii…

      0

      0
      • Sapiah kari says:

        Wahai minah …
        Aku nk kasi kau sejambak bunga ros nenek aku …
        Srtuju sesangat..
        Ni semua perangai kebaratan !!!
        Ingat walupun kita da ada jalur lebar .., jgn la kita lebarkan otak kita utk serap budaya BARAT!
        Nanti bila da bercerai baru la nk ubah jadi istazah jadi jadian kang..

        0

        0
  2. Anonymous says:

    uiksss.. amik kauuu

    0

    0
  3. kiah propa dah mati says:

    1st

    0

    0
  4. org singapore says:

    stop it you uollsssss. amik je lah yang positive point. korang pon dah besar panjang kansssss. klaw nak ckp pasal maruah if lets say tak jadi satu hari nanti kite amek jek pengalaman erra fazira nye wedding of the year bagai ngan yusry. #chillciked

    0

    0
  5. Fazz says:

    Senang cerita,minta maaf and kau pergi rumah Hanis jumpa parents dia lagi sekali jela Hairul. Be a real man

    0

    0
  6. anis says:

    nara nak pikir apenya..sebar fitnah pn tak boleh nak pikir baik buruk, apa lg kes macam ni..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Ustaz, lamaran begitu boleh memesongkan akidah serta bertentangan dengan nilai Islam dan budaya masyarakat Melayu. Then what about ramai gadis, wanita dan mak orang yang pakai tudung tapi pakai t-shirt tangan pendek, lengan terlopong, berlenging, exposed. Sila kasi ulasan Ustaz & juga ramai artis-artis sekarang belum bernikah dok sibuk ambil gambar pra-wedding itu ini & ada buat photoshot di luar negeri. Apa hukumnya Ustaz? Sila kasi pencerahan.Last Ustaz, apa hukumnya para pengomen yang suka menghina, mengutuk, pandang rendah dgn orang lain senang cakap mulut tak der insurance, main hembus ajer, aper hukumnya Ustaz orang2 yang mulut celupar?

    0

    0
    • lala says:

      masalahnye cara engko mengomen ni mcm mengutuk dan menyindir orang jugak. tak gitu?mulut engko ni x celupar lah?

      0

      0
      • Anonymous says:

        cerita kedai kopi cerita kedai kopi
        tiada hakim tiada saksi
        cerita sensasi di kedai kopi
        di Eropah orang bentang idea
        topik-topik intelektual didiskusi
        bla bla bla

        0

        0
    • Anonymous says:

      Senang sgt nak terpesong akidah ye ustaz? Lama2 org bkn islam pun ckp org islam ni x abis2 nak mengkafirkan sesama seniri. Ni cuma adat budaya. Tak payah la diperbesarkan. Ape kata ustaz komen perkara yglebih besar contoh artis dan hanis zalikah yg x tutup aurat kat gegar vaganza tu, artis berpelukan, artis tua melalak2 xtentu hala. Bnyk lagi ustaz boleh komen yg betul2 dosa besar. Jgnla memesongkan akidah umat islam dgn bende2 sebegini. Ustaz ni ustaz betul ke atau cuma penceramah motivasi?

      0

      0
      • bobo says:

        ustaz tu ckap pasal tajuk yg diberi sahaja.dah mmg dlm agama ckp tak boleh.melamar jgn dihebah2 kan.dah kawin bru hebah2 satu dunia pun takpe.and tentang cara pemakaian tak tutup aurat, berpelukan bukan mahram tu, rasanya dah maklum sgt, dah selalu diperbincangkan, dah selalu ustaz2 beri komen, and tak payah tggu ustaz komen pun kita mmg dah tau benda tu salah, dosa. sekarang ni ustaz beri komen pasal benda yg boleh kita masih keliru. dah knapa pulak kau nak sentap sgt ni.

        0

        0
        • Anonymous says:

          ohh psl aurat tu tak payah tggu ustaz komen ye? pandainye…. nothing yg kelirunye psl ni. melamar in public ke ape as long tutup aurat as long dlm pengetahuan keluarga xde salahnye. ustaz lain penah ckp bertunang perlu dihebahkan sbb mengelakkan org lain xtau kot2 dia terpinang tunang org. ni ustaz ni pulak kata jgn hebahkan. dah tu mana satu nak ikut. pls la bende2 kilaf mcm ni, xpayah la diperbesarkan. lets talk about real hukum. tak tutup aurat berdosa then all the event has become a sin. thats all. xyah nak pesong2 akidah sbb lamaran sgt. event ni itself dah pesongkan akidah.

          0

          0
        • hye says:

          kenapa lah nak disalahkan ustaz. perkara ini dihangatkan oleh wartawan sebab bende ni yang hot sekarang.so dari 10 benda yang orang tu tanya ustaz, bende ni yang diCAPSLOCK oleh wartawan.tak bermakna ustaz tu tujukan sangat pasal hal ni. tanda akhir zaman, penghibur diagungkan dan ustaz diburuk burukkan.nauzubillah

          0

          0
      • whatt!! says:

        Yg ko ni dh kenapa..ckp mcm xguna otak je…mmg betul la apa ustaz tu tegur..

        0

        0
        • Anonymous says:

          ustaz ko ajar ajar maki org tak guna otak ke? bagusnya. ke mak ko ajar?

          0

          0
        • susu says:

          hahah dia sentap lah tu kot. ustaz tu hanya jawab apa yg reporter tanya.
          skrg dorang tanya pasal lamaran kenapa pulak dia nak jwb soal aurat.
          nanti ckp dia tak paham soalan pulak. haishhhhhhh

          0

          0
        • Anonymous says:

          ustaz pun klu nak glemer nak jwb sgt reporter tanya, ckp terus, gegar vaganza tu dah pesong akidah, jdnye semua yg berlaku dlmnye dah terpesong. senang. takut la tu nak jwb mcm tu, takut nnt kene banned ngan astro. semua sbb duit ye ustat?

          0

          0
      • sempoi says:

        kesian msti ko ni jenis mls nk bljr n bc buku kan??agaknye time skola dl cikgu ko x penah ajar ke haram bersentuhan laki n pompuan y bkn mahram….xkn laa bnde2 camtu pun tiap2 ari ustaz nk ckp..aku rs setiap kali ceramah agama msti ustaz akan tegur psl bnde ni semua…dr dl lg smpai skrg…tp ape y pihak tv,menteri2 amik tindakan??nothing..tiap2 thn berlambak program2 maksiat camni…psl tutup aurat tu aku rs dh berbuih mulut2 ustaz ni tegur…dn kt pun sedia maklum psl bnde tu tp ape tindakan kakak2,mak cik2,anak2 dan awek2 ko dan termasuk bini2 ko (klu ko ni laki) buat tak??adkh mrk menerima teguran dan berubah??xde kannn…so xyah nk sembang psl bnde tu semua..point kat sni meminang ikut budaya barat…siap ade tari2 lg…kate ngra islam tp xde pun nilai2 islam..klu y buat tu org bkn islam aku tak kisah tp y buat tu islam…agak2 laa…ko phm x mksd ustaz tu ape??kkdg kt x sedar bnde2 kecik ni pun boleh memesongkan akidah..mksd ustaz tu bkn nk jatuh kafir tp kt lbh mengagungkan budaya kristian @ barat berbndg nilai2 islam..sdgkn dlm hadis pun nabi dh berpesan sape y cb meniru perbuatan org kafir,dikire tergolong daripada mrk….fhm…

        0

        0
      • ntahpape says:

        yang pasal tutup orat, melalak2 tu dah berlambak ustaz tegur tp masih orang buat2 xtahu. xkan smpai 4,5,6 kali kan? dah satu ag… ni usta tgur pasal cr pinang..yg ko g masukkan isu lain da knp?

        0

        0
    • Shhh says:

      Sekarang ni kau dalam blog hiburan kalo nak tanya soalan mcm tu pergi lah fb, twitter dan instagram ustaz ni. Ustaz ni bagitahu bila wartawan dh bertanya jdi tak salah kalo beliau bagi pendapat..dn mmg betul pun..u bercinta ke, u kahwin ke, u bercerai ke, u melamar ke byk ppn yg akan kena dulu..buat gadis muslim kat luar sana jagalah maruah kita mcm kita jaga nyawa kita…semoden2 kita sekalipun maruah itu kita letak paling atas sekali..

      0

      0
    • Anonymous says:

      U are right! Ustaz sila kasi nasihat pada insan2 tersebut jugak.

      0

      0
    • huk aloh. says:

      adik anonymous ni rasanya ada masalah kefahaman ya kt sini.
      islam luas dik.kau gali gali gali…tp yg kau jumpa last skali mencampur adukkan budaya dgn agama.Agama tu ialah ad-din dik…pegangan sepanjang zaman yg merangkumi semua. Budaya kena berubah ikut agama.Bukan agama berubah ikut budaya. Bukan hari ni ko nak kawen ko ikut budaya lain pastu esk ko nk cerai ikut agama islam.

      sekian.

      p/s : sy rasa adik tension..nx week da start skolah kan. by the way..sy xpenah dgr plak pertunangan kena hebahkan. perkahwinan tu yg kena hebahkan.

      0

      0
      • Anonymous says:

        akak/ makcik, mohon ikut lebih banyak usrah dan lebih banyak dengar ceramah ustats yang bukan melayu sahaja. maybe u can start to listen to mufti menk and nouman khan. to broaden your mind. Islam is a way of life. please accept that. budaya, bahasa dan sebagainya boleh dikekalkan selagi tidak becanggah hukum. else kalau tak reti sgt bahasa omputih. mohon google dr maza nye blog, dia banyak ulas dalam tu pasal hal perbezaan pendapat mengenai budaya dan adat dlm islam. akak jgn pandang rendah kat org sgt, takut terpesong akidah k. hahaha.

        0

        0
        • ukie says:

          cik anon ni gaya debat dh mcm ustazah da… ‘ustazah’ kew~ taknak la ikut ustazah ni. bahaya. nty ikut terpesong sama//

          0

          0
    • Sapiah kari says:

      Apa. Saja la ko ni ..
      Ini kan ustaz komen pasal trend baru yg nk mulai nk dibudayakan org melayu kita pat msia.
      Tu bab pakai tudong pakai gan tshirt massalah perseorangan..

      Cuba la pertahan kan budaya islam dan timur.

      0

      0
  8. poyos la says:

    hahaha..retis sgt setakat nk melamar xpyh ler nk LIVE bagai..meluat tgk bkn jeles tp mcm batak jer ..ok bai ..keknis tu kjp cantik kjp xcantik sbnarnye cantik ke x?

    0

    0
  9. hmm says:

    Saya rasa Abg Nara ni membosankan

    0

    0
  10. anon live says:

    tngok la nt..artis branak jd siaran live..aku dpt bygkan nora danish fst mngangkang branak dpan kmera branak of the decade gituu

    0

    0
  11. kak ton says:

    ntah la skrg dunia dh terlalu canggih.. ini la jadinya…ustaz nk komen lebih2 pun susah nnt kene gam..

    0

    0
    • Anonymous says:

      Yup. Benda yang Ustaz tu cakap betol. Itupon kena bash. Sebab sekarang artis2 lagi bijak dari Ustaz2 kat luar ke?? Ambik jadi pengajaran la. Jangan sebab minat dkt artis semua benda diorang buat betul. Sampai mengutuk orang2 yang lagi berilmu.

      0

      0
  12. lala says:

    ouch!

    0

    0
  13. unknown says:

    memang tau x elok pon.. kl parents ak confirm kena hambat 1 kampung.. tapi dh nak buat cemana.. zaman share.. sume nak share.. risik, lamar, kahwin, makan, tidor, main, g jenjalan, g honeymoon, anak sakit, result anak dapat straight A.. dh jadi kebiasaan.. so yg tgk pun rasa hmmmmmmmmmmmm

    0

    0
  14. miss h says:

    Bila pula ustaz tu ‘mengkafirkan’ budak2 ni..ustaz tu cuma bimbang benda2 ni semua boleh memesongkan akidah. Betul la apa yang dia cakap tu. Even just adat dan budaya, kita orang Melayu tak payah sibuk nak jadi copycat budaya bangsa lain. Untuk budak2 dan generasi muda sekarang, bila tengok semua ni, plus dengan segala drama atau filem yang tunjuk ada scenee2 yang camni, diaorang akan fikir, ‘oh..tak pe. so swet’ etc. sebab tu ustaz tegur. nak komen hanis tak tutup aurat? Kalau benda ni dia boleh fikir, cakap si lelaki tu lelaki sejati la apa, tak kan aurat dia sendiri dia tak tau??

    0

    0
    • Anonymous says:

      pesong akidah tu bkn kafir ke? pesong akidah tu maksudnya ape?

      0

      0
      • anon y busuk says:

        cik anononon…..sila bc dan fhm kan..klu tak fhm g kelas agama tak pun g tnye dgn org y lg pakar….jgn asik nk berbalah n nak sangkal je pendapat org….
        Meniru Agama Orang Kafir Vs Meniru Budaya Orang Kafir
        Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

        Meniru perkara agama adalah jelas-jelas dilarang dalam Islam seperti mengucapkan Selamat hari Kristmas (Merry Christmas), memakai tanda salib, atau memakai tanda swastika Nazi dll. Perkara ini adalah haram dan boleh membawa kepada kesyirikan dan kekafiran. Firman Allah SWT yang ringkas “Lakum dinnukum Waliyaddin”

        “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” Surah Al-kafirun menjelaskan bahawa urusan keagamaan orang Islam dan orang kafir tidak boleh dicampur-adukkan. Adalah haram bagi kaum Muslimin untuk mengambil urusan agama kaum Kafir tanpa mengira apapun alasan.
        Program Realiti TV – Barangan Tiruan

        Program realiti TV sejak mutahir ini menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, di antara rancang yang popular adalah Akademi Fantasia yang menggunakan format sebuah program televisyen popular dari Mexico, La Academia dan Mencari Cinta berdasarkan program Bachelor Lorette, Malaysian Idol merupakan copy-cat dari rancangan American Idol. Di samping program ini berjaya merekrut bakat-bakat baru dalam bidang hiburan, industri ini juga mendapat keuntungan lumayan dari undian SMS dari penonton di rumah. Yang menariknya rancang masak-memasak pun telah mengorak langkah yang sama, di mana makcik-makcik dan kakak yang hendak memasak pun sudah pandai menari sambil menyayi. Mungkin pantang-larang dahulu tentang menyanyi di dapur nanti lambat dapat suami, sudah tidak ada ertinya bagi generasi SMS ini.

        Kerajaan nampaknya memandang serius kemunculan rancangan-rancangan hiburan realiti di stesen-stesen televisyen yang dikhuatiri boleh mengancam budaya masyarakat Timur dan meruntuhkan akhlak rakyat. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. “Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur,” katanya. Ini merupakan pendirian rasmi pertama kerajaan berhubung rancangan hiburan realiti yang kini sudah menjadi trend di kalangan stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kebanyakan rancangan realiti tempatan itu dicedok konsepnya dari luar negara. [UM 2.08.2005].
        Setakat mana keseriusan kerajaan untuk menangani masalah ini dapat dibaca dari petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tegurannya terhadap program hiburan realiti yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan bukan bermaksud beliau mahukan rancangan seperti itu dikurang atau dihentikan. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri mahu rancangan seperti itu diolah dengan cara yang sesuai mengikut nilai dan cita rasa negara. Ini kerana beliau menyedari program hiburan realiti seperti itu mempunyai ramai pengikut dan pertimbangan komersial yang besar.“Tetapi mereka mesti juga mengambil kira hasrat kita, untuk membina sebuah negara, bangsa, yang sesuai dengan cita rasa kita, mengikut kehendak kita, ikut acuan kita sendiri,” katanya. [UM 3.08.2005]
        SN pada kali ini ingin mengajak pembaca yang bijaksana kembali melihat bagaimana perspektif Realiti TV ini berasaskan panduan Illahi, bukannya berasaskan hukuman selain dari hukum Allah yang boleh menjerumuskan kita ke kancah kehidupan yang sempit di dunia dan mengheret ke Neraka. Allah Subhanawa Ta’ala dengan berfirman dalam Al-Quran “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Thaha, 20:124]
        Tuntutan dari ayat ini adalah wajib kepada kita untuk senantiasa menjadikan Al-Quran dan petunjuk Allah sebagai neraca dalam melakukan amalan, kerana dalam ayat ini ada zam (celaan) dan petunjuk di humban ke neraka. Mengikut kaedah usul bila ada ancaman azab di akhirat kelak dan celaan di dunia dari Allah maka hukumnya adalah jatuh haram, iaitu haram sama sekali untuk membelakangkan Al-Quran dalam membuat keputusan. SN akan mengupas isu ini dalam 3 aspek iaitu; larangan menyerupai sesuatu kaum dan adanya unsur maksiat, kayu ukur perbuatan dan tugas pemerintah melaksanakan hukum syarak.
        Pertama : Larangan menyerupai orang kafir
        Rasulullah saw bersabda dengan jelas sekali bahawa umat Islam dilarang untuk meyerupai kaum Kafir Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
        Rasulullah melarang kita dari mengikuti jejak langkah Yahudi dan Kristian dan mencela sesiapa sahaja yang mengikuti cara hidup mereka, meniru kebiasaan mereka, tradisi dan lambang mereka. Ini adalah dalil yang tersirat bahawa larangan mengikut jejak langkah mereka oleh kaum Muslimin. Syariah menekankan lagi pengharaman ini dengan menerangkan bahawa barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka mereka adalah seorang dari kalangan mereka. Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam bersabda,
        “Barang siapa menyerupai satu kaum maka mereka adalah dari mereka.” [Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud.]
        Dalam perbincangan meniru adat kebiasaan kaum lain, ulama mengklasifikasikan dua ciri utama dalam mengkategorikan kita meniru atau tidak sesuatu kaum adalah; Pertama: melakukan amalan yang sama dengan perbuatan sesuatu kaum tersebut. Kedua: adanya qasad (niat) untuk meniru kaum tersebut. Bukan sahaja program realiti TV ini meniru bulat-bulat rancangan tersebut malahan ada unsur percampuran/ikhitlat lelaki dan perempuan, berpeluk-pelukan antara sesama perserta dan sebagainya. Semuanya bersumberkan dari budaya barat, yang mana haram diikuti kerana umat Isla dilarang sama sekali mengambil budaya Barat. Kedua: Budaya Timur sebagai kayu ukur perasaan dan perbuatan kita?
        Di dalam mengorak langkah untuk menilai sesuatu perbuatan adakah perbuatan tersebut boleh dilakukan maka perlu diperjelaskan terlebih dahulu apakah standard/piawaian yang ingin digunakan untuk menilai sesuatu perbuatan tersebut, berdasarkan apakah rasa suka dan tidak suka kita kepada satu rancangan atau program TV. Ramai umat Islam hari ini tersalah arah bila mereka cuba menggambarkan sesuatu program baik atau tidak baik, mereka lebih suka menjadikan budaya timur sebagai paiwaian buruk dan baiknya sesuatu perkara. Sentimen bencikan barat dan sukakan budaya timur sentiasa dijadikan hujah untuk menjustifikasi sesuatu tindakan, walaupun agak sukar kepada kita untuk mendefinisikan dengan jelas apa itu ‘budaya Timur’ itu di kalangan umat Islam. Namun bagi umat Islam ada nas yang jelas menerangkan bahawa perasaan suka atau tidak suka perlu kita aturkan adalah sesuai dengan pembawaan Rasul bukannya dengan budaya masyarakat Timur. Hadis Nabi sallallahualaiwasalam.
        “Tidak beriman seseorang kamu sehingga keinginannya sesuai dengan apa yang aku datangkan” [Hadis riwayat Muslim.]
        Perlu diingatkan bahawa budaya Islamlah yang sepatutnya menggerakkan kita untuk menilai samada sesuatu itu baik atau buruk, bukan kerana ianya budaya barat atau budaya timur. Rasa benci dan suka, kepada sesuatu program TV hendaklah dilihat dari aspek bercangggah atau tidak dengan ajaran Islam.
        Manakala dari segi piawaian perbuatan, umat Islam hendaklah menjadikan hukum syarak sebagai tolak ukurnya sesuai dengan perintah Allah subahanawata’ala. Setiap Muslim yang mukkallaf wajib terikat dengan hukum syarak dalam setiap perbuatan yang dilakukannya, dan tidak boleh melakukan satu perbuatannya dalam statusnya sebagai hamba Allah menyalahi seruah Ilahi. Syeikh Abdul Qadim Zallum menerangkan bahawa mengikat diri dengan hukum Islam adalah natijah dari keimanan [Mitsaqul Ummah, ms9], oleh sebab itu Allah subahanawata’ala berfirman
        “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [TMQ Annisa’, 4:65]
        Dan Firmannya lagi;
        “Apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya” [TMQ Al-Hasyr, 59:7]
        Jadi untuk mengukur program realiti TV tersebut adakah kita suka atau tidak rancangannya, ataupun boleh atau tidak diteruskannya maka hendaklah hukum syarak dijadikan paiwaianya dan emosi kita mestilah sesuai dengan ajaran Islam.
        Ketiga: Tugas Pemerintah Islam
        Negara adalah badan pelaksana (kiyan tanfizi), jadi jelas sekali bahawa tugas pemimpin Islam adalah menjaga umat dari terpesong kekancah maksiat, pergaulan bebas, meniru gaya hidup Barat yang jelas bercanggah dengan Islam. Negara perlu mencegah rancangan-rancangan TV yang bercanggah dengan hukum syarak, yang membenarkan pergaulan bebas (Ikhtilath). Tidak cukup dengan sekadar memberi teguran, bahkan Negara perlu melaksanakan sistem uqubat kepada kesalahan ini. Imam adalah pemelihara, maka merekalah yang akan menjaga kaum Muslimin suapaya tidak terjerumus ke dalam masyarakat. Manakala parti politik atau jemaah Islam bertindak melakukan “check and balance” (muhasabah) kepada negara, bila negara tidak melaksanakan syariat. Kekadang berlaku kepelikan, betapa pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar akan disaman, yang mana dia cuma membahayakan dirinya sendiri apabila berlaku kemalangan. Namun hakikatnya ada rancangan yang lebih merbahaya yang akan menyeret anak bangsa kita ke lembah maksiat di pandang sepi oleh negara, tidak terhad kepada program realiti TV sahaja. Banyak rancangan TV yang tidak sesuai dengan kehendak syarak juga perlu ‘ditegur’ oleh pemerintah.
        Kesimpulan
        Program realiti TV sebenarnya meniru budaya bangsa lain sedangkan Islam melarang umatnya meniru budaya sesuatu kaum di samping perbuatan meniru ini , rancangan ini juga mengandungi unsur-unsur maksiat, pergualan bebas, berpeluk-pelukan lelaki dan wanita di atas pentas, sistem pergaulan sosial yang bercanggah dengan Islam. Sebuah catatan penting bahawa piawaian boleh atau tidak sesuatu rancangan TV janganlah nisbahkan kepada budaya tempatan, tapi yang menjadi kayu ukur sebenar adalah hukum syarak, hanya budaya (hadharah) Islam piawaian sejati kita. Adalah salah bila mengatakan sesuatu rancangan ini tidak sesuai dengan budaya kita iaitu budaya timur, tapi yang perlu kita katakan bahawa rancangan itu bercanggah dengan hukum syarak. Tugas negara adalah menguatkuasakan hukum syarak, bukan sekadar menegur rancangan tersebut, namun tugasnya lebih jauh lagi iaitu memastikan rancangan yang bercanggah dengan hukum syarak tidak muncul di khalayak ramai. Sepatutnya pemimpin berpegang kepada slogan ini: “Kami adalah hakim (pemerintah) yang bertugas untuk menghukum” bukan sekadar tegas dengan kesalahan trafik sahaja.
        Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah!, kita adalah sebaik-baik bangsa yang dikeluarkan oleh Allah untuk manusia, kenapa kita mesti meniru budaya bangsa lain, bermula dari aspek pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan pendidikan semuanya kita tiru bulat-bulat dari sistem Barat, hatta rancangan TV pun. Umat terbaik inilah sepatutnya yang contoh untuk ditiru, bukannya peniru, ataukah kita ini umat terbaik tiruan, bukan umat terbaik sebenar kenapa? Belum tibakah masanya lagi untuk kita sama-sama mengorak langkah melakukan amar makruf nahi mungkar, melakukan perubahan sejati dengan melaksanakan hukum Allah di bumi ini?.

        0

        0
  15. TipahKotaKemuning says:

    ustz2 skrg rmai plak nk komen mnde2 glamer cmni…xde la smpai truk sgt lamaran nie…biase2 jek…artis kn…bkn la truk smpai jejaskn aqidah…sometimes…better ustaz2 nie g tgur artis2 yg trdedah ats bwh drpd komen psl mnde nie..yer la..skurang2nye diorg nie nk kawen…nk drikn msjid..bkn brcnta bagai nk rak ps2 dok 1 umh…haaaaaaaaa……..lg 1..ustz x nk komen ker psl che ta n baby yg skrg d highlite jek…???dr awl smpai ke sudah asyik che ta jek…x ker ini pob jejaskn aqidah…mnnjuk2….tayang sna sni….
    kna tgur la..ustz…

    0

    0
  16. luvlyme07 says:

    pelik jugak baca comment semua dok puji sweet… for me tak sweet pon…

    0

    0
  17. Renung2kanlah says:

    Sebaik2 sesuatu perhubungan suami isteri yang ingin dibina, lebih baik dlm keadaan tertutup…ikutlah ajaran yang ditinggalkan oleh Rasullah s.a.w iaitu sunnah dan Al-Quran. Mustahil org Islam tidak pernah mendengar…”Sembunyikanlah berita pertunanganmu dan hebahkanlah majlis perkahwinanmu”…tapi zmn skrng dr merisik,bertunang dan kahwin trend skrng segalanya di FB,Instagram,Youtube nk hebah satu dunia bagai..semua nak tiru budaya barat…yakni org kafir yg kita agung2kan dan Melayu kita tak sedar selama ini…oooouch -This is just From My Humble Opinion…

    0

    0
    • Anonymous says:

      hoiii ade ustaz kata kene hebahkan pertunangan. aku lupa ustaz mana ustaz kazim ke siapa tah.

      0

      0
      • ninie says:

        Bertunang perlu dirahsiakan, takut2 nnt x berpanjangan terputus d tgh jln.. tp kalau ada org dtg nk melamar, bgtaulh org tu yg si polan dh bertunang.. x jd hal pun,sbb dlm islam x boleh bertunang dgn tunangan org lain..

        0

        0
    • Anonymous says:

      ni hadis sahih ke? riwayat siapa?

      0

      0
  18. Shhh says:

    Abg nara punya komen yang paling bawah itu ‘Fuh~~ Tak adalah pula Abang Nara terfikir yang lamaran sebegini boleh sampai ke tahap memesongkan akidah’..tahu pun abg nara ni..kalo tak abg nara pun sokong kan pa yang dibuat oleh Hairul itu…Haniz Zalikha kawan blogger abg jugakkan..sbb tu sy tgk abg ni mcm lalang…jadi blogger biarlah berilmu sikit..dn paling peting byk2 kan membaca buku2 ilmiah..kami pun da gak bc gossip hiburan hukum2 agama ttp kami takan lupa…

    0

    0
  19. damai says:

    Terpesong akidah, dah kata artis ustaz, bukan mrk berpeluk pun. time dulu ada artis lamar cara live tak ada pula dikata yea. Ustaz, jgn mudah lafaz kan hukum seberangan ustaz, kelakar bin seram this ustaz, its not big deal pun, if org biasa bukan artis blh lh kita rasa pelik. Hairul propose pun bukan dia sarungkan cincin and berpelukan pun, rilex lah ustaz. kalau btl nak ckp terpesong akidah, tegur org besar astro, knp rancangan nyanyian aja di lakukan. and artis2 prmp yg pakai seksi semasa sst anugerah. And Nara pun kdg i c he not good blogger

    0

    0
  20. Anonymous says:

    “will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja”… yg aku tau pkahwinan dlm gereja I do I do jer, will you marry me tu lbh kpd adat org barat x semestinya kristian kot?

    0

    0
    • lolsss says:

      kann. aku pun terfikir benda yg sama. kalau dlm bahasa melayu pun sudikah awak berkahwin dgn saya?. so kalau omputih yg beragama islam takleh sebut will u marry me kat bakal isteri dia lah?

      0

      0
    • Lu pikir sendiri says:

      Takde kena mengena dgn agama kristian. “I do” pun sama macam kita akad nikah “saya terima”. It’s just language. Melayu ni ikut jer apa ustaz cakap… Tak kisah lah ustaz tu ada qualification ker tidak… Asal ada nama ustaz kat pangkal semua ikut jer…

      0

      0
      • Anonymous says:

        org melayu ni bangang. ustaz asri penah ckp even dlm akad nikah, kalau lelaki tu ckp i accept or i do pun dah sah nikah, tak payah nak bnyk cekadak aku terimah nikahnya blablabla. ni semua mazhab org melayu. hukum islam xnak ikut!

        0

        0
    • anonPeace says:

      Yeap..”will you marry me” tu lebih kepada budaya barat je, BUDAYA, BUKAN AGAMA.
      Kitorang yang berbangsa Dayak yg beragama Kristian, kalau lelaki melamar perempuan, kitorang still kena ikut budaya dan adat Dayak. Family lelaki jumpa family perempuan untuk saling kenal – lebih kurang macam merisik la. Lepas merisik, bertunang.. Kalau dah bertunang, kena kawin dalam masa kurang dari atau genap setahun, kalau lebih, kena inform ketua kampung, and bagitau apa sebab dorang kena extend pertunangan. Kalau nak extend pun, tak boleh lama sangat. Ini untuk mengelakkan fitnah.

      Just nak kongsi info pasal adat & budaya Dayak (tak kira Kristian or non Kristian) di Sarawak. Lebih kurang macam adat & budaya Melayu je. Some maybe tak ikut adat, especially yang tinggal di bandar. :)

      0

      0
    • Biskut says:

      aku br nk cakap benda yg sama. sbg ustaz dia tak patut cakap sesuatu pasal agama lain tanpa selidiki dulu perkara yg dia nk perjelaskan. kalo kawen d gereja paderi akan tanya kedua pengantin jika btul mereka dua setuju dan menerima 1 sama lain dan berjanji akan menjaga satu sama lain ’till death do us part’. pengantin akan jwb ‘ya, sy terima’ atau ‘yes, I do’. sbb d gereja bukan tmpt utk si lelaki utk tanya si pompuan ‘will u marry me’ dh. lamar melamar ni cuma budaya barat jer n takde kena mengena pun dgn kristian. aku tgk org kita skrg makin lama makin bebal. perjelaskan sesuatu tanpa usul periksa n suka menyalahkan agama lain. puiiiii

      0

      0
  21. Anonymous says:

    Satu input dan huraian yang sangat bernas. Setuju !!!!

    0

    0
  22. Naisa says:

    Kalau “perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.”, apa bezanya dengan “sudikah awak berkahwin dengan saya” or ” boku to kekkon shite kudasai” or dalam ape2 bahasa lain? Hanya sebab dia cakap dalam bahasa ingeris dia menyerupai agama kristian? So kalau lamar dalam bahasa melayu tak jadi isu la kan.
    Pada pendapat saya kita kena bezakan antara agama dan budaya. Benda ni jadi isu sebab bukan budaya melayu, xde kena mengeda dengan agama kristian atau mana mana agama lain.

    0

    0
  23. melati says:

    aku tak faham la dengan org yg nk mempertikaikan komen ustaz ni.korg ni dah gila ke ape? kalau ye pun jahil tak payah la tunjuk sangat.yg ustaz ni komen pasal bnda ni korg boleh ckp oh bnda lain tak tutup aurat bla bla bla tu ape cite.xnk komen pulak? eh ustaz ni nasihat kita. saling mengingati.korg tak payah la nk pertikai perbuatan dia.yang mana nasihat baik kita amik.bukan dok sibuk komen ustaz ni. kalau nk mintak nasihat pasal aurat ke ape ke.dia pun boleh bagila.ni org tnye dy pasal bnda dy just jawab je! better korg g istighfar banyak2 sebab mengata ustaz ni mcm2!!

    0

    0
  24. ... says:

    Kalau “perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja.”, apa bezanya dengan “sudikah awak berkahwin dengan saya” or ” boku to kekkon shite kudasai” or dalam ape2 bahasa lain? Hanya sebab dia cakap dalam bahasa ingeris dia menyerupai agama kristian? So kalau lamar dalam bahasa melayu tak jadi isu la kan.
    Pada pendapat saya kita kena bezakan antara agama dan budaya. Benda ni jadi isu sebab bukan budaya melayu, xde kena mengeda dengan agama kristian atau mana mana agama lain.

    0

    0
  25. Laghama says:

    Demi nak increase eyeballs utk iklan, sanggup abg nara buat headline macam ni. more harms than goods. kot… then orang bole disputes on isu akidah. isu lain saya tak ambik port, tapi melibatkan agama. semoga abg nara tak menjadi medium pertambahan dosa orang lain.

    0

    0
  26. pahiram ng sandali says:

    Sape2 yg mnyalahkn ustaz krn menegur tu mmg amat dangkal… sape lg nk mnegur klu x golongan agama? X pyh la nk ungkit psl brgmbr prewedding, artis buka aurat & sgala bagai… itu pun dh sah2 haram… skrg ni lamaran bodoh mcm tu bru timbul, tu pun artis yg mncetuskannya.. dah sah mmg brtentangan dgn budaya & agama, so mmg haram le wahai yg pmbaca x ada ilmu… sbb tu la artis ni x layak jd ikon… hancur semua

    0

    0
  27. Lu pikir sendiri says:

    Just because cakap “will you marry me” sama dgn agama Kristian? Biar betik. It’s just language. Kalau korang bimbang sangat cakap English terus murtad memang pegangan agama korang teramat cetek mudah goyah. Kalau Iman kuat korang baca bible pun takde masalah nyer… Just for knowledge… Nak masuk gereja pun ok kalau iman tu kuat… Every place belongs to Allah. Cuba praktik kan kritikal thinking sikit. Just because letak panggil diri ustaz doesn’t make you ustaz. Pakai motivation? Apa qualification dia? Pendidikan kat mana?

    0

    0
  28. wanita says:

    budaya dan agama itu pekara yg berbeza.. bangsa dan agama juga pekara yg berbeza.. melayu tk mestinya islam.. cina tk mestinya kafir. ustat mmg ada hak menegur.. teguran itu lebih berbentuk kerisauan.. melamar secara terbuka tu tk salah cuma dalam pandang islam tidak manis/ tk dak berapa elok kerana boleh mendatngkan aib pd si perempuan jika pekara yg diharapkan tk menjd. wanita sgt suka di hargai.. sgt suka jika hati dan dirinya dijdkn istimewa.. tk semua suami mampu buai perasaan isteri hingga rasa istimewa.. jikalh sikap retis lelaki ini berterusan hingga ke alam perkahwinan, bijak membuai perasaan isteri, pasti rumah tangga itu lebih indah.. tp jika si lelaki (kebanyakan) dahlah tk romantis, belum kawin pun dah mcm batu kayu.. dah kawin mmg jauh sgtlh nk buai perasaan isteri.. yg si lelaki thu bila kawin seluar baju dia dah ada org cuci dan gosok.. nk hargai isteri mmg jauhlah.. so apa istimewanya perasaan dan diri isteri tersebut.. yg tu ustad mmg tk pernah komenlah kan.. bahagia ke isteri tu.. gembira kah dia.. langkah pertama untuk membina rumah tangga itu adalah niat yg baik dan kita harus sokong.. bukan mngkondemkannya.. niat dia untuk berlatih jd lelaki/suami yg baik tu kita kena nilai juga… jgn pdng buruk aje.. mmg byk kemungkinan yg akan berlaku bila dah kawin.. tp lebih baik kita doa yg baik2 aje.. jika retis lelaki tu terus romantis smpi dahkawin n smpi bila2 retis permpuan tu juga yg beruntung. Kalau sebaliknya.. hanya Allah yg thu.. jd kita doa yg baik2 ajelah.. tk payah pening2.. yg nak kawin tu mereka.. yg kita nk komen kalut bagai kenapa.. byk lg pekara yg lebih besar boleh kita komen..

    0

    0
  29. Anonymous says:

    Cerai nanti lafaz live ada berani kaaa…..

    0

    0
  30. Anonymous says:

    Kan dlm Islam kita disuruh bersederhana…..

    0

    0
  31. katak says:

    Awal lamar Scha dlm Melodi tahun lepas takde pun ostas ostas komen…

    0

    0
  32. adeh says:

    zaman sekarang

    ustaz nasihat pun dipertikaikan
    dah memang dalam islam haram buat perkara yg agama lain buat, sbb akan kelirukan n timbulkan fitnah tak kesah dari segi sembahyang, cara berpakaian, cara melamar, cara nikah, cara makan, cara bersihkan diri dari hadas.. semua ni dah ada guide dalam alquran dan sunnah..

    tapi nak buat cane dah kerajaan selalu invest ntok hiburan, kita pun terdedah dgn cara bukan islam.. agaknya ustazah masitah kna keluarkn hukum dia baru org terima n nak pakai..

    ustaz nasihat satu topic je cara melamar, pegi sound untaz balik dia tak tutup aurat tu okay plak.. kang ustaz nasihat sebakul marah pulak kata ustaz bajet ahli syurga.. dah tentu sbb dia tak tutup aurat + melamar cara kristian, lagi la buat org keliru and boleh timbul fitnah cakap diorang bukan islam..

    tulah diaaa retis 1 – ustaz 0
    only in malaysia

    0

    0
    • Anonymous says:

      tu dia ustaz 1 – tuhan 0
      only in malaysia.

      0

      0
    • kasar bahasa says:

      Adeh,
      apa apa pun, cara berdakwah kena belajar dulu k. Ni untuk semua ustaz/ustazah dan masyarakat. Sbb walaupun niat ustaz ni baik, kita bukan Tuhan. Kita nampak cara orang tu buat kat kita macam mana. Ada sebab Abby tu orang susah terima apa dia cakap sbb cara menegur kasar bukan main. Judgy. Kalau tak elok propose depan khalayak ramai takut malu kan perempuan tu kalau tak jadi kahwin, menegur pun kena secara sopan, biar tak malukan orang tu depan khalayak. Satu lagi, ustaz bukan maksum. Nabi pun suruh kita tanya dia kalau tak faham. Walaupun dia maksum. Takde de kalau kita tanya dia kita challenge apa dia cakap. Ustaz yang hebat ialah ustaz yang dalam menegur tu dia dapat ambil hati orang, dapat mendatang kan keinsafan, dapat ajak orang bukan Islam masuk Islam. Cara tu halus, lembut. Takpe explain panjang lebar, janji orang faham.
      Satu lagi mana ada orang cakap will you marry me dalam church?

      0

      0
  33. Anonymous says:

    Kesian Ayai, nama dia tenggelam dek kerana gimik2 ASTRO ni…..

    0

    0
  34. pahiram ng sandali says:

    Lu pikir sendiri,jgn asyik nk pikir sndiri je… bljar lh ttg hukum hakam, brtnyalah pd yg arif… bkn msalah language… ucapan tu dh adat & budaya agama lain… so klu kita yg islam ni tiru mmg haram le…

    0

    0
    • Lu pikir sendiri says:

      So kalau 1.5 billion saudara Islam omputih, cina, India, Africa, jepun, Spanish, even Arab nak kahwin kena belajar bahasa melayu baru tak haram? Kena ikut budaya melayu merisik/bertunang baru tak haram? Bukan melayu ajer orang Islam. Budaya is not equal to agama. Adoi… Cer guna otak sikit…

      0

      0
    • Lola says:

      hahaha..kau punya komen mmg bangang. kalo gitu ko jgn smbut bday ke, new year ke sbb tu smua budaya barat. kalo ko tiru mmg haram. ko pesan juga kat org2 melayu yg byk praktikkan budaya hindu dlm perkahwinan dorg cth nya berinai, bersanding.

      0

      0
  35. maya zali says:

    Sebagai saudara sesama islam baik kita mendoakan yg terbaik sahaja buat dua insan bercinta ni. Biar lah x perlu diungkit lagi perkara cara lamaran yg dlakukan HAIRUL. Dia x pernah pn trpikir apa yg akan di komen oleh sbyk2 manusia d luar yg difikirkan cuma niatnya untuk mempersuntingkan kekasih hati dgn disaksikan oleh sejuta manusia diluar sana. X perlu lah d perbesar kan lagi perkara ni. Admin.pls..Everybody got their own pruvasy &

    0

    0
  36. Akudisini says:

    Kalau ustaz tegur pun xnak ikut saper lagi korang nak ikut. Siap pertikai kelulusan ustaz tu. Yg mempertikai pula bagaimana kelulusannye?? Satu jari menunjuk kat org ada empat jari menunjuk arah kita pikir pikir lah.

    0

    0
    • Lu pikir sendiri says:

      The difference is aku tak judge orang lain punya agama, orang lain punya aqidah. Tak pernah sekali pun aku cakap aku ustaz. And of coz aku nak tahu kelulusan seseorang yang mengaku dia seorang ketua agama before aku follow. Tak kan nak ikut membuta ajer. Kalau tetiba si mat pot jiran ko yg SPM pun tak lulus cakap dia ustaz ko terus ikut ker?

      0

      0
  37. Anonymous says:

    saya rasa ustaz tu sebenarye nak bagitau..cara lamaran tu meyerupai barat dan bertentangan dengan syariah..saya pernah dengar hebahkan perkahwinan…tapi hebahkan pertunangan dan risikan setahu saya yang cetek ilmu agama ni..tak pernah pula dengar…cuma yang saya pernah dengar jangan mengambil hak orang…ustaz tu bagi contoh bahasa tu saya nampak hanya sebagai satu contoh jer…bukanyer atas sebab penggunaan bahasa atau maksud bahasa tu sendiri..teguran yang elok kita ambil la..yang tak elok dan kurang jelas boleh rujuk orang yang arif agama..bukan dengan cara bergaduh dan memaki cmni..islam pun tak ajar kita bercakap kasar dan maki…kalu kita fikir negatif..maka negatifla benda yang kita baca tu..kalu kita fikir positif..maka positif la jadiye bnda tu…fikir dulu sebelum kata apa2..komen bab2 akidah dan agama ni bukan bnda main2..

    0

    0
  38. sesaje says:

    Pelik betol la….time awal ngan scha dlu xde pulak kuar isu mcm2… Rasanya lebih kurg same jerkkkk…

    0

    0
  39. jangan jadi org serba tau says:

    “Cara melamar itu juga tidak sesuai dan dia seharusnya berhati-hati dengan perkataan will you marry me itu kerana ia menyerupai perkahwinan agama Kristian di dalam gereja”
    pembetulan untuk ayat ini “WILL U MARRY ME”…….. TIDAK ADA PERKAHWINAN AGAMA KRISTIAN DI DALAM GEREJA YG MENGGUNAKAN AYAT INI… kalau tidak tahu tentang cara perkahwinan agama lain jgn la memandai mandai…

    0

    0
  40. ayoi says:

    memekak laa korg y ske pertikaikan ustaz ni…nah !! amik ni…..rajin kan diri tu membc jgn jd malas…..org melayu mmg pemalas..nk bc buku lg mls..nk g dgr ceramah agama pun mls..lps tu memekak nk pertikaikn itu,ini…..

    Meniru Agama Orang Kafir Vs Meniru Budaya Orang Kafir
    Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

    Meniru perkara agama adalah jelas-jelas dilarang dalam Islam seperti mengucapkan Selamat hari Kristmas (Merry Christmas), memakai tanda salib, atau memakai tanda swastika Nazi dll. Perkara ini adalah haram dan boleh membawa kepada kesyirikan dan kekafiran. Firman Allah SWT yang ringkas “Lakum dinnukum Waliyaddin”

    “Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku” Surah Al-kafirun menjelaskan bahawa urusan keagamaan orang Islam dan orang kafir tidak boleh dicampur-adukkan. Adalah haram bagi kaum Muslimin untuk mengambil urusan agama kaum Kafir tanpa mengira apapun alasan.
    Program Realiti TV – Barangan Tiruan

    Program realiti TV sejak mutahir ini menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia, di antara rancang yang popular adalah Akademi Fantasia yang menggunakan format sebuah program televisyen popular dari Mexico, La Academia dan Mencari Cinta berdasarkan program Bachelor Lorette, Malaysian Idol merupakan copy-cat dari rancangan American Idol. Di samping program ini berjaya merekrut bakat-bakat baru dalam bidang hiburan, industri ini juga mendapat keuntungan lumayan dari undian SMS dari penonton di rumah. Yang menariknya rancang masak-memasak pun telah mengorak langkah yang sama, di mana makcik-makcik dan kakak yang hendak memasak pun sudah pandai menari sambil menyayi. Mungkin pantang-larang dahulu tentang menyanyi di dapur nanti lambat dapat suami, sudah tidak ada ertinya bagi generasi SMS ini.

    Kerajaan nampaknya memandang serius kemunculan rancangan-rancangan hiburan realiti di stesen-stesen televisyen yang dikhuatiri boleh mengancam budaya masyarakat Timur dan meruntuhkan akhlak rakyat. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan stesen-stesen televisyen tempatan supaya tidak terlalu didorong oleh pertimbangan komersial dan pasaran semata-mata sehingga mengabaikan soal etika dan moral rakyat. “Kita tidak perlu mengikut budaya Barat secara membuta tuli termasuk mencedok secara bulat-bulat rancangan seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia yang adegan-adegannya melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya orang Timur,” katanya. Ini merupakan pendirian rasmi pertama kerajaan berhubung rancangan hiburan realiti yang kini sudah menjadi trend di kalangan stesen-stesen televisyen swasta di negara ini. Kebanyakan rancangan realiti tempatan itu dicedok konsepnya dari luar negara. [UM 2.08.2005].
    Setakat mana keseriusan kerajaan untuk menangani masalah ini dapat dibaca dari petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tegurannya terhadap program hiburan realiti yang disiarkan menerusi stesen televisyen tempatan bukan bermaksud beliau mahukan rancangan seperti itu dikurang atau dihentikan. Sebaliknya, Timbalan Perdana Menteri mahu rancangan seperti itu diolah dengan cara yang sesuai mengikut nilai dan cita rasa negara. Ini kerana beliau menyedari program hiburan realiti seperti itu mempunyai ramai pengikut dan pertimbangan komersial yang besar.“Tetapi mereka mesti juga mengambil kira hasrat kita, untuk membina sebuah negara, bangsa, yang sesuai dengan cita rasa kita, mengikut kehendak kita, ikut acuan kita sendiri,” katanya. [UM 3.08.2005]
    SN pada kali ini ingin mengajak pembaca yang bijaksana kembali melihat bagaimana perspektif Realiti TV ini berasaskan panduan Illahi, bukannya berasaskan hukuman selain dari hukum Allah yang boleh menjerumuskan kita ke kancah kehidupan yang sempit di dunia dan mengheret ke Neraka. Allah Subhanawa Ta’ala dengan berfirman dalam Al-Quran “Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Thaha, 20:124]
    Tuntutan dari ayat ini adalah wajib kepada kita untuk senantiasa menjadikan Al-Quran dan petunjuk Allah sebagai neraca dalam melakukan amalan, kerana dalam ayat ini ada zam (celaan) dan petunjuk di humban ke neraka. Mengikut kaedah usul bila ada ancaman azab di akhirat kelak dan celaan di dunia dari Allah maka hukumnya adalah jatuh haram, iaitu haram sama sekali untuk membelakangkan Al-Quran dalam membuat keputusan. SN akan mengupas isu ini dalam 3 aspek iaitu; larangan menyerupai sesuatu kaum dan adanya unsur maksiat, kayu ukur perbuatan dan tugas pemerintah melaksanakan hukum syarak.
    Pertama : Larangan menyerupai orang kafir
    Rasulullah saw bersabda dengan jelas sekali bahawa umat Islam dilarang untuk meyerupai kaum Kafir Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu telah mengikuti sunnah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan mereka masuk ke dalam lubang biawak kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani? Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi?” [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
    Rasulullah melarang kita dari mengikuti jejak langkah Yahudi dan Kristian dan mencela sesiapa sahaja yang mengikuti cara hidup mereka, meniru kebiasaan mereka, tradisi dan lambang mereka. Ini adalah dalil yang tersirat bahawa larangan mengikut jejak langkah mereka oleh kaum Muslimin. Syariah menekankan lagi pengharaman ini dengan menerangkan bahawa barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka mereka adalah seorang dari kalangan mereka. Rasulullah Shalallahu alaihi wassalam bersabda,
    “Barang siapa menyerupai satu kaum maka mereka adalah dari mereka.” [Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud.]
    Dalam perbincangan meniru adat kebiasaan kaum lain, ulama mengklasifikasikan dua ciri utama dalam mengkategorikan kita meniru atau tidak sesuatu kaum adalah; Pertama: melakukan amalan yang sama dengan perbuatan sesuatu kaum tersebut. Kedua: adanya qasad (niat) untuk meniru kaum tersebut. Bukan sahaja program realiti TV ini meniru bulat-bulat rancangan tersebut malahan ada unsur percampuran/ikhitlat lelaki dan perempuan, berpeluk-pelukan antara sesama perserta dan sebagainya. Semuanya bersumberkan dari budaya barat, yang mana haram diikuti kerana umat Isla dilarang sama sekali mengambil budaya Barat. Kedua: Budaya Timur sebagai kayu ukur perasaan dan perbuatan kita?
    Di dalam mengorak langkah untuk menilai sesuatu perbuatan adakah perbuatan tersebut boleh dilakukan maka perlu diperjelaskan terlebih dahulu apakah standard/piawaian yang ingin digunakan untuk menilai sesuatu perbuatan tersebut, berdasarkan apakah rasa suka dan tidak suka kita kepada satu rancangan atau program TV. Ramai umat Islam hari ini tersalah arah bila mereka cuba menggambarkan sesuatu program baik atau tidak baik, mereka lebih suka menjadikan budaya timur sebagai paiwaian buruk dan baiknya sesuatu perkara. Sentimen bencikan barat dan sukakan budaya timur sentiasa dijadikan hujah untuk menjustifikasi sesuatu tindakan, walaupun agak sukar kepada kita untuk mendefinisikan dengan jelas apa itu ‘budaya Timur’ itu di kalangan umat Islam. Namun bagi umat Islam ada nas yang jelas menerangkan bahawa perasaan suka atau tidak suka perlu kita aturkan adalah sesuai dengan pembawaan Rasul bukannya dengan budaya masyarakat Timur. Hadis Nabi sallallahualaiwasalam.
    “Tidak beriman seseorang kamu sehingga keinginannya sesuai dengan apa yang aku datangkan” [Hadis riwayat Muslim.]
    Perlu diingatkan bahawa budaya Islamlah yang sepatutnya menggerakkan kita untuk menilai samada sesuatu itu baik atau buruk, bukan kerana ianya budaya barat atau budaya timur. Rasa benci dan suka, kepada sesuatu program TV hendaklah dilihat dari aspek bercangggah atau tidak dengan ajaran Islam.
    Manakala dari segi piawaian perbuatan, umat Islam hendaklah menjadikan hukum syarak sebagai tolak ukurnya sesuai dengan perintah Allah subahanawata’ala. Setiap Muslim yang mukkallaf wajib terikat dengan hukum syarak dalam setiap perbuatan yang dilakukannya, dan tidak boleh melakukan satu perbuatannya dalam statusnya sebagai hamba Allah menyalahi seruah Ilahi. Syeikh Abdul Qadim Zallum menerangkan bahawa mengikat diri dengan hukum Islam adalah natijah dari keimanan [Mitsaqul Ummah, ms9], oleh sebab itu Allah subahanawata’ala berfirman
    “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [TMQ Annisa’, 4:65]
    Dan Firmannya lagi;
    “Apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya” [TMQ Al-Hasyr, 59:7]
    Jadi untuk mengukur program realiti TV tersebut adakah kita suka atau tidak rancangannya, ataupun boleh atau tidak diteruskannya maka hendaklah hukum syarak dijadikan paiwaianya dan emosi kita mestilah sesuai dengan ajaran Islam.
    Ketiga: Tugas Pemerintah Islam
    Negara adalah badan pelaksana (kiyan tanfizi), jadi jelas sekali bahawa tugas pemimpin Islam adalah menjaga umat dari terpesong kekancah maksiat, pergaulan bebas, meniru gaya hidup Barat yang jelas bercanggah dengan Islam. Negara perlu mencegah rancangan-rancangan TV yang bercanggah dengan hukum syarak, yang membenarkan pergaulan bebas (Ikhtilath). Tidak cukup dengan sekadar memberi teguran, bahkan Negara perlu melaksanakan sistem uqubat kepada kesalahan ini. Imam adalah pemelihara, maka merekalah yang akan menjaga kaum Muslimin suapaya tidak terjerumus ke dalam masyarakat. Manakala parti politik atau jemaah Islam bertindak melakukan “check and balance” (muhasabah) kepada negara, bila negara tidak melaksanakan syariat. Kekadang berlaku kepelikan, betapa pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar akan disaman, yang mana dia cuma membahayakan dirinya sendiri apabila berlaku kemalangan. Namun hakikatnya ada rancangan yang lebih merbahaya yang akan menyeret anak bangsa kita ke lembah maksiat di pandang sepi oleh negara, tidak terhad kepada program realiti TV sahaja. Banyak rancangan TV yang tidak sesuai dengan kehendak syarak juga perlu ‘ditegur’ oleh pemerintah.
    Kesimpulan
    Program realiti TV sebenarnya meniru budaya bangsa lain sedangkan Islam melarang umatnya meniru budaya sesuatu kaum di samping perbuatan meniru ini , rancangan ini juga mengandungi unsur-unsur maksiat, pergualan bebas, berpeluk-pelukan lelaki dan wanita di atas pentas, sistem pergaulan sosial yang bercanggah dengan Islam. Sebuah catatan penting bahawa piawaian boleh atau tidak sesuatu rancangan TV janganlah nisbahkan kepada budaya tempatan, tapi yang menjadi kayu ukur sebenar adalah hukum syarak, hanya budaya (hadharah) Islam piawaian sejati kita. Adalah salah bila mengatakan sesuatu rancangan ini tidak sesuai dengan budaya kita iaitu budaya timur, tapi yang perlu kita katakan bahawa rancangan itu bercanggah dengan hukum syarak. Tugas negara adalah menguatkuasakan hukum syarak, bukan sekadar menegur rancangan tersebut, namun tugasnya lebih jauh lagi iaitu memastikan rancangan yang bercanggah dengan hukum syarak tidak muncul di khalayak ramai. Sepatutnya pemimpin berpegang kepada slogan ini: “Kami adalah hakim (pemerintah) yang bertugas untuk menghukum” bukan sekadar tegas dengan kesalahan trafik sahaja.
    Wahai kaum Muslimin yang dimuliakan oleh Allah!, kita adalah sebaik-baik bangsa yang dikeluarkan oleh Allah untuk manusia, kenapa kita mesti meniru budaya bangsa lain, bermula dari aspek pemerintahan, ekonomi, sosial, polisi luar negara dan pendidikan semuanya kita tiru bulat-bulat dari sistem Barat, hatta rancangan TV pun. Umat terbaik inilah sepatutnya yang contoh untuk ditiru, bukannya peniru, ataukah kita ini umat terbaik tiruan, bukan umat terbaik sebenar kenapa? Belum tibakah masanya lagi untuk kita sama-sama mengorak langkah melakukan amar makruf nahi mungkar, melakukan perubahan sejati dengan melaksanakan hukum Allah di bumi ini?.

    0

    0
  41. Nora Ayshah says:

    WILL YOU MARRY ME? Translated into BM “SUDIKAH AWAK MENGAHWINI SAYA?”… Perkataan/ayat ini tiada kena mengena dengan upacara perkahwinan orang kristian ya… Sila selidik betul2… Jangan rasa diri betul sgt.

    0

    0
    • anon says:

      tak nak berbincang dgn keluarga ke…..merisik ke meminang ke. Kan kita ni org melayu. Takkan membelakangkan keluarga pulak…

      0

      0
  42. paracetamol says:

    klu kristian kawin bukan ke paderi yg ckp “sipolan, sudi x awk terima sipolan ni jd isteri awk” klu dua2 sudi paderi ckp “u may kiss the bride” ha itu bru kristian cium2 kn. correct me if i’m wrong

    0

    0
  43. anon says:

    Mmg betol ape yg ustaz tu cakap. Artis2 skrg ni suka sngt meniru or terikut2 dgn budaya barat, menyampah. Kita ni org melayu & islam, bukan omputeh. Majlis nikah kawin pun siap ade bridesmaidlah. ….baby showerlah…..mcm2 lagi. Sampaikan yg takde kene mengena dgn kita pun nak celebrate jugak, mcm halloween tu…

    0

    0
  44. mamalara says:

    Ustaz tu ckp budaya tu membimbangkan. Dari meminang dikhuatiri berlarutan majlis kawin pun tak ikut Islam. Lebih takut cara hidup pun tak ikut Islam. Lama2 kan boleh terpesong akidah (kalau tak tersedar lah) harap2 tersedar lah. Pada mama, bila ikut budaya bukan Islam, org bukan Islam akan kompius, same je cam dia org. Jadi…apa Istimewanye ISLAM??? Mana bezanye ISlam dan agama lain???? Jadi bagaimana mereka nak respek pada Islam???? Org ISlam sendiri rosakkan Islam, bila dikutuk, dihina, terus sentap. Tak sedar diri sendiri salah. Lagipun Hanis Zalikha tu kan anak dara, bukan janda. Kan sepatutnye minta izin org tuanye…..

    0

    0
  45. Cik Cantik says:

    Tak Sweet pun semua tu..salah caranya nk melamar walaupn dh jumpa parents..”Sebaik pertunangan adalah dketahui dahulu oleh keluarga..sebaik pernikaha biar semua org tahu”..

    0

    0
  46. Siti Hajrah says:

    Setuju sesangat!!!
    Dulu mana ada org buat cam ni.
    Ini cara budaya om putih.
    Ingat walaupun ada kalangan kita melayu yg kulit putih namun cuba la kekalkan cara dlm landasan ISLAM!!
    Jgn la mandai mandai nk mantat kan cara cam ni .
    Puihhh!!!!

    0

    0
  47. aku says:

    Berkepit 24 jam..mak ayah pun dah tau.lastnya atas pentas baru nk tanya sudi ke dak..tak ke mengada2 namanye tu.?hmmm..ada unsur gila publisiti di situ..

    0

    0
  48. dfghjkl says:

    jk benda ni salah, jgnlah habiskan ms bergosip psl benda slah, habiskn ms beribadah cukup. jadikan benda ni pgjrn, pesan pd anak cuci supaya takbuat. buat bgosip perasan baik dkat komen pun x menunjukn diri sendiri tu betul depan allah. tak pasti lg kita, anak kita or cucu kita ps ms depan tak buat, so takpayahla asyik mgata org lain. bukannya mbantu pun, buat bdosa sendiri sj. klu tak dpt juga, haramkn dr dari semua benda yg buat kita asyik mbuang masa komen, mengata. haramkn semua drama, rancangan tv yg membawa dosa tu dr disiarkn. takpayah nk buat buat rncgn tv, sb dah kata tutup aurat. baik tutup semua. tkd rncgn drama, nyanyi semua tu tkdlah sibuk nk mengata aurat terbukala, itulah, inilah. cukup tayangkn rancangan agama sj.

    0

    0