Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY

Hiburan

Khaty Fauziah Disaman Guna Plat MOMMY

Perghhh~~ Smart jugak nombor plat kereta Khaty Fauziah ini. MCM1774 ditukarkan sehingga menjadi MOMMY. Sekali pandang pun tau ia menyalahi peraturan. Tidak mengikut spesifikasi JPJ. Akibatnya, Khaty telah disaman ketika memandu kereta Audi Q5nya yang dihadiahkan oleh anaknya, Shaheizy Sam di Lebuhraya DUKE.

khaty fauziah

Advertisement

Apa pun Abang Nara respek dengan Khaty Fauziah yang jelas tenang menyedari kesalahan yang dilakukan olehnya. Kata Khaty:-

Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak keistimewaan kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas mengikut undang.undang.

Mummy akan minta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi.

khaty fauziah

Semoga kes ini mejadi pengajaran untuk kita semua. Abang Nara juga berharap agar pihak polis lebih tegas mengambil tindakan kepada para VVIP yang membawa kereta besar dan nombor plat yang sekali tengok pun dah tahu memang tak ikut kriteria ditetapkan. Janganlah rakyat marhaen seperti kami ini sahaja disaman. Semoga lebih adil dan telus di masa hadapan. Sumber Berita Harian.
ryanie
P.S: Dengan harga SERENDAH RM1400, anda boleh mendapatkan khidmat jurugambar terkenal,Ryaniez Moments Photography untuk memastikan hari perkahwinan anda diabadikan dengan begitu indah sekali. Jangan lepaskan peluang promosi hebat ini. Abang Nara pernah dapatkan khidmat mereka. Memang orangnya baik, menepati janji dan gambar yang dibidik sangat berkualiti. Untuk melihat hasil kerja mereka, layari Facebook Ryaniez Moments Photography.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...