Written by AbangNara | March 20th, 2015

Satu ketika dahulu, sebelum Diana Danielle dan Sharifah Sakinah tampil dengan imej seksi di dalam majalah, Nora Danish pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dengan aksi menggelegaknya untuk sebuah majalah sekitar tahun 2012. Memang gaya seksinya ketika itu menjadi perbualan hangat dan Nora Danish sendiri mengakui yang gambar tersebut melampau serta tidak bersesuaian dengan status dirinya sebagai seorang ibu.

nora danish seksi

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada kisah di sebaliknya. Setelah sekian lama, Nora Danish tampil untuk bercerita tentang apa sebenarnya yang terjadi. Rupanya Nora Danish diberikan janji palsu oleh pihak majalah tersebut. Kata Nora Danish:-

Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya. Sama juga jika saya menjalani penggambaran sesi fotografi misalnya untuk menjadi penghias kulit majalah. Saya juga tidak mahu mengecewakan pihak majalah itu.

Jadi semasa penggambaran apabila pihak berkenaan meminta kita pakai baju yang mereka sediakan, sewaktu itu memang saya ada beritahu yang saya tidak pakai baju sebegitu.

Namun, mereka minta juga saya pakai. Bila saya pakai, sebagai contoh nampak pula perut, tapi mereka suruh tarik sikit baju itu dan menutupi perut saya. Hasilnya baju itu nampak tidak cantik pula.

Insiden saya dikecam dulu, sebenarnya pihak berkenaan beritahu yang mereka akan membuat suntingan pada gambar tersebut tetapi rupa-rupanya mereka beri janji palsu pada saya dan ketika itu saya rasa teraniaya.

Sikit sebanyak sebenarnya saya juga faham apa yang dirasai oleh rakan artis saya yang baru-baru ini dikaitkan dengan insiden yang seperti mana pernah saya lalui

Belajar daripada kesilapannya, Nora Danish kini lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan janji manis mana-mana pihak yang mahu membuat penggambaran majalah dengannya. Kata Nora lagi:-

Sekarang ini saya jadi lebih lagi berhati-hati. Jika ada pihak yang mahu jadikan saya penghias muka depan, saya akan pastikan betul-betul dulu baju yang bagaimana dan penampilan yang mereka mahu saya lakukan.

Saya sedar yang saya ini bukanlah seorang yang sempurna jadi rasanya tidak layak untuk berikan apa-apa tips atau nasihat. Selagi kita ini bergelar artis apa saja yang kita buat akan jadi perhatian orang tidak kira baik atau buruk.

Cuma bagi saya, kita ikut kata hati, maksudnya jika kita rasa tidak selesa melakukan sesuatu itu seperti yang diminta, kita beritahu yang kita tidak selesa dan janganlah terlalu menurutkan kehendak orang lain

nora danish seksi

Inilah asam garam kehidupan seorang selebriti. Dipergunakan itu perkara biasa. Nak tak nak diri sendiri kena menjadi tegas untuk menjaga harga serta maruah diri. Tak ada orang lain nak tolong kita selain diri kita sendiri. Memang ia bukanlah satu perkara mudah kerana selebriti juga perlukan publisiti. Namun haruslah lebih berhati-hati terutamanya jika anda seorang selebriti wanita kerana kemungkinan dieksploitasi itu memang tinggi. Sumber MalaysianDigest.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

20 responses to Kontroversi Selebriti Tampil Seksi Untuk Majalah, Nora Danish Kongsi Pengalaman

  1. karim bin zema says:

    Nora, awak nak jadi isteri saya? Saya suka awak. Muah ciked

    0

    0
  2. jemah says:

    dalam hal ni aku puji elfira loy..mengamuk dlm wakenalabeb sbb org suruh dia pakai baju seksi..

    0

    0
  3. rianda says:

    bagus nora! good job. org suruh makan tahi, makan tahi la kamu. takut org kecik ati kan.bagus…baguss

    0

    0
  4. Anonymous says:

    statement artis mmg ala2 suci kan….hmm..makin cakap makin nampak dimana kamu letak agama kamu dear…. so sad….org2 gini la yg takut hudud (sorry to say)

    0

    0
  5. jejai says:

    errrmmm artis cun melecun pan asean ni mmg ramai yg kurang cerdik….baik contohi elfira loy cantik, bijak & berjaya

    0

    0
  6. Nora Majidin says:

    nora, bkn u suka seksi meksi ke?

    0

    0
  7. PeahLebur says:

    Siti Nurhaliza pun waktu mula2 dulu org suruh pakai seksi. Last2 dia beritahu reporter semua dia mmg tak bole dedah aurat, sampailah ke sekarang dia tak pernah tampil seksi. Syg Siti :)

    0

    0
  8. takde nama says:

    perintah Allah xnak ikut..cakap org kau suruh kau pakai seksi nak ikut pulak sbb takut kecik ati..abes x takut ke Allah murka? statement artis skrg ni bajet suci murni je…puiiihh

    0

    0
  9. tokti tu ketat sendat gumuk…jgn la korang dok memuji cam bangang ckp dia tak seksi or dedah porahhhhhh

    0

    0
  10. tak best says:

    Kau berlakon tak best lah nora. Tolong perbaiki sikit mutu lakonan tu. Belajar dengan erma fatima atau abil. Tolong ye kalau nak kekal lama.

    0

    0
  11. Ko ingat kitorang tinggal dlm gua ke???? We dont know what the hell is going on??? Semuanya alasan. Ko tahu tak sebelum they release any material for publication, selalunya pihak majalah akan hantar salinan pada kau dulu. Apa guna ada management, pihak pengurus untuk ber urusan. Dari situ kau tahu dulu what the content is going to be. C’mon lah dont give us MOTHER OF REASONS. Hakikat nya mmg jenis artis mcm kau n Diana Danielle ni mmg pasang angan2 nak jadi porn stars. If not that, kenapa berani sgt tampil sedemikian rupa. Korang semua perasan Hollywood, mana tahu satu hari nanti angan2 jadi kenyataan kan. Jgn lah nak membacking yr fellow actors yg sama2 dumb blonde. Nak glamour, kaya, popular sanggup ketepikan agama, bangsa n moral values. Like what that girl Sakinah said berani buat berani tanggungkan. Korang tanggung lah di akhirat kelak, termasuk dosa org yg mengata sbb korang yg nak sgt di cerca. Jgn cakap kami yg cari dosa dgn mengata, kami semua hanya jalankan tanggungjawab utk menjaga kesucian agama kami. Boleh ke kami berdiam diri kalau agama kami dan bangsa kami di pijak2 dgn golongan yg tak berpendirian. Kamu semua fikir kan. We are not taken in by yr not so clever opinion, Nora.

    0

    0
  12. Anonymous says:

    I began to like this girl….. wish i wasn’t long ago… she has wise up maturedly

    0

    0
  13. AKU says:

    Artis yg pose kat magazine is one thing, habis tu artis yg berpakaian yg tak senonoh mcm si Tasha Shilla tu mcm mana??? Adakah artis seperti dia jugak tergolong dlm artis yg telah di manipulasi kan???? Perlu di backing seperti sorang artis ala porn tu??? Mcm2 lah korang artis ni. Bila ditegur mula lah keluar ayat2 erti kebebasan. Kalau nak bebas sgt, jgn jadi org Islam. Susah sgt ke nak jadi org Islam ni. Kalau ko dah londeh kan semua nya utk di pertonton oleh segenap masyarakat, apa lagi value yg ko ada…. adakah itu yg korang panggil ART, apakah itu yg ko nak bangga2 kan?? Salah ke ajaran Islam utk menghargai yr own moral values. Pls think wisely.

    0

    0
  14. niki minah says:

    Sama je yg pkai nmpak perut terdedah atau pakai ttup abes tp ketat smpai nampak sume gunung ganang…. Pkai tdung tp baju mnampakkan bntuk badan habiss…

    0

    0
  15. OMK says:

    “Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya.”

    HUKUM ALLAH BOLEH PULAK KAU BANTAH! AGAMA KAU TAKNAK HORMAT PULAK.

    0

    0
  16. mojo says:

    Nora bontot dah besar.dah taraf makcik2 je.tak lama lagi dah tak boleh seksi2.

    0

    0