Written by Bella | March 17th, 2016

Komposer  terkenal dan merupakan bekas pengajar Akademi Fantasia, Datuk Adnan Abu Hassan kini dilaporkan sedang kritikal akibat serangan angin ahmar, diabetes dan buah pinggang yang gagal berfungsi.

Bergantung kepada alat pernafasan sahaja buat masa ini, Adnan kini berada di ICU Hospital Selayang dan para doktor mengesahkan beliau dalam keadaan tenat. Berita tersebut disahkan sendiri oleh Pengurus Artis & Repertoire Luncai Emas Sdn Bhd, Sham Amir Hussain .

Adnan menghidap kencing manis dan darah tinggi. Sejak dimasukkan ke hospital awal pagi tadi, beliau hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Doktor juga ada meminta ahli keluarganya berada di sisi untuk memberikannya semangat.

Adnan banyak bekerja dengan nama-nama besar seperit Datuk Siti Nurhaliza, Fauziah Latiff, Sheila Majid, Misha Omar dan ramai lagi.

Antara lagu hits beliau ialah  Bunga-Bunga Cinta yang dipopularkan oleh Misha Omar dan Janji Manismu nyanyian Aishah.

Kami di BeautifulNara berharap keluarga Datuk Adnan Abu Hassan bersabar dengan dugaan ini. Sama-sama kita doakan beliau masih mempunyai peluang untuk sembuh.

Sumber Berita : BH ONLINE

6 responses to Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Dilaporkan Sedang Kritikal

  1. Pekerja Gomen says:

    Innalillahi wainna ilaihi rajiun…
    Moga keluarga beliau tabah…

    0

    0
  2. mutakamil says:

    Antara lagu hits beliau ialah Sinaran nyanyian Shiela Majid, Bunga-Bunga Cinta yang dipopularkan oleh Misha Omar dan Janji Manismu nyanyian Aishah.

    Fakta salah beb..Sinaran ciptaan Azlan Abu Hasan & Janji Manismu ciptaan Adam Ahmad

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Jom sdkh kn alfatihah pada arwah

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Innalillahi wa inna ilahi roji’un.
    Dh selamat kembali ke rahmatullah.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Dah meninggal ke?

    0

    0
  6. Bro Der says:

    Rasanya beliau dah lama x berapa sihat..
    Last jumpa dia tahun 2014 ketika menjadi ketua juri untuk pertandingan koir peringkat kebangsaan kementerian kesihatan Malaysia…
    Memang time tu risau jgk tengok dia berjalan macam nak jatuh jer…
    Harap beliau akan pulih seperti sediakala..
    Kpd keluarga semoga tabah mengharungi saat2 sukar spt skng…

    0

    0