Kumpulan Shiro Ialah Juara Raja Lawak 6, Bawa Pulang Wang Tunai RM100 Ribu

Hiburan

Kumpulan Shiro Ialah Juara Raja Lawak 6, Bawa Pulang Wang Tunai RM100 Ribu

Kalau anda melekat di kaca TV sebentar tadi, pasti anda ada ternampak wajah kacak Abang Nara di dalam TV semasa final Raja Lawak 6. Terima kasih kepada Astro yang sudi menjemput Abang Nara. Seperti yang dijangkakan, kumpulan Shiro berjaya merangkul gelaran juara Raja Lawak 6. Abang Nara memang gelak terkekeh-kekeh setiap kali kemunculan kumpulan Shiro.

shiro juara raja lawak 6

Advertisement

Bagi Abang Nara, persembahan finalist Raja Lawak 6 kali ini memang membanggakan. Tak nampak gementar ataupun darah gemuruh di atas pentas. Kesemuanya memang sudah bersiap sedia sepenuhnya. Namun Abang Nara paling tertarik dengan lawak-lawak daripada kumpulan Shiro. Ada gaya-gaya Sepah sikit. Tak gitu?

shiro juara raja lawak 6

Naib juara Raja Lawak 6 jatuh kepada kumpulan Zero. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000. Manakala di tempat ketiga ialah Cuit sekaligus membawa pulang RM30,000. Manakala kumpul 2Yol pula berada di tempat terakhir. Keputusan akhir Raja Lawak 6 sememangnya tiada kontroversi dan menepati ramalan kebanyakan pihak.

shiro juara raja lawak 6

Apa-apa pun tahniah kepada kesemua finalist Raja Lawak 6 yang telah memberikan lawak yang sangat memuaskan hati semua pihak. Kepada pihak Astro, diharap dapat mengembangkan lagi bakat-bakat yang ada terutamanya kumpulan Shiro agar mereka akan lebih popular dan dapat beraksi di pentas yang lebih besar.

shiro juara raja lawak 6

Apa pula pendapat anda tentang final Raja Lawak 6 kali ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...