Ketabahan Elfira Loy Dalam Gadis Bertudung Hijau Buat Diri Ini Terharu

Hiburan

Ketabahan Elfira Loy Dalam Gadis Bertudung Hijau Buat Diri Ini Terharu

Elfira Loy merupakan salah seorang selebriti wanita kegemaran Abang Nara. Wajahnya yang comel, keningnya yang tebal dan perwatakannya yang sangat ‘cute’ menyebabkan Abang Nara jatuh hati dengannya. Lakonannya pun not bad. Orang kata, ‘beauty with a brain’.
rejoiceApabila Baim Wong mengaku bercinta dengan Elfira Loy, Abang Nara adalah antara salah seorang daripada jutaan peminat si comel ini yang kecewa. Melayani rasa sedih dalam diri, Abang Nara menatap satu demi satu gambar-gambar Eflira Loy di Internet. Pedih jiwa ini membayangkan hati Elfira yang kini menjadi milik Baim Wong. Tengah syok-syok layan, tup-tup terperasan satu gambar yang amat menarik perhatian Abang Nara.
rejoiceComelnya Elfira Loy bertudung hijau. Cute sangat-sangat. Makin jatuh cinta dibuatnya. Dengan pantas Abang Nara terus membuat ‘research’ mengenai gambar bertudung Elfira Loy ini. Rupa-rupanya ini adalah salah satu babak lakonan Elfira sebagai Siti dalam Gadis Bertudung Hijau musim pertama yang dibawakan khas oleh Rejoice. Siti merupakan seorang gadis kampung yang mempunyai cita-cita tinggi mahu berjaya mengejar impiannya di kota.

Pelbagai cabaran dan halangan yang harus ditempuh oleh Siti dalam usaha menjadikan cita-citanya satu kenyataan. Berjayakah Siti mencapai impiannya? Dengan Rejoice yang sentiasa berada di sisi untuk menjadikan Siti lebih yakin dan bersemangat, Abang Nara tak sabar nak tunggu pengakhiran drama Gadis Bertudung Hijau ini. Lakonan Elfira pun sangat mantap dalam drama ini sehingga Abang Nara turu sama dapat merasai kepayahan dan kesukaran yang dialaminya.
rejoiceSetakat yang Abang Nara tulis ini, dah ada sudah 5 episod Gadis Bertudung Hijau ini ditayangkan. Semua episode amat menarik dan boleh ditonton di www.rejoicegirl.com.my . Kalau anda peminat Elfira Loy, memang anda akan bertambah minat selepas menonton lakonannya sebagai Siti dalam drama ini.

Advertisement

Tak sabar rasanya nak tengok ‘ending’ Gadis Bertudung Hijau. Memang menarik sungguh jalan ceritanya. Agaknya apa yang akan terjadi kepada Elfira Loy? Berjayakah dia mencapai cita-citanya? Nak tahu kenalah tengok episod Gadis Bertudung Hijau di www.rejoicegirl.com.my Selamat menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...