Written by AbangNara | October 17th, 2011

Confidence. Keyakinan. Bagi Abang Nara, keyakinan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan ini. Tanpa keyakinan, sukar untuk kita berjaya. Kita perlu yakin untuk bercakap di khalayak ramai, perlu yakin ketika membuat suatu kerja dan perlu yakin dengan kebolehan diri kita sendiri. Sebab itu dulu Abang Nara ada tulis satu entri yang bertajuk “Untuk berjaya , bukan perlu lulus periksa sahaja, kita perlu…”.

Dan kerana menyedari kepentingan keyakinan inilah, Proton Persona dan DJ Aanantha bergabung tenaga untuk menghasilkan video klip di atas yang bertajuk “Thannambikkai’. Thannambikkai itu sendiri bermaksud confidence dan rentak lagu ini memang upbeat, laju dan mempunyai lirik yang mampu menaikkan confidence seseorang.

proton persona

Kalau anda perasan, dalam video Thannambikkai ada 3 kanak-kanak yang nampak sangat berkeyakinan menari dan menyanyi bersama-sama dan DJ Aanantha. Ini semua ialah hasil bengkel “Persona – Talent Workshop”, yang telah memilih 3 kanak-kanak ini daripada 21 kanak-kanak yang mengikuti bengkel 2 hari untuk membangkitkan keyakinan untuk menunjukkan kehebatan mereka menerusi teater dan seni.

proton persona

3 kanak-kanak bertuah ini kemudiannya telah dilatih oleh DJ Aanantha dan dance instructor daripada The Actor Studio selama sebulan. Memang penat tetapi hasilnya ialah keyakinan jelas terpancar daripada raut wajah mereka di dalam video di atas. Abang Nara tabik spring dengan kempen “Persona – Better Undoubtedly” sebab bukan mudah untuk menanam confidence di dalam diri seseorang terutamanya kanak-kanak.

proton persona

Tambah mengkagumkan Abang Nara ialah, lagu Thannambikkai dicipta khas oleh DJ Aanantha untuk kempen Proton Persona ini. Dan tambah menarik, anda jugak boleh membeli DVD ini sekaligus membantu 3 buah sekolah yang dipilih. Jangan risau sebab 100% hasil penjualan DVD yang mengandungi 5 chapter ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu perkembangan muzik dan seni di 3 buah sekolah tersebut. Sambil membeli DVD bernilai RM20 ini sambil-sambil kita menderma.

proton persona

Anda boleh dapatkan DVD ini di Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), The Actors Studio kat  Lot 10 Rooftop dan Temple of Fine Arts. Kalau nak beli online, boleh beli di laman web Lifestyle Proton. Rm20 ringgit anda sangat bernilai kerana ianya akan digunakan untuk memastikan kanak-kanak ini dapat melatih membina keyakinan mereka menerusi muzik dan seni di sekolah masing-masing.

proton persona

Mungkin anda pernah bercita-cita untuk menari seperti gambar di atas ketika anda kecil dahulu tetapi tidak dapat melakukannya kerana tidak mendapat bimbingan yang sepatutnya. Walaupun anda tak berjaya, apa salahnya membantu kanak-kanak hari ini yang bercita sama seperti anda dahulu? Proton Persona sudah menjalankan tanggungjawab mereka melalui kempen “Persona – Better Undoubtedly”, anda pula bagaimana?

proton persona

More info di laman web Proton Persona.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Keyakinan Diri Adalah Perkara Paling Utama Dalam Hidup Ini

    • Selitone Cold says:

      Seyes… aku tak tahu nak provoke mender dengan entry ni… hahaha… oklah, kalau tujuannya baik, baiklah hasilnya.

      0

      0
  1. toblerone says:

    caiyok2..

    0

    0
  2. wANiO says:

    laaa kat ofis aku dorg shoot video nih…apesal tak nampak….klu tak leh interprem

    0

    0
    • SOMEBODY says:

      Kat kl pac. That day i nampak dari balcony rumah i dorang duk joget lambak. Rupanya shooting benda ni.. Cian budak2 tu. Berjam2 kau.. Kalau tak buat video, the maple takkan senang2 kasi masuk that park

      0

      0
  3. hunny says:

    ayuh, tanam tembikai!!!

    0

    0
  4. dewi says:

    awat aku cuma nampak anak `kap-lam-ya-nge’ aja yang ramai. (‘,)

    0

    0
  5. Aanantha says:

    Thank u abang Nara diatas artikel ini
    Melalui penglibatan kita didalam alam seni,ia akan membawa perubahan yang sangat mendalam.
    Lakukanlah perubahan Sekarang!

    0

    0
    • lolok says:

      dengan gejala sosial yang sangat2 teruk sekarang,saya sangat2 sokong prgram macamni. congrats kat mereka yang terbit idea ini. barula anak2 kita dapat activity yang amat berfaedah dan mencegah mereka dari buat perkara yang tak elok .

      0

      0
  6. kpd abg nara says:

    ari 2 bkn main lg kte rajinikath mcm2.hina budaya org len.skunk nk update pasal tanam mambikai la bagai..n ada duk perli2 tembikai etc..4 wat?cmon la.maju la skit.jgn kte bngsa len.t kte jugak yg malu,sbb mungkin kte ni di lebel kuat mgata org tp dri kte xde la perfct mana pun..so mnpak sgt update ni brbayor..

    0

    0