Written by AbangNara | August 26th, 2012

Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik penghijrahan Nurul Syuhada Nurul Ain memakai tudung baru-baru ini. Setelah dilihat muncul di MHI dengan imej barunya itu, rasanya Nurul Syuhada tidak pernah tampil di mana-mana media untuk menceritakan kisah di sebalik penghijrahannya.

nurul syuhada nurul ain

Namun hari ini menerusi sisipan B*POP Berita Minggu, Nurul Syuhada memberitahu yang dia sudah lama berniat untuk memakai tudung. Selepas mengerjakan umrah pada bulan Januari, keinginan itu bertambah-tambah. Kata Nurul Syuhada:-

Selepas menonton sebuah rakaman video yang diberikan keluarga mentua bersama keluarga, hati saya terus tergerak untuk menutup aurat. Betul kata orang, apabila kita berniat untuk berubah ke arah kebaikan, Allah akan membentangkan laluannya. Kebetulan amanah itu saya laksanakan ketika umat Islam sedang berpuasa, membuatkan saya begitu menikmati keberkatan bulan suci ini.

nurul syuhada
Disokong kuat oleh suaminya, Abang Nara tertarik dengan kata-kata Nurul Syuhada di bawah ini yang menunjukkan kematangan dan kefahamannya yang sangat tinggi:-

Pada hari pertama, saya berasa seperti di awang-awangan kerana tidak percaya dengan perubahan diri. Saya cuba menyesuaikan diri perlahan-lahan kerana percaya lama kelamaan saya akan dapat menerima perubahan itu. Saya tetap Nurul Syuhada yang sama, cuma perlu lebih berhati-hati terutama dari segi tingkah laku dan tutur kata untuk tidak mencemar imej yang dibawa.

Abang Nara percaya imej baru Nurul Syuhada ini sedikit sebanyak memberikan impak positif kepada peminatnya. Mungkin ada yang tidak bertudung sebelum ini tergerak hati untuk bertudung setelah melihat Nurul Syuhada berbuat sebegitu. Semoga Nurul Syuhada kekal dengan imej sebegini dan tidak menjadi mangsa fesyen tudung seperti sesetengah selebriti. Keep up the good and nice appearance.

47 responses to Kisah Hijrah Nurul Syuhada Nurul Ain

  1. shisara says:

    comey dier

    0

    0
  2. hamba says:

    Alhamdulillah. Semoga Allah tetapkan iman dan kurniakan rezeki cahayamata yg soleh solehah buat nurul dan suami. Amin

    0

    0
  3. Ayu says:

    Tahniah :) happy for you! Barakallah.

    0

    0
  4. thumbs up says:

    tv3 ptot cut scene yg iklan terbaik raye yg ade nurul shuhada freehair

    0

    0
    • Raja minah jambu 24jam mengadap computer says:

      eleh itu tkpe lahhhhhhh iklan tu di buat sebelom dia bertudong ape salah nye ….salah ke ????? cetek betol kepala hotak kau ni apeeeeeee nk jadi ngan kau ni..

      0

      0
  5. Prince Noob says:

    ok dah berhijrah…

    0

    0
  6. anonymous says:

    “disokong kuat oleh suami”
    SEMEMANGNYA tugas suami yang perlu mendidik bukan bagi sokongan, itulah guna kuasa autokratik suami!!

    0

    0
  7. Anonymous says:

    Menutup aurat itu adalah wajib bagi wanita islam. Jadi sesiapa pun tidak boleh kata belum bersedia untuk bertudung kerana ia adalah perintah dari Allah dan bukan manusia.

    0

    0
    • cube says:

      betul…. menyampah pulak aku bila artis2 ni, pakai tudung je dah kecoh nak cerita itu ini. dah mcm trend plak sekarang ni, pakai tudung kecoh satu akhbar konon dapat hidayahlah padahal menutup aurat tu wajib! Kalau g haji oklah nak bercerita.

      0

      0
      • Mak jemah pemalu says:

        Kekdg bkn dorang yang nak bercerita sgt tapi dah selebriti…mmg org nak taulah psl die..dh org tanye die jwb la,ce xtanye xkan terhegeh nk bercerita..kita pun sibuk gak naktau psl die..xslh die bercerita pun psl penghijrahan die sebab benda baik tp kita ni sebagai peminat atau xminat xpyhlah sgt nak mengagung agungkan atau melebihkan menda mcm nie..bertudung2 wajib.tapi xslh juga kite memberikan sokongan kpd yg dh berhijrah menjadi lebih baik..kita berbaik sangkalah kpd org lain..

        0

        0
      • Insan yg dilahirkan x semua sempurna imannya says:

        Mmg betul pakai tudung tu wajib…tapi alhamdulillah lah yg tak bertudung dpt hidayah untuk bertudung..x semua wanita islam macam awak…yg dapat hidayah untuk bertudung dr mula…lgpon dia artis..kisah sebegini mmg wajar dikongsi bersama..untuk tauladan di laur sana…x salah rasanya kesah baek dikongsi bersama…

        0

        0
  8. huhuhu says:

    Syukur alhamdulillah Nurul Syuhada ain sudah berhijrah, doaku bersama orang yang ingin berubah. aminnnnn…

    0

    0
  9. razif says:

    Cantiknye nurul shuhada..sejuk mata tgk die skang..alhamdulillah

    0

    0
  10. Kawan syud says:

    Sebenarnya nurul syuhada atau lebih dikenali sgai syud ni memang bertudung sewaktu belajar di kustem dulu, ayu sgt..tapi selepas memenangi malaysian top host terus free hair..jadi sbnrnya takde masalah langsung beliau untuk bertudung…

    0

    0
    • Anonymous says:

      mungkin ms tu pakai tudung separuh hati…skrg lebih ikhlas kut.

      0

      0
    • budak kustem sains samudera says:

      yup.
      she’s wearing tudung since her first year in kustem for almost 3 years kot.
      lps menang malaysian top host terus tak pakai tudung. It’s good to know that dia kembali bertudung. Tapi untuk menggunakan term ‘berhijrah’ tu macam tak perapa sesuai.

      0

      0
    • study..tapi ngadap beautifulnara says:

      patut tajuk gosip ni kembali bertudung..apa2 pun syukur semakin ramai selebriti yang boleh dijadikan ikon muslimah

      0

      0
    • k says:

      dia free hair before masuk top host..after dia clash dgn bf dia yg kurus tuh..kan dulu dia cam chubby2 sikit..lepas dia da kurus..dia free hair..then bru masuk top host..i rasa mesti bf dia yg keding tu menyesal dump dia dulu sbb dia chubby kan??tengok skrg da jd celebriti..kurus..cantik..pdn muka ex dia..and suami dia skrg pon berganda2 lagi hensem dan lg bgus dr ex dia..

      0

      0
  11. nice says:

    Alhamdullillah..=)

    0

    0
  12. Klik Aje says:

    baguslaaa dah bertudung

    0

    0
  13. Saya berbangga dengan perubahannya kerana dia senior saya semasa di sekolah menengah dahulu.

    0

    0
  14. pandan leaf says:

    Salam. Maaf abg nara saya mencelah. Biar peminat nurul syudah ingin menutup aurat niat kerana allah bukan selebriti. Niat kena betoi ye. Jika kita buat kerana ia menjadi ibadat. Maaf jika keterlaluan. Saya pon insan yg lemah ingin berkongsi ilmu yg ader

    0

    0
  15. tips says:

    sama-sama perbaiki diri.. :-)

    0

    0
  16. gigi emas says:

    pakai tudung tak semestinye hati atau perangai dia baik….masuk surga pun tak garenti…..

    0

    0
  17. maszull says:

    assalamualaikum nara..semakin cantik n ayu lagi setelah bertudung..;)

    0

    0
  18. Sshh says:

    alhamdulilah..semakin ayu nurul bertudung..

    0

    0
  19. […] Pasti ramai yang tertanya-tanya kisah di sebalik penghijrahan Nurul Syuhada Nurul Ain memakai tudung baru-baru ini. Setelah dilihat muncul di MHI dengan imej barunya itu, rasanya Nurul Syuhada tidak pernah tampil di mana-mana media untuk menceritakan kisah di sebalik penghijrahannya. … Continue reading → […]

    0

    0
  20. ainfirzani says:

    Tahniah!

    0

    0
  21. neil_48 says:

    mst ade je manusia busuk ati mcm gigi emas kt ats ni..

    0

    0
  22. HAHAHAHAHHAHA PSYCHONYA LAH ALAHAI HAHAHAHAAHAH PSYCHO HABIS WEH HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH fuuu.

    Sebenarnya, orang yang tweet pasal #SMKpop ni tak kacau hidup korang pun. Biarlah dorang nak tweet macam tu, imaginasi sendiri kan. Bukannya boleh berlaku betul-2 pun. Fikirlah sikit, main-2 je kot. Awat butthurt sangat? Ke post ni sebenarnya troll je? -_-

    I guess awak bukan lagi budak 11 tahun yang tak boleh fikir dengan matang, kan? So, FIKIRLAH SECARA MATANG DOOO -_- Takkan tu pun nak kena ajar? -.- Duh.

    0

    0
  23. ruby says:

    tak semua yang pakai tudung tu baik. tapi yang baik dah tentu pakai tudung :-)

    0

    0
  24. .
    Yang trending pasal #SMKPOP tu hanya fantasy Kpoppers semata2.. Bukannya sekolah ni akan ditubuhkan betul2 pon.. Takkanlah artis2 tu dah jadi artis nak jadi cikgu pulak? Fikir la sikit! Yang kau nak ambil serious pasal benda ni apahal? Terserlah kebodohan kau.. Tsk tsk.. Kesian~~ Satu benda je aku nak share dengan kau. Kpoppers tak kacau hidup kau, so lebih baik kau jangan kacau hidup kiteorang. Okay? ^^

    0

    0
  25. nyah gojes says:

    nurul memang gojes
    kalo letak nurul fasha norjuma fathia satu frame mesti mcm adik-beradik yg gojes lagi hot lat meletop kebabomm

    0

    0