Written by Bella | January 20th, 2016

Nampaknya filem  Mat Moto karya Pekin Ibrahim berjaya membuktikan ia bukan sekadar filem  tentang mat rempit atau kaki motor yang biasa-biasa dan mencipta sejarah apabila mencatat  kutipan lebih daripada RM 3 juta selepas empat hari ditayangkan di pawagam.

Alhamdulillah saya terkejut dan tidak menyangka kutipan melebihi daripada jangkaan. Sangka saya pada hari pertama mungkin kutipan sekitar RM500,000.

Apabila dimaklumkan oleh penerbit, Datuk Yusof Haslam kutipan melebihi RM1 juta saya memang terkejut dan bersyukur atas sambutan ini.

Mensasarkan kutipan RM 5 juta buat filem sulungnya yang diarahkan bersama pengarah muda, Syafiq Yusof, Pekin yang turut menjadi bintang utama filem tersebut masih khuatir dengan beberapa kritikan oleh penonton di media sosial.

Saya tidak meminta lebih, cukuplah RM5 juta untuk filem ini dan jika sasaran itu berjaya bolehlah saya memberi fokus kepada filem Mat Moto 2 pula. Pun begitu, saya juga turut bimbang melihat maklum balas penonton di laman sosial. Ada yang suka ada juga yang mengkritik kerana melihat jalan cerita tidak seperti yang mereka bayangkan.

Lazimnya kisah mat moto lebih memaparkan kehidupan mereka berlumba dan penuh aksi, tetapi tidak untuk filem ini. Bagaimanapun, saya positif dan berharap semua orang dapat menerima jalan cerita ini dengan hati yang terbuka.

Selain Pekin, filem Mat Moto turut dibintangi Datuk Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Syamsul Yusof, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Falisha Crossley dan Cat Farish.

Satu permulaan yang agak baik buat filem sulung Pekin Ibrahim, apakah mungkin filem seperti ini mampu mencapai kutipan box office?  Siapa yang dah tonton filem Mat Moto, apa pendapat anda?

Sumber Berita: Harian Metro

18 responses to Kutipan Filem Mat Moto Meningkat Kepada RM 3 Juta Selepas Empat Hari Ditayangkan

  1. Aina says:

    Focus kat filem je ke? Or mmg producer byr nara utk publishkan?
    Tak kisah pun cuma tolgla be fair. Drama terbaru Anakku Diva episod 1 dah meletop n trending kat twitter, takde org promote ke?
    Yg drama blakon cam hampeh tu kecoh je kluar blog..?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Lan says:

      filem ni nampak low budget….member2 cakap x best. kelam kabut. hanya layak ditayangkan di slot Akasia.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Anonymous says:

        cakap org2 skop production boleh percaya ke?

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • kak nam says:

          aku didesak member2 pegi tengok. kesimpulannya, citer mcm taik.. aku igtkn citer berlumba.. rupanya citer gi beli topi keledar.. mcm bodoh je citer.. rasa nk lempar popcorn tgk citer nih. panggung pun x penuh. kat mana 4 juta? nasib baik cuaca kt luar panas. so masuk panggung relaks2..sejuk sikit badan rasa. sekian..tamat.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • Abg Sado says:

          citer budget murah wei dgn jalan citer merepek meraban. aksi motor terbalik pun agak2 kasi rosak sikit biar nampak real. ketandusan sungguh idea dan plot. x digarap dgn rapi mcm polis evo. nmpk sgt sekadar melepaskan batuk ditangga. tapi nak untung. itulah bila melayu buat filem. kualiti..ke lombong.

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
        • melati says:

          Film rosak anak bangsa….JAHANAM!!!!!!! Ingat duit je.
          Macam film KL Menjerit tahun 2000.. Lepas keluar tu apa dah jadi anak2 bangsa kita???? 99% semuanya merempit…Lepas KL Menjerit…
          Flim Rempit…Lagi lah JAHANAM…Semua anak2 bangsa kita terrrikut ikut!! Sampai Polis pun x boleh buat apa2. Ni semua film MEROSAKAN minda remaja2 d luar sana. Ubahlah. Menang sorak negara tergadai. Tak ada faedah!!!! Haramjad….!!!!

          Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Anonymous says:

      byk pelakon2 terkenal tapi sayang watak x sampai 5 minit. buang masa…

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Perkeja Gomen says:

      Cerita org kaya bawak moto g beli helmet. Patut letak tajuk mat helmet. Hahaha

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  2. Minah LRT says:

    dah la kat jalan dan highway penuh dgn mat2 motor je. masuk wayang pun nk tengok mereka juga? sorry…so not going to waste my time. next?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  3. maz says:

    memang tak best…buat rugi korang je beli tiket…mcm mana org nak support filem melayu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  4. Anonymous says:

    Sebab melayu buat filem…tajuk ke arah benda yg sama…kalau musim citer hantu,sepanjang tahun la hantu dia kuar…INI moto punya tahun…pas nie,minah moto plak..atuk moto…okbai

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  5. senyum kambeng says:

    filem yg terlalu simple tapi menepati golongan2 sasaran – mat motor. lepas tu masukkan sikit unsur2 pengajaran. skop production la katakan. kualiti…hauk.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  6. Anonymous says:

    rasa rugi je…dah la soft drink dan pop corn mahal. layan waktu raya je lah. 3 bintang je.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  7. Man Askar says:

    nak buat mcm mana.. filem2 mcm ni yg dpt jual.. yg dpt kutipan berjuta juta.. cuba tgk filem2 berkualiti mcm lelaki harapan dunia, terbaik dari langit, KIl, ceo dan lain2.. kebanyakannya gagal dapat kutipan yg tinggi. sebab tu produser lebih suka release filem2 tak berkualiti yg mcm ni, janji boleh jual. so salah siapa? kita jugakkan?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  8. Jai says:

    yg korang tengok filem “Mat motor” pasal beli helmet tu filem arahan Ahmad Idham. yg arahan Pekin Ibrahim ni lain lah wehhh -_-

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  9. razak says:

    citer ola bola juga best.semangat aku.lps tgk citer ni rsa nk belajar bahasa cina dan india.serius mmg best.penuh satu wayang tgk citer ola bola.cina,india,melayu semua tgk citer ola bola.serius pekin.anda mmg reciest.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0

Leave a Comment

Optional