Written by AbangNara | February 6th, 2015

Tiada siapa menyangka yang kumpulan Zero bakal beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2014 malam ini. Kumpulan 3 adik beradik berasal dari Sabah ini mengejutkan semua orang dengan prestasi memberangsangkan sepanjang program realiti ini. Pepatah ‘from zero to hero’ memang sesuai untuk mereka semua. Menang atau kalah malam ini, kumpulan Zero telah memberikan harapan kepada semua rakyat Malaysia. Jika anda berbakat dan berusaha bersungguh-sungguh, pasti jalan kejayaan akan muncul jua.

kumpulan zero mlm2014

Mensasarkan gelaran juara malam ini, Abang Nara terharu membaca permulaan perjalanan seni kumpulan Zero. Setelah kematian ayahnya yang cacat penglihatan, mereka mencuba nasib di program realiti Raja Lawak dan berjaya menjadi naib juara. Sebelum itu, mereka 3 beradik bekerja sebagai nelayan yang merupakan pekerjaan suku Bajau. Memang meleleh air mata membaca kisah hidup mereka.

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh kami adik-beradik setelah kehilangan ayah.

Alhamdulillah, kami diterima menjadi finalis Raja Lawak musim keenam ketika itu, sekali gus berjaya memperoleh tempat kedua (selepas Shiro). Pentas tersebutlah yang banyak membuka ruang kepada kami untuk terus menapak dalam industri seni.

Pekerjaan kami sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran kami bertiga semenjak kecil.

Lagipun, memang lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

Tambahan pula dengan kesempitan wang pada ketika itu menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar setakat tingkatan satu sahaja bagi membantu menyara kehidupan keluarga.

Bermula dari situlah saya hanya bekerja sebagai seorang nelayan bagi mengumpul wang membantu ayah dan menampung kos kehidupan keluarga kami.

Bapa kami bertanggungjawab mengajar kami ilmu mempertahankan diri. Disebabkan hal tersebutlah kami mampu membuat aksi akrobatik untuk dijadikan nilai tambah dalam persembahan kami.

Kami tidak mempunyai sebarang pendidikan yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap dan selesa. Kami hanya mempertaruhkan bakat dan kemahiran kami untuk dijadikan modal kepada khalayak.

Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.

Kami akui, bukan mudah dan sukar sekali untuk mencari idea yang segar dan bernas setiap minggu di pentas MLM 2014. Setiap strategi perlu diatur rapi bagi memastikan lawak yang dihasilkan segar dan belum pernah dipertontonkan sebelum ini.

Adakalanya, kami pernah bergaduh sesama sendiri apabila berbincang mengenai pemilihan tema dan idea yang sesuai. Bagaimanapun, pergaduhan tersebut terlerai dengan sendirinya apabila masing-masing mencapai kata sepakat.

Insya-Allah, kami akan lebih rajin melakukan penyelidikan dan berbincang mengenai lawak-lawak yang sesuai dengan semua jenis masyarakat, sekali gus mampu diterima baik oleh peminat kami.

Sebelum ini, saya akui agak sukar untuk kami mendapat tempat dalam kalangan peminat tempatan, terutamanya disebabkan kesukaran kami untuk mengetahui apa yang dikehendaki oleh peminat. Tambah menyukarkan ialah loghat kami yang tidak semua orang faham terutama masyarakat di Semenanjung.

Bagi mendapat tempat dan menjadi perhatian, kami mencuba keistimewaan lain seperti menggunakan lawak yang lebih kepada pergerakan fizikal. Itulah yang menjadi keutamaan kepada kami untuk terus mencuri hati peminat.

Insya-Allah. Kami memang mahu menang dan tempat pertama menjadi sasaran utama kami. Kami berjanji akan memberi sepenuh perhatian dalam mencari idea pada malam yang diharapkan menjadi sejarah paling bermakna bagi kami.

kumpulan zero mlm2014

Memang panjang tetapi sangat berbaloi untuk dibaca. Good luck dan all the best untuk kumpulan Zero malam ini. Buat yang terbaik. Doakan semuanya berjalan lancar. Kalau ada rezeki, Insya Allah boleh bergelar juara. Yang penting buat sehabis baik. Abang Nara pasti rakyat Sabah pasti akan mengundi anda malam ini. Sumber Kosmo.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

36 responses to Kisah Hidup Kumpulan Zero Ini Boleh Jadi Inspirasi Buat Kita Semua

  1. tak lawak says:

    elok lah sedar diri..jangan dah pop sok mula jadi zizang..

    0

    0
    • dasad says:

      dasdas

      0

      0
    • Kak Mah says:

      Kak Mah mmg minat bebeno ngan zero.. Dulu Kak Mah tunggu Sepahtu jek, skang Kak Mah tunggu Zero.. Mmg Kak Mah rse kalau jumpe ATU & Melati mmg Kak Mah nak sepak2 muke die sbb klako sangat!!! All the best Zero.. Kak Mah mmg x pnah undi.. Tp Kak Mah doakan korg berjaya malam ni Okeh?? Boleh bahhh kalau kawww!!!

      0

      0
    • miss lollipop says:

      insyallah rezeki ada dimana-mana.. kita sama2 doakan kumpulan zero..

      ## jangan sedih syaiful, no hal la belajar takat tingkatan 1 tu, Fazura juri awak pun blaja takat tingkatan 2 je, PMR pun tak amik, relax je, bajet diva dan hi class lg..

      0

      0
      • anon says:

        kalau nak komen bagilah komen yg elok2 sikit, ni tak habis2 nak menghentam org je. Fazura buat ape kat kamu? Sb dia cantek ke yg buat kamu dengki kat dia??? Kuat dengki betol…

        0

        0
        • miss lollipop says:

          cik anon… apsal lak kata saya hentam fazura.. betullah saya cakap.. kan boleh dijadikan inspirasi.. walaupun blaja smpai tingkatan dua, kejayaan dia hebat apa..?? knp awak pulak yg lebih, awak pun skolah tak habis ke??.. Fazura dan zizan penah kata, ‘kami relax je, peminat je yg lebih’…sure peminat mcm awak ni kan…

          lagi, stacy, emma maembong pun skolah tak abis.. pun boleh dijadikan inspirasi… jgn sempitkan otak mcm cik anon kita ni eh, tetiba je sentap lebih…

          0

          0
        • Anonymous says:

          ok je pun komen awk..mybe disebabkan perkataan “bajet” itu, komen nmpk ke arah negative side, mybe psl tu mereka slh fhm..better “bajet” tu tkde..yg lain2 oke je..

          0

          0
      • KELONTONO says:

        eh yeke fazura belajo smpi tingkatan dua jek?mana taw?

        0

        0
      • mak c kina says:

        walaupun fazura xhabis skolah tp dia blh ckp english dgn baik & pandai carik duit..tgk dimana dia skrg..

        bkn galak kan xskolah tp klu dah tau x pegi skolah tp jd la org..jgn dh la xskolah, jd SETAN plak..

        0

        0
      • memandaimandai says:

        mandai je ckp fazura belajor sampai ting 2…

        0

        0
      • apeplak says:

        Yang sekolah sampai ting 2 tu emma maeembong la.. bukan fazura…. ape la ko ni

        0

        0
  2. NinaK says:

    InshaAllah anda adalah juara pada malam ini…

    0

    0
  3. nenek kau says:

    nenek mmg sokong zero..dari hot seat sampai skrg zero ttp the best..semoga jd juara MLM ni..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    menangis mak baca nyahhh…

    0

    0
  5. aku says:

    go..go..zero..aku memang minat korang since rajalawak 6 lg..

    0

    0
  6. lady says:

    go zero goooo…mudah2N rezeki anda mlm ne…all the best

    0

    0
  7. Adokukesah! says:

    Goodluck zeroooooo!! nanti kalau dh famous jgn layan up ye..nnti org benci.. hehe

    0

    0
  8. mawar berduri says:

    Saya suka longhat group zero..berbeza dari yang lain. hope zero juara mlm2014 & stay humble.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Kump zero yg promote lagu aku anak kampung tu kan? All the best zero.rezeki allah tu luas, asal kita berusaha…

    0

    0
  10. Anon says:

    aku suka sgt2 tgok Zero ni, best lawak mnjadik btol.hahaha..xkesah la dorang miskin or kaya yg penting bakat lawak tu mmg tinggi n harus lah dinilai brdasarkan lawak bukan cerita peribadi. Tp bg aku mmg Zero layak jd Juara berdasarkan bakat yg ada..paling tk tahan malam tema karoot komedia, klako giler!!

    0

    0
  11. nok gebuzzz says:

    “pantang mundur kecuali operasi”go zero!go zero!good luck to zero…

    0

    0
  12. semek says:

    aku baca dalam slang sabah pula bah…otomatik gitu

    0

    0
  13. anonymous says:

    saya pun from zero to hero jugak sekarang ni.. thanks Allah…Ya Allah bagilah zero menang malam ni…

    0

    0
  14. sesuaikah! says:

    bocey or nabil

    0

    0
  15. Fazura Zizan Dah Baik says:

    Bila kita pernah rasa susah, kita memang hargai peluang untuk maju dalam hidup.
    Tak belajar tinggi takpa, bakat tu pun pelajaran jugak. Bakat kan kena asah?
    Takpe, Allah tu adil. Tak belajar tinggi tak bermakna takda rezeki.
    Usaha je.

    Good luckkkkkk!!!!!!!!!!!!!!

    0

    0
  16. lala says:

    semoga zero menang mlm malam nih.sayang kamu zero. good luck

    0

    0
  17. sokomg ZERO says:

    Sokong Zero.. Good Luck yer..

    0

    0
  18. haha says:

    Yeahh taktik RAIH SIMPATI sama gak mcm MOJO haha TOP3 ni Zero… Walau ada minggu2 x perform, mcm dlm library je penonton…Ramai gak ahkak2 nak undi korang…

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Zero to hero….u are the best…,!!
    Jgn jadi mcm nabil…ntah pa2 ntah lawak dia..

    0

    0
  20. Ayumi says:

    Tahniah Zero. Memang sejak Raja Lawak lagi Ayumi dah minat kumpulan Zero terutama Atu. Tapi sekarang “Melati” yang paling kelakar. Sebenarnya Ayumi masih tak tahu siapa abang siapa adik sebab ingat yang abang selalu di tengah tapi bila berita kata Saiful atau “Melati” tu abang dan akan berkahwin, terus Ayumi dah keliru.

    0

    0
  21. […] menggunakan kisah kesusahan hidup mereka untuk menagih simpati. Abang Nara pernah menulis tentang kumpulan Zero yang hanya bekerja sebagai nelayan serta buruh kasar, pemergian ayah yang OKU dan kehi….  Kisah tersebut elah menjadi viral dan ada yang berpendapat ia sengaja dikeluarkan pada saat-saat […]

    0

    0
  22. […] menggunakan kisah kesusahan hidup mereka untuk menagih simpati. Abang Nara pernah menulis tentang kumpulan Zero yang hanya bekerja sebagai nelayan serta buruh kasar, pemergian ayah yang OKU dan kehi….  Kisah tersebut elah menjadi viral dan ada yang berpendapat ia sengaja dikeluarkan pada saat-saat […]

    0

    0