Written by AbangNara | January 29th, 2016

Fuh. Super duper awesome koleksi terbaru daripada Jovian Mandagie ini. Tak perlulah Abang Nara nak perkenalkan siapa Jovian Mandagie ini. Rasanya semua pun kenal dan tahu kehebatan pereka fesyen tersohor ini. Kali ini, Jovian Mandagie telah berkerjasama dengan Lazada untuk menghasilkan Koleksi 2016 Jovian Mandagie x Lazada.
jovian

Abang Nara yang lelaki ini pun terkesima melihat kecantikan rekaan-rekaan terkini Jovian Mandagie ini. Nasib baiklah wife Abang Nara masih belum tahu kewujudan koleksi terbaru Jovian x Lazada ini. Kalau tak confirm dia akan terus beli 3,4 helai punya. Koleksi terbaru Jovian Mandagie eksklusif untuk Lazada ini mermberi fokus kepada wanita moden mengikuti perkembangan fesyen tetapi masih mengekalkan elemen sopan dalam berpakaian. Sesuai sangat untuk dipakai ke tempat kerja, event-event dan juga majlis makan malam. Confirm nampak stunning!!!

jovian mandagie

pergh warna dia. menarik!!!

Semua rekaan Jovian Mandagie x Lazada untuk tahun 2016 ini adalah jenis ‘ready to wear’. Beli hari ini, lusa sampai rumah, tulat dah boleh pakai pergi office. Jangan risau takut terbeli yang sama dengan kawan satu office sebab untuk koleksi kali ini, ada 28 rekaan kesemuanya. Banyak sangat pilihan. Rambang mata nak memilih. Jom kita tengok sikit antara koleksi yang ada. Biar menggeletar tangan korang nak terus beli.

jovian

jovian

jovian

jovianjovian

Kita tengok pula video reaksi daripada mereka yang telah hadir ke majlis pelancaran Koleksi 2016 Jovian Mandagie x Lazada ini. Semuanya memang muka kagum

Kesemua koleksi 2016 Jovian Mandagie x Lazada ini sudah pun boleh dibeli di www.lazada.com.my sejak 21 Januari yang lalu. Harga pun sangat berpatutan. Dengar ceritanya memang laris macam pisang goreng cheese panas. Kalau terlambat silap-silap boleh habis stok. Jadi bersiap sedialah untuk mengeluarkan sedikit wang gaji anda untuk tampil bergaya dengan rekaan terbaru Jovian Mandagie ini. Sekali sekala reward diri sendiri apa salahnya kan?

jovian

tahniah Jovian & team sebab rekaan anda memang awesome

Jadi tunggu apa lagi? Layari www.lazada.com.my/jm-x-lazada sekarang juga dan dapatkan koleksi 2016 Jovian Mandagie x Lazada. Selamat membeli!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

28 responses to Koleksi 2016 Jovian Mandagie x Lazada Ini Akan Buatkan Dompet Anda Nipis Tanpa Disedari

  1. Anonymous says:

    pakailah pakaian yg menepati syariat islam..’.kita tak tahu mati bile..

    0
    0
  2. melati says:

    cantik semua…..tapi yg jadi masalah spesis yg paling di benci Nabil selepas Khinzir..

    0
    0
  3. idontlike says:

    Sorry beb..kalau aku ada duit byk pn tk ingin nk beli koleksi ni…design+pattern semua ke laut..harga lg le jauh ke laut dlm..baik beli bju kt jln tar, sogo,uda ocean lg murah & cantik. Designer2 ni jual nama je…seriously no value foroney..zaman gawat.ni baik jgn membazir

    0
    0
  4. UstaJah says:

    Ramai org menyangka, pakai tudung da tutup aurat. Silap besar sebenarnya. Anda pakai tudung tapi lengan x tutup, anda pakai tudung tapi dada siap dipamerkan, anda pakai tudung tapi baju dan smua ketat nampak bentuk tubuh. Yg badan berisi atau kurus masing2 nk tonjolkan badan. Moga Allah beri hidayah dan taufikNya pada kita semua…

    0
    0
  5. jovian_pondan_tua says:

    SATU PUN TAK CANTIK !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0
    0
  6. Lara says:

    Ingat lepas SPM dulu ada belajar menjahit dengan nenek, macam dalam gambar la pesen2 baju yang I jahit, corak kain pun yang bodo2 jer sebab yer la, kain murah buat untuk belajar. Ini kalau saper2 beli harga melampo mahal mmg aku gelakkan jer la.

    0
    0
  7. Anonymous says:

    ini ko panggil fesyen??

    aku pun reti kalau gini rupa fesyennye!

    sesuai sgt la tross sarong tudong paridahhhh gi kenduri

    0
    0
  8. Ros says:

    Not impressed.

    0
    0