KFC Zinger Double Down Memang Lazat!!!

Hiburan

KFC Zinger Double Down Memang Lazat!!!

Di petang Sabtu yang hening, Abang Nara dengan langkah penuh  kacak bergaya telah menjejakkan kaki ke Pavilion. Ramai gadis-gadis yang mengushar diri ini tetapi Abang Nara buat tak tahu sahaja. Abang Nara ada tugasan yang lebih menarik di sini.

zinger double down

Advertisement

Setelah menolak ajakan 2,3 orang gadis-gadis yang ingin berkenalan, Abang Nara tiba di destinasi yang ingin dituju. KFC Pavillion.

zinger double down

Selera makan Abang Nara terus meningkat apabila bau ayam KFC menerjah ke hidung. Namun Abang Nara menahan selera makan yang membuak itu. Perut harus dikosongkan untuk mencuba produk terbaru daripada KFC.

zinger double down

Gyeah ~~~~~~~~~ Inilah dia KFC Zinger Double Down. Dengan tagline “All Meat All Man”, sememangnya KFC Zinger Double Down ini disasarkan kepada lelaki kacak tough seperti Abang Nara. Tiada roti yang meliputi burger ini. 100% daging. Keterujaan semakin terasa apabila Abang Nara membuka kotak ini.

zinger double down

Pergh ~~~~ Meleleh sudah air liur Abang Nara dibuatnya. Dengan rakus (tapi Bismillah tetap dibaca), Abang Nara memulakan proses menikmati KFC Zinger Double Down ini.

zinger double down

Gigitan pertama membuatkan Abang Nara memejamkan mata. Kerangupan daging ayamnya memang enak tidak terkata. Lain daripada yang lain. Di gigitan kedua, Abang Nara merasai kemanisan mayonis yang ada di dalamnya. Tak sampai 5 minit, keseluruhan KFC Zinger Double Down ini telah selamat berada di dalam perut Abang Nara.

zinger double down

Sambil tersandar kekenyangan, Abang Nara bertanya bilakah penggemar-penggemar KFC dapat merasai sendiri keenakan KFC Zinger Double Down ini. Jawapannya ialah bermula sekarang sehingga stok masih ada! Ini bermakna kita semua, terutamanya lelaki berusia 18 sehingga 29 tahun seperti Abang Nara ada masa yang amat terhad untuk menikmati kelazatan KFC Zinger Double Down “All Meat All Man” ini.

zinger double down

Dengan harga hanya RM8.40 untuk ala carte dan RM10.50 untuk combo dengan air (tambah lagi RM2 untuk combo large drink dan regular fries atau regular wedges), KFC Zinger Double Down ini memang dapat memenuhi selera makan yang besar untuk golongan lelaki. Untuk makluman, KFC Zinger Double Down sudah mendapat sambutan yang hangat di US, Canada, Philipines dan Singapura.

zinger double down

Abang Nara terasa lebih gagah selepas mencuba KFC Zinger Double Down “All Meat All Man” ini. Pesanan Abang Nara, bersegeralah ke KFC untuk mencuba burger tanpa roti ini. Pasti tidak ada penyesalan. Keenakannya memang lain daripada mana-mana burger yang ada di Malaysia sekarang. More info layari www.kfc.com.my dan Facebook KFC Malaysia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...