Written by AbangNara | March 25th, 2015

Abang Nara memang tak suka dengan orang yang suka-suka forward mesej di email, Facebook atau pun Whatsapp. Entah betul ke tidak mesej yang dihantar itu. Kebanyakannya memang tidak tepat, telah ditukar fakta dan mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Terbaru menerusi Facebooknya, Afdlin Shauki telah berkongsi perkongsian seorang kawannya tentang keburukan fluorida di dalam ubat gigi. Natijahnya, para doktor gigi seMalaysia telah tampil membetulkan apa yang dikongsikan oleh pelawak ini.
afdlin shauki

Abang Nara bila baca apa yang dikongsi oleh Afdlin ini pun dah sangsi dah. Kalau betul fluorida berbahaya, takkanlah Persatuan Doktor Gigi Malaysia (kalau ada persatuan ini) boleh buat tak tahu. Malah setiap kali Abang Nara pergi jumpa dentist pun, tak ada pula dia tanya jenis ubat gigi yang digunakan. Iyerlah kalau betul berbahaya mestilah mereka yang pakar (doktor gigi) akan bagi amaran terlebih dahulu. Ini adalah apa yang ditulis oleh Afdlin Shauki menerusi akaun Facebooknya.

afdlin

Tidak mahu perkongsian Afdlin Shauki diterima bulat-bulat tanpa sebarang penyelidikan, beberapa orang doktor gigi telah tampil memberikan pendapat mereka di ruangan komen laman sosial pelawak itu. Antara komen yang menarik ialah:-

afdlin

Banyak lagi komen-komen menarik yang anda boleh baca di Facebook Afdlin Shauki. Ada yang menyokong dan ada yang menyindir. Ada yang beri fakta, ada yang menyokong membabi buta. Namun agak pelik apabila Afdlin Shauki memaklumkan yang dia kini sedang mengusahakan produk ubat gigi untuk kanak-kanak. Adakah statusnya ada serampang dua mata?

afdlin

Abang Nara pasti ada doktor gigi di antara pembaca BeautifulNara ini. Silalah kongsikan pendapat anda. Betul ke apa yang dikatakan oleh Afdlin atau ini hanya fitnah semata-mata?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

87 responses to Kongsi Keburukan Fluorida Dalam Ubat Gigi, Afdlin Shauki Buat Para Doktor Gigi Tampil Kongsi Pendapat

  1. mawarberadu says:

    Afdlin ni mmg suka buat speku.. menyampah gak dgn dia kadang2 sbb jenisnye tak boleh terima pendapat org. kenapa kena mention ‘pelawak bodoh’ after dah kena hentam??? blablablabla

    0

    0
    • Anonymous says:

      Kenapa dulu aku penah jmp dentist dia advise benda sama, if possible cari ubat gigi yg xde fluoride. Or else guna ubat gigi biase yg ade fluoride dgn kuantiti yg sikit je, bkn mcm dlm iklan yg letak penuh satu permukaan berus gigi. Yang penting cara kita menggosok dan masa yg kita ambil utk menggosok.. Even masa pregnant pun gynae advise amik ubat gigi yg xde fluoride.. Salah ke benda ni sbnrnya??

      1

      0
      • Anonymous says:

        dentist anak sy advise bnda yg sama
        jika tertelan apatah lagi ;-)

        0

        0
        • Anonymous says:

          Ubat gigi dewasa dan kanak2 kuantiti fluorida x sama.. Utk kanak2 yg guna ubat gigi org dewasa, kemungkinan gigi akan jadi fluorosis.. Sila search apa itu fluorosis..

          0

          0
      • mutiara says:

        Menda neh dah ada lama dah tp org jd prihatin sb dia celebrity. Btol la tu, kena paham kesan dia untuk long term.
        Sb tu memang ada ubat gg tanpa fluorida.
        Bkn la mksudnya xboleh guna lgsg yg ada fluorida tp lbh pada pilihan masing2. Jika pikir long term,jgn guna.
        Mcm ajinomoto la tak baek kan untuk kesihatan tp tak la pulak sampai nk di banned. Pllihan masing je.

        1

        0
      • tanpanama says:

        Sebenarnya benda ni agak sensitif melibatkan agama dan patriotisme katanya.but its true indeed.profesor yg rapat dgn negara sana told us the same thing.berhati hati bila some chemical depa suruh kita beria ia guna tpi depa sendiri tak guna sbb tahu keburukan long term.contoh yg depa sesatkan kita ialah kopi is not good for our health sedangkan sebenarnya dlm islam kopi paling mujarab compared to soya.so thats why pagi2 depa consume kopi first sbb kopi good for brain.and 1 lg amalan gosok gigi.why depa bangun tidur terus makan instead of gosok gigi? Sbb depa tau enzim saliva is the best enzim utk pencernaan dan pelawasan.tpi depa ajar kita bangun pagi terus gosok gigi bg gimik konon air liur tu jijik sgt.tpi as i said,benda ni sensitif tpi as a muslim kita kena open mind skrg bahawa depa mmg ada agenda to make muslims become weaker and akhirnya tumpas mental dan akidah pada mereka.i might be accused of whatever you will say to me.tapi kebenaran masih kebenaran.hanya kita je nak buka mata atau pun being defensive semata.

        1

        0
        • How says:

          Bagaimana dengan sensodyne seperti yang di syorkan oleh pakar doktor2 gigi sedunia? tu jugak ada mengandungi fluoride..

          1

          0
      • Someone says:

        Salam. Dentist tu advise untuk kurangkan kuantiti ubat gigi sebab ubat gigi yang banyak tak mendatangkan extra effect kepada gigi. Saiz sebesar kacang dah cukup. Kita ada tendency nak letak sampai penuh berus gigi sebab iklan punya propaganda.

        Kalau ibu mengandung pakai ubat gigi berfluoride, ada tendency dia mungkin tertelan. Dan kuantiti fluoride dlm ubat gigi bukan utk ditelan. Kalau tertelan, akan affect gigi foetus (nanti jadi mottled enamel, boleh google). So might as well pakai je lah takde fluoride tp kalau pakai ada fluoride pun takde la berbahaya mcm kena cancer tu.

        Tapi betul, teknik berus gigi ialah yg paling penting :)

        1

        0
      • usah terpedaya says:

        Tahukah anda ubat gigi berflourida itu adalah sintetik flouride, begitu juga yg berada di dalam air paip.

        Jika ianya adalah organic atau asli, ia selamat untuk tubuh badan dalam dos yg sewajarnya.

        Malangnya flouride yg dimasukkan di dalam ubat gigi dan air paip anda tidaklah asli, malah merosakkan sel sel otak anda. Kelenjar pineal yg bertindak sebagai mata ketiga atau pun consciousness tidak lagi berfungsi dengan baik malah membuatkan anda mencintai dunia, menjauhi zuhud dan mengejar cita2 dunia seperti harta, pangkat, keganasan, kerosakan alam serta kerosakan jiwa. Dan dalam tempoh penggunaan panjang yg berterusan, ia akan merosakkan tulang anda.

        Dalam dosis yg tinggi, kanser tulang akan terjadi.

        Jagalah keluarga anda daripada fitnah dajal.

        1

        0
      • murukuya sateri says:

        Aku setuju, cuba fikir, kenapa ubat gigi tak boleh ditelan? Dekat ubat gigi punya descrintion pun dah bagitahu jangan telan…mesti berbahaya. Atleast aflin ni pmote produk muslim.

        0

        0
        • Dr Gigi says:

          Flouride ni bagus sbnrnya. Cuma jangan ambil banyak.
          Macam gula yang kita ambil hari2 , kalau makan berpada2 tak akan jadi apa apa , kalau berlebihan itu yang tidak elok.

          Kanak2 punya ubat gigi mengandungi flouride yang rendah berbanding orang dewasa punya.

          Saya sedang menuntut ilmu pergigian di luar negara dan kajian telah di buat tentang flouride ni dan terbukti secara saintifik ia menguatkan gigi.

          Jangan lah percaya bulat2 yang flouride boleh merosakkan otak dan sebagainya , itu semua mengarut. Langsung takde kaitan

          Masalah orang Malaysia mcm ni lah, suka percaya bulat2 apa yang di post dalam facebook. Terang lagi bersuluh ini semua agenda nk jatuhkan product lain dan nk naikkan nama product dia sendiri atas nama agama kononnya product dia muslim punya, lebih bersih , halal dan sbgnya.

          1

          1
      • Fafafa says:

        Dulu cikgu sains ak pun pesan.. Kalo nk gosok gigi guna ybat gigi flourida, guna 2 kali je. Sbb flourida bnyk2 akan bahayakan kesihatan..

        0

        1
    • bodoh nya mawarberadu says:

      ko ni bodoh sbb tu x fhm…org tu kaji…percaya x percaya trpulang..jgn sdp hati ckp org suka2 buat spekulasi..sengal nye mnusia x leh terima ilmu..

      0

      0
  2. nana says:

    baguslah afdlin saya sangat sokong!!apapun cuba kurangkan chemical.kita mungkin ada option lain utk jaga kesihatan.hakikatnya mmg orang putih suka produk homemade mcm sabun pencuci muka etc atau tiada chemical

    1

    0
  3. poyos la says:

    sokong afdlin..bersugi la sbb zmn dulu xde flurida bagai tp gigi still kuat ..ad x dentist kt sini yg blh bg pdapt tentang bersugi :) peace

    1

    0
  4. miss h says:

    Saya sokong afdlin juga..even kita tak study to be a dentist, tak semestinya tak boleh belajar dan kaji ilmu dari sumber2 yang ada sekarang ni. Banyak je buku n research2 yang ada, tinggal nak baca n percaya atau tak. McD sendiri, dah memang terbukti tak elok. Buktinya, chef Jamie Oliver tu sendiri yang bongkarkan. Tu semua agenda Yahudi bagi makan yang bukan2. Tengok je la, dulu kalau study Sains, cakap yang kalau nak tambah darah, organ2 dalaman cam hati ayam tu baik sedangkan nabi kita sendiri melarang. Orang Barat putar fakta, that’s the fact! Jangan nak tanya, kenapa persatuan2 boleh benarkan kalau tak bahaya? It’s all about money! Again, kena rajin buat kajian sendiri, banyakkan membaca, termasuk Abang Nara!

    1

    0
    • Anonymous says:

      Betol….esp abang nara kene banyak study. Jgn nnt sbb dapat duit duk promote colgate terus buat ayat mcm ape yg aflin ckp tu salah. dentist cine n mlayu yg dtg kat skolah ank pon bgtau bende yg same. Its better to use mukmin or safi…katenye lah. Salahke aflin nk share bende baik . Setidaknye membuke minda org mlaysia yg bodoh n x nk trime pndpt org lain. Dlm ubat hospital pon bnyk yang bahaya sbb dr kat ampang puteri sendiri yg bgtau ade sesetengah ubat yg bhaye tp dunie prubatan terpakse bg ubat itu kat pesakit sbb company US tu dah byr berjuta2 untk persatuan dr n perubatan ape ntah…so dr yg baik tu bg ubat tu (spy ade rekod dye bg) tp dye sarankn option lain….

      1

      0
  5. jemah says:

    dulu dulu masa sekolah ada doktor gigi chinese p sekolah. dia pun bagitau fluoride tak elok sangat. jadi dia sarankan pakai Mukmin or Safi or sugi.

    1

    0
  6. NooR says:

    kadang2 tk semestinya bila dentist yg komen dan belajar ilmu2 pergigian, maknanya dia dh tau segala2nya. dan tak semestinya bila artis komen or share apa2, apa yg dia share tu salah. kena ingat sapa yg menguasai ilmu di dunia skang ni. even lecturer2 di al azhar, mesir pon ramai yahudi. cthnya, Nabi kata jgn mkn organ dlm, nnt tk cerdik. tp crlah dlm mana2 medical book pon akan cakap, untuk tmbh darah kena makan organ dlm seperti hati. so pikir2kanlah

    0

    0
    • anon says:

      Tak jugak..dlm medical book pon ada dia suruh restrict internal organ coz high content of cholesterol

      0

      0
  7. gigi says:

    yang komen status afdlin mostly new dentistry practitioners..
    masa sekolah dulu selalu ayah bawak jumpa sorang senior dentist. dia suruh tunjuk macamana berus gigi..terus kena marah bila saya letak banyak sangat ubat gigi. lepastu dia pesan jangan telan. kena buang. racun.

    masa pregnant pon gynae pesan jangan pakai ubat gigi biasa..ada khas utk maternity without fluoride.

    normal la ada two school of thoughts..
    normal la semua benda ada side effects kalau dah guna banyak sangat and kerap sangat..
    dentist jangan butt-hurt sgt bila orang cakap pasal ‘bidang kepakaran’ awak..
    afdlin jangan butt-hurt sgt bila orang komen status awak..

    1

    0
    • bby girlz says:

      Aku sokong kau.. All my siblings ada kepakaran masing2.. Even aku pulak dalam sastera Inggeris.. Masing2 akan defend habis-habisan bila kita “cuit” sikit pasal apa yang mereka dah belajar(termasuk aku).. Standard la, as human, kita akan rasa tak puas hati bila people object kita..

      1

      0
  8. Miss ungu violet says:

    bagus jugak afdlin post ttg isu ni. secara tak langsung dapt ilmu baru tentang pergigian. :) baru semua buka mata n kongsi pendapat.nampak remeh.tp berguna juga untuk pengetahuan baru.

    1

    0
  9. Pujangga says:

    doktor tue tuhan ke??! apa yg diorg ckp sume betul?? mmg dah klu florida tue x bgus knp nak defend lebih2?? pakai je la Halagel.. Produk Muslim. HALALnye pun dah sah 100%.. apa lagi..

    1

    0
    • anon says:

      sebab doktor cakap berdasarkan bukti saintifik,bukan setakat cakap kosong dan dengar hear say saja.kalau kamu nak buktikan kenyataan kamu betul,boleh buat kajian dan bentangkan pada konferens saintifik dan sebarkan ke seluruh dunia.baru org akan ikut.produk ubat gigi yg ada flouride pon masih halal 100% jugak,kenapa nak was2 pada cop halal jakim?

      0

      0
      • anon says:

        sorry la nak cakap,buku-buku yang dorang belajar tu pun,makin lama makin diolah oleh yahudi,jadinya pengetahuan tu dari yahudi,jangan nak bangga-banggakan sangat,eloknya kalau jadi macam ni,kita refer pada Al-Quran

        1

        0
    • Nur says:

      Semua benda pun kalau kite consume secara berlebihan ade keburukan…mcm dadah la cth morphine digunakan dlm bidang perubatan sbg ubat tahan sakit tp bila disalah gunakan tu yg jd drug addict… Sama juga mcm flouride bile digunakan berlebihan ade kesan buruknya…
      Ye doktor bukan tuhan… Yg maha kuasa menyembuhkan penyakit adelah Allah tp bila doktor buat silap sikit kau salahkan doktor…canang dlm internet padahal doktor adelah makhluk yg membuat silap jugak…

      0

      1
  10. Budak USM says:

    toddiaa komen dayah featured in blog gosip retis.. dah masuk bella ntv7, masuk beautifulnara plak.

    btw, doktor tu bukan Tuhan. tapi depa belajar ilmu sains yang mana Tuhan banyak tunjuk dalam Quran dan sebagainya. tepuk dada tanya iman, nak percaya cakap doktor yang belajar kajian2 sains atau nak percaya tok bomoh yang kononnya dapat ilmu dari langit.

    0

    1
  11. Red Alert says:

    Cuma nk bgtau sesuatu. Kalau awaaa semua rajin, pergi cari buku Deadly Mist karya Jerry Gray kalau tak silap, cerita ttg bekas askar amerika yg dh peluk Islam. Fluorida memang diuar uarkn baik utk Gigi, tp tu smua propaganda yahudi utk hancurkan dunia. Hancurkan sistem badan manusia. Rajin membaca sikek awaaa, kalau nk menghentam pun biar berbahasa dn ada pengetahuan ttg bab ni.

    1

    0
    • deadly says:

      hmmm. tak nak cakap ape.cumaa…. pembacaan dari satu sumber sahaja untuk menghakimi sesuatu perkara itu amat tidak berasas. Bagi pendapat saya, agak kurang wajar untuk solely mempercayai sesuatu buku itu sahaja (eg:deadly mist . And dalam buku tu sendiri, jerry gray mengakui dia bukanlah seorang yang sangat arif tentang perubatan/pergigian itu sendiri. Luaskan pembacaan. Bukan hanya baca Deadly mist and you can assume all the facts are definitely true. Thanks

      0

      1
  12. dara pujangga says:

    abg nara oi.. pelik la hang ni. dlu hang pn bkn isu cedok cite org gk ke?? normalla cite n pdgn masing2.. tp jgnla trus blame org..haiyakk.. tak mao tak mao

    0

    0
  13. Dr 9191 says:

    As a dentist saya nk betulkan beberapa fakta yg salah kt sini:
    1. Mmg org dulu2 xpkai ubat gigi fluorida and gigi dorg ok. Sebabnye diet org dulu tak loaded dgn refined sugar mcm kita. So gigi kita dlm sehari berpuluh2 kali kena attack dgn acid dari gula (gula+bakteria) menyebabkan gigi senang nk rosak. Setiap kali acid attack calcium dlm gg akan larut & gigi rapuh. Bila pkai ubat gigi fluoride dia combine dgn gigi jadi fluorohydroxyapetite so structure gigi lebih kuat dari acid attack.
    2. Mmg betol iklan tv salah bila dia tunjuk letak ubat gigi penuh sepjg berus tu. Sebnrnye ubat gigi adalah sebesar pea size- kacang pea. Sbb xperlu byk sgt culkup byk tu.
    3. Kat uk & europe pun pkai fluoride sbb saya blajar kat overseas and memang dorg tekankan water fluoridation and fluoride dlm toothpaste.
    4. Pada saya senang je, kalau boleh konfirm dlm diet xde gula langsg then xpyh pakai fluoride toothpaste. Ataupun kalau xkisah gigi reput xpela boleh je pakai ubat gigi tanpa fluorida..
    Sekian, harap2 yg mana xclear dah lebih clear.

    1

    0
    • mutiara says:

      apelah..ade ke ubat gigi tanpa fliorida gigi reput, camtu takdelah org jual, org buat..fakta tak macam doc gg bertauliah je

      0

      0
    • lin says:

      Dr9191 ^This is the best explanation ever. Hopefully people out there wouldn’t simply trust any ‘viral’ infos.

      1

      0
  14. anon says:

    Mmg betol pun…. Dah berapa tahun aku guna ubat gigi yg tanpa fluorida… Banyak lagi bende2 yg tak bagus, tapi google lah. Skrg ni senang nak caro info ape2 pun cume dihujung jari je…

    1

    0
  15. Kiah Propa says:

    Saya setuju dengan pendapatan Afdlin tu..biasa lah iklan ni mmg 100% xley percaya..tak kan nak gtaw keburukan plak,memang tak la org nak beli produk dia nanti kan…contoh, cikgu kimia sekola saya pena cakap varnish tu menghakis pakaian sbb tu die ley ilang kan kotoran kat baju…saya pernah ngk di youtube, minah salleh ni ajar cara2 nak putih kan gigi guna baking soda & lemon..mmg putih la gg dia..saya pun pelik kenapa kita gosok gg guna ubat gg cam dalam iklan tu xputih cam gg dorg..mungkin pemakanan yang baik, memberus gg dgn betul yg paling penting jumpa doktor gg 2kali setahun =)

    1

    0
  16. mee says:

    tp mmg betul pun.. penah je buat experimen kelas science ngn cikgu mmg btul floride tu bg keburukan.. cuma ye la dentist kan belajar.. nk bk history blik.. byk je fakta dipusingkan oleh org2 putih ni lepas perang salib tu. sbb tu byk info kite dpt silap.. tuk jatuhkan org islam sendiri.. biase la masing2 cuba pertahankan ape yg masing2 tau.. so tu yg dentist2 tu kuar bg kenyataan tu.. #teamafdlin

    1

    0
  17. anon says:

    ape ape pon, cara gosok gigi kena lah betul..fluoride as a adjunct nak bagi gigi kuat,sbb tu kena pakai ubat gigi yg ade fluoride, mostly people ssh nak gosok gigi tu properly especially people yg ade gigi berlapis , mknn sllu terselit kan..at least bile ade fluoride dkt ubat gigi, akan delay la sikit mslh mulut awak2 tu..janganla di telan ubat gigi tu, mmg la x elok, letak ubat gigi pon secukup rse jela..semua benda ade side effect kan..mcm dok mengadap phone dgn lptp lelame..ade gak effectnye kan

    0

    1
    • pen says:

      mcm batuk/sakit tekak,,,ada org minum ubt batuk.ada org xsuka,lg suka minum madu+limau sbb dh trun temurun ikut nenek moyang. kebanyakan org batuk, minum ubt batuk je sembuh..asalkan jgn berlebihan nt ketagih,khayal.
      setiap bnda kalau ada limit nye ok je

      0

      1
  18. Lin says:

    Okay..These doctors busting their ass for years studying everything related to dental care and now you tell me what your saying is better just because you google it? Whaaattttt…..seriously.. this so called “info” together with the infos people share in whatsapp mostly are exaggerated infos which likely to be false.

    Afdlin remind me of a group of people in US that against vaccine-used in their children because they “google” vaccine and found the side effects of vaccine. Sigh.. Only those who work in research-based industry knows how f***king hard it is to release vaccine or toothpaste to public if it has harmful effects.

    1

    1
    • polan says:

      And u remind me about people who thought group of against vaccine only GOOGLE and found out about side effect vaccine.. They also F***king hard to find the reason related to vaccine.. how dare u to say that kind of things?? dont u ever know, mungkin side effect to kena pada anak diorang sendiri.. jangan memandai memberi hujah hanya semata2 di dalam tangan u, ada fakta yang agung dr WHO and so on. If it happen to ur child, baru nak terngadah.. Jgn rasa dah belajar bertahun2x dalam bidang perubatan, dah ckup ilmu di dada.. ada lagi orang di atas kita yang lagi byk ilmu.. cari ilmu sampai mati pun, x semestinya ilmu tu dah cukup.. learn and learn and learn…

      1

      0
      • lin says:

        @polan. Please enlighten me how they find the side effects of the vaccine? Is there any reliable journals that can support this theory? In order to win any argument in science-related stuff, a conference need to be made and based on MANY JOURNALS (RESEARCH) to support this theory. So until then, a theory stays a theory. Not facts.

        Clearly, you don’t understand how it works. For a product to be released to public, it take years. The “panadol” or paracetamol you take in your daily life actually take more than 10 years of testing. Still, until today, FDA still monitor the side effects of this drug and if they received any complaints, it is possible that they withdraw the drug asap.

        0

        1
        • coh says:

          Xperlu nk bangga klo awk blaja n arif pasal nie. Ilmu awk tu hanya pinjman n setitik je dr seluas lautan. So riak.

          1

          0
    • anon says:

      u ada bukti ke orang google je benda tu?tak payah ingat bila dah amek media,boleh buat u biadab dengan orang lain,riak dengan ilmu tu,tak salah pun nak dengar apa pendapat dia,kalau tak betul,tak perlu melenting,sorry la ye,i selalu follow pasal benda-benda ni,i tengok doktor kalau bercakap,penuh dengan riak,bukan korang je yang belajar bertahun-tahun,semua orang belajar bertahun,tak perlu angkuh

      1

      0
      • hikaru says:

        GADUH JANGAN TAK GADUH!

        0

        1
      • lin says:

        @anon Lol I don’t understand with our people. When I express my opinion, I was considered “riak”. Really? So people aren’t allowed to express what they think because we are showing off? Ookkayyy…

        and I don’t need a proof to say people google stuff because they do. I think you also familiar in whatsapp group, people share infos here and there saying these things are bad bla bla bla. When in truth, based on what journal they saying that? None. Sigh…and I do read afdlin’s opinion and I just simply disagree and express what I think. Tell me.. is that wrong?

        0

        1
        • emak says:

          lin, kalau u rasa vaccin tu bagus, its up to u la. tapi kalau ada parents yg tak nak vaccinate anak dia, tak kesah la sebab GOOGLE or apa, u pon tak boleh nak pertikaikan macamni sekali. Semua orang nk yang terbaik untuk anak dia. I cuma nak ingatkan u, tak semua doc tu share the same opinion over certain issues. Lebih baik kita tgk perbezaan pendapat tu dapatkan hasil yang terbaik daripada dok bertelagah sapa betul sapa salah. I tak tau u dah ada anak ke belum tapi kadang2 instinct mak2 ni lebih TAJAM DARI DOKTOR. Bukan saya yang cakap, DOKTOR SENDIRI YANG CAKAP masa anak saya tak sihat dulu.

          1

          0
        • lin says:

          @emak Sy paham but the problem is orang x tau ape tu “herd immunity”. Klu you choose not to vaccinate your child, its your problem but you not just endanger your child’s life but also the people arround you. Just google that term klu nk tau lbh lnjut.

          And also, pernah tak parent2 ni terfikir yang kenapa dorg x kena polio or smallpox? Hm..sbb parent dorg vaccinate dorg msa kecik dlu. So if parent today choose not to vaccinate their children….only matter of time before pandemic hit us like they did back then with small pox, plague etc

          1

          1
        • Anonymous says:

          Lin, i’m with you.but sadly in our country, u will never win the arguments with shallow people

          0

          1
        • Anonymous says:

          Anti vacciners are the most selfish loser on earth. Nnt bila anak dorg kena virus dan jangkitkan kat bdk yg belum complete vaccine regime mereka, then they can all be proud of themselves. Nak elak side effect tp bunuh anak org lain. Good job anti vacciners..

          0

          1
        • polan says:

          Herd imunity juga satu teory yg belum ditentukan kesahihannya. just a teory like u said about anti-vax.. almost anti vax come from pro vac.. u tanye how they find about side effect.. an related it with vax? Rujuk garis panduan yg dikeluarkan kementerian sendiri.. Terang tang2 kesan sampingan dr vax. Dan bukti2 yg di kumpul.

          Kesian sape yg duk ckp anti vax tu loser on earth?? Wow, betul2 diagungkan vax tu ye.. lagi hebat dr allah, vax tu rupenye.. soo funny..

          0

          0
  19. Bugger says:

    Afdlin ni x leh ditegur..
    But anyway.. Korang pernah guna produk Amway ? Singkatan American way. Ada produk ubat gigi ni nama glister. Memang takde florida. Sikit je kuantiti yg digunakan time gosok gigi. Bagus gak arr.. Sebab dia ala ala sensodyne tu.. Tapi lagi bagus

    0

    1
  20. hamba Allah says:

    mmg x memudaratkan kalo amik sikit…tp bygkan berpuluh taun kte gune/….mcm menabung sikit2 lame2 jd bukit…cm 2 la florida dlm bdan kte…pmbunuh jgka masa panjang….sila fahamkan…. :)

    1

    0
    • anon says:

      x suruh telan pun ubat gigi tu so memang tak masuk dlm sistem badan kita. fluoride tu tujuannya utk bertindak kat permukaan gigi. sebab tu even kanak2 pun JANGAN TELAN ubat gigi tu.

      1

      0
  21. paksu27 says:

    Salam,
    Betullah dunia nak kiamat. Kata2 dentist dinafi kerana percaya kata artis. ingat senang ke nak jadi dentist. Ramai yang bagi komen Baca tak pernah habis, belajar sekerat jalan tapi lepas tu komen macam pandai sebab kata boleh dapat maklumat dari Internet. Bukan semua maklumat dan ilmu ada di Internet, please jangan rasa diri kita lebih pandai dari pakar sebab anda rasa anda pakar google sedangkan sifir algorithm google pun tak tau. -n-

    0

    1
  22. hasgurl says:

    Abang Nara pasti ada doktor gigi di antara pembaca BeautifulNara ini. Silalah kongsikan pendapat anda. Betul ke apa yang dikatakan oleh Afdlin atau ini hanya fitnah semata-mata? ( oi nara ko xpyh la nk tulis cmni!!! klo xberpihak pada sape2 jgn buat ayat cmni..ko nk keruhkan keadaan ke????? amenda ko ..aduhh…jd bloggers biar la penulisan kau org nmpk bagus+xmburukkan keadaan lagi k… untuk doktor2 semua masing2 ada penilaian sndiri..jika anda rasa ianya bgs maka diam kan saja sbb afdlin shauki ada hak untuk bsuara….

    0

    0
    • poning kpala den says:

      yup. i agree with u husgurl.. statement tah ape2 tah nara ni.. cara nara cm die bk sgt je.. bio la afdlin nk bg pndpt die ke ape. tak payahla kua statement cm tu.. at last org bertekak pasal bende ni. ko bace n argue o blame dlm hati sudahla.. but pasal florida ni.. mmg for long term hv effect. so pk2 la sendiri.. tepuk dada tanye selera.. n pasal ilmu byk ke idok pasal dentist ni mmg xnafikan sape blaja die byk info. but sometimes kne gk terima pdgn org o buat research lg about dis. share info xpe tp jgnla dok blame pdpt org o mendabik dada ngn ilmu yg dh ade.. give n take. peace yo !!

      0

      0
  23. safiq copot says:

    sokong afdlin walaupun sy guna gak yg ber fluorida :)

    kpd bro afdlin n yg sewaktu dengan nya..
    “MEROKOK JUGA MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”

    1

    0
  24. rin says:

    jgn jd bodoh sombong laa afdlin .. kau tuu yg sdg d perbodohkan … n lgi 1 ..ko ada tgk ka fashion yg sering ko pkai… mcm yahudi .. dgn jambang ,topi …

    0

    1
  25. ntah la says:

    Kesian kat dia ni..dh x laku berlakon..cr publisiti pulak..aritu Jackie Chan dpt Datuk pun bising mcm org giler..ni psl ubat gigi plak..haishh..kite ni jgn la dok pandang kekurangan org..tp ce tgk kekurangan diri tu dulu..x salah bg pendapat..cume jgn la smpi provoke n menyebabkan rmi org x puas ati pastu hentam same sdr kat tang comments tu..suke kot agaknye peminat gaduh sesame sdr….

    0

    1
  26. yuss says:

    abg nara jgn nak menokok nambah bebyk. dosa oii. statement menyakitkan hati je. semua org ada pandangan masing2. kemain psl ubat gigi je pon, terpulang pada masing2. benda yg haram mcm rokok pon susah nak ubah persepsi masyarakat, tambah ubat gigi. rokok tu mmg terang2 fatwa dah keluar HARAM

    0

    0
  27. yuss says:

    ntah la : kau ckp org, dah status kau mcm tk puas hati knp? jgn la busuk hati sgt dgn org. esok kat padang mahsyar susah nak cari org mintak maaf balik. kita doakan semoga dia jd lebih baik ok.

    0

    0
  28. kiahkiut says:

    ubat gigi mukmin sedappp.. mase kiahkiut preggy, rase nk telan je ubat gigi mukmin tu.. sekarang pon kalau gosok gigi dekat sejam.. sebab kemam ubt gigi mukmin tu.. hemmm sedap nyeeee…..

    0

    1
  29. Orangutan says:

    Cuba rajin2 bca buku tajuk “Deadly Mist”. Aids,Flu Burung,Senjata Biologi,Antrax,Flourida by Jerry D.Gray…
    -Penggunaan fluorida adalah jenayah terbesar yang dilakukan ke atas manusia berbanding jenayah-jenayah lain.Profesor Albert Schatz(Ph.D) (Pencipta Streptomisin dan Penerma Anugerah Nobel Mikrobiologi)
    Belgium adalah negara pertama di dunia melarang bahan tambahan mengandungi fluorida(Ogos 2002)
    Kesan Sampingan Akibat Fluorida:
    Tulang pinggiul retak,kanser,ketidaksuburan,kerosakan otak,alzheimer..
    Dan bnyak lagi bkti2 saintifik berkenaan bhayanya fluorida pd ksihatn kita…
    Wallahualam…

    1

    0
    • anon says:

      kesan sampingan tu terjadi bila kau telan ubat gigi tu. sebab tu lepas gosok gigi kena ludah lebihan ubat gigi. n guna ubat gigi sebesar kacang pea sahaja bukan pegi letak byk2 k

      0

      1
  30. Anonymous says:

    korang cuba la pakai ubat gigi yg dia cakap.. sy sendiri pun dh berhenti pakai gigi yg ada fluorida ni.. sebab masalah gigi selalu sakit.. lain orang lain cara..

    0

    0
  31. gedenpol says:

    dolu2 masa kecik2 bile career doktor, dentist etc yg sama line..rasa cam wowwww. gitu. skang doktor2 dah buat buku, komen status artis, buat blog, jadi model, selfie sana sini, lapang bebenor ye

    1

    0
  32. AwanNano says:

    Guna je kayu sugi lagi bagus.

    1

    0
  33. Anonymous says:

    ni la blog tempat org bertegang lidah.. sape mula kn?? Its you abg nara. lau nk post kn fakta xpe lg ni ajk org fight sape yg btol o x.. seriously aku nyampah ngn nara.

    0

    0
  34. ntah la says:

    yuss: ko sentap kenape??? ko terase ke…mn ko tau ati aku busuk…ko tuhan ke??..ko x tau jgn pandai sebarangan..kang x jumpe aku kt padang masyar ko yg sangkut…ohh sbb dia artis..dia je la bleh bg pendpt..yg x artis x leh la bg pendapat lantang???..dh tu ko suke la tgk org gaduh sesame sdr sbbkan statement dia?? kutuk sesame sdr sbbkan statement dia??

    0

    0
  35. mojo says:

    Tanda2 artis suam2..up kisah ubat gigi.up gambar king lion…berbogel..dsb.artis ke cam tu?

    0

    1
  36. Gigi berlubang says:

    Bagi 2 website je dah rasa diri bijak? Doktor2 lain study beratus ratus buku takde nak claim diri bijak pun.

    0

    1
  37. ku yg dlu bknla yg sekarang says:

    oi oi.. yg bgaduh wat ape. ni la sbb blogger batu api pnye keje.. sabar sabar.. bkn xbole bg pndpt.. kdg2 tryla accept pendapat org jgk. research dulu pepe pn sblm kua statement nara.. xbk ko kua statement wat org fight2 bout their opinion. xbk tau..

    0

    0
  38. dentist juge says:

    kenapa bila org bagi pendapat berkaitan benda yang bukan kepakaran dia, contoh benda2 gigi neh dan doktor gigi bangkang kene kritik pulak? korg expect dentist untuk dengar pendapat korang, tp korang xnak dengar pendapat professional? siap dentist kena tuduh bongkak? ahh serius xfaham..dah kalau korang tak arif bidang ni, dan dentist cuba terangkan dgn apa yang kami yakin berlandaskan sumber yang tepat, itu bukan bermaksud kami yang bongkak..konon mendabik dada sebab ilmu tinggi..bukan..itu bermaksud korang yang bodoh sombong..dah tau ilmunya kurang, tapi xnak rujuk pada yang pakar..pegi dengar cakap2 orang, sampai bila nak maju?? research kalau nk buat, sampel nya bukan cukup org sorg 2 tahu?beratus dan kdg2 beribu sampel diperlukan untuk membuktikan sesuatu teori..tapi awak2 semua sekadar dgr cerita sorg 2 kawan dah percaya..plus kdg2 dengar melalui whatsapp or facebook terus percaya?? confused..

    dentist yang newly practised pon, bila dia dah lulus jadi Dr, maksudnya judgement dia valid..dia layak praktis..ilmu yang belajar dekat universiti pon yang latest punya info..bukan sumber rujukan zaman tok kadok..and of course, ilmu dia berkaitan gigi lebih banyak daripada org yang tak belajar bidang gigi..logik lah kan~~

    amerika ni plan lah hebat mana pon, tapi kalau Allah tak izinkan, xjadi jugak..jangan ingat semua benda amerika boleh control..bukan semua pakar org barat..ada je muslim..jangan pesimis sangat..bila nk berkembang hidup kalau semua benda agenda amerika..

    bersugi memang bagus..ye..tapi perlu kena pada caranya..bersiwak lepas bgn tido, dgn sebelum tido paling penting supaya sisa makanan kat gigi tak akan menurunkan pH dlm mulut..sama lah dengan berus gigi..kalau kita bersugi ataupon pakai berus gigi biasa, tapi gosok gigi sekali je sehari, itupon cincai, telan lah kayu sugi banyak mana pon, peluang untuk rosak memang tinggi..

    plus, untuk dewasa, susah kot nak overdose fluoride..xkan jadik mottled enamel yg korang google tu kat dewasa, sbb gigi tu dah betul-betul calcified..gigi dewasa mereput selalu disebabkan mineral-mineral dalam gigi dah makin hilang disebabkan keasidan mulut kita..jadi adanya fluoride ni untuk mengembalikan semula mineral-mineral yang hilang daripada gigi tu..

    kalau gigi budak-budak memang kena kurangkan fluoride..KURANGKAN, bukan terus tak boleh..sebab apa? sebab gigi budak-budak sebelum dia tumbuh, gigi mereka akan melalui proses calcification..kat sini kalau terlebih fluoride, barulah akan menyebabkan fluorosis..tapi setakat kes yang jumpa yang malaysia ni, x banyak kes yang sampai gigi mereput disebabkan fluoride..sebab hakikatnya rakyat malaysia ni masih ramai yang malas gosok gigi..so apa risau nk telan fluoride, gosok pon jarang-jarang..huhuhu..

    mintak maaf andai terkasar bahasa..terima kasih..

    0

    0
  39. Anonymous says:

    yang di atas ni.. ko memangla dentist n banyak benda ko blaja. tapi ko xrase care ko ckp tu mcm riak ke. sorrila lau ckp kasar. btolla tu korang blaja n wat kajian mcm2. tapi tegur secara sederhana sudahla. afdlin bg pendapat as ape yg die research jgk. ape yg kite bace sumenye knowledge. xsalahla rasenye lau die bg pendapat. pttnye as dentist kne ade question mark dlm kpala. nape erk byk gk pendapat yg ckp benda tu xelok. so dr situ korg wat comparision then bgtau org pe yg btol o x. bg aku even not dentist actually aku terima opinion 2 side. n kne researh n byk bertanye lg. mmg kami xde byk ilmu about dentist. tp lau ckp org lame2 kdg2 leh acceptable gk. ade gk dentist yg bg pendpt kt ats ni ok je bg opinion diorg no bias.. acceptable la pndpt org. kami yg xde ilmu sgt ni merendah diri jela yerk.

    0

    0
  40. aku org biase yg tiade ape says:

    wahai saudara saudari ku.. marila kita berpakat buat research and give support opinion. ni tak dok gaduh buay ape. yes u as dentist bg ur own opinion. and we as org2 biase give our opinion. yg byk ilmu ni yg terasa emo pasai apa. lau bace lik pe afdlin ckp tu btol jgk ape. xdela agree 100%.. dr pembacaan kita share la pe yg kita tau. xslah kot.. xsemestinyela kajian tu 100% tepat. salah ke bg pendapat..adoii.. xphm aku. org yg xbole terima pendapt org len ni la yg byk arguing.. ni sebab abg nara la ni macam melaga2 kn org. nmpk sangat die just terima seblh side punye opinion je. bosan ngn blogger cmni. pas tu nak org sokong side die je..

    0

    0
  41. tak sokong mane mane says:

    pasal gigi je weii….. if yes take it if No leave it. ape yg susah…. aku pun dah confius….

    0

    0
  42. Staff Gigi says:

    org luar tk tau bab gigi, tunjuk pandai. apa aku kesah?

    0

    0
  43. mojo says:

    Guna fluorida selalu akan menyebabkan perut buncit.Cer tengok Afdlin buncit meloyot.tu sebab terlebih fluorida la.Orang lain aku tengok ok je.Yang merokok tu lagi teruk.bahan kimia disedut…diaorang kata okey je.rokok sampai mufti kata haram lagi…okey je..sesetengah artis berkepul2.

    0

    0
  44. marian says:

    fesyen afdlin soki ni mcm fesyen org israel je selalu .. cuba tgk fesyen yahudi dan bandingkan dgn fesyen afdlin soki .. sebijik .. inpirasi dia kot ..sbb tuu berckp pun mcm yahudi .

    0

    0