Written by AbangNara | February 1st, 2017

Abang Nara dah lama kagum dengan Kim Jong Kook sepanjang menonton Running Man. Dia punya “gentleman” kepada para tetamu terutamanya wanita memang first class. Baru-baru ini episod istimewa Kim Jong Kook “blind date” pun tersangatlah best. Kelakar juga tengok aksi malu-malunya di samping seorang wanita. Untunglah sesiapa yang dapat menjadikan Kim Jong Kook sebagai suami.

kim jong kook

Dan berita gembira tentang pembatalan rancangan Running Man yang tidak terjadi adalah kerana Kim Jong Kook berjaya memujuk rakan-rakannya yang lain untuk meneruskan perjuangan mereka di dalam program ini. Pengarah Running Man telah pun berjumpa dengan Jong Kook dan bertanya sama ada dia mahu meneruskan rancangan tersebut. Selepas bersetuju, mereka berdua telah bertemu dengan 5 ahli Running Man yang lain di mana Jong Kook telah berjaya mengubah fikiran mereka. Ternyata Jong Kook bukan sahaja power dan gagah di dalam Running Man, malah begitu berkarisma di dunia sebenar sehingga dapat memujuk rakan-rakannya.

running man

Apa-apa pun, episod Running Man kebelakangan ini memang menghiburkan kerana memberi peluang untuk setiap ahli melakukan episod mereka sendiri. Tak sabar nak tengok episod Kwang Soo dan Jae Suk. Mesti super duper kelakar punya. Harap-harap tiada lagi persengketaan di antara ahli Running Man dan produksi selepas ini. Semoga Running Man berkekalan untuk selama-lamanya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Kim Jong Kook Yakinkan Ahli Running Man Untuk Teruskan Berlari

  1. Anonymous says:

    rasanya best lagi episode suk jin..berayo mata gelak kan kwang soo time depa turun lari penjara tuh

    6

    0
    • Babe says:

      Betol.. setakat ni episode utk mmber RM, suk jin plg best. Sbb mission dia best. Mcm episod RM yg dulu2.. tp x tau lg episod member haha, jaesuk dgn kwang soo akn dtg.. hopefully lbh best

      5

      0
  2. Anonymous says:

    nampaknya bolehlah seisi keluarga bergelak ketawa lagi dengan aksi2 diorang….

    6

    0
  3. rmforever says:

    yeahhh…running man^^

    2

    0
  4. mama danish says:

    saya suka kang gary..seronok tgk bila mereka ber 7..

    2

    0
    • bubu says:

      episode yang terbaru 336 is the best. kang gary’s back.. kelakar pon kelakar.. meleleh air mata gelak

      3

      0
  5. mira says:

    best mamat ni..aku dari tak minat tgok RM dah jadi minat…paling kelako mak aku pun sama2 minat and gelak

    2

    0