Written by Bella | November 7th, 2016

Sejak memuat naik foto kulit album terbaharu beliau yang berjudul Anatomi, penyanyi Faizal Tahir telah menerima pelbagai kritikan daripada netizen.

Mereka beranggapan kulit album berkenaan mempunyai unsur Freemanson sehingga menuduh Faizal murtad.

Tidak mahu orang ramai terus salah sangka dan membuat kesimpulan mereka tersendiri, Faizal telah tampil menjelaskan maksud sebenar disebalik foto kulit albumnya itu.

Sejak kulit album ini keluar banyak tanggapan positif dan negatif saya terima, ada yang kata ia iluminati, freemason dan ada juga yang nampak ia seperti salib dan menuduh saya murtad.

Secara dasarnya kulit album Anatomi ini simbolik kepada lagu-lagu dalam album ini dan beberapa benda yang berkaitan dengan kehidupan saya.  Saya mempunyai kepercayaan yang kuat terhadap Allah dan saya tidak takut dengan apa juga persepsi negatif segelintir orang, saya percaya Allah sentiasa memberi bimbingan kepada saya.

Menurut Faizal, dua ekor kuda melambangkan tahun kelahirannya manakala sayap pula memberi berkaitan dengan pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Liverpool.

Imej wanita berpurdah pula merupakan simbolik rasa hormat Faizal kepada kaum wanita yang menutup aurat dan gambar kanak-kanak berkepala televisyen pula menunjukkan golongan kanak-kanak kini yang terlalu terdedah dengan internet dan televisyen.

Foto saya empat tangan dan kaki serta tidak berbaju pula adalah lambang lukisan Leonardo da Vincci. Ada juga yang mempersoalkan tentang aurat kerana saya tidak berbaju dalam kulit album ini. Bagi saya ramai lagi penyanyi wanita yang kulit album tidak bertudung dan mendedahkan aurat.

Sebelum menuduh dan menggelarkan orang murtad, lebih baik untuk mendengar dahulu penjelasan Faizal. Janganlah jadikan minda anda terlalu “sempit” dan mengaitkan segala hal dengan Iluminati.

Sumber Berita : mStar Online

35 responses to Kulit Album Anatomi Dikritik : Faizal Tahir Tampil Jelaskan Maksud Sebenar

  1. Justice says:

    Jgnlah buat benda2 yg boleh mendatangkan fitnah. Byk lg idea2 artistik lain bole digunakan. Tp aku memang rasa ada yg x kena dgn dia sejak dia join geng2 Ahmad Izham Omar, Paul Moss dan lain2. Mereka ni semua berpendidikan barat dan x taulah apa ajaran yg mereka bawa dari sana. Masih ingat Juara Lagu tahun bila tah yg dipenuhi unsur2 illuminati

    12

    9
  2. Anonymous says:

    Bella ni mesti fan Faizal. Ayat dia bias.

    5

    3
    • Panas.... says:

      Aku rasa komen2 backup Faizal Tahir mesti dari Bella. Liberal lah penyokong Faizal Tahir.

      5

      4
      • Whyhead says:

        Aku rasa ok jer..banyak benda yang ada dalam ilustrasi ni. Kena la guna otak dan ilmu sikit. Aku rasa dia tak buka aurat pun. Masih menutup pusat. Secara keseluruhannya aku nampak simbol kebebasan dalam segala aspek.

        9

        0
    • Haikal Hanafiah says:

      Bagi sy xde pn iluminati & hal2 merepek len. Cume psal buka bju tula bleh jd isu. Sy rse FT mst akuinya & dye x anggap mnde ni hal besa & x akan ganggu pe dye nk wat. Klu x takkan dye nak jd artis. Kite sendiri tahu artis spt tdedah benda2 negatif cntohnye muzik bleh melalaikan org, buka aurat, bsalaman dgn org bkn mahramnye. Kite x bleh bri harapan lebih2 kt org mcm dyeorg. Kite pandang dye mst lebih pada MUZIK kn. Itu suasana artis. Dia thu pe dye wat. Bkn dye x thu risiko. Lg2 psl kes buka bju. Mst management dye de tegur & dh bbincang psl ni. Dye mst sanggup trima pe mukin jd kn.

      Bagi sy FT artis yg ade visi tersendiri & bcita-cita tinggi dari segi music direction sme spt kumpulan Kru. Dia cube ubah streotype music ‘pop ballad’ bagi penyanyi spt dye. Dr first album smpi last album sy tgk byk direction muzik dye brubah. Prubahan yg bgus & tu sy sgt respect. Nk lari dr kebiasaan di arena perdana. Dye bleh wat lgu sendiri & team musician sgt hebat n bgus.

      Last album ‘self titled’ dye album plg byk perubahan & sukar utk org trima & dimainkan di stesen radio. Dye pnah kte dye mahu Real Musician & Real Listener terima muzik dye. Utk pdgr mcm sy..sy mmg ske…smpi ble kte nk dsuapkn muzik direction biase2 je & x mnarik?..smpi ble radio nk main muzik x begitu mcabar tu?

      Kulit album ni memang menarik…cume sedikit ralat pd pusat tu…isu tu bleh jd besar se2tengah org. Tp FT kisah pe?…dye thu pe dye wat kn ! Dr pndangan muzik pe dye wat ni byk Positif dr Negatif. Okla. Nk cr positif sume dr segi muzik mmg susah. Hiburan kn. Mcm2 org bleh korek & cari point. Klu nk positif je baik jd anggota kumpulan nasyid. Org dgr muzik dlu (audio) br amik thu hal lain mcm fizikal,muzik video, persembahan dll. Sbb pe? Klu artis klua pertaruhkn muzik video dlu tp muzik kn pelik tu? Hahahaha. Sbb tu ramai artis underground album bleh jual lagi walopn kluakn lagu je. Contohnya Cromok. Kbykn album dyeorg dipsarkn x pnah wat videoklip & live show padahal duduk syarikat label major Emi.

      Benda kecik cmni korang beria amik kesah & jaja cite mst FT x kisah. Dia still wat muzik bkualiti & duit masih masuk. Haha. Sbg islam & manusia, kte mampu tegur se2org n tengok apa kesudahan teguran tu. Haha. Sekian. Dr Guru Muzik & Peminat Muzik. #bknminatsgtfaizaltahir

      1

      0
    • C Y says:

      Sebagai islam, memang rase elok gak kite tegur dia & kalau tengokkan dia memang tak kisah & tak melenting mane pun. Kita dah buat apa yang patut. Kalau kesannya positif baguslah. Mesti teguran kena dengan gaya. Lepas ni boleh lagi kita tegur artis. Dari hal besar sampai ke kecil. Bagus mula dari bab agama hingga mutu bakat. Mula dengan artis feveret kita dulu. Banyak list tu woooo. Hurm.

      2

      1
  3. OrangKampungKolot says:

    Oh ye lambang multiple hands ni seolah2 sama dgn Tuhan2 Hindu. Apa maksud tu ye Faizal? Maklumlah saya orang kampung tapi setiap kali pergi kedai orang India selalu nampak dorang gantung gambar Tuhan mereka yg ada banyak tangan tu

    6

    7
    • Anonymous says:

      Oh yke org kg kolot. Byk pulak ko pnya komplen. Xpyh la mengkomplikated bnde yg simple. Xpsal2 patung hindhu pulak yg kluar. Habis tu knapa x ckp tgn byk tu serupa octopus ke? Or rupa semut ke? Serangga pn byk tgn n kaki. Saje je nk create isu.

      15

      3
      • OrangKampungKolot says:

        Kita kena berhati2. Di hujung2 zaman byk anasir2 luar yg cuba melemahkan umat dlm pelbagai cara halus. Aku cuma beringat sbb imanku lemah. Tp kalo iman penyokong Faizal Tahir kuat alhamdulillah.

        3

        5
    • MSJ says:

      Kulit album tu berdasarkan lukisan anatomi manusia Leonardo Da Vinci.

      7

      3
  4. nok gebuzzz says:

    pada aku xd unsur pelik pon kat situ…yg aku npk kulit album tu mmg ada kelasnyer tersendiri..yg penting niat faizal tahir buat benda ni utk hiburan dan kepuasan diri sendiri..jgn la negatif sgt..nnty kalau tiru org punya ckp x kreatif pulak.

    17

    1
  5. huhuhuh says:

    org islam memang takot tanda T, nampak T konon boleh terpesong akidah. Tangan banyak kate tuhan hindu, purdah kate isis. banyak sangat ko pikir. pegang lah pada akidah yang satu. hari ko tambah tanda T atau gamba tuhan agama lain ko x tergugat sedikit pon akidah ko.

    34

    1
  6. poyo says:

    haritu masa beautiful kuar kan pasal kulit album ni bukan main puji2..ckp lain dari yg la..blabla….skrang kutuk pulak…x phm dgn org2 ni..kalau org kutuk ikut kutuk..kalau puji ikut sama…hishh!!

    5

    2
  7. MSJ says:

    Yang orang cakap Freemason jahat tu sebenarnya orang Kristian zaman dahulu yg benci ahli2 Freemason menjadi sultan kerajaan Islam dan mengalahkan negara2 Kristian Eropah.

    1

    8
  8. ash says:

    ~ Ada juga yang mempersoalkan tentang aurat kerana saya tidak berbaju dalam kulit album ini. Bagi saya ramai lagi penyanyi wanita yang kulit album tidak bertudung dan mendedahkan aurat ~

    frust jgk la bila faizal jwb mcm tu
    knp nk compare dgn org lain
    perkara yang salah disisi agama tetap salah
    mmg kita sendiri yg tanggung dosa

    selalunya jawapan faizal mmg org kata “ada brain pnya ckp”
    ttbe ckp mcm tu hmmm

    11

    6
    • aku says:

      jap..masalahnyer..aurat dia terbukak ke wehhh?? elok je aku tgk tertutup..kau dh kenapa

      15

      3
    • adakukesah says:

      kannn..ko dah kenapa..elok ja x nampak pusat dia..jwapan faizal tahir yg nie memang win..haha..aurat pmpuan kemain trdedah korg x kesah plaksss kan

      6

      3
    • malik says:

      apa salahnya dengan kata2 faizal? betul apa. beliau tk mendedahkan aurat. Dan mmg banyk penyanyi wanita yg tak pakai tudung. So, apa masalah ko? siapa yg makan cili dia terasa lah.

      0

      0
  9. Red Devil says:

    Fan liverfool mmg suka buat bende2 yg pelik dan die ni salah sorng drpnya…die sengaja cari publisiti murahan sama seperti team yg dia sokong tu! hahaha glory glory bro!

    1

    8
  10. peminat neelofa says:

    X BAIK TUDUH ORG MURTAD

    5

    0
  11. NEELOFA MMG CANTEK says:

    artis poyo. mmg tak minat langsung. faisal oiii, dengar sini. unsur freemason tu dari zaman prophet sulaiman lagi. knight of templar curi buku kabbalah jewish black magick and turun temurun diorang practice sampai la nie untuk realisasikan new world order menyambut dajjal. YANG HANG DOK SIBUK SAMA KENAPA??nak join occult? nak join freemason? suka la kena recruit!!! dajjal or anti christ tunggu je nak menjelma ..RASULLULAH SURUH KITA SIBUK HAFAL SURAH AL KAHFI 10 AYAT PERTAMA, HANG SIBUK NAK JOIN ILLUMINATI @FREEMASON!! KATA HARI TU NANGIS SGT PI PALESTINE KER SYRIA …flip tudung aku sat

    1

    8
    • FATTAH AMIN says:

      SILA RUJUK SURAH AL BAQARAH AYAT 102.
      MMG BETUL ILMU BLACK MAGIC @KABBALAH FREEMASON AND ILLUMINATI
      DARIPADA ZAMMAN NABI SULAIMAN. (SURAH AL BAQARAH :AYAT 102)

      1

      0
    • malik says:

      sedap nya menuduh dan menfitnah. kau ni belum kenal betul dengan faizal tahir. Cuba lah tengok family dia mcmn. saje je dpt dosa kering.

      3

      1
    • pemuda kahfi says:

      tak silap aku Kaecilius simpan buku tu skang ni.. tak tau lah apa dia nak buat.. insyaAllah dr strange akan selamatkan kita semua nanti.. sebab the ancient one dah mati

      0

      0
    • Anonymous says:

      Ayah FT seorg activist yg giat join aktiviti kemanusiaan memberi bantuankpd mangsa2 perang & bencana sejak dr dulu lg.. skrg FT pun join skali.. cuba hayati maksud disebalik penyampaian lagu2 FT.. FT berjuang menyampaikan mesej2 ni melalui lagu.. at least FT membantu umat Islam di syria palestin sedangkan org melayu kita sibuk tuding jari tuduh org itu freemason org ini dajjal.. Wake up!

      1

      0
  12. Hamidah says:

    Dont bother regardless of others opinion. They are a bunch of idiot. Kerja mereka hanya mencari kesalahan saja. Banyak lagi kerja yang lebih berfaedah. Just go for what you know its good for your career. The rest is not important.

    3

    2
  13. vbn says:

    Produk yang gagal.
    Believe me…will going nowhere.

    0

    1
  14. Peminat Muzik Indie says:

    Cover album Anatomi mengingatkan saya kepada cover single artis indie Soundcloud ini: http://nicmrayce.blogspot.my/2016/11/cover-album-faizal-tahir-mirip-style.html

    0

    0
  15. pemuda kahfi says:

    melayu ni memang suka mentafsir..semua benda nak tafsir..tafsir mimpi..tafsir nama..tafsir umur..tafsir tarikh lahir..tafsir tapak tangan…tafsir kulit album.. hehe..

    0

    0