Lakonan Terlebih Mesra Dalam DILB, Shukri Yahya Mohon Maaf Kepada Penonton

Hiburan

Lakonan Terlebih Mesra Dalam DILB, Shukri Yahya Mohon Maaf Kepada Penonton

Menjadi seorang pelakon sememangnya satu pekerjaan yang sukar. Bukan sahaja kepuasan diri sendiri perlu dicari, namun kehendak pengarah, penonton, penerbit, peminat dan ajaran agama masing-masing juga harus diambil kira setiap kali diberikan watak untuk sesebuah drama atau filem. Shukri Yahya yang menempah nama menerusi drama Dia Isteri Luar Biasa telah pun dikecam kerana lakonannya terlebih mesra bersama Nur Fathia. Sekali tengok macam suami isteri yang betul pulak.

shukri yahyaBagi sesetengah orang, babak aksi mesra sebegitu tampak ‘real’ sekaligus menunjukkan kehebatan Shukri Yahya menjiwai wataknya. Namun bagi mereka yang lain, tak perlulah aksi romantik dilakonkan dengan cara berpelukan, berpegangan dan bersentuhan secara melampau walaupun di dalam drama itu mereka diberi watak suami isteri. Mengetahui ada yang tidak puas hati dengan lakonannya, Shukri Yahya telah tampil memohon maaf:-

Advertisement

Sekiranya ada yang kurang senang dengan sesetengah adegan lakonan saya dalam drama Dia Isteri Luar Biasa, saya minta maaf.

Sebenarnya banyak lagi drama lain di Malaysia yang memaparkan adegan bersentuhan seperti berpegangan tangan di antara pelakon lelaki dan wanita. Tetapi drama ini pula yang banyak dikritik.

Bagi saya, sebagai pelakon, saya cuba untuk hidupkan watak saya sebagai suami kepada watak Fathia. Ia dilakonkan sebegitu untuk menampakkan chemistry di antara pasangan suami isteri seperti yang diperlukan oleh skrip cerita ini.

Apabila berada di set penggambaran, bukan saya yang menentukannya. Pengarah yang tentukan apa yang perlu pelakon buat di hadapan kamera.

Bagaimanapun, kalau saya ada buat salah, saya minta maaf. Saya terima teguran orang ramai dan mungkin selepas ini saya akan cuba kurangkannya

shukri yahya
Meminta maaf adalah satu langkah yang baik dan juga harus dipuji. Namun Abang Nara berharap agar kontroversi hitam yang menghantui drama Dia Isteri Luar Biasa ini akan memberikan kesan kepada para pengarah drama. Bak kata Shukri Yahya, para pelakon hanya mengikut telunjuk para pengarah. Jadi sekiranya pengarah mengambil iktibar daripada apa yang terjadi terhadap DILB, pastinya adegan-adegan terlebih mesra ini akan berkurangan di masa hadapan. Sama-samalah kita doakan. Apa kata anda?

shukri yahya

P.S: Kadangkala sedih juga dengar cerita pengantin dah dapat anak seorang tapi album kahwin tak dapat-dapat lagi. Masa berjanji bukan main manis lagi ayat si photographer. Bila WhatsApp tanya macam-macam alasan diberikan. Abang Nara pernah guna dan selalu gunakan servis Ryaniez Moments Photography. Memang puas hati sangat-sangat. Paling penting album cepat siap. Bab kualiti gambar jangan risau. Insya Allah tip top. Muka x hensem macam Abang Nara pun keluar macam Brad Pitt. So tunggu apa lagi? Cuma RM1,111 sahaja anda boleh mendapatkan kepastian album akan berada di tangan anda dalam tempoh 6 minggu. SMS/WhatsApp/Call Hash di 019-204-4408

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...