Written by AbangNara | December 23rd, 2011

Korang masih ingat lagi tak video yang menyentuh hati dumil mama yang Abang Nara kongsikan dalam entri yang lepas? Ala yang video kat bawah nie.

Bila Abang Nara tengok balik video tu, tersentuh jugak jiwa kacak ini. Teringat insiden hari pertama Abang Nara masa masuk sekolah darjah satu. Punyalah takut duduk dalam kelas yang kita tak kenal sesiapa kat situ tapi lepas Abang Nara tinjau kat luar dan nampak muka mak yang setia menunggu, lega sikit rasa hati. Tapi tu kejadian masa hari pertama darjah satu la.

Bila masuk sekolah menengah, Abang Nara dapat peluang untuk belajar di asrama. Moment ni pun memang Abang Nara ingat. Punyalah sedih tengok parents kita balik tapi kita kena tinggal duduk di hostel, rasa macam takkan jumpa lagi je parents masa tu. Padahal minggu depan parents dah datang balik nak jenguk Abang Nara. Kali pertama nak duduk asing dengan parents la katekan.

Itu belum cerita masa pergi belajar Korea dulu. Seminggu mesti call mak 2 3 kali. Sepanjang 7 tahun kat sana, memang teringin sangat nak mak Abang Nara datang melawat Korea. Dan akhirnya impian itu tercapai jua. Seronok tengok mak Abang Nara dapat berjalan dan melawat tempat belajar Abang Nara.

dumil mama

Bila dah dewasa ni baru Abang Nara perasan betapa banyaknya pengorbanan ibu bapa kita pada anak-anak. Lagi- lagi Abang Nara sendiri bakal merasakan detik menjadi ayah tak lama lagi. Kalau boleh semua ibu bapa nak bagi yang terbaik untuk anak-anak mereka dan sebagai anak kita kenalah tunjukkan yang kita menyayangi dan menghargai pengorbanan mereka.

seoul

Satu panggilan telefon pun Abang Nara percaya boleh buatkan ibu bapa kita gembira. Ape kata korang share kat ruang komen pengalaman yang korang paling ingat bersama ibu masing-masing?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

32 responses to Kongsikan Kenangan Bersama Ibu Anda Yang Tercinta

  1. redcarpet says:

    bwk my parents g holiday evry year !! xtvt wajib tuk bls jasa mereka slma ni . . sblm mate i ni pejam dn ad peluang tu jer cara tuk mbahagiakn mereka . . .

    0

    0
    • syg ibu says:

      jasa dan kasih ibu mmg tiada tandingan.apa2pun berlaku antara anda dan ibu..sygla ibu seadanya.kasih ayah titian perjalanan,,kasih ibu membawa ke syurga :)

      0

      0
    • ntahpapa says:

      jasa mama saya takkan lupa sampai akhir hayat.. waktu bapak tinggalkan kami sekeluarga, mama yg tanggung kami3 beradik termsk sorang sepupu.. pendidikan mama setakat darjahj 6, apa yg mampu mama buat hanya bekerja d kilang papan dgn gaji RM7 sehari.. bukan sejam..kalo ot dapat la gaji RM9 sehari.. sangat2 susah.. tapi mama dapat besarkan tanpa mengeluh n merungut.. jasa mama walau semua harta didunia ni d kumpulkan pun takkan mampu terbeli dan terbayar.. Love u mama!!

      0

      0
  2. Sinchan says:

    Mak saya dah xde dah abg nara…since umo 9 tahun….tp Allah Maha Penyayang….Dia gantikan saya dengan 5 org ibu saudara yg sangat baik dan seorang mak tiri yg sgt baik…ibu saudara saya la yang berkorban sehingga saya berjaya sekarang……..Ya Allah syukurr…..

    0

    0
    • cik wiwin says:

      adik badik sye ramai 9 org..pastu kalo cuti mesti suke balik kampung. persamaan kami adikbadik ni suka mkn ikan keli, tp mak x suke mkn ikan keli. mak kata mak cuma boleh masakkan je. so satu haritu mak tgh siang ikan keli sbb anak2 nak balik, sekali tu terhiris la plak jarinye..

      masa tu tgk dh berdarah2 da terukk. saya marah la jgk suruh mak jgn masak n saya cucikan luka. then sye bising2 suruh mak kuar dr dapur. tetibe mak ckp.. ‘mak xde ape boleh bg anak2..tp anak2 suke mkn ikan keli ni mak kena masak la jugak..’ terdiam aku masa tuh. huhuu die balut jari die tebal2 pastu buat dek je terus masak smpai siap.. huu

      0

      0
  3. nana says:

    salam abg nara..

    nana nak kongsikan pengalaman yang tak dapat nana lupakan bersama mama nana..sebenarnya lebih kepada pengorbanan ibu kepada nana..

    2 tahun lepas nana tetiba collapse time bangun tido nak pegi keje.nana kerja kt KL dan family nana jauh di terengganu. lepas jatuh, nana dikejarkan ke hospital dan di masukkan ke wad.nana tak bgtau kt family sbb nana taknak dorang risau.doktor sahkan nana ade slipepd disc.however, ofismate nana call family nana sbb dorang risaukan nana. terus ibu & ayah nana datang ke KL dan bawak nana balik ke Terengganu.nana cukup terharu dengan pengorbanan ibu & ayah yang menjaga nana dari tak boleh berjalan, kemudian guna tongkat dan sampai boleh berjalan.sungguh mulia hati mereka.nana sangat bersyukur & bertuah kerana mempunyai ibu & bapa yang sangat menyayangi anak walaupun dalam apa jua keadaan.

    0

    0
  4. hehehe says:

    mcm2 cr nak bls js ibu bapa nie…aku dl dr zmn remaja start umur 12-18 thn menjaga bapak aku yg skt akibat kanser paru2…blk sekolah jer dah start jaga sampai la ke mlm…lps bpk aku meninggal mak aku lak skt sampai ms aku nak ambik exam stpm pun aku jg mak aku skt kat wad…muntah dia aku yg jd tukang tadah blm lg buang air kecik n besar semua aku buat…sampai aku msk universiti pun mak aku bg duit belanja dua bulan jer lps tu aku bt keje part time juat top up time tak de kelas…bl aku dah keje duit keje aku semua aku kasi kat mak aku lps waktu office our aku bt lg keje part time mlm kat 7e…sampai la aku dah nikah nsb baik dpt laki blh tanggung kira skrg nie dah tak pyh la aku keje…mak aku skrg nie pun dah terlebih senang adik2 aku semua dah kj…siap mintak 1k setiap sorg lg…mcm mak aku tak sk berjalan,berbarang kemas tp sk duit…jd bl bg dia duit hati dia gembira…

    0

    0
  5. SITI UMIRA says:

    pengalaman yang paling takkan saye lupekan, mase mak saya accident dan dimasukkan ke wad. masa kat wad , saya jaga mak tanpa ada rasa jemu dan letih, saya berulang alik dari tempat keje ke hospital untuk jaga mak, setiap malam saya tidur atas kerusi, biarlah asalkan mak saya tak sorang2 kat hospital, ada satu malam tu, saya bangun, saya tengok, mak tengah duduk, bila saya tanya dengan mak, mak kate tak apa2, tapi mak pegang tangan dia…bila saya tenngok, saya terus menangis (tengah type sekarang pun rasa nak menangis), rasa marah sangat pun sama, nurse tu salah masuk kan jarum air tu kat tangan mak, saya jumpa nurse tu, sebab tangan mak dah bengkak dan biru, sangat2 besar..bila saya jumpa nurse tu, die dengan muka yang sangat kuranghaja, cakap ‘nantilah!kejap lagi sy tengok’ , kalau anda, sanggup ke tengok mak anda kesakitan dengan tangan mcm tu??saya dengan rasa marah, dengan airmata yang tak tertahan2 tu, terus marah nurse tu, n bagitau die kalu die rasa nak berenti keje, berenti, tak payah jadi nurse lagi, kalau sikap die mcm nak makan penampar.. saya jadi marah sangat, mungkin sebab saye terlalu sayangkan mak,saya jadi berani.. nurse yang kuranghaja tadi, terus masuk bilik mak, dan betulkan jarum tu, Alhamdulillah lepas tu mak terus tido, saya terus tengok mak malam tu, saya janji saya akan terus jaga mak, sepertimana mak jaga saya masa kecik2 dulu…kalau boleh lebih dr tu……..

    0

    0
    • Larahati says:

      To Siti umira..sdih lh bca sya pun nk nangis..
      Btw..jasa seurg ibu mmg ank tk kn dpt blas pngorbanan seurg ibu amat bsar..sjak mereka mngandung kita smpai kita bsar…

      Sya sndri seurg ibu kpd 2 urg ank perempuan…
      Msh sya ngat msa mula2 nk melahirkn ank prtama di ingatan sya cuma lh ibu sya wajah dia dmata-mata…sya bayang kn keskitan yg dia rsa…

      Wajar lh syurga itu dbwah telapak kaki ibu…
      Selama 9 buln bayi idup dlm rahim seurg ibu…
      Allah maha berkuasa…

      0

      0
      • taniesya faliesha says:

        btul la Lara..sy pun mcm tuh..ms brsalin kn ank pertama, ms tu sy lemah sgt dah…da dkt sejam push tp baby xkuar gak, asyik sangkut separuh jln…nyawa da nk abis da sy rasa time tuh..hmpir nk pitam…hubby pun da xtau nk bg semangat mcm mana lagi…nurse da warning klau biar baby trsangkut lama mcm ni baby ble lemas…entah kenapa tetiba sy trbayang muka mak sy…sy trfikir klau mak bleh lahirkn 8 org ank…kenapa sy yg baru satu ni lemah sgt..trus dpt semangat ntah dari mana..sekali push trus kuar baby…alhamdulillah

        0

        0
  6. secret name says:

    sedih bila baca semua komen2x kat atas :( crying now T_T

    SAYA SAYANG MAK!

    0

    0
  7. secret name says:

    Sedih baca bila comment2x kat atas T_T

    SAYA SAYANG MAK!

    0

    0
  8. che-armad says:

    Adam Adli… Nama yang cukup panasss berapi pada ketika ini…
    Eksklusif: Mencari Konklusi kes Budak Adam yang turun bendera gambar PM di PWTC… Tanpa Prajudis… MESTI BACA…

    Rujuk Entri ini:
    http://che-armad.blogspot.com/2011/12/eksklusif-mencari-konklusi-kes-budak.html

    0

    0
  9. Sayang Ibu says:

    JOM…KITA KONGSI BACA NI 5 MINIT JE (KHAS TUK YG SYGKAN IBU)… BUAT TAULADAN… mmg sedih kan :

    “…Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

    Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
    Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
    Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
    Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
    Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
    Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
    Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
    Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
    Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
    Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
    Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
    Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
    Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
    Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
    Aku selalu teringatkan , Mak .
    Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
    Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
    Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
    Bila takut , aku selalu panggil , ” Mmaaakkkk ! ”
    Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
    Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
    Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
    Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
    Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
    Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
    kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
    Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
    Yang selalu berleter kat aku , Mak .
    Yang selalu puji aku , Mak .
    Yang selalu nasihat aku , Mak .

    Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

    Aku ada pasangan hidup sendiri .

    Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
    Bila sedih , aku cari , Mak .
    Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
    Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
    Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
    Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
    Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
    Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
    Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
    Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
    Selalu , Aku ingat pasanganku !
    Selalu , Mak ingat kat aku !
    Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
    Entah bila , aku nak telefOn mak !
    Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
    Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

    Renungkan :

    ” Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

    ” Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . ”

    Berderai air mata jika kita mendengarnya .

    Tapi kalau mak sudah tiada .

    ” MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! ”

    Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
    Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
    Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
    Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
    Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
    Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
    Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

    Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

    1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

    2) TOlOng jaga adik : RM4.00

    3) TOlOng buang sampah : RM1.00

    4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

    5) TOlOng siram bunga : RM3.00

    6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

    Jumlah : RM17.00

    Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

    1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMA

    2) KOs berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMA

    3) KOs air mata yang menitis keranamu – PERCUMA

    4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMA

    5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

    Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMA

    Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

    “Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis “Telah Dibayar” pada mukasurat yang sama ditulisnya .

    0

    0
  10. Jannah says:

    sy student thun 3… spnjg sy di sini, sy dah tetapkan dlm diri msti call my mum 2hari skali… MESTI… dan spjng sy kat sini 3 tahun dah, tak pna pun terbuka mulut utk mintak duit blanja… wlu da kering kontang sy tetap ckp duit msh cukup sbb sy yakin rezeki Allah tu sntiasa ada & ini lah pgorbanan yg plu sy laku kan sbg seorg anak wlu pun blum bekerjaya… insya- ALLAH, smoga allah permudahkan… yakinlah

    0

    0
  11. babe says:

    sume ade pengalaman masing2 ngan ibu…bersyukurlah sekiranya kita masih ada ibu kat dunia ni….ape yg penting jage ati dorang baik2 walaupun kdg2 ibu kita tak berfikir cara kita berfikir…tak mengikut arus dunia yg da maju…cam anak2 die skrg ni…tapi mak kite tetap mak kite yg sanggup jage kite dari kecik smp beso….bersengkang mate xtdo sbb kite sakit….n da besar2 camni pun bile balik jenguk mak…mak tetap tunjuk kasih sayang die yg xberbelah bagi….beli makanan yg best2 masak makanan peberet kite yg sedap2…dan mak xpenah pon merungut…yg die tau…asal anak2 die suke ngan ape yg die wat 2 je….uhuh…mama mis mama..mis masakan mama….luv mama..muahhh….

    0

    0
  12. ain says:

    Mak saya berjalan kaki bawah panas mentari beberapa km datang hantar duit RM3 kat sekolah sebab kesian saya nak beli buku di pameran buku tak ada duit. 28 years ago

    0

    0
  13. ~sutera~ says:

    Mama i Love you………….

    Sesekali Teringat saat Yang tak diduga terjadi dengan sekelip mata,Hati ni selalu tertanya..Apa kah kesilapan lalu yang menbuatkan ini terjadi pada ku.. Seawal jam 9.30am,Ogos 2005 aku & adik2 kehilangan tempat bermanja..kehilanga orang yang tersayang (Mama)..saat yang perit dalam hidup ku itu tak mungkin kan pudar sekelip mata..Teringat masa tu,Mama call tak sampai pun setengah jam pun. :( ..Semoga Tuhan menempatkan insan yang ku sayang ni di kalangan yang beriman & baik.. Bukan senang untuk terima masa tu & sampai kehari ni..Dugaan tu pasti selalu ada..Keluarga ku terlibat dalam kemalangan yang tak di duga tu bukan saja meragut nyawa Mama tapi Abg Rossi & Adik ika..Kemalangan tu berlaku di luar Dugaan setiap Insan yang bergelar manusia..Tak siapa menduga..Agak Terkejut juga Bila ada yang menghubungi ku pada masa itu mengatakan Bukan saja Mama yang tiada tapi ke Semua (6 org) tak dapat di selamatkan.. (waktu yang terlalu kalang kabut)..aku cuba mendapatkan Bapak Pada waktu itu..tapi Gagal…Nasib Baik saat tu jiran aku menghubungi aku & menjelaskan keadaan…Aku rasa Hidup tak de guna Seketika..Kemalangan yang melibatkan Mama,2 Abg & 3 Adik tu memang membuat Badan mengigil seperti menerima Bala…Aku terus terdiam pada saat itu(waktu ini hati hancur mengenangkan) Waktu ini aku baru juga mengenali Dia (DRS). Aku samar pada seketika masa untuk di hantar pulang ke sabah..kerana kekuatan yang ada pada masa itu bagai angin yang lalu…Diri pernah terfikir untuk mengikut Mama pergi sekali sbb aku terlalu Rapat dengan arwah…Bila aku ingat balik tak de apa yang dapat menandigi kesedihan ini.
    Pada waktu aku akan di terbangkan Pulang (Sabah) untuk melihat buat kali terakhir jenazah..Keadaan aku yang Lemah pada masa itu tidak mengizinkan aku menatap wajah arwah bertiga buat kali terakhir..Kondisi badan yang terlalu lemah buatkan aku terlantar di bilik rawatan KLIA…sampai lah aku stabil pada petang harinya..aku terus di terbangkan dengan bantuan pramugari untuk memantau..aku tau masa tu cuma wajah arwah mama yang terpancar di mata..
    Setiba aku di Airport Tawau,Cuma Ambulance yang datang menjemputku..Lupa akan masa ketika itu,aku rasa kegelap menyelubungi diri & suara (entah siapa sentiasa memanggilku). Aku tak dapat ingat apa yang terjadi seketika..sampai lah aku sedar pada Esok harinya.. :( aku gagal menemui Arwah…Jenazah telah dikebumikan petang semalam…
    Kini aku berada dalam Wad,Kiri & kanan ku!! Allahuaikbar, hati siapa tak hancur :( :( Ani & ida..(adik ku yang selamat dari kemalangan tu) saat ini adik ku di rawat atas kecederaan parah pada kaki..Dimana Abg ku sorg lagi? (aku dapat tau masih dalam ICU)…Ya Allah besarnya dugaan ku terima…Apa lah yang dapat menguatkan aku pada masa itu kalau bukan berserah kepada takdir ilahi..
    Bapak,kekuatan mu di luar jangkaan ku untuk kau terima apa yang terjadi pada keluarga kita..Hanya Bapak tempat kami mengadu selepas ni…aku Redha & akur apa yang terjadi..

    Walaupun Mama tak ada lagi tapi kenangan saat adanya dia membuatkan aku selalu merindui……love you so much Mama.

    0

    0
    • Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

      bab tu sape2 yg maseh ada mak berikn sepenoh kaseh sayang pada mak kite…jangan sakiti hati mak n selalu lah berikan kebahgiaan dn kegembiraan pada mak kite…

      0

      0
  14. […] Here : Beautiful Nara This entry was posted in Teknologi and tagged Anda, Bersama, kenangan, Kongsikan, Tercinta, Yang. […]

    0

    0
  15. cemerlang dalam peperiksaan..mama suke sngat time tu..hehe:)

    0

    0
  16. rara says:

    Kenangan yg x blh lupa sekali adalah bila dapat result UPSR dan PMR.bila mak tahu sya dpt 5A in UPSR mak happy sgt.malam result keluar tu mak tidur sambil peluk slip periksa.hehe….memang tak leh lupa la saat2 tu.bila result PMR keluar dpt 6A je,masa tu saya sedih sgt2 tapi mak still happy and beli hp baru for me sebagai hadiah eventho tak dapat straight A’s (nak pujuk sebenarnya). :)

    0

    0
  17. myra says:

    abang nara dulu study apa kat korea? degree + master eh?

    0

    0
  18. myra says:

    abang nara study apa kat korea? degree + master eh?

    0

    0
  19. ninaricci says:

    Kenangan terindah bersama mak mmg xboleh lupa. Ms sy umo 9thn mak n ayah bercerai. Sebelum ini bayangkan mak sy seorang surirumah sepenuh ms. Selepas hilang tempat bergantung, mak berusaha cari duit untuk sesuap nasi. Mak mengambil upah mengasuh kanak-kanak seramai 6orang untuk menanggung abg,kakak dan saya yg masih bersekolah. Pernah suatu ketika, mak tak ada duit untuk membeli baju raya untuk kami. Nasib la abg sulung dah bekerja. Dia banyak tolong ringankan beban mak. Belanja dapur abg long bayarkan. Itupun selepas dia berjimat dengan duit gaji dia. Pada tahun 1993 berapa sangat la duit gaji untuk pekerja kilang dan pengasuh kanak-kanak seperti mak. Selepas saya tingkatan 4 mak bekerja sebagai tukang cuci disebuah kolej. Emak cuci tandas,sapu sampah dewan,asrama,kantin dan memotong rumput demi saya yg ketika itu masih bersekolah. Terlalu banyak kenangan sampai saya bekerja mak masih risaukan saya. Masih sediakan sarapan dan makan malam untuk saya. Sehingga saya berkahwin dan mempunyai anak mak masih dengan perasaan risaunya. Tapi kali ini bukan pada saya tp pada anak sulung saya. Cucu kesayangannya. Anak saya sakit mak sanggup tinggal dirumah saya selama seminggu. Saya ralat, puas saya pujuk mak untuk tinggal terus dengan saya. Tinggalkan rumah dikampung sebab saya risau mak tinggal seorang diri. Saya, kakak dan abg tinggal jauh. Apa2 terjadi pada mak kami xtau! Sampai satu masa mak dimasukkan ke wad pada 29.09.2011 doctor sahkan mak saya kena kanser paru2 peringkat 4. Tiada harapan..Hampir sebulan selepas itu, mak menghembuskan nafasnya terakhir pada 21.10.2011 iaitu 9hari sebelum hari lahirnya. Walaupun mak bertarung kesakitan dan sy mampu menjaga mak siang dan mlm..mak masih mampu tersenyum dan bertanyakan cucunya ank saya walau ketika itu mak baru sedar dari koma selama seminggu! Mak,adik rindukan masakan mak,senyuman mak,pelukan mak,gurauan mak,leteran mak dan suara mak kejutkan adik setiap hari….

    0

    0
  20. hehehe says:

    ninarici takziah di ucapkan…tp berdasarkan pengalaman saya lar penyakit kanser paru2 nie memang la teruk…tgk arwah bapak saya dl pun sian dia…tp arwah bapak saya tak mengeluh n mengadu pun penyakit dia…sy n adik2 lak sibuk tanye sakt tak penyakit dia…mcm mn nak thn skt tu…tp best la time arwah bapak ada…mcm2 blh tanye pasal skt dia…sampai arwah bapak sk buat lawak n kalo mls nak lyn dia akan ckp pening kepala la dengan soalan yg mcm wartawan nie…tp saya dah ada pengalaman jaga arwah bapak n mak ms skt tenat dl…kr bl bc cerita org jaga mak n bapak sakit saya hargai coz pnh mengalaminye…cm pd saya lar ms jaga mak n arwah bapak skt tak pulak mulut n bdan saya nie nak mengomel atau ckp penat ker…dlm ati ms tu nak bg dia org cpt sembuh jd tak rs pnt pun…rindu zaman remaja yang kelam kabut menjadi nurse tak bertauliyah kat umah…huk3x

    0

    0
  21. Dato minah jambu 24jam mengadap computer says:

    korang ada mak boleh lah pelok2 ngan mak korang…minah jambu dh tkada makkkk hanye doa saja lah yg minah jambu leh kirem kn untok mak tersayang minah jambu……

    0

    0
  22. Harimau Muda says:

    Perghhhh , Blog Abg Nara aka Beautiful Nara Bernilai RM 843,301.89 , Mahal Sihhh …… Mohon Rujuk Link Ni Untuk Kepastian http://bizinformation.com.my Dan Pandai2 La Abg Nara Tengok Sendiri Kalau Tak Percaya :D

    0

    0
  23. nia says:

    slma idup ni,satu je yg sy trkilan..arwah ayah xsmpat tgk sy grad..sbln sblum grad arwah prgi..dh siap tmpah sluar nk prgi mjls konvo sy..i miss him.al-fatihah.

    0

    0
  24. yann says:

    baru lepas webcam dengan mak tadi, :’) sebak bace komen2 atas ni , huh , sayang sangat mak .

    0

    0
  25. ninaricci says:

    hi hehehe…
    at least u still hv mom utk u peluk ketat2..but me?mom dah passed away. Ayah plak sejak divorced dgn arwah mak, xpernah ambil tau hal kmi adikbradik. Sampaikan kakak sy kawen dia sanggup srh ank dia walikan hakim. cuma sy kawen dia dtg walikan sy mayb dia ingat sy ni ank bongsu..tp..ketabahan arwah mak besarkan kami dgn penuh kasih sayang xterbalas…

    0

    0
  26. Adibah says:

    Salam…
    pengorbanan seorang ibu tidak akan dapat dibalas dengan wang ringgit…jika mahu dibalas dengan segunung intan berlian pun tak akan terbalas jasa dan pengorbanan sejak mula-mula mengandung, kemudian sakit separuh mati melahirkan kita ke dunia…bela dan didik kita sampai besar…

    0

    0