Written by AbangNara | August 10th, 2015

Jue Aziz telah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya sejak Rabu minggu lalu. Pelakon yang memang jelita ini kelihatan semakin menawan dan cantik sejak tampil dengan imej baru ini. Apa yang menarik tentang penghijrahan Jue Aziz ini adalah kisah di sebaliknya. Cara hidayah itu sampai kepada Jue Aziz cukup menyentuh hati dan perasaan, lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan pemergian ayah tercinta ke rahmatullah.

jue aziz bertudung

31 Julai lalu, ayah Jue Aziz telah pun meninggal dunia akibat serangan jantung. Sebelum ini, ibu bapa Jue Aziz turut meminta pelakon ini memakai tudung namun hatinya masih tidak tergerak walaupun adik beradik yang lain kesemuanya sudah menutup aurat. Bagi Jue, dia tidak mahu bertudung hanya kerana orang lain menyuruhnya. Namun apabila Jue Aziz bermimpi kehadiran ayahnya, segala-galanya berubah. Kata Jue:-

Alhamdulillah, penghijrahan saya dipermudahkan Allah. Malam Ahad lalu ketika saya ambil wuduk untuk solat, hati saya dirundung perasaan rindu teramat pada arwah ayah. Saya teringin sangat menatap wajahnya dengan senyuman. Malam itu, ketika tidur, saya mimpikan ayah. Malangnya, ayah tidak senyum sehingga saya memegang kedua-dua belah pipinya untuk memaksanya senyum.

Keesokannya, pada hari Isnin saya pergi ke kubur arwah ayah dengan dua kakak. Setibanya di kubur ayah, saya berasa tenang sekali. Saya tidak dapat gambarkan perasaan tersebut. Lalu, saya menceritakan mengenai mimpi tersebut kepada kakak kedua.

Dengan nada lembut kakak memberitahu, mungkin itu pesanan daripada Allah meminta diri saya berubah untuk bertudung. Saya terus menangis dan memeluk kakak. Tiba-tiba pintu hati saya untuk memakai tudung dibuka luas-luas. Saya cakap pada kakak, maknanya Allah dengar doa saya. Maknanya Allah sayangkan saya.

Selepas melawat kubur ayah, saya terus ajak kakak beli tudung. Saya rasa inilah masanya untuk saya bertudung penuh sehingga menutup dada. cukup-cukuplah penampilan saya sebelum ini.

jue aziz bertudung

Terharu sungguh Abang Nara membacanya. Memang benarlah petunjuk dan hidayah itu datang dalam pelbagai bentuk. Jue Aziz beruntung kerana dibukakan hati untuk bertudung pada usia 32 tahun. Semoga dengan penghijrahan ini, roh ayah Jue Aziz lebih tenang di alam sana. Insya Allah lepas ini kalau termimpi lagi, pasti si ayah akan tersenyum girang. Menarik bukan kisah penghijrahan Jue Aziz ini? Kalau korang ada cerita yang lebih kurang begini, kongsikanlah di ruangan komen. Nak juga baca.

P.S: Luncur ombak deras gunakan motosikal

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Kisah Penghijrahan Jue Aziz Ini Cukup Menyentuh Hati & Perasaan

  1. Anon8 says:

    Alhamdulillah…. Bertuah betul kerana dipilih untuk mendapat hidayah Allah.

    0

    0
  2. IRAH says:

    Alhamdulillah..semoga istiqamah.. :)

    0

    0
  3. Cik Rini says:

    Alhamdulillah

    0

    0
  4. adudu says:

    semoga istiqamah, jue :)

    0

    0
  5. Makcik KJ says:

    SubhanAllah. Alhamdulillah Jue. Makcik doa moga penghijrahan Jue kekal dan sentiasa diberikan yang terbaik dari Allah.

    0

    0
  6. sayang says:

    sebaik petunjuk, bila dapat terus laksanakan, jangan tangguh.
    sayang ayah hingga ke syurga

    0

    0
  7. Skywalker says:

    Alhamdulillah…

    :)

    0

    0
  8. Anonymous says:

    alhamdulillah.syukur.
    saya yg baca kisah jue pun sebak..moga istiqamah ya jue.amin2

    0

    0
  9. norajew says:

    Alhamdulillah..semoga kisah jue aziz menjadi iktibar dan contoh buat semua.. Aamiin

    0

    0
  10. cik tata says:

    Alhamdulillah. Semoga terus istiqamah dan terus menutup aurat dengan sempurna. Indah bila hidayah Allah datang menyapa kita. Itu bukti cinta Allah pada hamba-Nya :) Akak doakan semoga ramai retis kita yang berubah ke arah yg lebih baik. Slow2 takpe, asal berubah…

    0

    0
  11. Boneka says:

    Alhamdulillah..harap jue istiqamah dan bukn sekadar hangat2 tahi ayam sperti segelintir artis yg bertudung..harap sgt jue dpt bertudung dgn mngikut Islam yg sbnr..bukn bertudung tp terdedah bntuk bdn sne cni..bertudung biarlah labuh dr prs mnutup dada..bukn bertudung skdar untuk berfesyen…sy minat jue dr first kemnculan jue di MOST BEAUTIFUL rncgn reality tu..bersyukur Tuhan buka pintu ati Jue.. :)

    0

    0
  12. KEMATIAN ITU HIDAYAH UTK KITA says:

    Kata-kata ini bukan ditujukan pada Jue sahaja tetapi pada diri sy sendiri dan orang lain.
    Itu lah HIKMAH disebalik kematian. Mungkin dah banyak kali Allah beri pertunjuk dan hidayah tetapi kita seringkali cuba menafikan kita telah terima hidayah kerana lebih mengutamakan kemahuan & nafsu diri kita. Atau kita kadang-kadang tak sedar bahawa apa yg kita lalui adalah satu sentuhan hidayah (samada secara halus @ kasar). Kita terus leka. Hingga satu tahap Allah ambil orang yang kita sayang. Masa itulah kita tersedar dan tersentap. Itu salah satu cara Allah beri HIDAYAH dan PERINGATAN pada kita. Allah ambil orang yang kita sayang sebagai tanda Allah masih sayangkan kita agar kita berfikir dan berubah kearah kebaikan. Maka rebutlah peluang hidayah yang telah diberikan dan jangan disia-siakan peringatan Allah.

    0

    0
  13. chantekk says:

    Nak pakai tudung pakai lah wahai retis retis tak yah lah nak mimpi mimpi bagai nak nangis nangis bagaiiiiii geram aku

    0

    0
  14. dudu dubidu bidu says:

    Alhamdulillah. Tp ‘bertudung’ je tak memadai. Kena tutup aurat (harap jue aziz faham takrif aurat ni bukan sahaja tutup rambut je) & lindung hati dari hasad dengki serta tetapkan iman..

    apapun i tumpang gembira dengan perubahan jue aziz & bersyukur kerana Allah memilih dia utk dapat hidayahNya. Semoga jue aziz jadi ikon muslimah yg terbaik.

    Amin..

    0

    0
  15. zaza says:

    syukurlah. dah.pasni jgn dok pelok2 jntan depan org lg dah. dh jnji nk berubah kan. nk berubah bukan setakat pakai tudung jer..perangai pon kene ubah skali.

    0

    0
  16. SENYUM says:

    SEMOGA JUE AZIZ TERUS ISTIQAMAH…TP MENUTUP AURAT BUKAN HANYA TUTUP RAMBUT SEMATA2..UBAHLAH PENAMPILAN LAIN JUGA..TIDAK MENCUKUR KENING,MEMAKAI BULU MATA PALSU DAN LAIN2 LAGI….KALAU BERPAKAIAN KAIN JANGAN DILABUHKAN HINGGA MENYAPU LANTAI,,HANYA HINGGA KE BUKU LALI..KERANA BAHAGIAN SELEBIHNYA ADALAH BAHAGIAN API NERAKA,,,

    0

    0
  17. Mrs M says:

    Kisah jue sama seperti sy. Awal January lalu abah sy meninggal dunia d usia 51..memang mengejut sebab accident..kita semua tak ready..sebelum ni arwah abah selalu suruh sy menutup aurat, pakai tudung tapi sy cakap nanti dulu..lepas tu asyik mimpi arwah je tapi dia tengok je sy tapi tak nak bercakap walau sy panggil…alhamdulillah sejak tu sy berhijab semoga kita semua terus istiqamah

    0

    0
  18. ina says:

    Hidayah Allah dtg banyak bentuk.Saya diberi hidayah ketika dilanda krisis dengan suami yg ingin berkahwin lain.Sekarang sy makin mudah mendengar..mudah memahami dan ternyata bahagia itu ada walau berkorban.Hidayah menerima madu membuatkan saya memandang dunia sekeliling apa yang terjadi scr positif.Nikmatnya Hidayah..tiada tandingan.Manisnya dan tenangnya hati..Xdpt huraikan perasaan tu

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Alhamdulillah…perlahan lahan melakukan perubahan itu lebih baik. Daripada drastik dan akhirnya tak kekal lama. Permulaan untuk Jue Aziz bertudung itu pun dah besar perubahannya. Setapak demi setapak untuk menjadi yang lebih baik. Saya yakin, in sha Allah segalanya dipermudahkan oleh Allah swt untuk saudari. Semoga saudari, sy dan seluruh umat Islam sentiasa mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT. =)

    0

    0