Lagu Duet Aliff Syukri Dan Nur Sajat Dikritik Netizen

Hiburan

Lagu Duet Aliff Syukri Dan Nur Sajat Dikritik Netizen

Mungkin sebagai strategi pemasaran untuk produk mereka dan promosi diri, kini pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat sudah bergelar penyanyi. Aliff menerusi akaun Instagramnya beberapa hari lalu memuat naik teaser lagu duetnya bersama Sajat.

Advertisement

Difahamkan, lagu tersebut mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan dan mempunyai mesej agar pasangan bercinta tidak curang dan selalu berkasih sayang.

Walaubagaimanapun, duet mereka mendapat pelbagai reaksi  netizen, ada yang memuji suara Aliff dan berpendapat  nyanyian Sajat merosakkan lagu tersebut. Tidak kurang juga ada yang meminta mereka berhenti menyanyi.

Apa pula pendapat anda mengenai lagu terbaru Aliff dan Sajat?  Mungkinkah boleh jadi popular seperti lagu I AM ME Datuk Seri Vida meskipun dikritik?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...