Lagu ‘Hidup Dalam Mati’ Nyanyian Syamel AF2015 Adalah Ciptaan Ayai Ilusi

Hiburan

Lagu ‘Hidup Dalam Mati’ Nyanyian Syamel AF2015 Adalah Ciptaan Ayai Ilusi

Lagu “Hidup Dalam Mati” dendangan Syamel AF2015 memang sedap dan padu didengar. Namun sebenarnya melodi tersebut adalah dicipta oleh Ayai Ilusi untuk peserta Kilauan Emas 3. Syamel telah menukar lirik lagu dan memodenkan. Pendedahan ini telah dilakukan oleh Ayai Ilusi namun tiada sebarang masalah wujud di antara mereka berdua kerana perkara ini telah diselesaikan beberapa bulan lalu.

ayai iluisi

Advertisement

Kata Ayai:-

Saya sedar perkara itu selepas konsert akhir Akademi Fantasia 2015 apabila diberitahu oleh Idris sendiri, lagu nyanyian Syamel Hidup Dalam Mati mempunyai melodi yang sama dengan lagu ciptaan saya cuma ditukar lirik dan dimodenkan.

Apa yang saya kesal mengapa tiada seorang daripada pihak Syamel yang memaklumkan kepada saya tentang perkara itu sejak sekian lama malah Syamel sendiri tanpa segan silu mengaku ia adalah karya ciptaannya sendiri.

Selama ini saya hanya berdiam kerana saya mahu lihat sejauh manakah pihak-pihak terlibat hendak mengaku ia karya mereka. Bagaimanapun ada pihak menasihati saya agar menuntut keadilan kerana ia melibatkan hak cipta,” katanya.

Lagi pun saya kasihankan Syamel, saya tidak mahu kerjaya dia musnah kerana pendedahan saya ini

Untuk makluman, Ayai kini turut memperolehi pendapatan menerusi lagu Hidup Dalam Mati selepas melakukan perbincangan bersama syarikat rakaman lagu tersebut. Tambah Ayai lagi:-

Perkara ini sudah selesai beberapa bulan lalu namun apabila keluar laporan sebegini, ramai mula salah faham. Tujuan saya bercerita adalah untuk mengelakkan kekeliruan tetapi tak sangka pula ditulis seolah-olah saya buat pendedahan sekali gus menampakkan perkara ini sesuatu yang negatif.

Saya tiada masalah dengan Syamel dan semuanya sudah diselesaikan secara baik. Syamel artis baru berbakat besar dan lagu itu juga berpotensi pergi jauh

ayai iluisi

Kan bagus perkara sebegini diselesaikan secepat mungkin. Besar manalah sangat industri muzik tanah air kita ini. Mana tahu satu hari nanti Syamel akan menyanyikan lagu ciptaan khas Ayai untuknya. Gaduh lama-lama pun tak guna jugak kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...