Written by AbangNara | April 20th, 2017

Sekarang ini, harga minyak di Malaysia berubah tiap-tiap minggu. Tiap-tiap minggu jugalah Abang Nara membaca luahan hati kawan-kawan di Facebook yang stress apabila harga minyak diumumkan naik. Iyerlah, dengan kos sara hidup yang makin tinggi, semua orang nak berjimat cermat sebanyak mana yang termampu, lebih-lebih bab minyak yang digunakan tiap-tiap hari untuk pergi dan balik kerja.

harga minyak

harga minyak minggu ini

Nasib baiklah di Malaysia ini ada banyak stesen minyak. Ada PETRONAS, ada Petron, ada Shell dan banyak lagilah. Walaupun harga minyak di kesemua stesen ini adalah sama, namun promosi mereka berbeza-beza. Dengan promosi inilah, kita selaku rakyat Malaysia boleh melakukan penjimatan yang lebih. Tak payah nak beratur panjang-panjang setiap minggu bila harga minyak diumumkan. Macam mana caranya? Jeng, jeng, jeng.

petronas

sanggup ke tiap-tiap beratur camnie?

petronas

ada cara nak jimat yang lagi senang

Kalau anda perasan, setiap stesen minyak di Malaysia ini ada kad kesetiaan mereka yang tersendiri. PETRONAS dengan Kad Mesra, Shell dengan Shell Fuel Card dan Petron dengan Petron Miles Cardnya. Kalau anda belum ada kad-kad ini, nasihat Abang Nara pergilah buat sekarang jugak. Sebabnya ialah, setiap kali anda mengisi minyak dan meng”swipe” kad kesetiaan ini, akan ada mata ganjaran yang diberikan. Mata ganjaran ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian, diskaun dan macam-macam lagilah.

pdb

promosi PETRONAS yang terbaru.

pdb 5

contoh promosi PETRON

Bab mata ganjaran ini pula berbeza-beza untuk setiap stesen minyak. Untuk tidak mengelirukan anda, Abang Nara telah membuat sedikit kajian tentang mata ganjaran untuk 3 syarikat minyak gergasi di Malaysia. Perbandingan ini Abg Nara buat berdasarkan promosi-promosi semasa contohnya macam PETRONAS sekarang sedang menawarkan promosi 5X mata ganjaran utk minyak RON97 dan 3X mata ganjaran untuk minyak RON95. Abg Nara dah buat jadual dibawah utk memudahkan korang semua utk buat perbandingan.

petronasUntuk membuatkan anda lebih faham, katakanlah Abang Nara isi minyak RON97 di PETRONAS dengan nilai RM50, maka Abang Nara akan mendapat mata ganjaran bernilai RM1. Dengan nilai yang sama di PETRON, Abang Nara akan dapat RM0.50 dan di Shell RM0.20. Jadi kalau seminggu Abang Nara isi minyak lebih kurang RM300, maka mata ganjaran yang bakal diperolehi oleh Abang Nara ialah seperti di bawah:-

PETRONAS – RM5.90
PETRON – RM3
SHELL – RM1.18

Ini baru jumlah mata ganjaran untuk seminggu. Kalau untuk sebulan, darablah dengan 4. Lepas tue kira lagi untuk setahun dan seterusnya. Memang boleh jimat dengan ratusan ringgit juga. Maka marilah kita jadi pengguna yang bijak dan menggunakan peluang “mata ganjaran” yang ditawarkan oleh stesen-stesen minyak di Malaysia untuk lebih berjimat di dalam perbelanjaan kita seharian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

11 responses to Lagi Banyak Isi Minyak Lagi Jimat? Ini Rahsia Yang Tidak Diketahui Ramai

  1. Wandoozen says:

    Aku sebelum ni pengguna setia Petron sebab point..Mmg point banyak la..aku guna Alza Dri tahun lepas..alza ada meter baki kilometer untuk isi minyak..dah beberapa kali ujian aku buat setiap pam minyak..Petronas..caltex..Petron..Shell..bhp..Caltex adalah yg paling lebih kilometer..kajian aku buat..setiap pam minyak try isi rm20..caltex lebih 30 kilometer setiap rm20 yg aku isi..siap ada video..gambar lg tiap kali isi untuk ujian di pam2 minyak..Skang ni aku banyak isi caltex dah..

    4

    0
  2. Ko hsp says:

    Nak lagi jimat buang najib dan kerajaan bn

    27

    1
  3. Anonymous says:

    poooooooodah! kerajaan cekik darah rakyat…sebulan dua kali kenaikan harga minyak….kat akhirat nanti jawablaaaaaa…dulu kata lps gst harga brg turun…poooooooooooodah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    14

    0
  4. Marvin says:

    Saya rasa itu perkiraan sudah salah Petronas bagi one point bagi ron 95 setiap litre whereas petron bagi one point bagi setiap ringgit (rm) It means lepas convert rewards from petron lebih besar dari petronas Hanya pandangan peribadi saya

    3

    0
    • MC says:

      maaf saya nak betulkan, pada saya, pengiraan saya utk point petronas lagi berbaloi.

      contoh isi minyak RM 50 bersamaan 25 liter (minyak Primax 95)

      kalau Petron – RM 50 anda dapat 50 point.
      kalau Petronas – 25 liter X 3 kali ganda anda akan dapat 75 point.

      itu baru minyak Primax 95 ( 3 kali ganda) kalau Primax 97 (5 kali ganda)

      Jadi kalau isi 25 liter X 5 kali ganda anda akan dapat 125 point.

      Banyak beza point dari Petron.

      Ini pun dari apa yang saya faham. Terima Kasih

      0

      0
  5. peminat justin bibir says:

    ala lah abg nara ni..jimat mendenya…org kampung xdenya nak berkad2 mcm tue…(xsemualah kan hehehehe)

    1

    0
  6. daon kesom says:

    Kerajaan tak de duit. Korek sana tutup sini… Sapa keja gomen mmg tak tahu ekonomi malaysia ni dah nk telungkup. Tunggu masa nk rebah.

    2

    0
  7. Eyeee says:

    point ke ape jadah pon.
    Kalau dah every week revised harga minyak, every week jugak naik..
    Tak guna jugak..

    3

    0
  8. Mohd Aswad says:

    yup.. betul.. system point ni la yang akan buatkan kita rasa lagi byk minyak yang kita isi lagi jimat.. sbb reward yang ada tu berbaloi

    0

    0

Leave a Comment

Optional