Written by AbangNara | July 3rd, 2015

Tiada kata yang dapat Abang Nara ucapkan apabila melihat keterujaan wajah wife tercinta apabila melihat koleksi POPLOOK Premium Raya 2015 ini. Memang cantik-cantik belaka. Ekslusif sangat-sangat. Abang Nara yang lelaki nie pun boleh ternganga mulut dibuatnya, inikan pula kaum Hawa yang memang pandai menghargai kecantikan.

poplook rayaPOPLOOK Premium Raya 2015 ada 8 rekaan kesemuanya. Setiap rekaan diilham untuk menyerlahkan lagi ciri-ciri feminin si pemakainya dan berkonsepkan klasik silhouettes. Material yang digunakan pula sangat anggun dan mewah seperti sutera, renda, chiffon, jahitan manik dan sulaman emas. Cerita banyak tak guna, jom kita tengok beberapa koleksi POPLOOK Premium Raya 2015.

poplook rayaDress Lizah dan Nabilah ini laris macam pisang goreng panas di POPLOOK. Lace di lengan menyerlahkan lagi keanggunan si pemakainya. Ada zip di bahagian belakang untuk memudahkan pemakainya. Kalau pakai di pagi raya, memang confirm ramai yang akan memuji kecantikan anda.

poplook rayaAfifa, Hanifa, Rafidah dan Fatimah amat sesuai untuk mereka yang mahukan sesuatu yang lain di bahagian atas dan bawah. Dijual berasingan, kalau anda jenis yang suka mix and match, silalah tengok koleksi top dan skirt ini. Main-main sikit dengan warna yang ada. Design dah confirm cun dah. Kualiti dijamin terbaik.

poplook rayaNoraini, Hidayah dan Hameeda pun tak kurang cantiknya, Jahitannya yang teliti pasti akan membuatkan anda puas hati. Kalau pakai masa pergi jalan-jalan raya memang terbaiklah. Wife Abang Nara dah order yang Noraini tue dah. Katanya nampak selesa dipakai.

poplook rayaJangan risau tentang saiz baju-baju POPLOOK Premium Raya 2015 ini sebab ia bermula dari XS sehinggalah 4XL. Confirm ada saiz punya. Harganya pula amatlah berpatutan. Sekitar RM119 sehingga RM199. Mana nak dapat baju raya yang se’gorgeous’ ini pada harga yang macam tue? Hanya POPLOOK je yang mampu. Nasihat Abang Nara, silalah ke www.poplook.com sekarang. Nanti kalau dah habis, menangis keluar darah pun tak berguna. Selamat membeli!!!

Jangan lupa untuk LIKE Facebook POPLOOK , ikuti Instagram POPLOOK dan Twitter POPLOOK untuk melihat dengan lebih lanjut fesyen-fesyen yang ditawarkan dalam koleksi Premium Raya 2015.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

4 responses to Koleksi POPLOOK Premium Raya 2015 Ini Pasti Akan Buat Anda Teruja

  1. melati says:

    Walau pun aku kurang minat gan Rosmah tapi benci lagi kt Rozita Che Wan…mcm binatang perliharaan pulak aku tgk Che Ta ni..

    0

    0
  2. fansuri says:

    baju menjolok mata

    0

    0
  3. lady says:

    abg nara mn promo utk nile tu?dh buang ke?ckp ada promo hapi hour utk brg nile tp bila kta select item yg ada promo msa hapi hour tu trus brg xada….apala nile ne…bg harapan palsu…huhuhuu

    0

    0