Kotak Misteri di NU Sentral Hujung Minggu Lalu Telah Membuatkan Para Pengunjung Hampir Terkena Sakit Jantung

Hiburan

Kotak Misteri di NU Sentral Hujung Minggu Lalu Telah Membuatkan Para Pengunjung Hampir Terkena Sakit Jantung

Ala, serius Abang Nara menyesal kerana tidak singgah ke NU Sentral pada hujung minggu lalu. Ada sebuah kotak misteri yang telah diletakkan di tengah-tengah kompleks membeli-belah itu. Di kotak itu tertulis “Press For Surpri5e”. Dan apabila para pengunjung NU Sentral menekan butang di kotak misteri tersebut, memang surprise sungguh dibuatnya.

 

Advertisement

 

Mana tak “supri5e”nya apabila tiba-tiba ada manusia keluar dari kotak misteri itu bersama hadiah-hadiah yang super duper best seperti Samsung FULL HD TV, basikal daripada Cronus , beg bagasi cabin dari Universal Traveller dan Giordano, beanbag, Nescafe Barrista, Sharp dan gift box dari Poney, Watsons, Kelloggs,Nivea , selepas butang kotak misteri itu ditekan. Boleh terkena sakit jantunglah dapat hadiah-hadiah awesome macam ini dengan PERCUMA bersempena dengan ulangtahun ke 5 Lazada Malaysia. Untunglah para pengunjung NU Sentral yang memberanikan diri menekan butang pada kotak misteri Lazada Malaysia hujung minggu lalu. Inilah yang dinamakan rezeki jatuh tergolek.

lazada

Untuk makluman, bersempena ulangtahun mereka yang ke 5, Lazada Malaysia akan meraikannya dengan kempen “5th Birthday Surprise Deals You Won’t’ Believe” bermula 22 Mac sehingga 24 Mac ini. Dalam tempoh 3 hari ini, pelbagai promosi, diskaun dan tawaran kaw-kaw yang memang tak masuk akal akan dihadiahkan kepada anda. Abang Nara dah ushar dah beberapa barang di www.lazada.com.my. 5 barangan yang Abang Nara dah shortlist ialah:-

1. Drypers Wee Wee Dry untuk anak-anak

lazadaSetiap kali Lazada buat sale, memang benda pertama yang Abang Nara akan cari ialah lampin pakai buang. Masa inilah nak borong banyak-banyak buat stok sebab memang harga yang ditawarkan di Lazada jauh lebih murah. Bersempena ulangtahun ke 5 mereka, Drypers Wee Wee Dry ini dijual dengan diskaun 18%. Dari RM109 kepada RM89 sahaja. Berbaloi-baloi sangat.

2. Kasut Karrimor dari SportsDirect
lazadaAbang Nara dah lama teringin nak cari satu kasut yang selesa untuk dibawa berjalan sambil mendukung anak. Tak adalah kaki terasa lenguh dan penat selepas berjalan seharian di shopping kompleks bersama keluarga pada hujung minggu. Ushar punya ushar, ternampak kasut Karrimor dari SportsDirect di Lazada. Lagi syok tengah diskaun 60^ menjadikannya harganya cuma RM159 sahaja. Terus Abang Nara “add to cart”. Kalau lambat mesti habis stok nanti.

3. Barangan-barangan Nestle untuk stok dapur

lazada

Selaku peminat tegar Nescafe dan Milo, ulangtahun ke 5 Lazada Malaysia adalah masa terbaik untuk Abang Nara restock kembali segala barangan Nestle di dapur. Memang kaw-kaw diskaun yang ditawarkan. Tidak dilupakan ialah Koko Krunch, Honey Stars, Maggi, Corn Flakes, sos cili, sos tomato dan banyak lagi. Korang boleh ushar pelbagai produk Nestle dengan harga runtuh di www.lazada.com.my

4. Alat-alat solek untuk wife tercinta
lazada

Untuk diri sendiri dah, untuk anak-anak pun dah, tak bolehlah lupakan isteri tercinta kan? Masa tengah diskaun nie lah nak tunjukkan kita menghargai isteri dengan membeli alat-alat solek untuk mereka. Jenama-jenama seperti Maybelline, L’oreal dan Garnier semuanya menawarkan diskaun yang super duper best bersempena ulangtahun ke 5 Lazada. Belilah gincu, blusher, pencuci muka dan eye shadow sebagai tanda kasih sayang kita kepada si isteri. Sekali sekala apa salahnya kan?

5. Beg untuk pergi travel

lazada

Abang Nara sebenarnya tak adalah nak beli beg pun sebab dah banyak beg kat rumah. Tapi lepas tengok diskaun 75% untuk beg ABS+PC Glossy Protector 24 inci berwarna navy blue ini, memang terpaksa beli dibuatnya. Mana taknya, harga asal RM399. Lepas diskaun jadi RM99 je. Memang rugi kalau tak beli. Terlebih berbaloi.

lazada

Selain 5 benda ini, ribuan lagi produk sedang ditawarkan dengan harga yang paling MURAH pernah korang jumpa di www.lazada.com.my bersempena ulangtahun ke 5 mereka pada 22 Mac sehingga 24 Mac ini. Inilah peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan. Manfaatkanlah peluang yang datang setahun sekali ini. Kalau terlepas, memang menangis air mata darah pun tiada gunanya. Selamat bershopping.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...