Komen Artis Mengenai Penahanan Dr Asri, Bekas Mufti Perlis

Komen Artis Mengenai Penahanan Dr Asri, Bekas Mufti Perlis

dr asri

Kami di BeautifulNara taknak bagi pendapat atau komen mengenai penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri sebab kami tak tahu menahu hal sebenarnya yang berlaku. Tapi ada beberapa artis yang dah bagi pandangan peribadi diorang. Jom kita dengar apa diorang cakap.

Advertisement

1. Mohd Asri Ubaidullah (anggota kumpulan Rabbani)

[note]Kami amat simpati dengan apa yang berlaku pada Dr Asri. Perkara itu tidak benar, tentu kami tidak setuju dengan tindakan yang diambil. [/note]

2. Aishah, penyanyi lagu Janji Manismu

[note]Tak habis-habis orang nak dengki. Tak tahu lah apa nak jadi…[/note]

Ada jugak artis-artis yang SMS direct kat Dr. Asri dan bagi kata-kata semangat kepada beliau. Antara artis-artis yang menyokong beliau ialah Maya Karin, Wardina, Betty Benafe dan beberapa pengarah dan produser filem. Di bawah ialah kata-kata dari Dr. Asri:-

[note]Ada yang SMS, ada yang hubungi saya. Mereka harap saya bersabar hadapi fitnah ini ini. Kata mereka, ini semua kerja orang yang hasad dengki. [/note]

Jelasnya lagi, ada seorang artis itu berkata…”Kalau mufti boleh dilayan begitu, apa tah lagi kami golongan artis.”

P.S: Kami sekadar berkongsi maklumat sahaja dan tidak ada kena mengena dengan pendapat yang diberikan oleh mana-mana pihak berkaitan dengan penahanan bekas mufti Perlis ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...