Lagi Banyak Isi Minyak Lagi Jimat? Ini Rahsia Yang Tidak Diketahui Ramai

Hiburan

Lagi Banyak Isi Minyak Lagi Jimat? Ini Rahsia Yang Tidak Diketahui Ramai

Sekarang ini, harga minyak di Malaysia berubah tiap-tiap minggu. Tiap-tiap minggu jugalah Abang Nara membaca luahan hati kawan-kawan di Facebook yang stress apabila harga minyak diumumkan naik. Iyerlah, dengan kos sara hidup yang makin tinggi, semua orang nak berjimat cermat sebanyak mana yang termampu, lebih-lebih bab minyak yang digunakan tiap-tiap hari untuk pergi dan balik kerja.

harga minyak

harga minyak minggu ini

Nasib baiklah di Malaysia ini ada banyak stesen minyak. Ada PETRONAS, ada Petron, ada Shell dan banyak lagilah. Walaupun harga minyak di kesemua stesen ini adalah sama, namun promosi mereka berbeza-beza. Dengan promosi inilah, kita selaku rakyat Malaysia boleh melakukan penjimatan yang lebih. Tak payah nak beratur panjang-panjang setiap minggu bila harga minyak diumumkan. Macam mana caranya? Jeng, jeng, jeng.

Advertisement
petronas

sanggup ke tiap-tiap beratur camnie?

petronas

ada cara nak jimat yang lagi senang

Kalau anda perasan, setiap stesen minyak di Malaysia ini ada kad kesetiaan mereka yang tersendiri. PETRONAS dengan Kad Mesra, Shell dengan Shell Fuel Card dan Petron dengan Petron Miles Cardnya. Kalau anda belum ada kad-kad ini, nasihat Abang Nara pergilah buat sekarang jugak. Sebabnya ialah, setiap kali anda mengisi minyak dan meng”swipe” kad kesetiaan ini, akan ada mata ganjaran yang diberikan. Mata ganjaran ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian, diskaun dan macam-macam lagilah.

pdb

promosi PETRONAS yang terbaru.

pdb 5

contoh promosi PETRON

Bab mata ganjaran ini pula berbeza-beza untuk setiap stesen minyak. Untuk tidak mengelirukan anda, Abang Nara telah membuat sedikit kajian tentang mata ganjaran untuk 3 syarikat minyak gergasi di Malaysia. Perbandingan ini Abg Nara buat berdasarkan promosi-promosi semasa contohnya macam PETRONAS sekarang sedang menawarkan promosi 5X mata ganjaran utk minyak RON97 dan 3X mata ganjaran untuk minyak RON95. Abg Nara dah buat jadual dibawah utk memudahkan korang semua utk buat perbandingan.

petronasUntuk membuatkan anda lebih faham, katakanlah Abang Nara isi minyak RON97 di PETRONAS dengan nilai RM50, maka Abang Nara akan mendapat mata ganjaran bernilai RM1. Dengan nilai yang sama di PETRON, Abang Nara akan dapat RM0.50 dan di Shell RM0.20. Jadi kalau seminggu Abang Nara isi minyak lebih kurang RM300, maka mata ganjaran yang bakal diperolehi oleh Abang Nara ialah seperti di bawah:-

PETRONAS – RM5.90
PETRON – RM3
SHELL – RM1.18

Ini baru jumlah mata ganjaran untuk seminggu. Kalau untuk sebulan, darablah dengan 4. Lepas tue kira lagi untuk setahun dan seterusnya. Memang boleh jimat dengan ratusan ringgit juga. Maka marilah kita jadi pengguna yang bijak dan menggunakan peluang “mata ganjaran” yang ditawarkan oleh stesen-stesen minyak di Malaysia untuk lebih berjimat di dalam perbelanjaan kita seharian.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...