Written by Bella | January 23rd, 2017

Lagu bagi drama 7 Hari Mencintaiku, nyanyian Dayang Nurfaizah ciptaan  Iman Imran dan Natasyah iaitu Lelaki Teragung telah berjaya merangkul gelaran juara bagi Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31) yang berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 50,000, trofi, baucer produk CJ Wow Shop bernilai RM10,000 dan telefon pintar Samsung Galaxy A.

Dayang juga tampil sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM12,000.

Naib juara pula jatuh kepada pasangan duet Hafiz dan Misha Omar yang menyanyikan lagu Terimaku Seadanya hasil ciptaan sepenuhnya oleh Ajai. Mereka membawa pulang wang tunai RM35,000 beserta trofi.

Projector Band pula mendapat tempat ketiga menerusi lagu popular mereka, Sudah Ku Tahu ciptaan sepenuhnya oleh Razif.  Selain trofi, mereka turut menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Persembahan Terbaik pula milik kumpulan Khalifah menerusi lagu Hang Pi Mana dan mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000, telefon pintar Samsung Galaxy A berserta trofi.

Antara lagu lain yang turut bertanding ialah, Terakhir (Sufian Suhaimi), Selamanya Cinta (Shila Amzah & Alif Satar), Ku Rela Dibenci (Aiman Tino), Di Amaran Mama(Hazama) dan Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan feat Faizal Tahir), Kalah Dalam Menang (Syamsul Yusof feat Mawi), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).

Kesemua persembahan pada malam itu diadili seramai 10 barisan juri profesional dan diketuai oleh komposer terkenal Azmeer.

Kredit Foto : Instagram TV3 Malaysia

Sumber Berita : mStar Online

[jetpack-related-posts]

30 responses to Lagu Lelaki Teragung Juara AJL 31

  1. cik piNgu says:

    kenapa dayang x berucap… x dberi peluang ke.

    3

    0
  2. Anonymous says:

    tahniah! pada yang menang

    4

    0
  3. Anonymous says:

    Tahniah! dan semestinya ..persembahan dayang “World Class”. Sangat jauh perbezaan persembahan dayang dengan yang lain. Sangat “GOOSEBUMPS! Dayang…YOUR HARDWORK PAID OFF!!
    #lelakiteragung

    17

    0
  4. fatimah busung says:

    dayang – memang layak. first time dgr die nyanyi pitch tinggi. biasenye live die akan bawak 1 key lower dr muzik asal.
    sufian suhaimi – surprisingly not bad nyanyi live.
    projector band – persembahan lakonan hari guru ke dik?

    23

    0
    • Anonymous says:

      Sehebat mana pn dayang nyanyi,,ustazah aq ckp suara perempuan tuu aurat..hmm..

      #nakkecamakupunkecamlaa

      4

      6
      • Anonymous says:

        haaa kau tak payah tengok tak payah dengar.dduk dalam hutan senang!

        2

        0
      • Anonymous says:

        malaysia mmg macam ni eh. acah2 nak jadi ustazah bagai. nk jadi konon2 ayat alim.kalau ko alim sgt duk umah jgn ada tv. jgn bukak beautifulnara yg sememang nya banyak gosip dunia, kau duduk umah diam2. takpayah sibuk pasal duniawi. kalau betul ustazah ko cakap pun ko diam simpan dalam hati. tak payah canang macam kau bagus

        1

        0
      • popcorn says:

        ustazah kau ada cakap tak yang baca gosip ni dosa.

        0

        0
  5. Cik Puan Salmah says:

    Congratulations Dayang!

    16

    1
  6. ben says:

    Tahniah pd semua pemenang. Ingat lagu selamanya cinta to be listed in top 3 tapi x dpt. Frust gak..

    10

    0
  7. Anonymous says:

    Dayang mmg layak.. cuma x bpe bkenan dgn Sarimah klu bckp mesti ada unsur lucah.. bkn anugerah ni je.. anugerah yg lpas dia jd jemputan pun dia mesti selitkn lucah..

    1

    8
  8. akak-akak sangat says:

    Ayda jebat, janna nick, lizzy tan, boleh belajar dengan Dayang. rasanya malu lah kalau suara mcm tu nak masuk AJL.#jgnkecamsaya.

    18

    0
  9. Pomss says:

    Lagu Kalah dalam Menang should win, at least second or third place. Aku rasa lagu tu yg paling ada mesej dalam lirik dia and suprisingly rap Syamsul Yusof sangat bagus!! Congrats Dayang!

    39

    4
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Bleh tahan gk lagu Lelaki Teragung ni dr segi ciptaan lagu. Mmg layak menang. Hurmmm. Pencipta melodi lagu ni memang pandai. Selalu lagu masuk Ajl mpunyai struktur lagu standard melodinya(fokus lebih pd lagu balada….memang lain skit). Tp…

      Lelaki Teragung –
      Verse 1 / Korus 1 / Verse 1 / Korus 1/ Bridge / Korus 2 (Takpun Bridge 2)/ Korus 1

      Standard lagu –
      Verse 1 / korus 1 / Verse 1 / Korus 1 / Bridge / Korus 1

      3

      0
    • Firdausi tnya mna pondan mak becok says:

      Bleh tahan gk lagu Lelaki Teragung ni dr segi ciptaan lagu. Mmg layak menang. Hurmmm. Pencipta melodi lagu ni memang pandai. Selalu lagu masuk Ajl mpunyai struktur lagu standard melodinya(fokus lebih pd lagu balada….memang lain skit). Tp…

      Lelaki Teragung –
      Verse 1 / Korus 1 / Verse 1 / Korus 1/ Bridge / Korus 2 (Takpun Bridge 2)/ Korus 1

      Standard lagu –
      Verse 1 / korus 1 / Verse 1 / Korus 1 / Bridge / Korus 1

      4

      1
  10. Anonymous says:

    tak boleh move on dengan persembahan dayang…memukau beb..sampai tak perasan tu pertandingan..macam konsert dia je semalam..ternyata hebat dyg!

    14

    0
  11. Anonymous says:

    u deserved it dayang, congratulation!!

    cuma x puas hati dengan 3rd place & persembahan terbaik.. prefer hazama

    6

    0
  12. CANTIK says:

    apesal tak de vip yg bg hadiah… cam low class sgt setakat pembantu teknik yg bagi award tu….hmmm

    3

    0
  13. Anonymous says:

    Tahniah Dayang!lagu n drama 7hari mcintaiku yg mmg terbaik!!!

    1

    0
  14. Anonymous says:

    jelas lagu pilihan penonton ialah dari kumpulan khalifah.. kerana persembahan terbaik menggunakan undi penonton…

    5

    0
  15. Anonymous says:

    sufian suhaimi suara sedap..lg sedap dr suara patah aminn…patah bengang bl awal ckp die x blh nyanyi time melodi smlm…kahkahkah….mmg ko xblh nyanyi pn patah oii wlpn ko jd duta oppo dan dtg nk promote oppo serius ko mmg xleh nyanyi…suara sumbang…sedap lg suara sufian suhaimi..

    8

    0
  16. pendapatsajajanganmarahpulak says:

    Ini adalah pendapat peribadi aku,bagi aku dayang memang layak menang juara,memang sudah dpt dijangka dari segi lirik,melodi dan pembawaan dia mlm tu mmg awesome,dan rasanya benda tu takde isu sebab ramai yang bersetuju.
    tapi tempat ke 2 dan ke 3 bagi aku kurang layak.misha n hafiz ok lagi la walaupun bagi aku dia n hafiz layak no 3 je kot.no 2 maybe boleh dapat pada mawi dan shamsul.paling lekeh pn at least no 3..yang pasti lagu macam projector band memang x layak no 3.dari segi lirik pun biasa2 ja,xde pn tema cerita dlm lagu.dan kalau bukan sebab tema pun liriknya biasa saja.aku rasa macam dengar lirik2 zaman 90 an.zaman newboys,Kristal suma.lirik simple2 tangkap leleh..xde apa yg indah pn berbanding lagu2 lain yg lebih ada makna dlm lirik.melodi ok la tapi persembahan pada malam tu aku rasa belum cukup utk melayakan diorg dpt no 3 pn.harap menjerit ja sedap sket,yg lain bagi ak sangat biasa mcm dlm dgr radio.sampai pengacara2 sendiri mcm terkejut lagu ni diumumkan menang.mayb sebab ada judges yg dlm kategori yg mcm projector band mcm edrie,jay jay,tam spider.apa pn dh rezeki,apa bleh ckp lgi.dan kita jugak tengok banyak lagu2 yang menang adalah dari katergori balada yg bagi aku agak kesian pada katergori2 lain dan mostly judges adalah judges yg memang terror buat lagu2 balada.so kalau brterusan mcm ni,industry music ni akan dicop,yg menang slalunya balada ja,lagu2 berentak lain sket mcm kalah dalam menang kurang diterima di telinga judges.Dan lagu2 mcm hang pi mana,n lagu aiman tino..serius belum layak utk diiktiraf ke final ajl.kecewa sbb byk lagi lagu2 yg best x sempat pn masuk final,sebaliknya lagu2 yg mcm ni diberi peluang.
    Dari segi pengacara..one word,hambar.yang ok sket bagi aku sarimah wpun dia kuat merapu dan kadang2 mcm x sesuai ayat2 yg dia ckp dlm live tv.myb dia bleh improve n bhati2 sket dlm berkata2.tpi kalau x de dia ak rsa yg lain memang lgi hancur.n yes,terlalu ramai pengacara smpai nampak semua berebut nk bckp.awal2 start ajl dh nmpk kelaut sbb suma mcm ckp benda pointless,x reti tarik attention penonton,dan skrip mmbosankan.pertandingan2 cmni x sesuai ramai2 pngacara atas stage,naik semak tgk.penonton x bleh nk fkus sbb sorang ckp bnda lain,pastu srg ckp bnda lain plak.xda relation last2 jdi krik2.tu saja pndpt aku,smoga ajl lepas ni lebih ok.majulah muzik utk negara.

    11

    0
    • cikminahwankembang says:

      kata nk kelainan so lagu hang pi mana tu layak..lirik simple sng faham arrangement muzik unik..aku cuma agree utk lagu balada..yes balada msti dpt tempt..mgkin saudara lupa utk genre hip hop AJL 29 lagu apa khabar…

      ramai orang cakap hang pi mana x layak..itulah seni…seni muzik org seni saja tau..lagu itu layak and ada kelas sendiri..and aku agree jgak utk lagu kalah dalam menang mmg kena ada dlm tmpt 2 la..lagu misha hafiz tu sdap tp just biasa sgt utk mng…

      1

      0
  17. RESPEK says:

    Honestly Dayang mmg layak for best vocal..tapi lagu tu biasa sgt….lebih kuat lagi lagu di pintu syurga…rasenye Azmeer blh stop jadi ketua juri….sbb nmpk sgt bias pade lagu2 balada shj..sdgkn byk lagi lagu pada mlm ajl yg lbih fresh melodi dan hebat seni katanye…contoh trbaik kalah dlm menang…sgt trkejut coz lagu tu tdak trmasuk dlm top 3…seperti ulang tayang kekalahan assalamualaikum pada lagu potret…seriously this year ajl gave us d worst result ever…

    2

    4

Leave a Comment

Optional