Kita Tidak Perlu Bernama “Malaysia” Untuk Berkongsi Malaysia

Hiburan

Kita Tidak Perlu Bernama “Malaysia” Untuk Berkongsi Malaysia

Tanggal 16 September, seluruh rakyat Malaysia di seluruh dunia menyambut Hari Malaysia dengan semangat cintakan negara yang begitu berkobar-kobar sekali. Penuh kereta-kereta, rumah-rumah dan bangunan-bangunan dengan bendera Malaysia yang dikibarkan sebagai tanda bersyukurnya kita dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.

malaysia

Advertisement

Apa yang menarik perhatian Abang Nara sepanjang minggu Hari Malaysia itu ialah video daripada Digi yang berjaya menjumpai seorang rakyat Malaysia yang bernama “Malaysia”. Comel sungguh auntie yang nama penuhnya ialah “Malaysia Rani” ini. Ramai yang terkejut apabila mengetahui nama penuhnya mengandungi nama negara kita yang tercinta.

malaysia rani

Bila orang ramai diminta meneka namanya, kebanyakan memang gagal. Iyerlah, Abang Nara pun sepanjang hidup ini tak pernah lagi jumpa mereka yang bernama Malaysia. Lepas tengok video ini baru tahu rupa-rupanya nama Malaysia adalah nama negara yang paling banyak digunakan untuk pendaftaran.

Apa yang mengharukan Abang Nara ialah auntie Malaysia Rani ini pun tak pernah bertemu dengan mana-mana insan lain yang mempunyai nama serupa dengannya. Sedih juga mendengar luahan hatinya yang sedih, malu dan kecewa pada mulanya apabila seringkali diejek kerana namanya. Iyerlah, masa kecil-kecil kan kalau nama pelik sikit memang jadi mangsa bahan kawan-kawan.

Impian auntie Malaysia Rani untuk bertemu seseorang yang mempunyai nama serupa dengannya akhirnya tercapai jua. Malaysia dan Malaysia akhirnya dipertemukan. Kedua-duanya jelas nampak terharu sangat-sangat.

Walaupun nama Abang Nara tidak mempunyai Malaysia di dalamnya, tetapi semangat cintakan dan sayangkan negara ini memang sangat mendalam. Kita tidak perlu mempunyai nama “Malaysia” untuk hidup aman makmur, damai, bahagia dan sejahtera di negara sendiri. Kita juga tidak perlu bernama “Malaysia” untuk menghargai negara tercinta. Kita sebagai rakyat Malaysia, harus bersyukur dan berkongsi kegembiraan lahir sebagai seorang rakyat Malaysia.

malaysia

Selamat Hari Malaysia Abang Nara ucapkan kepada semua pembaca BeautifulNara. Semoga negara kita terus maju dan makmur. Panjatkan doa untuk kesejahteraan bumi ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...