Kongsi Gambar Bersama Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad Buat Qi Razali Cemburu

Hiburan

Kongsi Gambar Bersama Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad Buat Qi Razali Cemburu

Sharnaaz Ahmad memang tak habis-habis dihimpit kontroversi yang berkaitan dengan perempuan. Shila Amzah, Uqasha Senrose dan yang terbaru, Nelydia Senrose. Akibat berkongsi gambar di bawah di akaun Instagramnya dengan caption “Tak payah pening-pening, dah depan mata”, Sharnaaz telah membuatkan kekasih Nelydia iaitu Qi Razali cemburu tak ingat!!!

nelydia sharnaaz ahmad

Advertisement

Kalau Abang Nara jadi Qi pun memang panas hati dibuatnya. Menerusi akaun Twitternya, Qi meluahkan kata-kata kecewa yang berbunyi “Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you’” dan ‘Menerima hakikatnya, Redha”. Status-status ini kemudiannya telah dipadam oleh Qi. Malah menerusi Instagramnya Qi turut berkongsi sekeping gambar dengan ayat “Because a picture and a caption can kill you sometimes…

qi dan nelydia

Namun Sharnaaz dengan segera menafikan dia mempunyai sebarang hubungan dengan Nelydia Senrose. Jelas Sharnaaz:-

Gambar yang saya post tu adalah gambar kami kat set penggambaran dan itu adalah dialog dalam drama tu. Saya tiada niat apa-apa. Saya cuma nak promosikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Itu saja.

Saya faham perasaan Qi. Saya tak nak besar-besarkan cerita, sebab sekarang asyik saya jer kena game. Saya macam dah tak boleh rapat dengan sesiapa dah sekarang ni. Tapi tak apa lah, ini pun isu yang terakhir (sebelum bersara tak lama lagi).

Kalau dia (Qi) tak suka, saya minta maaf. Kejap lagi saya jumpa Nely, kalau dia suruh saya delete gambar tu, saya delete lah

Fuh ~~ Memang susah bercinta sesama pelakon ini kan? Bagi Abang Nara Qi wajar untuk cemburu. Namun selepas mendengar penerangan Sharnaaz, mungkin Qi boleh melupakan apa yang terjadi. Memang sudah tanggungjawab para pelakon untuk mempromosikan filem atau drama lakonan mereka. Semoga kekeruhan dan silap faham yang terjadi dapat diselesaikan antara mereka bertiga.
year end sales

P.S: Diskaun sehingga 50% untuk dress kegemaran anda di butik EDZ di alamat: 40-G, Seri Bangi, Jln 8/35, Bdr Baru Bangi, Selangor. Tel 03-89123410. Klik di sini untuk shopping online. Instagram: @edzmalaysia. Facebook: fb.com/eightdesigns.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...