Written by Bella | November 8th, 2017

Lagu Jangan Menangis nyanyian Aizat Amdan cukup popular sekarang dan berjaya bertanding di peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32 Ahad lalu. Walaubagaimanapun, ada pihak yang mendakwa lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat, Mike Chan dan Faizal Tahir adalah karya ciplak. Ia adalah nyanyian asal penyanyi dari China, Hua Chen Yu berjudul King & Beggar yang diterbitkan pada tahun 2015.

Bagi menjawab segala persoalan, Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 32, Nurul Huda Khalid ketika dihubungi berkata, lagu Jangan Menangis layak bertanding kerana  Aizat, Mike Chan dan Faizal adalah pencipta asal lagu yang dinyanyikan penyanyi China itu.

Nurhul Huda  juga berkata, lagu tersebut juga tidak pernah dihantar untuk dicalonkan dalam Muzik-Muzik sebelum ini.

Lagu ini tak ada masalah dipertandingkan kerana mereka pencipta asal. Lagi pun lagu ini masih mengekalkan melodi sama cuma lirik saja diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Paling penting, lagu ini bukan lagu saduran atau ciplak. Seperkara lagi, lagu ini tidak pernah dipertandingkan dalam Muzik Muzik. Jadi, tidak menjadi masalah untuk dicalonkan. Mereka sebagai pencipta ada hak ke atas lagu ini.

Sekiranya lagu ini ke AJL sekali pun, ia bukan satu masalah. Sama seperti lagu Anak Kampung nyanyian One Nation Emcee dan Jimmy Palikat. Seperti semua maklum, versi asal lagu ini dalam Bahasa Kadazan. Jadi apabila ia disampaikan dalam versi Bahasa Malaysia, pihak penerbitan okey. Macam saya katakan tadi, selagi sesebuah lagu tidak pernah dipertandingkan dan ia masih lagu asli pencipta berkenaan, tak ada masalah.

Biasalah kalau ada lagu yang dinyayikan dalam versi lain ataupun diberikan nafas baru. Malah, karya artis tempatan juga banyak diciplak ataupun melodinya digunakan oleh artis luar sehingga mereka juga popular.

Sumber Berita : Harian Metro

36 responses to Lagu Jangan Menangis Nyanyian Aizat Amdan Ciplak Karya Artis China?

  1. Anonymous says:

    nak banned sgt artis sdiri lah konon… tgok2 mmg org sama yg tulis lagu tu… go faizal tahir & aizat!

    15

    0
    • Anonymous says:

      mana gossip shila amzah bertunang???

      3

      1
      • nononono says:

        x perlu lah. Kalau dia syg peminat, mesti dia akan bagi Nara loading dlm blog nara ni. Sampai dia dpt menantu dlm 25 tahun lagi pun x nk amek kisah. Narapun dh dpt cucu kan.

        1

        1
        • Miss Unibes says:

          Tak. Sekarang ni aku nak tau apa motif AA buat muka kat foto pertama diatas? Lol. Rasa nak lempang je. Lol. So aku masih tak faham siapa pencipta asal lagu tu? Aku tak kisah lirik diubah tapi pencipta asal siapa? Korang pernah dengar tak lagu One Nation Emcees “syukur kau yang satu” macam lagu “resistance – mika takashima”? Dan lagu One Nation Emcee “bisikan cinta” macam lagu eh korang dgr lah sendiri. Mcmtu ke maksud pihak tv? Kalau mcmtu aku nak ambik lagu “dirty dirty – Charlotte Cardin” then tukar lirik juga melodi dia sikit2 tambah ada part rap. Gitu. Then masuk AJL. Lol. Whatever.

          0

          0
      • Anonymous says:

        So? Lagu diaorg buat. Diaorg ade hak 100% ke atas lagu tu. Suka ati diaorg lah. Sebab tu composer royalty lebih besar drpd penyanyi

        2

        0
    • Anonymous says:

      Ini berita yg lebih menarik. Billionaire Putera Alwaleed bin Talal yg berasal dari Saudi Arabia yang juga salah sorang individu terkaya didunia ditangkap 2 hari lepas atas tuduhan rasuah dan menyalah guna kuasa selari dgn kempimpinan baru Saudi iaitu Mohammad bin Salman. Dia adalah sahabat baik kpd Donald Trump. Trump mahu syarikat minyak gergasi Saudi masuk senarai ke pasaran saham NYSE. Kepimpinan baru ini adalah puncaya mengapa Qatar diboikot oleh kesatuan2 Arab. Ini adalah salah satu taktik memeguhkan kuasa dan memecah belahkan negara2 Timur Tengah oleh Trump sepertimana terjadi di Syria dan Iran.

      11

      0
      • Burp... says:

        dulu masa aku berjiran ngan Putera Alwaleed , mak dia baik org nya. kalau hujan dia tolong angkat baju kita sekali.

        0

        3
        • temberang 100% says:

          nampak sgt temberang terang2.

          0

          0
        • jamilah binti kassim says:

          mrendah diri putera alwaleed ni. sanggup menolong jiran tetangga walaupun dah kaya gila.contoh hrtawan muslim yang boleh jadi role model kepada umat islam. semoga dugaan terhadap putera alwaleed dan keluarga ni dapat diatasi dengan baik

          2

          1
      • zeti anna says:

        Aku tak terkejut kalau kelaku Arab KIA ni cenggini..Paling aku x suka deal marketing dgn org arab..giler ke ape..tiap kali discuss price nk buka proforma invoice dia minta 50% discount..tak munasabah..kena pandai sikit taktik dgn Arab KIA ni ..jgn sampai dia tau kau MD atau GM ke CEO ke mampus dia tekan..Arab yg aku kenal selama ni taik idung masin .. Camaner PM kita leh dpt derma dari Arab KIA yg murahati sgt tu..hrmmm

        3

        0
      • wekkkkkkk says:

        tu yg aku penah ckp dulu dn taip kt blog Nara, ko ingat lagi tak..Tanah Amerika tu mana ada hasil bumi yg bagus mcm Asia2. Yg adapun hanya buah2an & sayuran, American tu curi org2 pandai dn kaya2 dlm dunia utk memajukan negara dia. Mcm mana omputeh twan Tanah Melayu dulu tu salah satu ada hasil kt Malaya, belum kt Tanah Arab lagi.
        Mcm citer omputer ko ada tgok x, tajuk ” Flight of The Phoenix”…punyalah gigih omputeh cari minyak di tanah Asia Mongolia…tebuk2 last2 x ada. Yg ada cuma di Gurun shj di sebelah Timur Tengah.
        Sbb tu amerika nk kuasai tanah yg ada minyak.

        1

        0
        • Anonymous says:

          Sb org Arab x tau nk urus minyak dia..tu sb dia serah je kat uncle SAM tu..sb betullh kata org dulu2 tu..Arab bodoh..kesian Qatar ..

          2

          0
        • wekkkkkkk says:

          sedara laki aku ada keja kt Arab Saudi, sana kalau isi minyak moto kt petropump…mereka kata, x apa x perlu byr. Hanya motor je..tpi bkn semua, hanya nasib badan yg dapt free. Kalau kacak dan lawa, mesra giler ada hajat (bodek) dpt lah kot. Tapi pompuan boleh ke bawa moto kt sana..tanya je. Wekkkkkkk blum sampai Arab lagi…nantilah suatu hari hrp2 smpailah.

          1

          0
      • Anonymous says:

        Atas penangkapan ni..boleh jadi jgk akan terbongkar duit derma/1mdb 2.6b keakaun PM..fuuh

        1

        0
  2. Anonymous says:

    Mmg lah sama… sbb china dah bagi licensed kebenaran utk buat dalam bm..?

    1

    2
    • Anonymous says:

      Lesen apanya.Dia & Faizal Tahir la pencipta lagu asal tu pun ngok!

      3

      1
      • lalalalala says:

        memang lah, tapi diorang buat khas lagu tu untuk penyanyi cina tu, so bila diorang nak buat version bm pulak, diorang kena dapat kebenaran dulu dari cina tu

        0

        12
        • Syamslash says:

          Ouh tidak. Kebenaran mutlak and lisence pada pencipta lagu. Bukan penyanyi. Harap maklum.

          9

          0
        • Feldegast says:

          Ko belajar sekolah mana hak cipta dipegang oleh orang lain bukan pencipta? Ko ingat ko beli iPhone hak cipta iPhone terus ko punya?

          Pencipta lagu la yang ada hak ke atas lagu dia.

          3

          0
    • Miamore says:

      China dan Malaysia sekarang kan berpisah tiada…tahun depan dah ada kuih bulan perisa durian. nanti baju kurung pun versi cheongsam jugak. asalkan aizat tak kena saman ok lah tu.

      1

      0
  3. Anonymous says:

    ala…saja la tu nak up kan lagu..tak pun nak upkan muzik2 yang dah sendu tu

    3

    1
  4. irama muzik says:

    Yg penting lagu tu sedap didengar..itu ciplak asal ada prsetujuan dh lah..ssh jgk nk cari lagu yg betul2 ciptaan asli..yg ada ori pun telinga sakit dengar..buat pe..

    0

    6
  5. lalalalalala says:

    lagu tu memang FT, mike chan dengan aizat pencipta asal tapi dibuat khas untuk penyanyi China tu, lepastu diorang dah dapat licensed untuk nyanyikan balik version BM, kira macam dua version je lah, bukan ciplak, lagu tu memang dibuat untuk version china mulanya. sama macam lagu saiful ku juga mencintaimu tu ada 2 version.

    0

    2
    • Anonymous says:

      Apa la tak habis2 dapat license,dapat license ni?Besar sangat ke China tu.Komposer asal pun nak kena mintak lesen nak nyanyi lagu dia.Kau ingat ni lesen kereta ke?Kot meraban lak Aizat nak pergi isi form tulisan Cina mintak lesen wahahaha

      2

      0
      • lalalalalala says:

        lahh, bukan kira besar ke tak, tapi diorang dah beli lagu tu, komposer akan jual lagu dekat penyanyi, so kalau kita nak buat version baru kalau tak mintak licensed pun, still atleast kena bgtau or discuss dengan penyanyi asal/company penyanyi tu, diorang nak buat version satu lagi, dia bukan boleh simply terus pass lagu suruh orang lain nyanyi.

        0

        2
        • Anonymous says:

          Lol. Jual kepada penyanyi? Ko ingat copyright ni boleh main2 ke. Kalau dia dh cipta lagu tu, mestila copyright untuk diaorg je and company (ikut agreement). Ko ingat penyanyi dapat byak duit ke kalau lagu diaorg laku? most royalty go to composers. Sebab tu Adele, Taylor Swift kaya. Diaorg yang cipta lagu, diaorg yang nyanyi

          1

          0
        • Anonymous says:

          Bodoh piang sungguh ko ni lalalalala.. Dah bodoh, sombong plak tu.. Kecian kt manusia2 hidup disekeliling ko..

          0

          0
  6. wekkkkkkk says:

    itulah pasal wahai pencita lagu yg asal ni, kenapa dri dulu x mau bagi org malaysia ni nyanyi..dh kentandusan suara ke kt sini. Kenapa suara org luar di ambil utk meyayikan lagu tu pada awalnya. Inilah org kata berfikir sebelum jadi penjamin seseorg. Maka diri binasa di hujungnya. Mcm harapkan pagar, pagar mkn padi. Macam kera dihutan di susukn, anak mati x minum di rumah.
    Lepas ni mau x penyanyi dri China tu nk “mengakui kenyataan” yg lagu ni di cipta oleh org tempatan kita.

    1

    1
    • Syamslash says:

      Duit la bro. Kalau aku jadi pencipta lagu, and orang luar negara nak beli lagu aku dgn harga lagi tinggi, of course la aku setuju.saper taknak duit banyak.

      4

      0
    • Xyz says:

      ada je dia letak kat youtube dia. nama mike chan dgn faizal tahir adalah. bukan aizat. cuba husnuzon, xde maknanya dia tak nak mengaku org lain buat lagu dia

      0

      0

Leave a Comment

Optional