Written by Bella | March 8th, 2017

Dihimpit kontroversi sehari selepas beliau mengumumkan perkahwinannya bersama , Gabriella Robinson, Datuk Hans Isaac bagaimanapun tidak mahu perkara itu menjadi penghalang hubungannya bersama wanita pilihannya itu.  Hans akui mereka sudah mengetahui tentang masa silam masing-masing dan ingin melupakan segalanya dan membina hidup baru bersama. Apa yang penting ialah kejujuran didalam hubungan yang terjalin itu.

Saya bersikap jujur dengan Gabriella, saya memberitahu dan menceritakan kepadanya apa yang terjadi sebelum ini. Bagi saya, pasangan kekasih harus bersikap jujur. Semua kisah lama harus ditinggalkan dan kita sebagai pasangan harus menghormati kisah lama masing-masing.

Sebelum ini, individu dengan nama Robin Coenraad menerusi laman sosial Facebook menuduh Gabriella berlaku curang dengannya. Lelaki berkenaan dalam status laman sosialnya mendakwa, beliau merupakan teman lelaki Gabriella dan mereka masih berhubung beberapa hari sebelum Hans mengumumkan berita perkahwinannya bersama Gabriella.

Berbicara mengenai isu itu, Gabriella juga memberitahu hubungan beliau dan Hans baik-baik sahaja.

Hans mempunyai kisah silam, saya juga mempunyai kisah silam. Bagi saya, semuanya baik-baik sahaja. Apa yang telah Hans lalui dahulu telah menjadikan dia insan yang saya temui sekarang. Saya menghormati perkara tersebut dan perkara tersebut tidak menjadi penghalang.

Hans dan Gabriella bakal berkahwin pada 29 Julai ini di St. John Cathedral Church, Kuala Lumpur. Majlis resepsi pula akan diadakan pada malam yang sama di Hotel Majestic. Mereka telah bertunang pada 29 Januari lalu di Singapura. Sumber Berita : Astro Gempak

P.S: Nak bergayut dengan awek/pakwe tapi top up dah habis? Nak top up tapi duit dalam dompet tak ada satu sen pun? Tak perlu risau tak perlu nak menangis. Download sahaja applikasi MANIS di https://goo.gl/QNDkm5 dan muat naik segala resit yang anda miliki. Kumpul point sebanyak mungkin dan kemudian tebus point tersebut untuk top up Hotlink, Xpax, Digi, Umobile dan Tune Talk anda. Kalau point anda terlebih-lebih, boleh tebus baucer KFC, AEON Big dan macam-macam lagi. Memang terbaik dan awesome sungguh applikasi MANIS ini. Sila download hari ini jugak untuk tidak ketinggalan peluang keemasan ini. Selamat mencuba!!!

18 responses to Kisah Cinta Lama Bukan Penghalang Hans Isaac Dan Gabriella Untuk Bahagia

  1. akak hijab says:

    tengok artis non-malays…x rampas laki org pun. yg korang nama je islam….dgn laki org bukan main membirah lagi. go hans..go.

    17

    0
    • melati says:

      “Kisah Spender Lama Bukan Penghalang Rita Dan Aqasha Untuk Bahagia”

      1,2,3….sila kecam saya.

      11

      2
      • minah jambu suka sahara yaakop says:

        minah jambu tak marah malah minah jambu suka kau cakap macm gitu..semoga bahgia rita n aqasha 1,2,3…sila like banyak2 thank uuuu…

        0

        0
    • Anonymous says:

      betul lah kata orang, save the best for last. kahwin dah tua pun dapat bini muda, single lagi, ratu cantik lagi. semoga berbahagia uols….

      9

      0
    • Senjakala says:

      Ye ke? Kita yg melayu ni tk tau sebab tk reti baca cina atau tamil.mungkin ada lagi bnyk scandal.
      Kalau kt hollywood berlambak kes curang.

      2

      0
  2. Anonymous says:

    dato ke…datuk? minta pencerahan.

    3

    2
  3. susher says:

    boring

    3

    1
  4. MISSING IN ACTION says:

    Nara takde gambar lain ke? Bosan ulang tayang gambar.

    3

    0
  5. Haihhh.. says:

    Tak habih2 lg mamat ngn minah ni..haihhh…nk kawen, kawen jer la..haihhh..nara tak de gossip len ke..gossip che ta kt london ke..bakal istri hafiz hamidon ker..haihhh..

    1

    3
  6. kawela says:

    Bukan ke ex kekasih gabby tu ex kekasih siti saleha dulu,cer google gmbar siti saleha yg dulu2..

    0

    0
  7. Anonymous says:

    semua orang pun ada past…
    tpi dah setahun korg bertunang n she was still together with robin n even 2 days before PC n if that is still okay for u Hans..ur late mother..n rest of ur family then please go ahead…why wait till July…since both of u not exactly innocent n pure anymore…nothing special about ur wedding ceremony pun…jijik adalah…

    6

    0
  8. Anonymous says:

    Ehurrmmm mcm tak kenan lah pulak..up to u olz lah yg pnting bkn bini org atau laki org mcm kes c RR tu hampeh gud luck dato..

    4

    0
  9. Kay says:

    Anyway perkahwinan…not pernikahan…

    0

    0
  10. Aku cute says:

    Samalah tu..kawin dgn nikah mksd dia tetap sama bangang jugak ngeko ne

    1

    0
  11. Mak Becok says:

    Lupakan kisah lama & pedengki2; yg. penting kisah baru pasangan secocok Datuk Hans & Gabriella ni terus bahagia!

    0

    0
  12. Anonymous says:

    biarlah Hans kahwin…jgn kacau dia…lama tu dia nak cari wife.

    0

    0
  13. vavavoom says:

    yeah..i agree with you two love birds..go ahead and get married..who cares abt robin ke batman ke apa ke..whats past is past laa..people announce to get married, u sibuk announce you two had sex? so?? as though suci sgt u all semua? come on la!! semua pun dah barai lelaki perempuan, so pls get a life la robin..

    1

    0

Leave a Comment

Optional