Written by AbangNara | July 22nd, 2013

2 Julai yang lalu, Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran Kia Cerato di The Pavilion, Kuala Lumpur. Pasti rekabentuknya lebih menarik, harga berpatutan dan mempunyai kualiti yang lebih bagus.
kia ceratoRamai juga yang hadir ke majlis pelancaran ini. Kesemuanya tidak sabar untuk melihat dengan mata sendiri buat pertama kalinya Kia Cerato ini. Abang Nara tidak sabar untuk mendengar pengumuman harga. Mana tahu memang berpatutan dengan bajet. Boleh tempah satu terus.
kia ceratoAkhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba jua. Dengan 2 varian, Kia Cerato membuat kemunculannya buat pertama kali di Malaysia. Harga OTR untuk enjin 1.6 liter ialah RM99,888 dan untuk enjin 2.0 liter ialah RM118,888. Kedua-duanya didatangkan dengan jaminan 5 tahun tanpa had perjalanan.
kia ceratoInilah wajah gembira pemilik Kia Cerato yang pertama di Malaysia. Daripada 3,227 penyertaan yang diterima untuk pertandingan “What Is Project C”, beliau telah berjaya memenangi hadiah utama yang berupa sebuah Kia Cerato. Memang bertuah sungguh.
kia ceratoApa yang menarik mengenai Kia Cerato ialah sistem pengawalan stering yang mempunyai 3 pilihan iaitu Comfort, Normal dan Sport. Berdasarkan pemilihan pemandu, stering akan menjadi lebih ringan atau lebih berat. Ini akan memudahkan pengawalan kereta apabila anda memandu Kia Cerato di tempat-tempat berbeza seperti di lebuhraya atau di dalam bandar.
kia ceratoAntara fungsi-fungsi lain yang menarik ialah 10-way Power Driver Seat dengan memori yang kebiasaannya terdapat di dalam kereta seperti BMW dan Mercedez, butang tekan untuk Start/Stop, Smart Key, Sunroof untuk varian 2 liter, dan banyak lagi. Kia Cerato turut dilengkapi dengan 6 airbag dan turut mendapat 5 bintang di dalam NHTSA (National Highway Traffic System Administration).
kia ceratoKia Cerato didatangkan dengan 5 pilihan warna iaitu iaitu Clear White’, ‘Glittering Metal’, ‘Bright Silver’, ‘Temptation Red’ dan ‘Golden Beat’. Turut melengkapi model ini ialah 17 inci rim, 4.2 inci skrin LCD untuk varian 2.0 liter dan sistem “Smart Welcome Lighting”. Memang nampak bergaya sungguh!!!
kia ceratoSasaran jualan KIA Cerato ialah sebanyak 600 unit sebulan. Daripada pengamatan Abang Nara, sasaran tersebut boleh dicapai. Abang Nara sendiri hampir-hampir tertempah ketika hari pelancaran. Memang bila tengok depan-depan, cantik sangat-sangat. Boleh jatuh cinta dibuatnya.
kia ceratoUntuk lebih banyak info, layari Facebook Kia Malaysia atau laman web Kia Malaysia – www.kia.com. Kalau nak lebih puas hati, kunjungi bilik pameran Kia terdekat anda dan terus cuba pandu uji kereta ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Kia Cerato, Buatkan Diri Ini Teruja

  1. Qatherina says:

    Good morning :)

    0

    0
  2. Qatherina says:

    Selamat Pagi :)

    0

    0
  3. matjoe says:

    Selamat Pagi.

    Dah bagus dah cerato ni, cuma harga sepatutnya lebih rendah dari apa yang ditawarkan. buat masa ni tak nmpk lagi atas jalan kecuali kereta test-drive. mungkin kurang sambutan, mungkin masa menunggu yg lama.

    apapun all the best kia.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    brp harga nye kalo full loan ekk.

    0

    0
  5. keypad says:

    range harga ini, pada aku Honda is much better in terms of resale value..korean cars dah timbang kati aje while Honda masih ada harga..performancewise is abt the same..mungkin ada bahagian yg Kia lebih baik, ada bahagian lain yang honda lebih baik..itu adatlah..tapi being average Malaysian yang tukar kereta dalam jangka masa tertentu, then beli Honda jauh lebih baik..aku bandingkan Accord 2.0 aku (beli tahun 2004) dan Sonata 2.0 (tahun 2004 juga)..aku jaga keduanya elok..service pun aku tetap hantar ke Honda dan Hyundai sampai sekarang..performance mmg tip top..tapi perbezaan value antara keduanya agak jauh..Accord aku masih boleh dijual max pada RM62k..malah seorang senior engineer honda sendiri mintak nak beli honda aku pada RM65k kalau betul aku nak jual (sbb dia selalu monitor kereta aku setiap kali dtg service)..tapi Sonata aku tu value sekarang antara RM20k aje..timbang kati dah pun..so, mmg sgt2 berbeza..unless korang nak pakai kereta tu sampai mati, then takde hal laa..

    0

    0
    • si kacak says:

      bro janganla compare harga kereta kia dulu dgn sekrang.. compare tengok harga kia dengan honda untuk market 2-3 tahun yang lepas.. dari segi harga cerato memang agak mahal.. tapi dengan spec and features yang power rasanya ini sangat berbaloi.. go test drive dlu la bro.. then u can feel what is the difference.. harga resale kia dlu memang tak dapat kita nafikan.. tapi sekrang dah lain bro.. mentaliti org malaysia ni ja more to honda dgn toyota… katanya resale value lagi baik..

      1

      0
      • FFF says:

        yup sgt2 AGREED with u si kacak..KIA skang mmg dah byk beza, cer pegi test drive Cerato, mmg best and terbaek! cer compare dgn Civic baru yg huduh tu?Aku pun dah angkat satu..features and design esp for KIA sekarang mmg up to date..cuba tgk design for Forte Coupe, mmg terbaek bro..aku x faham mentaliti org malaysia ni..sket2 Honda,Toyota..mcm brand lain tu cikai sgt…padahal design mmg out habis…* hanya jauhari yang mengenal manikam

        0

        0
  6. SyamKiri says:

    saya nk kete proton preve hatchback!

    0

    0
  7. Facebooker says:

    Honda better..resale value ada..
    korean cars? timbang kati aje..

    0

    0
  8. protonjeygmampu says:

    kia beli mahal…nk jual balik xde value
    huhuhu..

    0

    0
  9. ciklaili.com says:

    Hari tu saya tak dapat pergi ke majlis pelancaran Kia Cerato ni. Cuma wakilkan suami untuk ambil gambar sepanjang majlis dijalankan..

    0

    0
  10. apa benda nie?

    0

    0
  11. mad says:

    NATE HUDUH GAPO NI !!

    0

    0
  12. dudu dodo says:

    sudah2 la jadikan cite ni main news nara oi.semak!

    0

    0
  13. eddie says:

    jenama kia nie ek…hmmm…keluar bnyk model lawa…tapi still xberani nak beli…tgok org selamabe jek pakai kia forte….spare part senang ke kereta ni

    0

    0
  14. ???? ??? says:

    Cautious fantastic beautifully constructed wording webpages you know about making sure that I often expect to have an consideration who has many spot towards form outside stories/poems in? Or simply have you learnt about whatever posting webpages in the least that we could submit websites in, kind including getting a completely websites towards myself personally?.

    0

    0
  15. nas says:

    Aku baru diluluskan loan utk kereta nih… sebelum nih dah lulus loan sebenarnya utk civic tp kebetulan kawan aku pun baru beli civic, maka aku pun try civic dia tu seharian kesana sini. Mula2 rasa teruja jugak tapi bila duduk lama2 dalam keta tu rasa mcm bosan pulak. Lastly aku call salesman aku minta tukar ke KIA cerato nih.. sebabnya dari kajian dibuat melalui pertanyaan dan pembacaan sebenarnya KIA di negara luar seperti eropah sudah diterima lebih baik dari HONDA dan TOYOTA. Cuma kat Malaysia nih biasa la… org kita tak berani ambil risiko dan lebih suka berada dalam zon selesa… Bagi aku apa pun jenama semuanya direka utk memuaskan hati pembeli, cuma pembeli / pengguna itu ja yang berbeza2 pendapat.

    1

    0
  16. zasha says:

    aku setuju…..kena try dulu baru tau…cam aku setiap 3 or 5 thn tukar keta..

    0

    0
  17. mazlan says:

    Aku rasa berbaloi beli kereta kia ni..aku pernsh bawa naza citra dan nak jadi cerita aku berlanggar dgn toyota camry model 2010..camry tu remuk giler,hancur..kena towing ke bengkel tp citra aku steady tiada apa yg rosak,boleh ke balai polis lg buat report..kemek dan calar skit jer..memang kukuh..cina camry tu mcm tak percaya camry vs citra, citra yg power..kukuh..besi padu.

    0

    0
  18. Shamsul Fikrie says:

    Rugi beli KIA Cerato..harga cepat jatuh..tak macam Honda & Toyota..enjin bagus.

    0

    0
  19. nazrin says:

    mcm beli nk jual blk…ke sapa2 nk jual klu da pki setahun heheh

    0

    0
  20. am says:

    nak tanya dari segi minyak kereta cerato ok x?? ke macam air??

    0

    0