Written by AbangNara | October 13th, 2014

POPLOOK sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi. Selaku peneraju kedai online untuk fesyen muslimah, POPLOOK kini merupakan satu nama yang cukup disegani di seluruh Malaysia.

Berikutan kejayaan tema ‘Weddings & Celebrations’ pada tahun lepas, kali ini pereka fesyen POPLOOK tampil dengan koleksi yang lebih besar dan lebih menarik untuk sambutan tema ‘Weddings & Celebrations’ buat kali kedua.

Kali ini, ‘Weddings & Celebrations II’ akan menampilkan 17 rekaan menggunakan fabric chiffon yang terhalus dengan kesemuanya dilengkapi ‘lining’. Koleksi ini turut memperkenalkan pakaian untuk kanak-kanak dan lace untuk sentuhan lebih mewah dan penuh tekstur. Koleksi kanak-kanak akan dilancarkan pada 16 Oktober 2014.Yang pasti, koleksi ‘Weddings & Celebrations II’ bakal memberikan anda pelbagai jenis pilihan sama ada sebagai pakaian pengantin atau untuk gadis-gadis yang bakal mengapit anda di hari bahagia. Paling terbaik ia turut sesuai untuk digayakan sekiranya anda menghadiri majlis perkahwinan atau menghadiri majlis-majlis keraian.Jangan lupa untuk LIKE Facebook POPLOOK , ikuti Instagram POPLOOK dan Twitter POPLOOK untuk melihat dengan lebih lanjut fesyen-fesyen yang ditawarkan dalam koleksi ‘Weddings & Celebration II’ ini.

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.