Lakonan Hijjaz Di Dipertikai, Peminat Tak Faham Konsep Gema Gegarvaganza?

Hiburan

Lakonan Hijjaz Di Dipertikai, Peminat Tak Faham Konsep Gema Gegarvaganza?

Sejak mula ditayangkan, rancangan Gema GegarVaganza (GGV) sedikit sebanyak dipalit kontroversi. Pada mulanya ramai yang kurang gembira dengan kehadiran artis-artis nasyid di dalam program ini kerana ia adalah sebuah rancangan nyanyian. Bagi mereka, kumpulan-kumpulan nasyid ini tidak perlu keluar di televisyen dan bersaing setiap minggu. Namun pada pendapat Abang Nara, platform Gema Gegarvaganza bukanlah sekadar mencari populariti, sebaliknya ia juga telah dan sedang digunakan sebagai satu platform dakwah oleh para peserta yang terlibat.
gema gegarvaganza

Minggu lalu, persembahan Hijjaz telah pun dikritik oleh seorang netizen yang muak dengan drama lakonan yang dipertontonkan oleh kumpulan itu setiap minggu.
hijjaz

Advertisement

Abang Nara yakin hanya segelintir netizen sahaja yang berpendapat sebegini. Rata-rata mereka yang menonton GGV suka dengan konsep persembahan Hijjaz pada setiap minggu. Malah tak salah untuk dikatakan yang Hijjaz antara calon feveret untuk menjadi juara GGV. Enggan membiarkan kritikan ini tidak terjawab, Munif Hijjaz telah tampil memberi penjelasan panjang lebar.

hijjaz

Biasalah itu adat resam dunia hiburan. Buat apa pun mesti ada yang tak puas hati. Yang penting Hijjaz dan semua peserta GGV yang lain mempunyai niat yang betul untuk menghiburkan dan berdakwah menerusi program ini. Semoga terus istiqamah dalam perjuangan. Apa pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...