Written by AbangNara | July 11th, 2016

Nasihat yang baik selalunya memang pedas dan sukar diterima. Abang Nara sebenarnya bersetuju dengan kata-kata David Teo kerana pengakhiran hidup Allahyarham Tan Sri P. Ramlee memang agak menyedihkan (berdasarkan dokumentari dan cerita-cerita di Internet yang Abang Nara baca). Menjadi selebriti sama ada pelakon, pengacara dan penyanyi memerlukan kita merancang kewangan dengan bijak. Masa tawaran tengah banyak kenalah beringat dan menyimpan. Jangan bila dah suam-suam kuku baru nak insaf serta menangis bila tengok akaun bank ada 20,30 ringgit je.

david teo

Tidak dinafikan David Teo telah berjaya membentuk ramai selebriti seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Farid Kamil, Intan Ladyana dan ramai lagi di bawah naungan syarikatnya. David Teo juga menjelaskan tentang artis naungannya yang tidak menyambung kontrak selepas beberapa tahun bersamanya. Kata David Teo:-

Kalau tak jadi jutawan, jangan jadi pelakon. Gila glamor buat apa? Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Perbelanjaan kenalah dikawal secara berhemat. Kita tak boleh masa glamor lupa diri, berlagak dan berjoli tetapi bila dah tua tak ada duit.

Tak ada perkataan tinggalkan MiG cuma bila sudah dewasa, mereka kena berdikari. Lisa Surihani dan Shaheizy Sam lima tahun bersama MiG. Farid Kamil dan Yana Samsudin 11 tahun. Intan Ladyana masih sambung kontrak sejak filem ‘Jangan Pandang Belakang’. Siapa yang mahu berdikari, saya persilakan tetapi pelakon baharu yang tak ada disiplin akan dipercepatkan setahun saja kontrak untuk keluar sebab kita nak cipta bintang bukan glamor yang tak ada prestasi.

ramlee

Dengan ramai rakyat Malaysia yang diisytihar muflis kerana perbelanjaan yang tidak dikawal, nasihat David Teo ini seharusnya diterima pakai oleh semua golongan, bukan selebriti sahaja. Apa pula pendapat anda? Wajarkah persamaan dengan seniman agung P. Ramlee digunakan oleh David Teo? Kredit The Malay Mail Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to Kita Kena Kaya Raya, Jangan Seperti P. Ramlee Tinggal Pun Di Tepi Bukit Bintang – David Teo

  1. peeeiiiiii says:

    nasihat untuk berjimat dan jadi kaya dah cukup bagus..tapiiii xpe perlu kot nak maklumkan keadaan seniman p.ramlee….

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Kenyataan kena harus terima walau pun pahit …. ambil iktibar ….

    0

    0
    • makjenab says:

      betul…tak salah david bagi contoh macam tu sebagai peringatan. ambik yg positif, jangan terus nak hentam je

      0

      0
  3. Corse 848 says:

    Cari contoh lain la..kenapa sebut P.ramlee..dia jadi susah pun sbb apa?? ..wlupun dia susah..filem2 dia semua org ingat..melayu..cina..india semua tgok cerita dia..

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Setuju guna P Ramlee sebab:-
      1- Dia mmg artis contoh yang terkenal tapi tak berharta.
      2- Sambil2 smash pada pihak yang berkenaan. Org dah mati baru nak bayar royalti, baru nak bagi gelaran Tan Sri, baru nak angkat hasil karya seni… hanya bila dah mati…

      0

      0
      • Anonymous says:

        bab lepas mati br dapat gelaran tu dah salu kena smash..nampak le pembaharuan tp sampai melampau2 plak..ntah apa jasa pun tub2 dapat dato huhu

        0

        0
  4. sian.. says:

    setuju! rata2 yg jd retis adalah hauk masa depan, tak beringat ms time senang.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    P Ramlee memang tak kaya di akhir hayatnya tapi karya dia sampai sekarang dihargai masih relevan tak macam pengarah sekarang kalau buat filem komedi nampak sangat komedi bodoh.Tak der mutu & pengajaran langsung.Tak perlah P Ramlee tak kaya tapi sampai sekarang filem2 dia diminati & dialog2 lucu nyer di ikuti tak macam filem sekarang tengok sekali cukup atau tak tengok terus tak aper.

    0

    0
  6. Intan says:

    P ramlee sebernanya boleh jadi kaya . Tapi dia tak copywrite semua karya dia membuat bangsa si david teo ni yg kaya. Shaw and cathay tu actually berkembang dgn duit p ramlee drg kaya pasal p ramlee. Jgan nak sama kan bangsa islam ngan bangss kau lah david bangsa kau fikir duit and kikis duit org p ramlee dia meninggal pun sbb nak tlg org..

    0

    0
    • Bajet bagus says:

      ada ke david teo cakap pasal bangsa? sensitif nye kawwwwwwwww

      0

      0
      • fr says:

        ya.. aku setuju dgn intan.. p ramlee xberduit ada sbb.. dan sbb dia sgt berkait rapat dgn geng geng slit eyes tu.. kpd bajet bagus.. please learn history.. jgn bajet bagus je taw.. peace yall

        0

        0
    • Anonymous says:

      setuju dengan kenyataan intan…yg jdi mangsa bukn setakat arwah pramlee tpi dengan keturunan dia sekali …. ni bukan nak racist tapi memang kenyataan nya … hasil dari karya2 arwah masih lagi dinikmati oleh mereka2 yg berkenaan sampai sekarang ….

      0

      0
  7. Anonymous says:

    walaupun pahit kena terima kenyataan..bukan takat arwah p ramlee je tapi kebanyakan artis sampai zaman 80an & beginning 90an pun ada yang susah..artis sekarang je dah buka mata sikit dapat payment je buka bisnes..itu pun ada gak sesetengah yang masih mcm ni..contoh p ramlee tu cuma sebab p ramlee paling terkenal

    0

    0
  8. X says:

    P ramlie bukan kejar kekayaan pun.kau apek memang hidup kejar duit.tengoklah filem kau semua mata duitan,perosak genarasi.sampah.Cakap main hembus saja.filem satu pun tak boleh dijadikan tauladan.kau mati pun nak juga bawa duit.Hidup kau hanya pikir duit.sebab tu ramai apek kat dalam rumah hanya ada kerusi dan meja lipat plastik.tapi kereta estima.takde duit memang hina bagi diaorang,sesama bangsa pun mana ada nak bantu kalau merempat.duduk sebelah orang miskin nie sial bagi diaorang.

    0

    0
    • melayu kena jual dgn apek says:

      betul tu cerita DT membodohkan melayu merosakkkan bangsa melayu.. byk pulak melayu bodoh x tahu hakikat dia P Ramlee down bkn sbb x berjimat tp sbb shaw brothers sykt cina yg menjatuhkan dia lepas gunakan dia..

      0

      0
  9. Anonymous says:

    aku setuju ngan ap y apek tu ckp..memg le pahit tpi hakikatnya memg betul ap..bukan p.ramlee je y susah..ramai retis lain pn sama…masa senang x bringt..

    0

    0
  10. xoxoxo says:

    Zaman berubah. Artis dahulu berkorban, hidup susah kerana minat. Takpelah, David means well. Cuma arwah Tan Sri P Ramlee hidup susah bergolok gadai untuk filem, tapi bakat sebagai pengarah, pelakon, penyanyi mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Bayangkan apa pencapaian yang David and penerbit sekrg yang kaya raya dengan segala kemudahan moden yang ada boleh capai. Tapi kenapa masih kosong?

    0

    0
    • XYZ says:

      Trueee..I dont never watched David Teo’s movies.Apa guna kaya but cerita2 dia tak memberi impact.Atleast not for me.Cerita P Ramlee smpai sekarang ulang2 skrip dia.hehe

      0

      0
  11. mama says:

    Apa pon depa nak kata… mama tetap minat P.Ramli.

    0

    0
  12. chetaktaulah says:

    “Kita kena kaya raya. Jangan seperti P Ramlee tinggal pun di tepi Bukit Bintang. Anak dia kena kerja dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).”
    Pada aku Ini penghinaan.
    kalau anak dia tak kerja… tiap2 bulan U nak bantu ke ?
    Kalau U nak bagi misalan… tak payah lah nak sebut nama bagai. Lebih2 lagi P Ramlee.
    Kat Hollywood…Pelakun diorang Kaya Raya… hujung2 Bunuh Diri.
    Ohhhh David Teoh…..Kalau P Ramlee maseh Hidup… Aku rasalah U punya Production, mungkin tak wujud, lagi2 dgn Crita U yg mcm sampah. Pelakun under Production U pun ada yg so2, tapi yg pelakun kayu melebihi.

    0

    0
  13. FANS MELATI says:

    Diakhinya kita tiada siapa yg tahu..
    So tk payah Riak n ngata tentang org org yg terlebih dahulu ..
    Abg Nara berhati hati la jgk.. Skrg u senang kaya taja sana sini.
    Esok esok kita tak tahu..
    Maaf ye i tegur.. Bukan la AMALAN keturunan Bangsa utk kita herdik org yg da lama pergi.
    Diiktiraf bakatnya seluruh negara lagi.
    So stop it nk sama kan Harta dgn SENI!!!

    0

    0
  14. fr says:

    bagi aku klu nak nasihat ke apa ke jgn babitkan nama orang.. as simple as that.. kau ada harta.. kau boleh jamin ke harta kau tu bawak ke jalan kebaikan. jangan riak. jangan kapitalis sangat sampai bawak bawak nama orang.. duit hasil produk xberkualiti pon jangan nak dibanggakan.. lebih baik miskin dari jual produk sampah

    0

    0
  15. Anonymous says:

    Fakta memang perit…
    Memang betul pun P.Ramlee merempat walaupun terkenal. Kita org melayu cepat sangat melenting walaupun apa yg David Teo katakan itu adalah benar.

    0

    0
  16. cpah says:

    Saya setuju dengan DT. Maksud kata katanya ialah walaupun kita hebat pada zaman kita ( P Ramlee terhebat pada zamannya ), tetapi kalau tak pandai mengurus kewangan akan susah juga pada hari tua. Perkara ini banyak berlaku kepada artis malaysia sama ada yang masih hidup atau telah meninggal. Tapi biasala yang benar itu sangat pahit.

    0

    0
  17. Anonymous says:

    P Ramlee boleh di kira kategori successful zaman dia sebagai seniman tapi kurang pengetahuan dalam pengurusan keewang beliau jadi camni… x salah ambil beliau sebagai contoh.

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Nara yg BODOH!

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Fak ko nara

    0

    0
  20. Anonymous says:

    X yah nk delete la komen kalau berani…fuck u

    0

    0
  21. Respect Nusantara says:

    Apek ni patut berterimakaseh da lah lu buat movie pun utk bangsa melayu tengok ..
    Kalau u duduk China pun tak kan lu jadi Kaya mcm di Malaysia..
    So hati hati sikit bila u mau cakap , jgn jadi itu KACHANG LUPA KAN ITU KULIT .
    Kalau u tak tahu FAHAM ITU Bahasa MELAYU U baik bukak itu KAMUS..

    Yg komen melayu kuat melenting tu semua , habis kau expect apa ???
    Cuba lah ko buat ngata org org Bersejarah dalam industri pat Negeri OMPUTIH KE CHINA ke , siaplah dorang lenyek mulut org yg cakap ..tu.

    0

    0
  22. Nana says:

    Kenapa apek ni mcm mulut busuk ek?

    0

    0
  23. Filem kau serupa tahi says:

    P.ramlee jatuh miskin sebab Shaw Brother yg dah punggut bjuta2 dari karya/filem dia suddenly tamat kan kontrak, rtm pun sama tamatkan kontrak nyanyian dia, Pramlee seorg yg bjiwa seni dan tak suka bertelagah, dia boleh fight Shaw Brothers, tapi dia tak nak,

    Lagi satu nk ckp, dia miskin bukan sebab berjoli mcm artis zaman sekarang ini, tak ada perkataan berjoli dlm hidup beliau, dia dikhianati org sekeliling atas bakat luarbiasa dia,

    Macam mana Michael Jackson di khianati syarikat rakaman dia dan rakan2 dia, macam mana Tupac ditembak manager dia sendiri, macam mana Mahathir sekarang di sisih oleh BN/UMNO mcm itu nasib PRamlee,

    Apa yg David Teo ckp, tersasar jauh dri fakta, dia patut selidik betul sebelum bckp, dia seumpama Shaw Brother (producer : main wang )

    dia bukan PRamlee ( pyanyi, pelakon, pelawak, pengarah , penulis skrip , pencipta lagu, perintis, pelopor seni , penghibur )

    Ingat David teo, ramai org yg hormat anda kerana anda kaya, mereka sebenarnya tak hormat anda, mereka hormat wang anda, kalau anda kehilangan wang, tak ada siapa akan hormat anda lagi,

    PRamlee tak perlu wang utk dhormati, itu beza org seni dan org biasa,

    Sibukkan diri anda dgn buat filem yg bagus dari sibukkan diri dgn hal PRamlee, berhenti bt filem rempit yg tak mjana minda masyarakat, balik rumah lihat cermin.

    0

    0
  24. JuneJ says:

    Sorry Mr David Teo…you dun have to mention TS P.Ramlee as example, learn the history of ARWAH first before you give statement. None of your movie I like..

    0

    0
  25. roy gardner says:

    Mereka yang bacul dan sombong sahaja yang takut mendengar sejarah. Kita tidak pernah memadamkan nama Sultan Mahmud walaupun beliau mangkat di julang berebutkan nangka dengan Dang Anum. Kita tidak pernah memadamkan nama Sultan Abdullah walaupun beliau dibuang ke Pulau Seychelles. Menghormati orang yang mati bukan bermaksud melupakan pengajaran yang ditinggalkannya, samada hasil karya, ataupun bagaimana kehidupannya. Kenapa perlu menyalahkah si mata sepet yang mengaut keuntungan P Ramlee? Kenapa tidak mempelajari kesilapan ini dengan menyediakan modal untuk artis tempatan, memperkasakan royalti artis dan menggalakkan penabungan artis?

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Nasihat memang baik, tapi jangan ada nada menghina. David Teo, juga artis sekarang memang kaya harta, untuk dibandingkan dengan P. Ramlee yang hanya dikenali melalui filem yang kita tak jemu menonton dari kecil hingga tua. Karya beliau penuh hiburan , nasihat dan pengajaran. Melalui karya juga kita dapat mengenali personaliti beliau yang merendah diri, miskin harta tetapi kaya jiwa

    0

    0