Written by serenity | December 5th, 2012

Tahun 2011 menyaksikan dua filem Melayu mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah, iaitu KL Gangster arahan Syamsul Yusof dan Ombak Rindu arahan Osman Ali. Boleh dikatakan tahun 2011 menyaksikan kebangkitan filem Melayu dari segi kutipan, walaupun sama ada terdapat peningkatan dari segi kualiti itu masih menjadi persoalan.

Tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada jumlah penghasilan filem tempatan. Kalau pada tahun 2011 sebanyak 49 filem dikeluarkan, pada tahun 2012 sehingga Oktober saja sudah 60 filem tempatan dikeluarkan. Malang sekali tahun 2012 menyaksikan peningkatan pada kos produksi, sepadan dengan jumlah filem dikeluarkan tetapi kutipan kasar merosot dari RM 124.85 juta kepadaRM 82.76 juta.

Filem dengan kutipan signifikan untuk tahun ini ialah Adnan Sempit 2 terbitan Metrowealth Pictures yang meraih  kutipan RM 6.82 juta, Bohsia: Jalan Kembali terbitan Skop Productions mendapat pulangan RM 4.98 juta, Istanbul Aku Datang terbitan RedFilms pula mencatat pulangan RM 3.51 juta, begitu juga dengan Hantu Gangster dengan RM 3.45 juta.

Antara filem yang mencatat kutipan terendah pula ialah Sofazr The Movie Jiwa Kacau, Tai Kun, Momok Jangan Cari Pasal dan banyak lagi filem mendapat pulangan kurang dari RM 1 juta. Apakah yang menyebabkan penurunan kutipan tayangan ini?

Data Filem Cereka Tempatan 2009 -Oktober 2012

FILEM TEMPATAN* 2009 2010 2011 2012
(Jan – Okt)
Jumlah Filem 27 39 49 60
Kos Produksi (juta) RM 40.51 RM 55.61 RM 70.682 RM 95.76
Kutipan Kasar (juta) RM 50.84 RM 85.97 RM 124.85 RM 82.76
Penontonan (juta) 6.03 9.24 13.13 8.37
Purata Kos Produksi (juta) RM 1.50 RM 1.426 RM 1.442 RM 1.596
Purata Penontonan (juta) 0.223 0.237 0.268 0.140
Purata Harga Tiket RM 8.43 RM 9.304 RM 9.509 RM 9.888
Purata Kutipan (juta) RM 1.88 RM 2.204 RM 2.548 RM 1.379

Antara sebab yang mempunyai kemungkinan besar ialah walaupun terdapat peningkatan pada jumlah pengeluaran filem, jumlah filem yang tidak berkualiti yang dikeluarkan mungkin melebihi jumlah pengeluaran filem berkualiti atau yang mempunyai nilai komersil yang tinggi.

Apabila seorang penonton membuat keputusan menonton filem, mereka telah meletakkan jangkaan tertentu dan apabila jangkaan tersebut tidak dicapai, mereka akan berasa serik untuk menonton filem tempatan di pawagam lagi. Jadi mungkin salah satu penyebab utamanya ialah pengisian filem itu sendiri: kurang mantap, tidak kena dengan citarasa penonton, jalan cerita yang longgar dan sebagainya.

Tambahan pula dengan harga tiket yang sama, penonton mempunyai banyak pilihan dengan menonton filem antarabangsa yang jauh lebih berkualiti dan menghiburkan.

Faktor kekurangan promosi dan publisiti juga mungkin menjadi salah satu sebab sesebuah filem mendapat kutipan yang rendah. Kami terpaksa mengakui ada antara filem yang mendapat kutipan kurang dari RM 1 juta tidak pernah kami dengar namanya.

Sebab lain yang boleh kami fikirkan ialah gandingan yang dipilih sebagai peneraju utama sesebuah filem yang tidak mantap atau gandingan peneraju yang sama telah ditampilkan dalam filem-filem lain sebelum ini.

Senarai kutipan filem-filem tempatan untuk tahun 2012 dan keseluruhan artikel boleh anda dapatkan dengan membaca entri ini sepenuhnya.

BIL TARIKH
MULA
TYG.
JUDUL FILEM PENGELUAR BIL.
PAW.
TYG.
BIL.
HARI.
TYG.
JUALAN
TIKET
(RM)
STATUS
TYG.
1. 05.01.12 SESUATU YANG TERTINGGAL GRAND BRILLIANCE 65 21 0.69 Selesai Tayang
2. 12.01.12 KERAMAT METROWEALTH PICTURES 67 24 1.39 Selesai Tayang
3. 19.01.12 BUJANG TELAJAK LINECLEAR MOTION PICTURES 69 26 2.60 Selesai Tayang
4. 26.01.12 SUMPAHAN KUM KUM METROWEALTH PICTURES 70 24 2.06 Selesai Tayang
5. 02.02.12 AZURA ACE MOTION PICTURES 65 21 0.99 Selesai Tayang
6. 09.02.12 HANTU DALAM BOTOL KICAP METROWEALTH PICTURES 70 24 1.86 Selesai Tayang
7. 16.02.12 CHANTEK EMPAT SEMUDRA PLANTATION 54 12 0.10 Selesai Tayang
8. 23.02.12 ADNAN SEMPIT 2 METROWEALTH PICTURES 82 34 6.82 Selesai Tayang
9. FIST OF DRAGON (MANDARIN) EVO PICTURES 67 42 1.26 Selesai Tayang
10. 01.03.12 CINTA KURA-KURA KRU STUDIOS 75 26 1.17 Selesai Tayang
11. 08.03.12 BUNOHAN APPARAT 40 21 0.78 Selesai Tayang
12. SEEFOOD (ENGLISH) SILVER ANT 68 87 2.36 Selesai Tayang
13. 15.03.12 7 PETALA CINTA METROWEALTH PICTURES 73 21 1.03 Selesai Tayang
14. 22.03.12 JIDIN SENGAL OUTLOUD STUDIOS 59 21 0.71 Selesai Tayang
15. 29.03.12 JANGAN PANDANG-PANDANG EXCELLENT PICTURES 75 26 2.51 Selesai Tayang
16. 05.04.12 3 TEMUJANJI METROWEALTH PICTURES 64 21 0.70 Selesai Tayang
17. 19.04.12 UNCLE USIN SKETCH SEVEN 62 21 1.00 Selesai Tayang
18. 26.04.12 BERANI PUNYA BUDAK VISION WORKS (M) 64 28 1.13 Selesai Tayang
19. 03.05.12 CHOW KIT GRAND BRILLIANCE 71 25 0.45 Selesai Tayang
20. 10.05.12 NONGKRONG METROWEALTH PICTURES 74 28 2.12 Selesai Tayang
21. GHOST BUDDIES (MANDARIN) DOUBLE VISION 46 28 1.08 Selesai Tayang
22. 17.05.12 MANTERA FLARE STUDIOS 78 14 0.35 Selesai Tayang
23. YOU BELIEVE IN GHOST? (MANDARIN) GENIUS PARADE 47 33 0.63 Selesai Tayang
24. 24.05.12 AKU ADA, KAU ADA? PENCIL PICTURES 58 21 1.21 Selesai Tayang
25. HOORE! HOORE! ASTRO SHAW / INDEPENDENT PICTURES 63 21 0.35 Selesai Tayang
26. 31.05.12 MAN SEWEL DATANG KL WORK MOVE PRODUCTIONS 54 21 1.21 Selesai Tayang
27. GERIMIS MENGUNDANG E-RAMA CREATIVE 72 19 0.22 Selesai Tayang
28. 07.06.12 X METROWEALTH PICTURES 49 21 0.20 Selesai Tayang
29. JALAN KEMBALI SKOP DAN GRAND BRILLIANCE 80 28 4.98 Selesai Tayang
30. 14.06.12 JIWA TAIKO NUANSA PRODUCTION 64 21 0.62 Selesai Tayang
31. AIR MATA IBU (MANDARIN) SHINNING PRODUCTION 50 21 0.07 Selesai Tayang
32. 21.06.12 HANYA AKU CINTA KAU SEORANG METROWEALTH PICTURES 46 21 0.18 Selesai Tayang
33. MAEL LAMBONG EXCELLENT PICTURES 77 33 4.88 Selesai Tayang
34. 28.06.12 BAIK GILER LAYAR DIMENSI 54 21 0.38 Selesai Tayang
35. AKU, KAU DAN DIA TAYANGAN UNGGUL 53 21 0.16 Selesai Tayang
36. 05.07.12 8 JAM METROWEALTH PICTURES SDN BHD 79 28 2.30 Selesai Tayang
37. 12.07.12 MOMOK – JANGAN CARI PASAL GALAKSI SENI SDN BHD 40 21 0.13 Selesai Tayang
38. 26.07.12 KARMA REBORN (KANTONIS) GENIUS PARADE 41 19
0.25
Selesai Tayang
39. 09.08.12 HANTU GANGSTER PRODIGEE MEDIA SDN BHD 99 35
3.45
Selesai Tayang
40. 19.08.12 SAM SKOP PRODUCTION 76 28
1.88
Selesai Tayang
41. SERAM SEJUK I-INSAN MULTIMEDIA 56 28
0.92
Selesai Tayang
42. 30.08.12 LEFTWINGS BAGUS TIASA SDN BHD 48 14 0.02 Selesai Tayang
43. 29 FEBRUARI KRU STUDIOS SDN BHD 79 21 0.37 Selesai Tayang
44. 06.09.12 SALAM CINTA METROWEALTH PICTURES SDN. BHD 50 27 0.26 Selesai Tayang
45. HANTU AIR MULTIMEDIA ENTERTAINMENT SDN. BHD 50 21 0.68 Selesai Tayang
46. 13.09.12 HALIM MUNAN RR EMPIRE SDN. BHD 60 19 0.49 Selesai Tayang
47. KEPONG GANGSTER (KANTONIS) MAHU PICTURES SDN BHD 64 28 2.09 Selesai Tayang
48. 20.09.12 UNTUK TIGA HARI ASTRO SHAW SDN.BHD 72 25 0.86 Selesai Tayang
49. AJI NOH MOTOR MIG PICTURES SDN. BHD 49 19 0.22 Selesai Tayang
50. 27.09.12 HANTU KAPCAI KRU STUDIOS SDN. BHD 71 35 3.19 Selesai Tayang
51. SOFAZR THE MOVIE JIWA KACAU NUSAN BAKTI CORPORATION SDN. BHD 50 14 0.15 Selesai Tayang
52. 04.10.12 TAI KUN MIG PRODUCTION SDN. BHD 62  26 0.78 Selesai Tayang
53. NGORAT GRAND BRILLIANCE 58 19 0.37  Selesai Tayang
54. 11.10.12 AKU TERIMA NIKAHNYA METROWEALTH PICTURES SDN. BHD 63 21  2.75 Selesai Tayang
55. CINTA BERUANG FANTASTIC VILLA SDN. BHD 48 12  0.05 Selesai Tayang
56. 18.10.12 PE3 METROWEALTH PICTURES SDN. BHD 48  19 1.18 Selesai Tayang
57. VAJRAM (TAMIL) GENIUS PARADE SDN. BHD 41 12  0.009 Selesai Tayang
58. 25.10.12 APA CELOP TOQQ EXCELLENT PICTURES SDN. BHD 66 26  1.07 Selesai Tayang
59.
60. 01.11.12 BUDAK PAILANG MIG PICTURES SDN. BHD 62 21 0.96 Selesai Tayang
61. ZAITON, CERITAKU BRUANG FILM SDN. BHD 56 14 0.059 Selesai Tayang
62. 08.11.12 AJI BOY MIG PICTURES SDN. BHD 45 19 0.71  Sedang Tayang
63. ISTANBUL, AKU DATANG GRAND BRILLIANCE & RED FILMS 70 19 3.51  Sedang Tayang
64. 15.11.12 WAR OF THE WORLDS : GOLIATH TRIPOD ENTERTAINMENT SDN. BHD 52 12 0.28  Sedang Tayang
65.
66. 22.11.12 PONTI VS OMI VISION WORKS (M) SDN. BHD 66  4 0.84 Sedang Tayang
67.
68. 29.11.12 SEPAH THE MOVIE PTV FILM PRODUCTION SDN. BHD 45 Tunggu Tayang
69. LAGENDA BUDAK SETAN II ASTRO SHAW SDN. BHD 70 Tunggu Tayang
70. 06.11.12 STRAWBERI CINTA MIG PICTURES SDN. BHD 64 Tunggu Tayang
71. ADUTHA KHATTAM NGP FILM SDN. BHD 40 Tunggu Tayang
72. 13.12.12
73. THE GOLDEN COUPLE GRAND BRILLIANCE 40 Tunggu Tayang
74. 20.12.12 ADIK MANJA RETURN ADIK MANJA SDN. BHD 45 Tunggu Tayang
75. THE COLLECTOR TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD 45 Tunggu Tayang
76. 27.12.12 KAHWIN 5 KRU STUDIOS SDN. BHD 65 Tunggu Tayang
77. THE PRINCE OF THE CITY AXIS LINE ENT. SDN. BHD. 60 Tunggu Tayang

*Kutipan terkini sehingga 26 November 2012

Bagaimana dengan anda, adakah anda ingin menyuarakan pendapat anda sendiri tentang kutipan filem dan kualiti filem tempatan untuk tahun 2012 secara umum? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen. Sumber maklumat dari FINAS.

104 responses to Kutipan Filem Tempatan 2012 Merosot, Lambakan Filem Tidak Berkualiti Menjadi Punca?

  1. peah kelabu says:

    1st

    0

    0
    • Bro 10 Inci says:

      Lebih separuh dari filem2 ni adalah genre seram/komedi/gangster yg buat org muntah. Ada genre baru sci-fi/3d mcm Mantera, story/CG sgt mengecewakan. Genre cintan pulak… xramai org nk tgk. Tambah lg Astro 1st, 2minggu org dh boleh download kt internet… Hmm hmm…

      0

      0
      • kaki wayang says:

        sume cter melayu di atas aku x tgk. hanya ada certain je aku tgk tp kat youtube je la. nak bli cd cetak rompak pun aku x sudi. pendapat aku, pada hari tayangan, terdapat banyak pilihan cter luar yang menarik. so, aku pilih cter luar pada hari kejadian. oops..sori.

        0

        0
        • i'm not a monster says:

          byk filem lawak bodoh yg x brape nk lawak. aku paling meluat filem dr metroweath jamban. skit2 rempit ada hantu kt blkg yg x berapa takut tu.. tau nak untung jer, kualiti filem haprak..yg sedap nyer david teo goyang kaki masyuk duit. kualiti beza jauh dr film thai, japan, korea dgn film melayu. film melayu yg aku rasa bagus KL gangster, istanbul aku datang, film lain mcm tangkap muat jer..nk untung jer lebih, isi x dak pun.. film luar bila tgk kita tau apa point citer tu..film melayu..hurmmmm hampeh

          0

          0
        • saya suka gosip says:

          tu la..cite hantu, gangster bertumbuk, rempit merempit je keje..x pham aku..mcm lwk aku tahan lg..tu pon sume aku tgk download je..xde nye nk terkejar2 kat pggung..

          0

          0
        • all my love is for you SONES says:

          filem melayu mcm sampah…mael lambong promote jer lebih..biler tgk..jln cerita dia merepek, bosan, kampung, action pun alah nmpk sgt x ada bajet..pendek kata mcm sampah

          filem lain pulak tak ada nilai komersial…tgk drama lagi best, tapi kita menyampah btol dgn slot aksi tv3..nama slot aksi..drama aksi + komedi lawak bodoh..ingat best ker buat lawak bodoh..kalau nk buat citer aksi buat lah yg betul2..tgk korea…drama diaorg mana ada lawak bodoh sampah tuuuuu, memalukan

          0

          0
        • doa says:

          sama le kite. aku lebih rela tidur dari tengok citer melayu kat panggung. tak membina minda langsung.

          0

          0
        • itik pink says:

          Hek eleh.. cube korang tgk betul2… sape sebenarnye kuarkan cite hantu kapcai, hantu gengster, hantu bonceng… suka2 jek tuduh… Tp tak kisahlah spe yg kuarkan pun.. itu kira okay dieorang dt kuarkan filem.. drpd korang sebok mengata tapi kuarkan taik hidung je smbil mengadap pc waktu bekerja…

          0

          0
        • nini says:

          itik pink kt atas tu…pls open minded..yg masuk blog ni bukan golongan yg dah bekerja jer…ada jugak golongan pelajar sekolah, bdk uni..skrg ni tgh cuti sekolah..n memang betul filem kt malaysia jarang ada yg best..buat film sekadar nak banyakkan kuantiti jer…tu yg kau kata patut bersyukur diaorg buat filem byk….bagi kita lah kan 1 filem pun ok asalkan film tu best bukan lawak bodok, ok tq

          0

          0
        • itik pink lagi says:

          Tak kisah la spe sekali pun yg bc blog nie…. yg penting semuanya loser sbb tak benda lain nak buat.. wakakaka… (termasuk la aku).. Sebab ape aku kate bersyukur? sbb kwn aku dlm bidang nie.. dia krew produksi… Klolah kita jadi mcm dulu, setahun 1 filem je yg keluar, ko fikir mcmana krew2 nie nk cr makan? Nsb baik klo bujang.. klo dh berkeluarga?? Sekarang nie byk filem dihasilkan dan ms nielah dieorang nak cr rezeki… industri filem nie dah selalu tak stabil… tiba masa semua merundum, apa yg dieorang nak buat? Cube fikir, berapa ramai graduan bidang perfileman sekarang.. byk yg menganggur, byk jugak yg terpaksa kerja dlm bidang lain.. Ada satu produksi tu org slalu kutuk tp produksi tu aktif buat filem sekaligus membuatkn krew2 mcm kwn aku tu dpt job.. Budak2 lepasan uni pun dpt pengalaman… Tak cukup open minded lagi ke mcm nie??

          0

          0
        • nini says:

          merepek ke benda lain lah plak itik pink ni…kalau byk filem kualiti hancur buat apa..kalau kru produksi x ada keje utk film..blh jer ke drama, lagi best tgk drama dr film..kita x suka betol dgn film yg mcm drama…baik tgk drama kt tv jer…film yg kt youtube pun kita tgk sekerat jalan..atau byk skip sebab jalan citer bosan..tahun nih citer best istanbul aku datang jer..tgk byk kali pun tak bosan..tak rugi tgk kt wayang byk kali walaupun utk satu film

          0

          0
      • upan ipan says:

        betul..betul..betul..kawe pon xminat tgk wayang

        0

        0
        • Pondan Sepi says:

          filem melayu kuantiti bukan kualiti- ahaksz!!!!

          0

          0
        • Budu says:

          senang cerita macam ni lah abang nara..cuba abang nara bandingkan filem Skyfall dan ‘filem2 hantu Malaysia’….macam langit dengan longkang !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

          0

          0
        • mak jemah says:

          skrg dah ada astro first, aku yg dulunya si kaki wayang kini dah x g wayang dah tengok. duk umah n subscribe je. apatah lagi astro letak murah kan. rm15 dua hari tengok. agak2 astro salah satu penyumbang kpd kemerosotan tu tak? yela, nak masuk wayang, sorang satu tiket berapa RM. langgan astro first RM15 ramai2 satu kampung boleh tumpang tengok

          0

          0
        • peminat beto says:

          tak jugak mak jemah.. aku layan Istanbul Aku Datang kt wayang… masuk astro first pun aku langgan jugak… so kesimpulannya kalo citer tu best, org akan pakat gi tngok x kedekut pun kluar duit……

          0

          0
        • wawa says:

          aku suka movie melayu masa zaman erra fazira byk jd heroin dulu tu..
          maybe sebb erra pandai berlakon kot.. jln cerita smtines x berapa.. tp okla.. mcm cinta kolestrol, mr cinderella, pasrah, kuliah cinta, soal hati, hingga hujung nyawa .. lg x igt..

          0

          0
        • unta dipadang pasir says:

          kalau xminat, xyah nak menyemak komen kat sini!! bangang!!!

          0

          0
      • Kak Melah Mengamok Hari Ini says:

        Macam mana tak merosot kalau asyik buat cerita hantu rempit.

        Balik- balik hantu rempit sama semuanya! Hey, mak bapak akak tak suruh belajar pergi sekolah nak jadi ‘rempit’ dan percaya tahyul dan kurafat la diaorang.

        Please la, produser-produser filem Melayu. Konon nak bersaing dengan Hollywood, tak habis-habis nak menjahanamkan otak anak-anak muda dan anak-anak Melayu. Lawak bodoh tu tak jadi satu ‘culture’. Tengok wayang Melayu…lebih baik pergi makan seafood kat Kelang lagi best. Buang masa…

        0

        0
      • erin says:

        tahun ni aku tengok 2 cerita je kat wayang… SAM & ISTANBUL AKU DATANG(IAD)! Syukur aku langkah kanan… 2 2cerita tue best… Yg lain semua download… Xterasa langsung nk tgok wayang… Bleh skip2 bila skrip meraban xdak isi merapu2 xsuka aku… Lepas tgok delete je terus, xteringin nak tgok lgik… :(

        MALAYSIA film producer tolonglah buat filem yg ada kualiti, yg bt org nak tgok n tgok lgik… Simple example IAD hari2 maw tgok part2 yg best… :)

        0

        0
    • LISA says:

      INI SEMUA SALAH METROWEALTH. ASYIK NAK UNTUNG JE SI MATA SEPET ITU.

      0

      0
      • marry harry says:

        kalau download entah2 kau yg num 1 nak tgk cte tu. kita tak payah nak menuding jari ke arah mana-mana pihak. ok ape metrowealth…banyak juga dia keluarkan cerita yang ada mesej,islamik..

        0

        0
      • alleta vold says:

        Salah Metrowealth ker??? cuba pikir guna akal pikiran, sekurang-kurangnya Metrowealth ada gak mengeluarkan filem Box Office.. sekiranya metrowealth tak keluarkan filem, tentunya industri perfileman negara kita ni takkan kemana dan trus mundur ke belakang coz klu harapkan produksi lain nak keluarkan filem knala tggu bertahun-tahun baru nak kluarkan filem.. fikir dan renung-renungkanlah, jangan nak jd lembab sgt!!

        0

        0
      • alleta vold says:

        salah Metrowealth ker??? sekurang-kurangnya Metrowealth ada mengeluarkan filem Box office kan,… cubalah pikir guna otak, sekiranya Metrowealth tak menggeluarkan filem tentu-tentulah industri perfileman kita ni sunyi tanpa pengeluaran Filem, coz klu nak harapkan produksi lain alamatnya berkurunla nak menunggu filem kita nak kluar…supportlah sikit filem kita, bukannya nak menyalahkan dan mengutuk siapa-siapa..

        0

        0
    • shinee_is_the_best says:

      untuk tahun ni aku tak langsung rasa nak ke panggung untuk tengok wayang melihatkan pada senarai filem yang ditayangkan..
      last aku tengok dengan duit aku sendiri tahun lepas, kl gangster dan aku puas hati..
      honestly, memang semua filem yang ditayangkan sekadar tangkap muat je.
      sampah?yes the right word for those films. . .
      rumah aku takde astro, kalau ad pun aku memang tak sudi nak bayar rm15 tu..
      sangat mengecewakan bila kita bayar mahal2 dan hasil cam taik je..
      semua lawak basi, jalan cerita hancur, pelakon tangkap muat..
      memang patut kutipan banyak tu je. . .

      right now, aku tengah tunggu filem husin, mon, jin pakai toncit. . .
      tu je filem yang aku rasa nak tengok sebab aku dah tengok zombie kg pisang dan HKLBR. . .
      berbaloi2. . .

      0

      0
  2. kuku kaki says:

    yey first! puihhh

    0

    0
  3. hanna says:

    mungkin sbb ade astro first…bg citer biase2 tu org boleh tggu kt astro..paling x..firstday kluar kt astro first akan ade org upload kt youtube..so nk salahkan sape?

    crita luar xde kt astro first pasal tu dorang g panggung…lgpun setakat tgok movie cinta mcm telemovie raya n lagi parah ade slot2 akasia or samarinda yg critanya lg best drp citer2 filem sape nk tgok..

    0

    0
    • kak jah says:

      Ni opinion kak jah. Haaa. Kdg2 kak jah rase drama melayu kt tv lg menarik dn best drpd filem. Hehe

      0

      0
  4. Adam says:

    abis tu dah filem semua sampah je. kamon la, igt aku nk buang rm15 tgk aji noh moto ke? ataupun aku kau dia yang hero dia setakat pekin ibrahim? hahaha kem salam la

    0

    0
    • perencah asli says:

      hek eleh brader… lu tgk ceritatu pun belum, dah nak kutuk… Aku bukan nak sokong mana2 tp ak dh tgk aji noh moto tu… okay jek… lawak2 dia okayla… takdela smpai aku rasa rugi nak bako panggung… MENTALITI lu bro.. jgn dipersalahkan cerita hanya kerana tajuk…

      0

      0
    • AKU BENCI KAU says:

      kau dah dapat tengok free pun bising lagi..kita tengok dulu dan faham dulu cerita baru komen…apa bukti filem-filem tu macam sampah??main hembus je..Sokonglah industri filem Malaysia sikit,,

      0

      0
  5. rin hane koma says:

    Cerita oshin lagi best

    0

    0
  6. Kalau dah banyak sampai menyemak pun tak guna.. Kadang2 memang tak berani nak beli tiket wayang tengok filem melayu.. tggu untuk tontonan free je.. tak youtube kat tv. Kadang2 producer pk untung.. kualiti bagi dorang x penting. Dok guna pelaris pompuan cantik.. kena fikir penonton tak hadap sangat dah muka cantik tapi berlakon macam tiang letrik boleh bercakap je.. jalan cerita lak.,. baca buku kanak2 lagi best dr filem tu.. sapa nak tengok, kan??

    0

    0
  7. meow says:

    banyak beno crite skang ni, smpai tak tau nk pilih mana, last2 dok uma tengok berita kahkah

    0

    0
  8. Audrey Hepburn says:

    1) Tukar balik la kuota 2 filem seminggu tu. Org terkejar2 nak penuhkan kuota sampai takleh nak buat filem berkualiti.

    2) Kurangkan komedi basi, cinta meleret2, aksi yg kaku, martial art yg nan hado, gedik2, seksi melampau, dan lain-lain yg berkaitan. Jelak menengoknya, walaupun tengok dalam trailer je.

    3) Kurangkan menggunakan muka retis yg sama saja. Lepas muka dia, muka dia lagi. Lepas muka dia, muka dia lagi. Bosan la.

    4) Kurangkan menggunakan pelawak veteran memegang watak yg membodohkan diorg. TOlong la, kesian kat diorg tau. Macam diorg terpaksa terima watak tu sbb dah takde watak lain utk diorg. Kasi la watak yg berfaedah sikit.

    5) Jangan salahkan filem luar kalau filem sendiri tak laku. Muhasabah diri kenapa filem sendiri tak laku. Mesti ada silap sendiri.

    0

    0
  9. mamacomey says:

    Rumusan tjk diatas (mcm jwp exam lak) :
    1) citer melayu byk plot, skrip, aksi tak mntap (ada gak ok tp jln citer agak berat)
    2) hrga ticket citer melayu ngan citer omputih sama, bek tgk citer omputih
    3) lps ni jgn pikir untung je, kurang citer tak pe tp bile kuar itu yg buat org tunggu2 nk tgk
    4) genre2 komedi, seram komedi, komedi plastic, nk buat leh tp sebulan sekali ke (ni bg ilang stress terutama org bekerja)
    5) rangkuman – kualiti, kualiti, kualiti bkn kuantiti

    sekian.

    0

    0
  10. bhurit masam says:

    cita melayu paling xleh blah..momok..hampehhh

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Ni pendapat aku la kan, rasanya, ramai org ni tak nak gi tgk citer melayu sebab malu (accept the fact) bukan sebab berlagak atau sbg tapi mentaliti, kene gelak dgn org. so, they end up watching malay movies kat astro. yang untung astro la kan. tapi aku tgk tau citer melayu kat panggung. smlm baru jer tgk ponti vs. omi. kelakar sgt;).. peace ~

    0

    0
  12. Izzah says:

    Salahkn mig….
    Lambakan filem2 tk berkualiti….
    Pelakon2 syok sendri….
    Yg tk thn tuh ada gak org yg support filem2 mig ni….ada fan club lg….
    Pelik sungguh…, tkde taste langsung….

    0

    0
    • Support filem msia!!! says:

      xadil rasenyer klo ko nk slhkn sesebuah production je…ini tanggungjwb sume…sbg rkyt msia ko kna r g support tgk filem kita…ini tak asik nk kutuk2 je taw…tak pyh dok msia ler cmtu g dok Us tu sng!

      0

      0
    • Jah Janda Hot says:

      Untung kiteorang buat fanclub… ko ada???? kuikuikui… Dok umah susukan anak lagi bagus la kakak… jgn menghadap internet sgt.. nanti laki balik nasik tak sempat masak…

      0

      0
  13. ieka says:

    Fillem melatu terlallu byk filem tong sampah dan tak berkualiti.. Sometime sesuatu cerita xd motif dan pengajaran.. Cerita yg adapptasi dari novel pl byk yg ditukar, x mngikut cerita asal.. Klu msh xd perubahan x mustahil untuk org melayu mnyokong cerita luar.. Yg penting kualiti bukan kuantiti

    0

    0
  14. mew says:

    tajuk tak komersil dan mengarut. cth: aji noh moto, apa celop toqq, ngorat, halim munan dll. jalan cerita biasa-biasa, tak lojik, tipu tak jadi dan tak menarik. sound tak real, dubbing suara tak real dan tak selaras bibir, pelakon asik yang sama dan tak sesuai. promosi kurang, buat filem tak serius main redah je, janji ada filem. rumusan: kami mahu tengok filem yang berkualiti bukan kuantiti filem yang banyak. zaman dulu filem tak sampai 10 setahun tapi puas hati sebab berkualiti. bukan salah filem luar banyak. umpama buat banyak-banyak kuih tapi tak sedap, baik buat sejenis tapi sedap.

    0

    0
  15. lili amini says:

    pada pndapat aku pulak :-
    1)skg boleh tgk di astro 1st.so,x pyh beratur ambil tiket
    2)couple2 remaja dah jarang tgk wayang,if tengok pn,diorg akn pilih cerita luar.
    sebabnya:-cerita melayu sekarang biase je..mcm tgk drama or telemovie.mcm dah tak de aura.baik tgk je drama/telemovie kat rumah.
    3)tunggu time download je.
    4)pelakon yang same je berlakon,and pelakon tangkap muat je..
    5)pelakon dah boleh olah dgn baek dalam the making of……bagaimana nak menarik penonton ke panggung.
    6)jalan cerita hampir sama.

    saya minat movie melayu,bila ke panggung,movie english jugak saya akan pilih.mungkin
    posternya kurang menarik dan nampak same je macam cerita laen.

    0

    0
  16. Cik Nad says:

    filem aji boy. filem aji noh motor, filem halimunan, filem antu kicap, filem jejenis camtu. takyah la angkat p wayang. buat org fedap.

    kadang-kadang tengok, macam.. “eh. cerita sampah camni boleh buat wayang? macam bodo..”

    camne nak sokong industri filem tempatan sedangkan wayang kita sendiri memperbodohkan penonton dia. malu laaaa…

    0

    0
    • Cik Pon says:

      Filem2 yg kamu kutuk2 tu, kutipan dia rm 1- 2 juta.. maknenya masih ada lagi golongan yg suka tgk cerita mcm tu… Selagi dpt sambutan, selagi tu akan ada.. Tak dinafikan ada sesetengah cerita mcm tak berbaloi tp cerita ajiboy gn aji noh moto tu okay je.. Ajiboy tu sasarannya adalah kanak-kanak.. confirm la org dewasa tak berminat.. Aji noh moto pulak, ceritanye ada mcm2 msg.. dan palig buat aku terharu adalah kasih syg antara adik dgn abg… So, jgn menghukum sebelum tgk ye….

      0

      0
      • Cik Nad says:

        Cik Pon..
        “Tak dinafikan ada sesetengah cerita mcm tak berbaloi tp cerita ajiboy gn aji noh moto tu okay je.”

        mmg la okay.. tapi.. –> takyah la angkat p wayang. buat org fedap.

        yg sy bengang sbb jalan cerita macam slot untuk kat tv.. kan best tengok cerita dengan anak-anak kat rumah depan tv kot.. nak feeling2 wayang, beli je pop corn..

        0

        0
  17. nasib filem melayu, ada yg bgs dan berkualiti mcm 29 FEB tp syg nyer filem mcm tu bukan taste org kite..
    ada yg x berkualiti dan mmg x bgs pn tp masih mendapat tempat di hati penonton sbb jln ceritanya tak memerlukan penonton memerah otak..
    pendek kata, penonton mahukan sesuatu yg santai dan menghiburkan. sbb, itu adalah tujuan utama penonton dtg ke pawagam.bukan utk ‘berfikir’ atau zzzz
    so kpd produser2 filem atau drama, buatlah sesuatu karya yang MENJADI SANJUNGAN DAN INGATAN SEPANJANG ZAMAN, bukannya karya yang MENJADI KUTUKAN DAN IGAUAN NGERI khususnya kpd pendokong2 filem tempatan.

    0

    0
  18. Amira says:

    Filem keluaran MIG banyak yang mengarut. bukan semualah, tapi majoriti

    0

    0
    • marry harry says:

      nyatakan sebab mengapa ko kata filem MIG mengarut???
      Ada mesej yang akan disampaikan pada setiap cerita..aku tengok best je filem2 diorang..ade lawak,islamik,aksi dan macam lagi..

      0

      0
  19. Kak Molah says:

    filem sekarang hanya layak masuk cerekarama / anugerah Skrin !!!!

    0

    0
  20. doa says:

    baca blog abang NARA lagi best dari tengok wayang Melayu. Ha ha ha ha a ada sesiapa yang nak kutuk AKU ? ha ha ha

    0

    0
  21. Anonymous says:

    Dulu aku tunggu gak movie melayu kat astro first,tp lps langgan dua tiga filem,rasa membazir duit plak.Tunggu kuar kat youtube aje,tgk free pun aku rasa nak maki hamun.
    Kesimpulannya,filem melayu ni mmg takde kualiti.Tgk free pun x berbaloi..
    Jadi bila ada filem yg berkualiti,org pun rasa cam xnak tgk.Satu kerugian disitu.Pada pengkritik filem,lenkali tlg jujur bg review.Kata best tp hampeh.Lu org kene byr ke apa?

    0

    0
  22. lavocah says:

    filem komedi msia yg plg aku suka ialah Aku No.1.. tu ja filem yg buat aku gelak smpai nk pecah perut sb lawak dia random n kreatif.

    0

    0
  23. Joe says:

    filem indon lagi best…1 raid redemption, 2. surat kecil utk tuhan 3. rumah dara. dan byk lagi…..memang diorg byk juga filem puntikimak, tpi genre lain yg menakluk hati pun byk. adoiyai filem malayu…hancur.

    0

    0
  24. Love says:

    Tajuk filem pn tah apa2…xmampu menarik minat penonton…review dlm newspaper pn xblh percaya sgt…puji bkn main tp bila pergi tgk hampeh…buat sakit hati je

    0

    0
  25. CikHanmy says:

    Sebab saya dah frust nak menonton cerita tempatan sebab jalan cerita yang membosankan, skrip yang tak cukup menarik, terlalu banyak cerita gangster, kalau cerita lawak tu lawak yang tak real (tak gelak pun sakit hati pun ada), ada adegan sepatut tak de pun tak pe… Saya kesian lah mana2 filem tempatan yang bagus terkena tempias cerita yang tak bermutu..sebab orang ragu2 sama ada ok ke tak… itu la yang saya rasa selepas tertipu dengan menonton cerita yang tak berkualiti. So jangan salahkan teknologi…sebab bagi saya kalau filem itu berkualiti penonton tetap akan ke panggung untuk menonton. Untuk tahun ini, Istanbul Aku Datang adalah filem yang memenuhi citarasa dan saya menontonnya di wayang.

    0

    0
  26. Lisa Sughihani says:

    Tapi Filem Istanbul Aku Datang yg paling meletup2 setakat ni….jalan cerita, lakonan, semua besstttt sangat….sila contohi…

    0

    0
  27. aku says:

    sjak kecil cita melayu yang aku tengok dekat pawagam kl gangster je. yang len xminat, n bila tengok dekat you tube aku akan kata ‘nasib tak tengok dekat pawagam, wat bazir duit je bayar tiket mahal2’. aku jenis suka tengok cita aksi, kalau cita cinta kirim salam awal2, buat tido dalam pawagam je.

    0

    0
  28. lurve says:

    mcm mna tak boring..asyik2 pengarah yg sama ja. & than cerita pn hampir sama. cth nya metrowealth.. baru sebulan lepas klr cerita baru tup2 bulan ni cerita baru lgi klr. mcm mna org tak muak. klu plot cerita 2 best ok la ini ntah apa2…

    0

    0
  29. ainan tasneem punye jiran says:

    Aji Noh Moto ?? NAK KE KORANG PEGI TGK bile baca TAJUK nye??? parah2 filem melayu..

    0

    0
    • marry harry says:

      Nak je..sebab jarang dengar tajuk macam tu…trailer die best je..ape yang parahnya. kau dah tengok filem percuma,download je kat youtube kira untung..

      0

      0
    • najwa latif punya cikgu tadika says:

      Hello cik… kau dah tgk ke cerita tu?? Klo tak tgk xpayah la nak kutuk2… org mcm ko tak tau msg sebenarnya cite tu… ko SPM ntah lepas ke tidak.. itulah, org suh gi sekolah tp ko monteng isap gam…

      0

      0
  30. peminat filem tempatan says:

    salam…
    sy ni peminta setia filem2 melayu..setiap bulan, saya akan sediakan baget utk ke pangung. sepanjang tahun ni..sy sangat kecwa dgn lambakan filem yg xberkualiti (xberbaloi beli tiket)..
    sy sgt xbersetuju dgn “kwujudan ASTRO 1ST..” klu sblum ni (2011 kebawah)..ssh sgt nk dpatkn filem melayu secara haram..(CR-U-tube..dll)..sebab tu org ke pangung sbb nk tgk certa melayu..certa org pth senang nk dpt yg haram..belum keluar pangung kat msia..dah ble dpt certe tu..
    sy sentiasa berharap pengiat filem tempatan terus mengeluarkan certa2 berkualiti..
    cth (Istanbul aku dtg…) xrugi beli tiket 2x..
    certa2 filem seberang..genre cinta..drama..aksi..lebih baik..
    tolong la..hapuskan ASTRO 1ST..
    keluarkan certa lebih berkualiti…sy sanggup ke panggug utk setiap certa MELAYU yg berkualiti!

    0

    0
  31. momok says:

    momok jgn cari pasa cite melayu terbaek tahun 2012..

    0

    0
  32. mira says:

    MIG TU BNYAK KUAR KAN CRITE YG LNSUNG XFAHAM APA MKSUD CITE DIE!
    MIG KUAR KAN CITER MCM SAMPAH! TAKAN AKU NK BELANJA KAN DUIT AKU
    UTK FILEM DYE LANGSUNG! LGY2 MCM JANDA2 KU GANSTER TU! APE? ! X? ?SERIUS AKU KATA NTAH APE2 NTAH? LEPAS LAMA2 FILEM TU AKAN KUAR GAK KAT ASTRO CITRA DAH AKAN BERULANG2 TAYANG JEW! DH KT INTERNET LGY LA BNYAK . YG AKU TGOK FILEM2 YG DIKUAR KAN SKOP YG ITU YUSOF HASLAM NYER BYK YG BERKUALITI XDE MCM DAVID TEO KUA FILEM PUNYA BYAK! TPI SATU PUN XDE YG BGUS!

    0

    0
    • Roy says:

      Mesti ko dah prnah main dgn si shamsul tu kan… tak habis2 sokong dia…. wakakakakaka

      0

      0
    • budak degil says:

      ok je aku tengok filem keluaran MIG. apa masalahnya?? kau dah tengok free pun nak bising2 lagi.

      0

      0
    • Ketiak wangi says:

      kau ni dah kenape????Emo sgt nmpknyer…Sbnrnyer ko yg kedekut duet nk tgk cite melayu kn??Tak abes2 gan cite omputeh dok kaya kan lagi US tu wtpe!Cube la ko sokong filem2 Malaysia…Bg aku ler aku sokong mne2 production yg berani nk amik risiko melabur wat filem…ko ader???

      0

      0
    • Mira says:

      ko ni dah knpe???? jeles sgt kat MiG, sedarlah diri tu sikit..ko puji melambung Shamsul tu pun dia xkan pandang ko langsunglah !! Btul tu Roy, rasanya dia ni dah sangap sangat kat Shamsul tu..kahkahkahkah…

      0

      0
  33. mellisa says:

    MIG TU MMG BYK KUAR KAN FILEM YG MENBOSANKAN!!!
    AKU RSE YG BGUS HANYA LAH SHAMSUL YUSOF DGN AYAH DIE YG
    KUAR KAN FILEM BERKUALITI . YG AKU LAYAN SKRG ISTANBUL AKU DATANG
    DRIPDA LAYAN LAGENDA BUDAK SETAN TUU? HANYA TIRU NOVEL? ? BUT
    ISTANBUL AKU DATANG HASIL SENDIRI PENULIS SKRIP DAN PENGARAH .

    0

    0
    • Beto khusairy says:

      instanbul aku dtg tu tiru cite Leap Year la!!!tak caye pi search kt youtube ok!MIG punyer cite ok pe ak lyn gak…Aku pun teringin nk brlakon gn MIG tgu time je dorg nk pgl…Heroinnyer Wawa Zainal ok gak…I likeeeee,,,,

      0

      0
  34. gold account says:

    Itulah yang berlaku pada filem “Azura 2012? arahan oleh Aziz M. Osman, dengan belanja pembikinan filem mencecah RM1.8 juta, kutipan yang dibuat hanyalah RM0.61 juta, 3 kali lebih rendah dari kos produksi. Siapa yang tidak tahu filem asal “Azura” lakonan Jamal Abdillah dan Ogy Ahmad Daud? Filem lakonan mereka berdua ini suatu masa dahulu pernah meletup dan sehingga kini OST filem tersebut masih lagi boleh didengari di radio-radio tempatan.

    0

    0
  35. anonymous says:

    rugi lah tengok cite melayu di panggung. cite melayu banyak tak best, pusing2 idea hantu lawak tak jadi, cinta orang kaya-orang miskin yang dihalang bla bla bla. yang rasa berbaloi pada diri aku, hikayat merong mahawangsa. honestly, kualiti penghayatan watak pelakon filem melayu punca aku tak suka tengok cite melayu. contohi lah phillipines, thailand, hollywood, bollywood. terbaik lah penghayatan watak diorang! indonesia pun not bad.

    1 lagi, buat lah cite yang masuk akal+motivasi. contoh, indonesia ada jgak cite islamik cm ketika cinta bertasbih, ayat2 cinta. motivasi cm laskar pelangi, sang pemimpi. kita malaysia, ada ke semua tu? dalam mimpi dan angan je lah.

    aa, cite melayu kat wayang tak tengok, kat astro first pun tak tengok. rugi duit. tunggu dowload free dari youtube.
    sekian. :D

    0

    0
  36. alleta vold says:

    cubalah bagi pendapat dan pandangan yang boleh menaikkan lagi industri perfileman kita, bukannya nak kutuk mengutuk!!

    0

    0
  37. Ebi Adabi says:

    Hek eleh… nie lah mentaliti org kita… kenapa lak metrowealth yg disalahkan? Apesal production lain tak? Padahal kualiti filem lebeh kurang jek.. Nak tau sebab ape? Sebab korg dengki… korang racist.. Manusia nie sepatutnya bila di zaman canggih, jadi semakin bijak tapi korang semua jd mundur… Sudah2lah… Ini semua dunia!

    0

    0
  38. Aby Abadi punyer jiran.... says:

    Tolongla jgn nk berpolitik dekat sini ok…Kite 1 MALAYSIA….So sokongla semua produk keluaran malaysia tanpa ade prejudice.PEACE YO….!!!

    0

    0
  39. aku budak suka filem says:

    tak payah lah beri pandangan yg akan menjatuhkan lagi industri filem Malaysia. Pandang ke hadapan bukannya ke belakang. Kita sepatutnya sokong dan beri pendapat supaya dapat menaikkan lagi industri perfileman Malaysia. Jangan dengki mendengki,kutuk mengutuk tu lagi dapat dosa kering je..
    #renung-renungkan#

    0

    0
  40. Abg Keladi says:

    Sekarang ni tak perlu nak tuding jari sape2… klo mcm tu smpai ble pun takkan abis… Apa yg patut kita cr solusi… yang kat atas2 nie tau mengutuk je, ilmu langsung takde… Saya setuju kualiti filem perlu ditingkat.. Cuma sekarang kita tak tau nak jangka genre apa yg diminati org rmai….

    0

    0
  41. SAVE PALESTIN says:

    Tayah nk salahkan sesape la…Salahkn diri sendiri ok!!!Renung-renungkn sampai termenung….!!! I <3 Filem Msia!!!Save Palestin!!!!Drpd dok mengutuk2 n caci maki kt sini baek g amik air smyg wat solat hajat!!!Assalamualaikum

    0

    0
  42. Qalisha Qusairi says:

    Aku respect gan MIG sbb dah byk lahirkn pelakon2 berkualiti contohnyer Lisa Surihani,Farid Kamil,Shaheizy Sam,Yana Samsudin dan ramai lagi…Drpd sifar tp ats tnjuk ajr dan peluang yg diberi MIG karier mereka makin berkembang sehingga berjaya mnjadi pelakon hebat pd msa kini.Tahniah MIG.

    0

    0
    • Jantan Terhangat says:

      btul tu… Tahniah juga kat MiG coz mengeluarkan produk2 berkualiti yang memberi sinaran buat industri hiburan tanahair kita…walaupun industri perfileman kita jatuh merundum, MiG trus bangkit mempertahankan kredibiliti sebgai sbuah produksi filem yang unggul. dan sebagai peminat filem-filem tempatan,kita haruslah sama-sama menyokong industri kita dan mencari konklusi untuk masalah yang menimpa industri kini…

      0

      0
  43. Cik BIBIR MONTOK CUCUK BOTOX says:

    Mr.David Teo…i teringin sangat nk berlakon dlm filem u…i minat sgt filem2 MIG…Pls bg i peluang…Teringin nk jd pelakon hebat mcm Lisa Surihani huhu…I minat sgt filem2 MIG best sgt

    0

    0
  44. harunismail says:

    asik2 citer cinta..pastu nak blame cerita luar negara.. kalau dah takde idea sangat..jgn la blame citer luar.. penonton je dah bosan dgn filem murahan penerbit malaysia.. skang ni trend citer gaduh2 lak.. aku tgk kat luar, boleh je tak gaduh..boleh je tak cinta.. boleh je menang academy, emmy and others..

    0

    0
  45. MARISA says:

    Hapuskan!!!!!!! Astro 1st dlu…Slh 1 pnyumbg kemerosotan kutipan filem…
    tapis FILEM XBERKUALITI….tbyk sgt lambakan filem xberkualiti di malaysia btkn rakyat malaysia lbh suke tgk filem Barat!!!

    0

    0
  46. Dina says:

    Inilah satu sebab kenapa orang sekarang layan movie antarabangsa.. Orang sekarang pandai menilai movie yang bagus2..

    0

    0
  47. Amir says:

    Apa gunanya keluarkan sebulan 1 movie, kalau kualiti takda?

    0

    0
  48. Anonymous says:

    saya sokong dgn komen komen diatas. karyawan kita sekarang mementingkan kuantiti dari kualiti. agaknya nak tiru macam industri Bollywood kut? Setahun tah berapa banyak filem, tapi yang betul betul berkualiti, boleh dikira dengan jari je. Sikit filem tak mengapa, tapi berkualiti. Mempunyai isi yang dapat diambil pengajaran, dan yang lebih penting mengutamakan nilai nilai Islam. Sambil buat duit, sambil berdakwah. Barulah keberkatan Allah swt tu datang, kutipan pun memberangsangkan….

    0

    0
  49. Bunga Lalang says:

    BUNOHAN dan SONGLAP aja bikin gua teruja

    0

    0
  50. Faz n Furiouz says:

    Sofaz the movie paling lawak filem ntahapantah…

    0

    0
  51. peminat filem free says:

    salah satu sebab penurunannya ialah:

    SEMUA ORANG TUNGGU NAK TENGOK FREE BILA DAH DOWNLOAD KAT INTERNET.

    so, salahkan sesiapa yang bijak menguploadkannya dalam internet.

    0

    0
  52. Have you ever considered creating an e-book or guest authoring on
    other websites? I have a blog based on the same information you discuss and would really like to have you share some stories/information.

    I know my viewers would enjoy your work. If you are even remotely interested, feel free to send
    me an e mail.

    0

    0
  53. great post :D I’m totally looking forward to reading more posts.

    0

    0
  54. riri says:

    semoga film Habibie & Ainun dan 5 Cm tayang di cinema malaysia karena film itu sangat recomended.penuh pengajaran dan motivasi….

    0

    0