Written by Bella | October 25th, 2016

Penyanyi Faizal Tahir cukup terkenal dengan keunikan beliau bukan?  Faizal juga cukup berbakat dan sering melakukan pekara di luar kotak pemikiran orang lain.

Baru-baru ini, Faizal menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya telah memuat naik foto kulit album terbaharu beliau yang berjudul Anatomi Faizal Tahir.

Kulit album berkenaan jelas cukup berlainan sekali dan mempuyai pelbagai mesej yang tersirat.  Malah, rekaan setiap sudut kulit album berkenaan telah mendapat perhatian netizen.

Rat-rata netizen yang melihat foto  kulit album tersebut memuji ia sudah setanding dengan taraf antarabangsa.

Berikut antara komen netizen :-

Jika anda perhatikan, mungkin kulit album Faizal mendapat inspirasi daripada karya terkenal The Vitruvian Man oleh Leornardo da Vinci yang dihasilkan sekitar tahun 1490.

Dalam pujian, ada juga pihak yang mengaitkan kulit album tersebut dengan Iluminati  dan sebagainya, lebih-lebih lagi saat melihat Faizal tampil tidak memakai baju didalam foto berkenaan.

Apa-apapun, kelainan yang dibawakan oleh Faizal Tahir harus dipuji. Mungkin sudah tiba masanya peminat industri muzik tempatan menerima perubahan yang agak baik sebenarnya untuk mencetuskan sesuatu yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

28 responses to Kulit Album Anatomi Faizal Tahir Jadi Tumpuan Netizen

  1. Anonymous says:

    nanti ada la geng2 ulu cakap..ada unsur freemaison. lol

    30

    1
    • orang singapore says:

      hahhaa. ni confirm akan ada yg comment gini.

      8

      0
      • fakta says:

        freemaison ni dah lama. org msia je kuat canang. actually it is a group of “freethinkers” (tak percaya tuhan, kitab dan sbg) usa, uk, europe.. pentadbiran kerajaan semuanya unsur freemaison”. seperation between church and government. (agama (kristian) bukan dlm perlembagaan negara). apa nak kecoh? yg mengaku/lahir sbg islam sendiri pun al quran 2 tahun x pernah pegang. opsss.

        15

        0
      • Anonymous says:

        satu soalan je..aurat lelaki dr mana ke mana?

        0

        0
    • Anonymous says:

      ramai org x paham tentang unsur2 freemaison/illuminati. illuminati sebenarnya adalah puak2 penentang2 gereja zaman dulu2. puak2 gereja ni dulu2 suka menindas. gereja pada zaman dulu2 adalah sebuah kerajaan. amat berpegaruh. sebagai tindak balas melawan penentang2, pihak gereja melabelkan puak2 illuminati sebagai “anti-christ” @ dajal. (penentang nabi isa, tuhan dan agama). ini lah illuminati dengan cerita yg paling ringkas. ramai org tak tahu..

      12

      0
      • syah says:

        abis klu org y menentang hukum hudud dan mempersendakan islam tu dikire sbg ape pulak???org islam sndri jgk rmai y menentang sistem islam sdgkan islam x penah menzalimi pengikutnye…

        7

        1
    • Anonymous says:

      ..mcm kulit album Michael Jackson- Dangerous.

      7

      1
  2. sugar mommy says:

    Tahniah Faizal Tahir…

    2

    2
  3. thuglife says:

    ckit2 Iluminati.. freemanson.. xbleh ke pk yg baik2.. Nawaitu tu yg penting.. kalo harap luaran jer baik..tp nawaitu nusuk pon x guna gak.

    0

    5
  4. ate nape, mate p.cik nenggok mcm tok lawoo je…

    15

    0
  5. melati says:

    Terlampau byk main Video Game Faizal Tahir ni..!!! hmmmmm

    0

    0
  6. nang nakk.. says:

    macam budak2 je,..

    5

    0
  7. Anonymous says:

    lain drp yg lain.
    suka…

    2

    0
  8. genius dan mempunyai maksud tersendiri

    1

    0
  9. ryu says:

    2 benda je aku x berkenan.
    1. referral to Leo Da Vinci. Dia pagan.
    2. Nampak pusat. Aku respect FT tapi benda nampak kecik ni jangan la tak endah.

    Selain dari tu, meh, semak tbh.

    4

    0
  10. sepaun says:

    bila tgk gmbr tu mula2 terus otomatik terfikir mesti akan ada sejenis spesis yg kaitkan gmbr tu dgn iluminati la freemason la hehehe :P :D

    3

    1
  11. FT says:

    elehh yang kata tak lawo, macam budak2, freemason bagai cube buat tengok. ntah2 lagi teruk rupe. hanya segelintir je yang faham apa yg FT cuba sampaikan. apepun aku respect FT. tak ramai artis Malaysia yang bulih buat macam ni. salute!

    7

    1
  12. semyum kembeng says:

    malaysia pun telah dikuasai illuminati/freemaison…tu ha perjanjian nafta tu. siapa yg cipta…sila google. tak ke kapir2 semua tu. tu pun pakat2 signed.

    4

    0
  13. sida says:

    FT penah update status kat fb dan ig dia gambar The Vitruvian Man oleh Leornardo da Vinci tu 20 mac yg lalu dgn caption ;
    “The new album has been named. What do u think it is? It has something to do with the pic below. Can u guess it?
    Album baru telah diberi nama. Ada kaitan dgn gambar di bawah. Siapa agaknya yg boleh teka?
    #newalbum #done #comingsoon”

    0

    0
  14. Mar says:

    Bella, Da Vinci lukis The Vitruvian Man ni sekitar tahun 1490-an, bukan 1942….

    0

    0
  15. Daisy Majnun says:

    xtutup aurat…org laki ni aurat senang pun xbleh nak jaga…

    1

    0
  16. Anonymous says:

    Menarik cover album ni unsur art yg mendalam aku teringat kalau kat indonesia cover2 yg macam ni band dewa19 je yg buat.

    0

    0