Kita Harus Utamakan Pelakon Tempatan Daripada Pelakon Luar – Azalina Othman

Hiburan

Kita Harus Utamakan Pelakon Tempatan Daripada Pelakon Luar – Azalina Othman

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Seri Azalina Othman berpendapat bahawa syarikat produksi di Malaysia harus membuka ruang untuk pelakon tempatan menjayakan produksi mereka  dan tidak wajar untuk merekamengutamakan pelakon daripada luar, bagi mengukuhkan lagi industri perfileman negara. Azalina percaya bahawa Malaysia mempunyai ramai pelakon-pelakon, pengarah serta kru yang berbakat.

Advertisement

Saya tidak menentang orang luar tetapi biarlah kita utamakan produk tempatan. Kita keluarkan duit rakyat (geran) takkan nak ambil orang luar (berlakon). Apa yang saya lihat kita mempunyai pelakon-pelakon, pengarah dan kru yang berbakat. Kita perlu perbanyakkan penglibatan orang tempatan untuk memperkukuhkan lagi industri seni kita.

Pelakon yang berjaya mencipta nama di Malaysia ialah Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Adi Putra , Shah Iskandar dan ramai lagi.

Dalam pada itu Azalina turut menegaskan industri perfileman tempatan   perlu lebih kreatif dalam menerapkan elemen kenegaraan bagi setiap karya yang dihasilkan.

Kita mempunyai bakat-bakat besar dalam industri tetapi karya yang ada sangat kurang terutamanya yang berunsurkan kenegaraan.Tambahan pula industri kekurangan karya-karya berunsur sejarah. Jadi, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak tentang sejarah jika tiada bahan untuk ditonton.

Mungkin pelakon dari luar boleh menghangatkan sesuatu filem ataupun drama, tapi tidak salah untuk kita beri peluang dan utamakan pelakon tempatan. Kami yakin ada lagi bakat anak Malaysia yang belum  dijumpai.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...