Kesihatan Ezad Lazim Semakin Baik Selepas Berubat Cara Islam

Hiburan

Kesihatan Ezad Lazim Semakin Baik Selepas Berubat Cara Islam

Satu ketika dahulu, Ezad Lazim telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami muntah-muntah 20 kali sehari. Namun begitu doktor yang merawatnya tidak dapat mengesan punca sebenar kesakitan yang dialami oleh Ezad. Penyanyi itu sendiri tidak menolak dirinya terkena buatan orang. Biasalah bila sudah kembali popular selepas Gegar Vaganza, pasti akan ada pihak yang cemburu. Menyihir seseorang adalah cara paling mudah untuk menjatuhkan kembali karier Ezad.

ezad lazim

Advertisement

Namun begitu, kadar kesihatan Ezad Lazim kini semakin pulih selepas menjalani perubatan cara Islam. Kata Ezad:-

Sebelum ini saya tidak tahu apa penyakit saya sebab sering muntah-muntah dan beberapa kali dimasukkan ke hospital. Penyakit saya ini membuatkan emosi saya jadi tidak stabil kerana tertekan. Alhamdulillah selepas mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk memulihkan semangat saya bertambah baik.

Sekarang kesihatan saya sudah 80 peratus pulih daripada penyakit tetapi saya perlu mengawal pemakanan dan tidak boleh makan dengan kuantiti banyak dalam satu-satu masa. Makanan pedas pun saya tidak boleh (makan) nanti saya akan muntah dan perut saya akan jadi sakit

ezad lazim

Semoga kesihatan Ezad akan pulih 100% dalam masa terdekat ini. Abang Nara kalau muntah sekali sehari pun dah rasa penat satu badan. Tak tahu macam mana Ezad boleh tahan muntah sampai 20 kali sehari. Agak pelik juga di dunia yang serba moden ini masih ada yang mahu menggunakan perbuatan syirik dan khurafat untuk memusnahkan hidup orang lain. Bawa-bawaklah bertaubat sebelum terlambat. Sumber Mstar Online.

telekung story

P.S: Mencari telekung yang sesuai dijadikan HANTARAN? Atau pening nak cari HADIAH buat yang tersayang? Inginkan kelainan hadiah lain dari yang lain? Kini anda tidak perlu risau lagi dengan SET GIFT Telekung Story! Menampilkan 5 pilihan warna Telekung Ayra, Premium Gift Box dan Kad Ucapan Eksklusif. Harga hanya RM109 sahaja! (Poslaju RM10 : S/S RM15). Boleh Whatsapp ke 019-236-1986, LIKE Facebook Telekung Story dan jangan lupa follow Instagram @TelekungStory untuk tengok lebih banyak koleksi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...