Written by Bella | July 22nd, 2015

Satu sejarah telah tercipta oleh syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun  Dr Mahathir Mohamed membintangi filem terbitan mereka yang berjudul Kapsul.

Menurut penerbitnya, Amru Najmi Osman penampilan Tun M dalam filem tersebut adalah bukan berkaitan dengan keadaan politik semasa dan lakonan beliau telah melengkapkan lagi filem Kapsul. Tun M mula berminat dan bersetuju menerima tawaran berlakon itu kerana jalan ceritany filem berkenaan memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong.

Dalam filem ini, Tun M terbabit dalam lima babak termasuk berdialog dengan pelakon utamanya Faizal Hussein.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi pengarahnya berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Filem  Kapsul akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Sumber Berita: Harian Metro

 

9 responses to Lakonan Tun Mahathir Lengkapkan Filem Kapsul

  1. Lovelyvic says:

    He’s my mentor.

    0

    0
    • zack says:

      trailer gempak. tak sabar nak tengok! ada tun tu.. Finally!, ada pun org selain KRU buat citer cam ni.. thumbs UP!

      0

      0
  2. jingle_jick says:

    hidup Mahathir !!

    0

    0
  3. Rayakerjarayakerja says:

    Tak sabar nak tengok film ni… tetiba plak terfikir dgn keadaan sekarang ni, is it possible to achieve wawasan 2020?

    0

    0
    • jingle_jick says:

      wawasan 2020 boleh dicapai kalau pentadbiran najib berundur dan jawapan kepada isu 42 billion …1MDB

      0

      0
  4. Anonymous says:

    jangan kene gam sudah.. macam cerita erma fatimah sebab berkaitan politik..

    0

    0
  5. Joyah Pok Pek says:

    Teringat bila Dr.M umumkn kapsul tu..terfkr hidupkah lagi daku pada masa 2020..insyallah dipnjgkan umur dpt thu apa amanat beliau..apalah agaknya isi kandungan kapsul.Mesti masa thun 2020 nnti ak menangis mendengar isi kandungannya..jgn lah Ajib jahanam kan Malaysia ni..ak cri ko di akhirat nanti!!!

    0

    0
  6. kimmidoll says:

    Sangat teruja nak nonton dipawagam..

    0

    0
  7. cik kiah says:

    sedey plak tgk gambar tu..impian dr m agaknye dpt tercapai ke tak?5thun lagi tapi kita masih ditakuk lame

    0

    0