Mulia Mu Wanita Kerana Islam – Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS)

Hiburan

Mulia Mu Wanita Kerana Islam – Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS)

Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menganjurkan Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) pada 26 April 2014.

Advertisement

Konvensyen yang akan menampilkan tokoh wanita dan selebriti tempatan ini membawa tema ‘Mulia Mu Wanita Kerana Islam’.KONWANIS adalah bertujuan untuk membincangkan isu isu berkenaan dengan wanita.KONWANIS mmbawa hasrat yang besar iaitu untuk memberi kesedaran kepada wanita mengenai hak dan kepentingan wanita di dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Untuk perkembangan dan maklumat terkini , JOM LIKE page FB Konwanis dan juga follow KONWANIS di twitter!

Jom tonton video promosi konvensyen ni dulu! Sangat comel he he

Antara selebriti yang bakal menghadiri konvensyen ini antaranya Heliza Helmi , Farrah Adeeba , Amie Sofea dan juga juara Master Chef kita Dr Ezani.

Antara yang menarik minat Abg Nara dalam konvensyen ni ada ramai tokoh2 wanita Islam di Malaysia. Ada macam-macam aktiviti yang sangat baik untuk golongan wanita diluar sana!

Buat masa ini untuk pendaftaran “early bird” hanya RM100 sahaja. Segera mendaftar sebelum terlewat.

Tidak lupa juga untuk ibu-ibu yang mempunyai anak kecil, nursery disediakan khas buat mereka dan apa yg berlaku dlm dewan akan dipancarkan terus ke nursery. Terbaik kan?

Apa lagi jom daftar sekarang di http://www.konwanis.net .

Berikut merupakan antara aktiviti menarik disana nanti:

CERAMAH : Wanita Di Dalam Syariat & Perundangan Islam oleh Ustazah Razidah Adam – Pejabat Mufti Negeri Sembilan.

PEMBENTANGAN KERTAS KERJA : Isu Wanita : Penyelewengan Terhadap Quran dan Hadis
Ustazah Suriani Sudi – Pensyarah Jabatan Al Quran & Sunnah, KUIS

TALK SHOW INSPIRASI
Penalis 1 – Dr Murizah Mohd Zain – Pakar Perunding Obstetik & Ginekologi
Penalis 2 – Heliza Helmi – Duta Aman Palestin, Personaliti TV
Penalis 3 – Dr Ezani Farhana Md Monoto – Juara Master Chef Musin Pertama, Doktor Pergigian
Moderator – Farrah Adeeba & Amie Sofea Ahmad

FORUM : SECANGKIR TEH BUAT WANITA – MULIAMU WANITA KERANA ISLAM
Penalis 1 – Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar – Timb Dekan Fakulti Perubatan USIM
Penalis 2 – Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz – Pensyarah Fakulti Undang-Undang UIA
Penalis 3 – Ustazah Nik Norsaha Nik Mohammad – Guru Cemerlang, SMK Syed Idrus Tampin

Masyarakat berdepan dengan berbagai isu dan salah faham yg bukan sahaja ditimbulkan oleh orang bukan Islam tetapi juga oleh segelintir orang Islam itu sendiri. Sebab itulah hal ini dibincangkn secara terbuka dan mendalam di dalam kertas kerja pertama yang bakal dibentangkan yang bertajuk Penyelewengan Terhadap Al Quran dan Hadis berkaitan isu isu wanita yang akan dibentangkan oleh Ustazah Suriani bt Sudi iaitu Pensyarah Hadis, kemudian diikuti dgn Wanita di dalam syariat dan perundangan Islam. Di sini dibincangkan bagaimana Islam meletakkan wanita dari sudut perundangan dan syariat. Dibincangkan contoh dan salah faham tentang beberapa dasar human rights atau hak asasi manusia berkenaan wanita. dan juga satu forum yang bertajuk Muliamu Wanita Kerana Islam. kertas kerja ini bakal disampaikan oleh barisan para pembentang yg ahli di bidang masing masing. kita sangat berharap supaya masyarakat khususnya wanita tidak melepaskan peluang bertemu mendengar dan berkongsi informasi dengan mereka.

KONWANIS juga merupakan anjuran bersama dengan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA). KONWANIS juga mensasarkan golongan belia wanita wanita dan mahasiswi. PEMBINA berhasrat untuk memupuk kesedaran awal sejak dari peringkat mahasiswi untuk membangun daripada usia muda belia kepada peringkat umur yang lebih dewasa sebagai wanita berprofesyen dan muslimah yang baik yang mengikuti ajaran Islam yang sebenarnya. Hari ini kita melihat pelbagai salah laku
remaja dan belia begitu mengelirukan dan menyedihkan. Sebagai contoh kejadian di konsert FMFA yang telah mengorbankan 6 orang remaja yang kesemuanya Islam. PEMBINA ingin menyeru kepada semua belia di luar sana bahawa kehadiran program seperti Konwanis ini adalah sangat tepat masanya dan para belia dan remaja wanita di luar sana digesa utk segara mendaftar dan hadir ke KONWANIS 2014.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...