Written by AbangNara | October 17th, 2011

Ingatkan sudah tamat cerita tentang kumpulan Sepah. Tup-tup semalam di dalam BiPop, Jepp dan Shuib yang sudah menubuhkan kumpulan Sepahtu menyatakan yang kontroversi Mamat mengaibkan nama kumpulan Sepah. Tidak mahu dipalit dengan cerita-cerita yang kurang elok, Jepp dan Shuib mengambil langkah untuk mengundur diri daripada kumpulan Sepah.

sepahtue

Berikut ialah kata-kata Jepp yang memberikan penerangan tentang punca sebenar pembubaran kumpulan Sepah:-

Saya tidak mahu nama Sepah dipalit pelbagai kontroversi. Yang membawa nama Sepah ni kami bertiga, jadi apabila ada kontroversi, saya dan Shuib yang tak ada kena mengena pun terkena tempiasnya. Saya nak buat nama Sepah tu jadi besar dan bersih daripada kontroversi kerana kami orang kampung, tak tahu apa-apa. Kontroversi dicetuskan mengaibkan kami, menenggelamkan nama Sepah.  Kami tak mahu disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Saya bersama Shuib cuba mempelbagaikan bakat yang diberi, tiba-tiba apabila baca akhbar keesokan hari, kami ni yang tak tahu apa-apa, disajikan dengan cerita Mamat dengan Adda, dengan Fida. Kontroversi itu tidak membabitkan Mamat seorang diri, tapi tempias terkena kepada nama Sepah. Saya tak mahu isu peribadi merosakkan nama Sepah. Sekarang saya dan Shuib dikenali sebagai Sepahtu, jadi kalau ada apa-apa lagi kontroversi selepas ini, biar nama Sepah saja yang dikaitkan, manakala kami dah tak ada kena mengena. Jadi, itulah antara sebab utama mengapa saya dan Shuib menubuhkan kumpulan baru ini.

Menurut Jepp, Sepah tidak dibubarkan, sebaliknya dia menarik diri daripada kumpulan Sepah. Apabila Shuib turut menarik diri, mereka berdua bergabung untuk membentuk Sepahtu.

Lagipun saya dan Shuib tak pernah memecah atau membubarkan Sepah, kami hanya undur diri untuk menyertai Sepahtu. Sepah bukan kepunyaan saya seorang, tapi milik kami bertiga. Apabila saya undur diri, seminggu kemudian, barulah Shuib menyatakan hasratnya untuk sama-sama dalam Sepahtu, kini Sepah hanya ada seorang anggota iaitu Mamat. Apabila Sepahtu ditubuhkan, tiba-tiba ada tawaran daripada MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records untuk kami menghasilkan album. Jadi, saya rasa percaturan kami ini seolah-olah sudah disusun perjalanannya. Namun, apabila difikirkan semula, timbul rasa kasihan pada Mamat kerana kontroversinya bertimpa-timpa, tapi kami perlu kasihan pada diri sendiri dulu. Kami nak serius dalam kerja.

Ditanya adakah kemungkinan untuk Jepp dan Shuib menerima kembali Mamat, jawapannya seperti yang sudah dijangka:-

Pun begitu, untuk menerima Mamat semula, rasanya tidak kerana kami tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi dirinya. Tapi apabila membabitkan soal kerja, kami tak gaduh, masih boleh berborak, bergurau dan berlakon sama. Apabila kami menjayakan penggambaran Sepah The Movie nanti, Sepahtu akan berganding bahu dengan Mamat Sepah. Kami profesional, soal kerja kami akan bersatu.

Manakala Shuib pula secara jujur mengakui sudah tidak mampu menanggung kontroversi yang telah dicetuskan oleh Mamat.

Memang ada perkara saya nak buat dengan Jep saja, bukan Mamat. Bagi saya, setiap manusia tidak ada yang sempurna, tapi sama dengan Jep, saya juga tak tahan dengan kontroversi dicetuskan Mamat. Kami ni orang kampung dan bagi saya tak perlu ada kejutan budaya seumpama itu. Saya tak mahu nama saya dikaitkan dengan kontroversi Mamat. Saya nak serius cari makan dalam industri ini. Saya tak pernah berniat menindas Mamat kerana dia masih dikenali sebagai Mamat Sepah. Sekiranya Mamat bagus, dia pandai jaga nama, solo pun boleh cari makan. Selama ini saya jaga nama Sepah, tapi disebabkan dia, nama kami terpalit, jadi saya rasa tidak adil. Orang menulis di Facebook saya, setiap kali jumpa orang, mereka bertanya, kenapa Mamat jadi begitu, jadi saya malu.

Malah menurut Shuib, dia sudah berkali-kali menegur Mamat tetapi semuanya sia-sia belaka:-

Apa hal? Saya tak ada kena mengena, pergilah tanya Mamat sendiri. Saya pantang apabila nama Sepah dikaitkan dengan benda-benda tak elok. Ketika saya bersama isteri (Siti Sarah), saya jaga nama Sepah supaya tak keluar cerita negatif. Selagi belum jadi (tak kahwin), saya tak bercerita dengan orang. Apabila dah pasti, barulah seronok bercerita. Bagi saya, cerita peribadi, tetap peribadi, simpan untuk diri sendiri. Ini kau (Mamat), belum apa-apa beriya-iya cerita di Facebook. Saya tegur dia banyak kali sehingga kami pernah bertekak. Tapi, apa saja dinasihatkan itu, umpama mencurah air ke daun keladi, saya bengang! Sampai satu peringkat, saya malas nak tegur sebab dah ke ‘laut’. Apabila sampai ke tahap kontroversi yang tidak diperlukan, saya bosan apabila orang sekeliling menyindir!

Hmmmm. Makin lama makin berat kisah mereka bertiga ini. Nantikan sebentar lagi Abang Nara akan keluarkan entri jawapan daripada Mamat pula.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

46 responses to Kontroversi Mamat Aibkan Kami – Sepahtu (Jepp & Shuib)

  1. kesengalanku terserlah says:

    ahai !
    sabo jela.. hmm..
    papepun, sepahtu terbaekkk !

    0

    0
    • haha says:

      jawapan shuib memang terbaik

      0

      0
    • aku laaaa says:

      hak alah..poyo je dua orang neh. walaupon aku tk minat langggggsung dgn mamat tu, at least kesian lah dia sikit. dia dah lah masalh bertimpa2 datang(wlaupon dia yg cri mslh tu). sbgai kwn korang boleh pulak nak singkirkan dia mcam tu.

      senang sama2. bila dah susah hilang entah ke mana.

      konon undur diri dari sepah. pastu wujdkan kump bru nama sepahtu. nmpak sgt weyh korang yg nak singkirkan si mamat tu.

      pada mulanya, aku tak heran langsung ngn kontroversi korang neh. tpi bile baca ayat penting diri sendiri korang tu, haishhh mcm celaka.

      0

      1
      • politik says:

        2 ekor ni budget hot. aku tak belah sapa2. tapi 2 ekor ni melebih2 ngutuk kwn sedirik. budget bagus smpai cakap org aibkan depa.
        menyampah. masalah dalaman takyah nak cita kat semua org. simpan la siket.
        nways, lawak korang aku tak penah gelak kot seingat aku. lawak yg mempersendakan org lain.

        0

        0
      • MIa says:

        jangan nk cakap lebih2..kite semua mane tau masalah yang dipikul oleh diorang sampaikan die terpakse singkirkan mamat..koang yang membace memang le boleh wat anggapan macam2..tp yang memikul sume tu diorang tau..

        1

        0
        • keke says:

          sama jugak. jangan nak salahkan sesiapa sama ada maamat ataupun dua orang kat atas tuh. tak ada siapa tahu mamat yg disingkirkan atau menyingkirkan diri sendiri. kita siapa nak judge.

          0

          0
        • perasaanje says:

          aku rase dorg ni pon bukan membe baik pon..dorg kenal pon kejap..
          so xdela rase serbe salah sgt..len la dorg dah kenal n dah bersame dr kecik
          sbb tu dorg xselese..
          aku rase laa..

          0

          0
  2. elok gak meke berdua….
    aku tengok dlm ML dulu pun.. gandingan meke berdua la yg memantapkan kumpulan Sepah… Mamat tu e cam celah2 gigi jerk… hahahahhaa
    ape pun All teh Best Sepahtu… ;-)

    0

    0
    • aku kate says:

      tu la, kalo tgk sepah kat ML dulu..JEP ngan SHUIB jerk g lawak..mamat xlwk lgsung, pastu xde chemistry ngan JEP n SHUIB…bagus pon pisah, jnji jep shuib still ade..dorg mmg lwk

      0

      0
  3. Kita Insan Biasa says:

    Sudah-sudah laa tu.. ‘Barang yg lepas jangan dikenang’.. Mulakan hidup n kerjaya dgn buku baru.. Xde manusia yg sempurna.. Rse2 isu kontroversi mamat ni dh lame kan.. Xprlu laa diungkit kembali.. Buat mamat,shuib,jep : TINGKATKAN KUALITI, KURANGKAN KONTROVERSI.. :)

    0

    0
  4. ida says:

    suke sgt statement shuib…..

    “Ketika saya bersama isteri (Siti Sarah), saya jaga nama Sepah supaya tak keluar cerita negatif. Selagi belum jadi (tak kahwin), saya tak bercerita dengan orang. Apabila dah pasti, barulah seronok bercerita. Bagi saya, cerita peribadi, tetap peribadi, simpan untuk diri sendiri.”

    tabik kat shuib…walaupun dia artis tetap jaga perkara2 mcm tu…=)))

    1

    0
    • Saja Buat Kalut says:

      btul,,, tgok2 da kawen ja n pas2 pregnant plk. mg pndai simpan gk lar shuib nie. x da lar org nk ckp dia tmpng glmor ka ap

      0

      0
  5. ZEE says:

    AKU RASA BETTER DIORG JUST WT SEPAHTU JE..
    MAMAT TUH MCM MEMAIN, XSERIUS DLM MNCARI MAKAN….PAPEPON, AKU STILL SOKONG SEPAHTU…TERBAEEEKKK~

    0

    0
  6. pinky_minky says:

    tapi cam kesian lak kat mamat sepah..

    0

    0
    • ape2 jer says:

      Ha’aa laa…udah2 le mengutuk si mammat nie,jangan keruhkan lg keadaan yg da sedia keruh nie,g pown kalu dilihat dari awal,sume benda ni kecoh pown sbb kenyataan bekas awek die si adik rodi..alaaa,pompoan murah 2…n ditambah perisa lak ngan kes ngan fida..bukanye bpunca dari mulut die…ala,die pon manusie biase cam kte yg ade pesbuk,mybe niat die nak update papepon juz nak share n kengkawan n fans about life die,cam la korang xwat camtu kat mukabuku korang…aku lebih respek sikap mamat yg bagi statement masih anggap dorg nie kwn dunie akhirat evendorg asik dok canang 1 malaysia pasal citer buruk die..anyway,2 ekor ni pon xyah la nak panaskan lg keadaan,buang yg keruh amik yg jernih,xde benda pon korang dt asik dok kutuk je,kite xtau nasib on future,maybe lebih terok sape tau kan…bosan laaaaa..kepada mamat,take the lesson…tuhan sayangkan awak,2 sbb dberi dugaan 2 be someone better on future k…salaaammmmm

      0

      0
  7. ilikesepahtue says:

    sebenarnya jepp ngan shuib jd mangsa skg ni.. sian tul ngan dorg nih.. btol la 2 kerane nila setitik rosak susu sebelanga.. nape bile dah glamer ckit nak lupe daratan lupe asal usul? aduhai mamat kembali lah jadi diri mamat yg sebenar.. xde gunenya nak kejar glamer pon.. tgk lah skg dah jadi ape..

    0

    1
  8. kamehame says:

    Mamat ni memang jenis muka tak tahu malu ke?? .. ini betul-betul kejutan budaya..nasib baik kau bukan saudara mara aku..nyway gud luck ..err..

    0

    0
  9. TeruteruBozu says:

    sudah2la bg kenyataan…cukuplah. Bukan nk backing mamat tp kalo seminggu dua ni asyik berceriter sebab kenapa kluar dr Sepah yakni sedikit sebanyak memburukkan mamat…lama2 takut si Mamat tu take advantage and menggunakan keadaannyer yg dh keseorangan(xde geng) itu utk mendapatkan simpati orang ramai…Org Msia kan mudah memaafkan dan mudah kesian… Esok2 takut diorg berdua ni pulak yg tak disukai lebih drpd si mamat tu kalo kluar kenyataan byk sgt…

    To jep n shuib, cukup2 lah. tutup buku Sepah. Lepas2 ni mantapkan sepahtu..kalo ade yg bertanya lagi pasal Mamat Sepah, xyah komen lagi k… We will still support you though~

    0

    0
  10. tutti fruitti says:

    setiap org melakukan kesalahan,so mamat berusaha utk jadi lebih baik lepas nie…

    dek krn kesilapan sorang,org lain plak terpalit…tak siapa pun terasa…apa yg shuib ckp tu betul….baguslah tu shuib…tak byk bising tup2 dah nak jadik bapak org pun…

    Doakan yg terbaik jek lah utk diorg nie semua…!

    0

    0
  11. cik kelsom says:

    three always crouded youuu..

    0

    0
  12. iMBobo says:

    betul kata shuib tu.. mamat kurang bijak mengurus masalah peribadinya..

    0

    0
  13. katak itam says:

    haha shuib cakap : kalau mamat bagus jaga nama sepah, dia akan maju..aku tak rasa mamat akan maju..dah la tak lawak..hahahah!! yg lawak dalam kumpulan sepah ni mamat dengan jepp jek..kalau aku jadik diorang..aku pon tak nak bawak si mamat ni..takde function langsunggg…dah la tak lawak, payment terpaksa bahagi dengan mamat. apepun, memang kesian kat mamat, tapi nak wat camne..inilah orang kata kejutan budaya kot.

    0

    0
  14. yume says:

    menyampah m memang menyampah dengan mamat tapi dalam menyampah dengan mamat aku lagi menyampah dengan fida.

    pada dorang berdua ni pulak… kalau lah alasan tu korang xmau mamat diamlah… tak payah nak kuar statement yang semua orang dah tau…

    apa-apapun, apa yang shuib kata tu betul jugak. bagus!

    0

    0
  15. cinderella73 says:

    klu diperatikan dri dlu.,mse raja lawak,dialog yg best2 sumer bg kt jepp,tht y nmpk jepp jer yg best..i tgk mamat nie klu berlakon ok jer,mcm dlm cite bujang sepah mse raye ari 2,..cume mybe die x diberi peluang utk dialog yg killer mse raja lawak,2 yg nmpk cam dia x best….

    0

    0
  16. meh sini says:

    cian kat mamat..jep n shuib..jgn sangka korang lepas nie x der masalah..akan ada nyer,,setiap manusia akan ada kesilapan tnpa kita sedar..so beringat la..mana tau satu hari korang akan akan jadi macm mamat mcm mana…nak jadi sepah apa plak..sepah satu pulak kew…korg sebagai kawan bg saprt…bukan tinggalkan mcm nie jew…nie la owg panggil kawan bantu kawan, bukan kawan tinggal kawan..kepada fida..udah2 la salahkan mamat tue..benda x sengaja kowt..klu betul2 nak tutup aurat dah lama kamu x dedahkan sikit pown walaupun leher(leher pown aurat tau)…dia pown cakap x sengaja…klu anda semua berada dalam keadaan dia skung apa yang akan anada rasa…mcm tue la dia rasa skung…sudah2 yer..berdamai…kesan memang tetap ada…biasa la lumrah artis..bohng la klu x dak kontrovsi…sudah tau…

    0

    0
  17. mamat kena sepah says:

    apalah dorang ni..masa senang sama2 tp bila salah sorang ditimpa masalah semua jauhkan diri..dunia2 ni lah dinamakan kwn masa senang ramai yg dtg tp masa susah sekor haram xde..jauhkan diri adalah..

    kesalahan mamat bkn besar sgt..maruah apanya ntah..setakat kes terlepas gmbar si fida ngel2 tu je dorang nk kecoh..lek2 arr..tu msalah dia dgn gf dia..bkn nya mamat merogol ke atau dia berbogel ke …sikit2 dahlah..

    shuib pn ada gak pblem..cuma org malas nk ckp je..masa dia dgn sarah..kawin2 cepat2 pastu terus ngandung..xde pn si mamat ni ckp bkn2 pasal dia..xde pn sampai nk pecah kumpulan ke apa…

    akhir kata dr aku ni..mamat kau bangunlah dr kesilapan ini..dan hati2 pilih kwn ya…pilih isteri pn kau kena pandai juga..bini memang banyak tp utk jd sorang isteri memang susah….

    0

    0
  18. makcik says:

    Elok gak si MAMAT tu takde ngan shuib & jeb sbb start dari raja lawak lagi makcik tgok mamat tu takde yg kelakornya lawak bodoh de lah pastu over lak tu. Tak caya ce tengok masa dorang di umumkan menang dulu. Dio yg lobih2 lagi 2 org tu relax je. Ni tak psal2 abg dia ckp plak adiknya si MAMAT ni kena sabotaj plak. Pada penelitian makcik lah Si MAMAT ni bkan kena sabotaj tapi dio yg sabotaj diri dio sendiri. Kojutan budayo. Cubo korang teliti botul2 Si fida tupun da nyosal dgn Dio tu. Itupun sabotaj jgak ko. Hai Abg Si MAMAT Lu pikirlah sendiri. Adik mu yg buat HAL jgn nak salahkan org lain. Sepatut eh dio tu bersyukur sobab dpt menumpang TUAH si shuib dgn si jeb tu.FIKIR2KAN Lah. Pe2pun makcik totap tak setuju dgn sms abg si MAMAT tu. Itu sms berbaur dengki & busuk hati.

    0

    0
  19. alagapas says:

    mamat, ko berundur jela dr dunia industri ni..
    keje kilang ke..lg bagos..

    0

    0
  20. meeradriana says:

    betul gak..
    jepp ngan shuib jenis nk carik makan..
    mamat je suka publisiti murahan..

    0

    0
  21. Diya says:

    Kesalahan mamat tu xderlah besar sgt hingga perlu disisihkan begini. Byk lagi artis yg lg advance dr dia.
    @ fida:aurat seorg wanita x boleh dlihat org bukan muhrim. Even awak tu pakai tudung tp pakaian ketat habis. Senang cakap, awak tu tutup urat jer bukan tutup aurat. Yg awak g tayang rambut ngan mamat tu wat ape? Itu salah awak sendiri jd jgn nk salahkan org lain.
    KWN TIME SENANG MMG BYK TP KWN TIME SUSAH TU YG SUSAH CARI.
    Wat mamat plak, lpas ni jgnlah cetuskan kontroversi lg yer…fokus dgn kerja awak tu jek..jgn mudah sgt tkena kejutan budaya. rosak awak nanti..

    0

    0
  22. akulamalan says:

    pada aku, org yg ada mission selalunya akan pandang ke depan dan MENEPIKAN benda2 lagho nih. kalo sebab kesian kt kawan, kat mana-mana industri pun kita akan lingkop.

    sbg contoh, ko nak spm, ada 4 orang dlm group ko. tapi salah sorang group ko ni byk buat masalah. taknak blajo, main game siang malam, kasanova berawek sana sini, malas..takkan 3 yang lain pun disebabkan kesian, turut serta ikut sorang nih? apabila nasihat telah diberi smpai bertekak antara dua pihak, selebihnya bukan kuasa mutlak yang 3 orang tu. dalam situasi ni, kebiasaannya orang-orang luar akan cakap ‘dulu kawan baik sama2, bila nak berjaya lupa kawan lagi sorang, ni lah manusia, lupa diri, kawan jatuh sikit, tolak bulat2, patutnya sama2 dan bla bla bla’…HELLO…kat sini bukan lupa kawan sebenarnya. pada aku, ini lebih kepada membuat keputusan terbaik, lebih-lebih untuk diri sendiri dahulu. kalo fikirkan orang, kita jugak yang akan rugi. bukan mementingkan diri sendiri, tapi sebagai orang yang waras, harus kasihankan diri kita dahulu.

    macam tu jugaklah kes dorang ni, aku bukan anti mamat, aku bukan pro jep dgn shuib. cuma apa yang aku nampak, industri hiburan bagaikan bisnes. so, kalo tak serius dalam bisnes, sila undur diri atau kita yang akan rugi. ni baru nak naik dh macam-macam kontrovesi, walhal nk bawak nama sepah itu untuk jangkamasa yang panjang. so, dalam kes ni, aku paham kenapa jep dgn shuib bertindak demikian. kepada mamat, jika anda yakin dengan diri anda. teruskan dengan sepah. cari orang baru pun takpe. selebihnya atas diri anda sendiri. rezeki kat bumi Allah ni luas. InsyaAllah…

    0

    0
  23. kak li says:

    udah udahle tu sepahtu, tak payah komen sgt masalah korang dgn mamat tu, banyak mengomel, tak menjadi kerja korang nanti, dosa pulak yang datang.
    akak rasala, baik kau orang tukar nama kumpulan tu, guna nama , tabur ke, kemas, susun ,selerak atau apa aje, tak la mamat kata kau orang masih bergantung tuah pada nama tu.

    0

    0
  24. Azizah says:

    A’kum

    Pada Jep, tolong elakkan bila berlawak jangan selalu mempersendakan fizikal Shuib, itu mengaibkan kawan namanya. Dah selalu sangat dlm setiap lawak Jep mesti ada selitkan fizikal Shuib. Ingatlah sikit apa perasaan Sarah dan keluarga bila Jep selalu saja mempersendakan fizikal Shuib……..kesian Sarah. Ingat rupa paras adalah ciptaan Tuhan, kalau kita mempersendakan sesiapa saja maknanya kita menghina ciptaan Tuhan..

    0

    0
  25. hidup sepahtu says:

    Ketika saya bersama isteri (Siti Sarah), saya jaga nama Sepah supaya tak keluar cerita negatif. Selagi belum jadi (tak kahwin), saya tak bercerita dengan orang. Apabila dah pasti, barulah seronok bercerita. Bagi saya, cerita peribadi, tetap peribadi, simpan untuk diri sendiri. Ini kau (Mamat), belum apa-apa beriya-iya cerita di Facebook. ~terbaekkk

    0

    0
  26. Mama CoCoy says:

    lawak bodoh……

    0

    0
  27. ni lah namanya nak cari publisiti.da xde group,camni kot cara dia nak kuar page.heh

    0

    0
  28. baju kebaya dot-dot says:

    tengok lawak yg membina mmg best. dalam ketawa ada mesej tersirat. tapi kalo lawak tu dah jadi lawak bodoh sengal sehingga menunjukkan betapa rendah mentaliti si pelawak itu, baik lah ditutup je TV tu.

    0

    0
  29. nfi says:

    Mamat ibarat menabur pasir dalm periuk nasi sendirik..elok2 ada peluang ko hancuskan..serius kata..dah ler ko tak berapa nak best dalam sepah tu..ko buat lak hal..g la balik kampung…cari keja lain

    0

    0
  30. ibumertuakau says:

    iols minat sangat dkat jepp dgn shuib ni. disiplin buat kerja. dorang dua je yg kelakar selama ni.semua tag line punch line apa2 line pun, dari mulut 2 org ni. mamat? watak tidur! tapi bila kontrobesi,nama mamat paling mencanak naik. eh uols yg komen pasal kwn tak pandai cover kwn ni kenapa eh? patutnya kalau mamat tu perangai elok, takdelah isu pasal dia. dia yg tak reti jaga nama dia n kwn2 sekumpulan dia. perlu lagi ke nak together-gether dgn org mcm ni? hawuuss

    0

    0
  31. are you says:

    ala syuib ko mmg r xnk heboh2 mse ko cple dgn sarah lu,cz sarah tu hidung kembang.wt malu jer,x cm mamat,x die cun2,hahaha

    0

    1
  32. element says:

    apelah……….klau dh femes msty jdi mcm nie ke..?ishhhhhhh3x…dnie2x..

    0

    0
  33. suria says:

    dengki kat mamat leteeww…

    0

    0