Written by AbangNara | August 24th, 2017

Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidiladha sudah semakin hampir. Pasti ramai yang dah merancang untuk melaksanakan ibadah korban kan? Hari ini Abang Nara ada berita baik untuk anda semua. Sebagai menghargai para pelanggan yang telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah bersama Zabeeh Services telah pun melancarkan satu “Program Penghargaan Pelanggan”.

zabeeh services sdn bhdProgram ini adalah bertujuan untuk menghargai pelanggan yang telah memberi kepercayaan kepada Zabeeh Services Sdn Bhd untuk melaksanakan Ibadah Korban dan Akikah anda. Pelanggan yang terpilih akan mengerjakan Ibadah Umrah yang ditaja sepenuhnya oleh pihak Zabeeh Services. Berikut merupakan terma dan syarat untuk program ini :-

1. Hanya SEORANG pelanggan sahaja yang akan terpilih.
2. Pelanggan yang layak menyertai program ini adalah semua pelanggan yang telah atau akan mendaftar Ibadah Korban bersama Zabeeh Services bermula 1 Muharram 1438H bersamaan 2 Oktober 2016 sehingga 3 Zulhijjah 1438H bersamaan 25 Ogos 2017.
3. Pelanggan yang mendaftar lebih banyak jumlah bahagian @ ekor mempunyai peluang yang lebih besar untuk terpilih.
4. Segala terma dan syarat tertakluk kepada pindaan penaja.
5. Keputusan pihak syarikat adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

Insya Allah jika memang ada rezeki, anda akan terpilih untuk melaksanakan umrah yang ditaja sepenuhnya. Peluang sebegini bukan selalunya ada. Kalau tak terpilih pun, sekurang-kurangnya kita sudah mendapat pahala melaksanakan ibadah korban. Itu yang paling penting. Oleh itu, apa tunggu lagi. Cepat-cepatlah daftar korban bersama Zabeeh sebelum 20 Ogos 2017 untuk menyertai program ini. Manalah tahu anda yang bertuah pada tahun ini, dapatlah mengerjakan umrah secara percuma. Harga korban yang ditawarkan pon lebih rendah berbanding di dalam negara. Hanya RM 300.00 sahaja untuk 1 bahagian lembu dan RM 580.00 untuk seekor kambing.

zabeeh services sdn bhd

Buat anda yang berminat, berikut Abang Nara sertakan cara-cara untuk mendaftar ibadah korban bersama Zabeeh Services Sdn Bhd. Hanya perlu pilih salah satu sahaja cara. Abang Nara berani jamin anda akan mendapat layanan yang terbaik dan profesional daripada syarikat ini.

1. Pergi ke laman web www.zabeeh.com.my dan klik pada Daftar Qurban Online
2. Hantar mesej PM ke Facebook Zabeeh-Qurban & Aqiqah Online dan tulis Saya Nak Qurban
3. Hantar Whatssapp ke 019-323 4577 dan nyatakan Saya Nak Qurban
4. Telefon terus ke 019-323 4577 atau 03-6179 0567

Selamat menunaikan ibadah korban dan semoga dimurahkan rezeki anda.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 responses to Laksanakan Ibadah Korban & Berpeluang Tunaikan Umrah, Ini Tanda Penghargaan Zabeeh Services Buat Para Pelanggannya

  1. shopia lorren says:

    Bagus pekej nie bang Nara..kalo di tmpt kg saya ,sekor lembu je capai smpai rm5k++,kambing rm1k++..kalo ikut kelompok qurban sorang rm720..rumput2 dh naik rege gaknya..

    1

    0
    • wekkkkkkk says:

      bukan rumput naik rege…pekerja buruh tu yg potong rumput tu yg di byr gaji cari rumput2.
      Kalau sembaragn masuk kebun org nk cari rumput..nnti kena maki pulak…jadi sebelum masuk ke kebun org, kena minta izin dulu dari Tuan Tanah…minta sign ke atau duit kopi, jika tak buat, kena kejar gn parang nnti.

      1

      0
  2. shopia lorren says:

    Kih..kih…kih…ye ler tu…

    0

    0

Leave a Comment

Optional