Written by AbangNara | March 17th, 2015

Abang Nara sebenarnya takut sikit dengan benda-benda yang berkaitan dengan pembedahan. Lagi-lagi kalau bab-bab darah. Itu yang Abang Nara rasa cuak sikit apabila melihat gambar bekas jahitan pembedahan di kepala yang telah dikongsikan oleh Nazim Othman. Terus terbayang apa yang terjadi di dalam bilik pembedahan. Itu baru bayangkan dah rasa cuak, kalau Nazim Othman mestilah lagi cuak rasanya.

nazim othman

Nazim Othman juga telah meminta untuk diberi ruang dan pemahaman daripada para peminat sementara dirinya sembuh sepenuhnya setelah pembedahan ini. Tulis Nazim.

All I need is some space and understanding in this healing period. I’m sorry I didn’t share much. I’m telling U it’s not easy to let someone crack my skull for the brain surgery although it’s for my good. So yea, some space please. If U can’t say something good and positive , I’d appreciate your silence. Thank U so much. May Allah bless us all. Amin. #nothereforsympathy #notsellingmystoryforpublicity

Untuk yang tak berapa pandai omputeh, meh sini Abang Nara translatekan. Tulis Nazim “Apa yang saya perlukan ialah sedikit ruang dan pemahaman ketika dalam proses pemulihan ini. Saya minta maaf kerana tidak banyak berkongsi. Saya nak beritahu yang bukannya mudah untuk membenarkan seseorang untuk ‘crack’ (pecahkan?) tengkorak untuk pemebedahan walaupun ia adalah untuk kebaikan saya. Jadi ye, saya perlukan sedikit ruang. Jika anda tidak boleh bercakap apa-apa yang positif, saya menghargai kesenyapan anda. Terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.”

nazim othman

Power juga teknik translation Abang Nara nie. Jadi seperti yang dimahukan oleh Nazim, marilah kita memberinya ruang untuk berehat agar pulih sepenuhnya. Sama-samalah kita doakan agar Nazim segera pulih. Yang penting, memang ternyata benar Nazim Othman menghidapi penyakit di otak seperti yang dispekulasi sebelum ini. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Nazim Othman mengharungi cabaran dalam hidupnya ini. Amin.nazim othman P.S: Korang yang nak gi Korea tue, inilah guesthouse terbaru Malaysian Guesthouse in Seoul -FNsquared- yang sudah siap sepenuhnya. Dapur ada, bilik tidur cantik kemas, sarapan disediakan, bilik air best dan macam-macam lagi kemudahan yang awesome!!! Harganya? Tak mahal pun. Cuma 19,000 won sahaja satu malam. Kira-kira RM60. Murah kan? Silalah email ke nasifariq@gmail.com atau Whatsapp +821083955711 untuk pertanyaan lanjut. Selamat bercuti ke Korea!!!

37 responses to Kongsi Gambar Bekas Jahitan Pembedahan, Nazim Othman Minta Diberi Ruang

  1. Anonymous says:

    Get well soon dan semoga NO tabah menghadapi ujian ini

    0

    0
    • Macai Nara says:

      Hi nara , hanez suraya ada sindir u dan sgt rmai perempuan bertudung yg bodoh back up permpas dan pemusnah rumah tangga org tu hehehe

      0

      0
      • kelolo says:

        mana mana mana mana??

        0

        0
        • Saodah says:

          Dh delete dh , kt insta , sbb dia tk tahan blog ni melahirkan rmai pengkritik2 handalan , kalau prangai elok tkda nya org nk komen bukan2 betol ke tideksssss ??

          0

          0
  2. Anonymous says:

    kejapnye operate?? slalu operate kepala ambek mase yg lama nk sedar..

    0

    0
    • lynn says:

      my mom dulu pun operate kat kepala sebab ada blood clot. pagi ni dia operate, esok petang dia sedar. depends on sorang2 punya kekuatan lah.

      0

      0
    • hamba Allah says:

      may b u should know something…bodoh la die if nak up story utk kesian2…jgn persoal bnde yg kamu xtahu…i’m working in hukm and i know bout his case….so pls respect others….

      0

      0
      • popi says:

        he should respect himself first. kalau dok upload gambar dgn caption yang.. ehem.. memancing simpati.. pastu bila orang dah start concern, mintak beri ruang pulak.. dah kenapaaaa.. baik tak payah upload apa-apa at the first place, betul tak? bukan semua orang tau cerita betul.. so kalau nak bgtau, biar teranggggg

        0

        0
    • Rondoletti says:

      Sengal. Kau tgk drama swasta banyak sangat, kot? Kalau nk speculate, check fakta dulu. Google di hujung jari, begitu senang nk cari info ttg keadaan pesakit selepas pembedahan. Susah org bajet pandai tp hakikatnya lembu lagi pandai drpd kau. Lembu, at least tak reti nk berbunyi kalau takde perkara baik yg nak diperkatakan.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Tanye pun salah.. aku tanye sbb aku ade experience la.. arwah ayah aku dilarang operate kepala kerana byk risiko dia..mungkin faktor usia.. kepala paling sensitif n tinggi risiko dia.. aku tak kutuk pun org.. salah ke? tq panggil aku lembu.

        0

        0
  3. Anonymous says:

    bang nara google translate laa tu.. hahaha.. xpaham.. dia dah operate otak ke belum? cepatnye..

    0

    0
  4. FD says:

    Tak payah la banyak soal..doakan yang baek2 dan semoga die cepat sembuh je..pembaca BN segelintir memang jenis tak paham bahasa..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Kalau nak space sangat x payah post apa2 kat instagram dari awal. No one will care no one will ask itu ini u can have all space in the world.

    0

    0
    • Ñon luca says:

      Thats right. U want privacy but u ARE the one going round telling others abt it. Just keep quiet n rest my fren. Take care.

      0

      0
    • miss lollipop says:

      ye, dia nak space, tapi dia jugak nak doa org muslim, sbb tu dia post minta kita doakan dia.. kalau ditakdirkan aku sakit mcmni pun, aku akan minta kawan2 aku doakan aku, tapi rasanya aku pun tak sempat nak pikir cerita detail bla bla bla dkt ig semua.. sakit wooo… aku migrain pun dah merekot atas katil.. mak tanya ok ta.?.. aku jawab ok..ok je, tak sempat pun nak cakap, mak saya sakit ni, pada jam ini, ketika ini, kesakitan tahap 1 skala 10 bla bla bla..

      dia ni special, selain kawan ada peminat, so kalau peminat turut berdoa, lagi ramai yg doakan dia…ko aku tak tau la anon, ko kebal, kalau sakit tu, tak minta doa bagi cepat baik…

      0

      0
      • kelolo says:

        well, the doa comes with a price la.. the price is the privacy.. dah sedap ko dapat doa, pastu mintak orang bagi space pulak, haiyah! tamak haloba betui.

        0

        0
    • Biskut says:

      aku baru nk ckp benda yg sama. dr awal dia sendiri yg post gmbr d IG pa smua smpai peminat tertanya2. dh nama nye artis so mmg public nk amik tau. kalau nk space, jgn expose dr awal. anyways, get well soon!

      0

      0
  6. xxxx says:

    nara: I’d appreciate your silence = saya menghargai diam anda.
    kesenyapan macam tak kena.

    0

    0
    • Elizabeth Tam says:

      Amboi abg Nara… Speaking hang noks!
      Ni nak tolong gak…
      “Jika anda tiada kata-kata positif, saya mohon anda diamkan diri”

      0

      0
      • zycadrian13 says:

        Nara…your translation ke laut.
        ‘it’s not easy to let someone crack my skull’ should read as ‘bukannya mudah bagi saya untuk membenarkan seseorang membuka tempurung kepala saya’
        ‘If U can’t say something good and positive , I’d appreciate your silence’ should read as ‘kalau kalian tiada kata-kata yang baik mahupun yang positif, saya mohon kalian berdiam diri’

        0

        0
  7. Anonymous says:

    Kalau nak space sangat x payah post apa2 kat instagram dari awal. No one will care no one will ask any question u can have all space in the world!

    0

    0
    • sophea loren says:

      Org yg tak diuji macam anda memang mudah menghamburkan kata2 nasihat bongkak seperti ini. Perkongsian yg Nazim buat ini dari sudut positifnya bagus untuk healing. Ramai keluarga, sahabat dan peminat mendoakan kesembuhan dia. He is a strong man, and well mannered walaupun dikeji. Sebab dia tabah lah dia diuji dgn ujian berat. Menaikan darjat, menghapuskan dosa, menambahkan pahala.
      Anda bila nak bersedia?

      0

      0
    • Anonymous says:

      The thing is, it is up to him whether he wants to post something or not, on his own Instagram account. It’s not that his post is bothering anyone anyway. However, people who can’t shut their mouth at all and keep on posting idiotic comments about others are the most unrespectful in this case. For goodness sake, at least respect him by granting his small favor that doesn’t even cause any harm to you. I know that we can’t shut people’s mouth but, don’t you people at least put yourself into his situation. It is not easy to be someone who is always being observed by thousands of people.

      0

      0
  8. nok gebuzzz says:

    akk sepupu aku pun ada mengalami surgery mcm ni,kes yg sama…operation selama 12hrs and menghadapi risiko wajah nya ada perubahan sikit apabila berckp dan telinga sebelah dah x dgr…lagi byk menganggu emosi juga penglihatan,tapi dia seorg yg kuat semangat,hanya berehat 3 bln dah sibok nak kerja dan skrang boleh drive lagi….

    0

    0
  9. bubu says:

    Slalu operation camni muka bengkak … Lama baru sediakala …ni mcm muka model pulak …

    0

    0
    • Anonymous says:

      kalau tgk kat scar tu, suture pun dah cabut, means dah 2 weeks lebih kurang. Kalau baru lagi, mana leh nak terdedah tempat jahit tu. So, dah 2 minggu muka manada bengkak.

      0

      0
    • Anonymous says:

      bodohnya kamu…

      0

      0
  10. Pujangga says:

    Semoga cepat sembuh… Amiin…

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Erkkkkkkkk ingat g buat face-lift

    0

    0
  12. Anonymous says:

    xxx

    0

    0
  13. is says:

    Kami sekeluarga mendoakan nazim cepat sembuh. Dan tabah menghadapi ujian dari allah.

    0

    0
  14. joe kidd says:

    xnak simpati xnak publisiti konon..kalau xnak orang tanya apa2, so jgnlah post apa2 bg hint pasal sakit/operation/gambar ko tu.. typical attention seeker .. apepun aku doakan ko cepat sembuh Nazim..xyah la post apa2 kt insta tu wat mase ni kalau nak ketenangan..OK?

    0

    0
  15. takde nama says:

    aku doakan ko cepat sembuh ye nazim tapi aku ade rase annoying la sikit dgn ape yg ko cakap..kalo xnak org tanye pape jgn la post pape psl sakit tu..pic tu pon pose mcm x bole bla je…huhuhuhu

    0

    0
  16. rose rossa says:

    smoga cepat sembuh…tabah dgn dugaan hidup, cekal apa jua cabaran..
    Amen.

    0

    0
  17. cik tata says:

    Semoga NO cepat sembuh. Sakit itu datang dari Allah, ubatnyer pun dari Allah. Kami yg melihat hanya mampu berdoa, yang tuan empunya diri perlu lebih dekatkan diri dengan Allah. Kami boleh bagi ruang tapi NO perlu bagi ruang jugak untuk NO lebih dekat dengan Allah. Semoga cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk hadapi ujian Allah ini.

    0

    0
  18. anon says:

    peel lelaki lembut,standard la inthe the first place

    peel lelaki lembut,standard la,halo org tak kesah pon ko nak nak operate …’give me some space’ konon…sendiri post ,pastu sendiri komen HADOIYAIIIII

    0

    0