Kontroversi Sebelum Ini Bukan Penghalang Untuk Berlakon Dengan Fattah – Neelofa

Hiburan

Kontroversi Sebelum Ini Bukan Penghalang Untuk Berlakon Dengan Fattah – Neelofa

Pelakon dan pengacara Neelofa menafikan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan beliau enggan bekerjasama dengan Fattah Amin kerana kontroversi percintaan yang melanda mereka beberapa bulan lepas.

Advertisement

Bakal bergandingan didalam Suri Hati Mr Pilot Raya, Neelofa membuktikan beliau tidak pernah menjadikan kontroversi lalu sebagai penghalang untuk kembali berlakon bersama Fattah.

Saya tidak rasa terganggu pun dengan apa yang berlaku sebelum ini. Malah, apabila ditawarkan untuk berlakon dalam telefilem ini, saya tak ambil masa lama untuk menerimanya. Bagaimanapun sebelum bersetuju, saya ada juga bertanyakan kepada pihak pengurusan Fattah, adakah dia bersetuju untuk berlakon bersama saya. Nampaknya, dia juga tiada masalah untuk berbuat begitu.

Dalam perkembangan lain, Neelofa kali ini telah mendominasi senarai Top 5 Anugerah Meletop Era 2017. Neelofa mendapat lima pencalonan akhir daripada 17 kategori yang dipertandingkan.  Neelofa tercalon di dalam kategori Hos Meletop, Fesyen Meletop, Bintang Online Meletop, Pelakon TV Meletop dan Program Meletop menerusi Taste Selebriti (Episod Neelofa).

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...