Kesian Wardina, Cakap Benda Elok Pun Dituduh Macam-Macam

Hiburan

Kesian Wardina, Cakap Benda Elok Pun Dituduh Macam-Macam

wardina

Kesiannya jadi Wardina. Selepas Wardina mengeluarkan kenyataan “artis tak boleh jadi idola”, dia telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan. Susah juga rupanya bila kita bercakap sesuatu yang betul. Ramai yang tak puas hati dengan kebenaran.

Advertisement

Tapi ayat paling best yang dilemparkan oleh Wardina ialah ayat “artis berimej bersih tak diberikan ruang di media”. Tapi Abang Nara tengok semenjak dua ini media semakin open terutama sejak artis-artis mainstream seperti Irma Hasmie dah bertudung. Banyak jugak suratkhabar yang jadikan Irma cover depan untuk suratkhabar masing-masing. Satu peningkatan yang baik

Saya tahu pelbagai andaian dan persepsi orang ramai berikan tentang diri saya sebelum ini tetapi lebih elok mereka mengenali diri saya terlebih dulu. Anda perlu mengenali seseorang itu sebelum menghakiminya. Saya juga berharap semua pihak memberikan ruang kepada artis untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan. Ini kerana saya perhatikan artis yang berimej bersih sukar untuk mendapat perhatian di media

Semoga Kak Wardina tabah menghadapi dugaan ini. Dan untuk pengetahuan anda, Wardina ada buat usrah mingguan. Kalau sesiapa berminat nak join sila ke laman web Facebook Wardina Safiyyah OfficialPage atau emel [email protected].

Semoga lebih ramai artis berimej bersih seperti Wardina akan diberikan ruang di media dan di blog-blog. Abang Nara pun akan cuba banyakkan info tentang mereka-mereka ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...